TENTANG PENULIS
Adnan
Oktar dilahirkan pada tahun 1956, merupakan seorang ilmuwan dan
intelektual terkemuka berbangsa Turki. menyanjung tinggi nilai-nilai
akhlak dan mengabdikan hidupnya dengan berdakwah kepada golongan
masyarakat. Memulakan jihad intelektualnya pada tahun 1979 ketika
menuntut di Universiti Mimar Sinan dalam bidang kesenian. sewaktu
dalam pengajiannya, beliau banyak melakukan kajian-kajian terhadap
ideologi dan falsafah materialistik yang memberi kesan terhadap
masyarakat sekelilingnya, hal ini menjadikan beliau dapat menguasai
ilmu-ilmu itu lebih mendalam berbanding penganut dan perintis ideologi
dan falsafah tersebut
Dengan pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam kajiannya, dia
telah menulis banyak buku mengenai falasi dan pemalsuan dalam teori
evolusi. jihad intelektual yang dilakukannya untuk memerangi fahaman
Darwinisme dan Materialisme ini telah tersebar ke seluruh dunia.
Sebuah majalah ilmiah, New scientist pada 22 April 2000, telah mengiktiraf
Adnan Oktar sebagai "pejuang antarabangsa" dalam usaha
memaklumkan dunia mengenai falasi teori Evolusi dan fakta kebenaran
mengenai konsep Penciptaan.
Selain ini, beliau juga menulis beratus-ratus
buku mengenai nilai-nilai Quranik dan isu-isu yang berkait dengan
nilai kepercayaan
Nama penanya, Harun Yahya berasal dari nama
dua Nabi "Harun" dan "Yahya" a.s yang masyhur
dalam usaha memerangi kekufuran
Antara
hasil Karya beliau :Gerakan Neo-Mason,'Tangan Rahsia' di Bosnia,
Di Sebalik Drama Terorisme, Kad-Kurdis Israel, Strategi Nasional
Bagi Negara Turki, Moral Quranik: satu Solusi, Rimbunan Dan Naungan
Islam, Komunisme: diserang hendap, Ideologi Berdarah Darwinisme:
Fasisme, Kebencian Darwin Terhadap Bangsa Turki, Kehancuran dibawa
Oleh Darwinisme kepada manusia, Penipuan Evolusi, Artikel 1-2-3,
Senjata Syaitan: Romantisme, Blok-Blok Barat Mengakui Ketuhanan,
Bangsa Yang Dihancurkan, Kisah Nabi Musa, Kisah Nabi Yusuf, Zaman
Keemasan, Sentuhan Seni Warna Tuhan, KebesaranNya di Setiap Ruang
Semesta, Hakikat Kehidupan Dalam Dunia, Pengakuan Golongan Evolusionis,
Jawapan Untuk Golongan Evolusionis, Pembohongan Proses Evolusi,
Sihir Darwinisme, Agama Darwinisme, Kehancuran Teori Evolusi Dalam
20 Soalan, Al-Qur'an Panduan Kepada Bidang Sains, Hakikat Asal Usul
Kehidupan , Hakikat Penciptaan Alam Semesta, Keajaiban Al-Quran,
Jiwa Yang Sedar DiDalam Sel, Satu Petikan Irama Keajaiban, Rekacipta
Di Dalam Alam, Tabiat Pengorbanan Diri dan Kepintaran Dalam Dunia
Haiwan, Satu Keabadian Telah Bermula, Anak-Anak Darwin Telah Berbohong!,
Saat Berakhirnya Darwinisme, Memikir Sedalam-dalamnya, Keabadian
dan Hakikat Takdir, Menyelami Hakikat Kebenaran, Kejahilan Bukan
Alasan, Rahsia tentang DNA, Keajaiban Atom, Keajaiban Sel, Keajaiban
Sistem Keimunan, Keajaiban Mata, Keajaiban Penciptaan Tumbuhan,
Keajaiban Labah-Labah, Keajaiban Semut, Keajaiban Nyamuk, Keajaiban
Lebah, Keajaiban Biji Benih, Keajaiban Anai-Anai, Keajaiban Hijau:
Fotosintesis, Keajaiban Hormon, Keajaiban Manusia, Keajaiban Penciptaan
Manusia, Keajaiban Protein.
Di antara buku-kecil yang dihasilkan:
Misteri Mengenai Atom, Kehancuran Teori Evolusi; Fakta Mengenai
Hakikat Penciptaan, Kehancuran Materialisme, Saat Berakhirnya Materialisme,
Kesilapan Besar Golongan Evolusionis 1, Kesilapan Besar Golongan
Evolusionis 2, Kehancuran Konsep Mikrobiologi Teori Evolusi, Fakta
Mengenai Hakikat Penciptaan, Kehancuran Teori Evolusi dalam 20 Soalan,
Penipuan Paling Besar dalam Sejarah Bidang Biologi: DarwinismeDi
antara buku-kecil yang dihasilkan: Misteri Mengenai Atom, Kehancuran
Teori Evolusi; Fakta Mengenai Hakikat Penciptaan, Kehancuran Materialisme,
Saat Berakhirnya Materialisme, Kesilapan Besar Golongan Evolusionis
1, Kesilapan Besar Golongan Evolusionis 2, Kehancuran Konsep Mikrobiologi
Teori Evolusi, Fakta Mengenai Hakikat Penciptaan, Kehancuran Teori
Evolusi dalam 20 Soalan, Penipuan Paling Besar dalam Sejarah Bidang
Biologi: Darwinisme.
Hasil Karya beliau berkaitan dengan
subjek Quranik termasuk: Konsep Asas Dalam Al-Quran, NIlai-Nilai
Etika dalam Al-Quran, Menggarap Iman dengan Cepat 1-2-3, Pernah
Memikir Mengenai Kebenaran?, Pemahaman Kasar Orang yang Tidak beriman,
Taat Kepada Allah, Meninggalkan MAsyarakat Jahiliyyah, Destinasi
Sebenar Mukmin: Syurga, Ilmu pengetahuan AL-Quran, Senarai AL-Quran,
Hijrah Kerana Allah, Sifat Orang Munafik Menurut Quran, Rahsia Orang
Munafik, Nama-Nama Allah, Komunikasi untuk Dakwah dan Golongan Menolak
AL-Quran, Jawapan-Jawapan Dari Al-Quran, Kebangkitan dan Neraka,
Jihad para Nabi, Musuh No;1 Manusia: Syaitan, Doa-Doa di Dalam AL-Quran,
Kepentingan Celik Al-Quran, HAri Kebangkitan, Jangan Sekali Terlupa,
Hukum Al-Quran Yang dilupakan, Kemanusiaan Dalam Masyarkat Jahiliyyah,
Kepentingan Sabar dalam Quran, Maklumat Umum Dalam AL-QUran, Keimanan
yang Matang, Sebelum Diulit Penyesalan, NAbi kita Bersabda, Kasih
Sayang Orang Mukmin, Takut Kepada Allah, Igauan Buruk Orang kafir,
Kembalinya Nabi Isa a.s, Keindahan Kehidupan Berteraskan Al-Quran,
Sejambak Keindahan Ciptaan Allah S.W.T 1-2-3-4, Kezaliman Orang
yang Mencemuh, Misteri Penurunan Ujian, Kebijaksanaan Menurut Al-Quran,
Perjuangan Melawan Agama:Ateis, Metode Pendidikan Nabi Yusuf, Ikatan-Ikatan
Kebaikan, Fitnah Yang Ditaburkan Ke atas Muslimin sepanjang Sejarah,
Peri-Penting Mematuhi Kata-Kata yang Baik, Kenapa Menipu Diri Sendiri?,
Islam: Agama Yang Mudah, Semangat dan Tarikan Di Dalam Al-Quran,
Melihat Secara Positif, Bentuk Penafsiran ALquran Oleh Golongan
Cetek Akal?, Beberapa Rahsia Besar AL-Quran, Galakan Untuk Muslimin,
Meninggikan Harapan Di Dalam AL-Quran, Keadilan dan Toleransi di
Dalam AL-Quran, Rukun Asas Islam, Orang Yang degil Terhadap Al-Quran,
Galakan Bagi Orang Beriman.
Hasil
Karyanya Penipuan Evolusi, Bangsa-Bangsa Yang Dimusnahkan, Bagi
Kaum Yang Berakal, Hakikat Kehidupan Di Dalam Dunia, Memikir sedalam-dalamnya,
Kejahilan Bukan Alasan, Keajaiban Dalam Semut, Sentuhan Seni Warna
Allah, Penciptaan Alam Semesta, Allah Dapat Diketahui Melalui Akal,
Nilai Etika dalam Al-Qur'an, Konsep Asas Dalam Al-Quran, Pernahkah
Memikirkan Kebenaran?, Pemikiran Dangkal Kekufuran, Kepentingan
Fitrah Dalam Al-Qur'an, Keajaiban Dalam DNA telah diterjemahkan
ke bahasa Inggeris, Keajaiban Pada Semut dan Allah Dapat Diketahui
Melalui Akal telah diterjemahkan ke bahasa Urdu, Kebangkitan dan
Neraka telah diterjemahkan ke bahasa Poland, Bangsa-Bangsa Yang
Dimusnahkan telah diterjemahkan ke bahasa Portugis, dan diterbitkan
oleh berbagai syarikat penerbit di luar negeri.
Banyak hasil karya Harun Yahya yang
kini sedang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman,
Italia, Rusia, Spanyol, Arab, Portugis, Albania, Serbo-Kroasia (Bosnia),
Polandia, Urdu, Indonesia, Melayu dan Malayalam. Sasaran yang hendak
dicapai adalah penterjemahan semua buku ke bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa
lain dalam tahun 2001, dan menyebarkannya ke seluruh dunia agar
bermanfaat bagi masyarakat sejagat.
Ciri-ciri umum dalam semua hasil karya
Penulis adalah tajuk dan isu-isu yang selaras dengan Al-Quran, dan
dikuatkan dengan nilai-nilai kesedaran Quranik. Perbahasan-perbahasan
dalam bidang sains yang dianggap rumit dan mengelirukan juga dibahaskan
dengan bahasa yang mudah dan jelas terang dalam buku-buku Harun
Yahya. Dengan sebab ini, semua buku-buku ini sesuai untuk pembacaan
semua lapisan umur dan masyarakat.
Hasil karya beliau yang berkaitan dengan
kepercayaan mengesahkan kewujudan Maha Suci Tuhan yang Esa dan Tunggal
ditulis dengan tujuan mendekatkan islam kepada golongan awam, dan
mendamaikan hati-hati mereka kepada hakikat kebenaran. Bagi orang
islam, ianya adalah sebagai nasihat dan peringatan. Penulis menyiarkan
hasil tulisan yang berteraskan asas-asas Al-Quran yang ditujukan
khusus sebagai renungan dan pemacu ketakwaan bagi kaum muslimin
Setiap buku karangan beliau yang berkaitan
dengan perbahasan sains sering menekankan kebesaran, ketinggian
dan keagungan Allah s.w.t dalam setiap huraian kajian dan bukti-bukti
saintifik, melalui ta'amul dan penghayatan yang dalam. Semua karangan
beliau menunjukkan kepada golongan non-muslim, tanda-tanda kewujudan
dan kebesaran Tuhan, dan kecanggihan ciptaanNya dengan cara yang
paling jelas dan tepat. Di satu sudut, semua ini akan menguatkan
keimanan dan ketaatan bagi orang yang beriman, dan juga bermanfaat
sebagai material untuk berdakwah kepada golongan masyarakat (di
mana agama tidak dipraktikkan dengan cara yang sempurna). Satu tajuk
yang sering dibahaskan dalam kebanyakan siri karangan beliau ialah
"menghancurkan pembohongan teori evolusi".
Matlamat utama tajuk ini ialah untuk menghancur-leburkan
falsafah dan kepercayaan-kepercayaan materialis dan ateis yang dikemukakan
kepada dunia sejagat sebagai alternatif dan saingan kepada agama
sejak abad ke 19. Impak besar tajuk ini membuatkan para pembaca
menyedari bahawa matlamat ini diusahakan sehingga sampai ke satu
tahap yang tinggi. Tajuk ini, seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran
dalam ayat "Kami melontarkan kebenaran kepada yang batil, dan
kebenaran itu menghancurkan akalnya" (surat Al-Anbiya, 18),
menghancurkan akal i.e..., sistem fahaman dan ideologi yang berlandaskan
kekufuran; dan berjihad menyempurnakan cahaya (wahyu ) Allah s.w.t
(Surah As-Saff, 8). Atas sebab ini buku-buku ini memainkan peranan
penting untuk membanteras fahaman-fahaman yang menyeleweng.)
Makna simbolik cop nama Nabi Muhammad
di setiap muka depan buku-buku karangan beliau sebenarnya dikaitkan
dengan kandungan isi buku. Cop ini menunjukkan bahawa al-Quran adalah
kitab dan wahyu tuhan yang terakhir, dan Nabi Muhammad adalah utusanNya
yang terakhir. Dengan mengambil ciri-ciri Al-Quran dan Nabi Muhammad,
penulis berusaha dalam semua hasil karyanya, untuk menolak semua
dakwaan-dakwaan mengenai sistem-sistem yang kufur dengan mengutarakan
"kalimat terakhir' ini yang akan melenyapkan semua dakwaan
kekufuran. Cop nama Nabi Muhammad yang mempunyai kemuliaan dan hikmah
yang besar, digunakan sebagai satu doa dengan niat menyebut 'kalimah
akhir' ini.
|