PERSIDANGAN SRF: KEGIATAN-KEGIATAN
UNTUK MEMAKLUMKAN MENGENAI TEORI EVOLUSI
Propaganda evolusi, yang kian meningkat
akhir-akhir ini, merupakan ancaman kepada kepercayaan nasional dan
nilai-nilai moral. Yayasan Penyelidikan Sains (Science Research
Foundation - SRF), yang menyedari keadaan ini, telah mengambil tanggungjawab
untuk memaklumkan masyarakat Turkey tentang hakikat saintifik kebendaan.
Persidangan Pertama - Istanbul
Siri
pertama daripada siri-siri persidangan antarabangsa yang diaturkan
oleh Yayasan Penyelidikan Sains (SRF) telah dijalankan pada tahun
1998. persidangan yang diberi tajuk "The Collapse of the Theory
of Evolution: The Fact of Creation", telah berlangsung di Istanbul
pada 4 April 1998. Persidangan tersebut, yang telah berlangsung
dengan jayanya, telah disertai oleh pakar-pakar terkemuka dari seluruh
dunia dan menyediakan sebuah platform yang membolehkan teori evolusi
untuk pertama kalinya dipersoalkan dan dibatalkan secara saintifik
di Turkey. Mereka yang datang daripada berbagai lapisan masyarakat
Turkey telah menyertai persidangan, yang mendapat perhatian yang
menggalakkan Persidangan SRF 329 ini. Mereka yang tidak mendapat
tempat di dalam dewan mengikuti persidangan tersebut secara langsung
daripada sistem televisyen litar langsung di luar.
Persidangan
tersebut melibatkan penceramah-penceramah terkenal daripada Turkey
dan daripada luar. Selepas ucapan ahli-ahli SRF, yang mendedahkan
motif ideologi terselindung yang mendasari teori evolusi, sebuah
video dokumentari yang disediakan oleh SRF telah ditayangkan.
Dr. Duane Gish dan Dr. Kenneth Cumming, dua orang
saintis terkenal daripada Institute for Creation Research di USA
yang berwibawa di dalam biokimia dan paleontologi. Mereka telah
membuktikan dengan bukti yang kukuh bahawa teori evolusi sama sekali
tidak sah. Ketika persidangan tersebut, salah seorang saintis Turkey
tersohor, Dr. Cevat Babuna menjelaskan keajaiban-keajaiban
di dalam setiap fasa ciptaan badan manusia dengan persembahan slaid
yang menggemparkan "hipotesis kebetulan" evolusi hingga ke akar
umbi.
Persidangan Kedua – Istanbul
Persidangan antarabangsa kedua di dalam siri-siri persidangan yang
sama telah berlangsung tiga bulan selepas persidangan pertama pada
5 Julai 1998 bertempat di Dewan Persidangan Cemal Resit Rey sekali
lagi di Istanbul. Para penceramah yang terdiri daripada enam orang
Amerika dan seorang Turkey, telah memberikan ucapan yang menjelaskan
bagaimana Darwinisme telah dibatalkan oleh sains moden. Dewan Persidangan
Cemal Resit Rey, dengan kapasiti tempat duduk seribu telah dibanjiri
oleh audiens daripada pendengar-pendengar yang asyik.
Penceramah dan subjek di dalam persidangan ini dapat diringkaskan
seperti berikut:
Profesor Michael P. Girouard: Di dalam ucapan beliau menyatakan,
"Apakah Mungkin Hidupan Ini Terbentuk Secara Kebetulan?", Michael
Girouard. Seorang profesor biologi di Universiti Southern Louisiana,
telah menerangkan melalui berbagai contoh kekompleksitian protein,
unit asas hidupan, dan merumuskan bahawa ia hanya dapat muncul sebagai
hasil sebuah rekaan bijak.

Pakar evolusi terkenal Dr. Duane Gish, menerima plak SRF daripada
Dr. Nevzat
Yalcintas, seorang ahli parlimen Turkey. |
Dr. Edward Boudreaux: Di dalam ucapannya menyebut, "Rekaan Di Dalam
Kimia", Edward Boudreaux, seorang profesor kimia di Universiti New
Orleans, mencatatkan bahawa beberapa elemen kimia pasti dengan sengaja
telah disusun oleh ciptaan untuk membolehkan hidupan muncul.
Profesor Carl Fliermans: Seorang saintis terkenal di USA dan profesor
mikrobiologi di Universiti Indiana menjalankan penyelidikan ke atas
"peneutralan kimia yang dibuang oleh bakteria", dengan dibiayai
oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Carl Fliermans telah menyanggah
dakwaan evolusionis pada peringkat mikrokimia.
Profesor Edip Keha: Seorang profesor biokimia, Edip Keha merupakan
satu-satunya penceramah Turkey di dalam persidangan ini. Beliau
membentangkan maklumat asas sel dan menegaskan melalui buktibukti
bahawa sel hanya dapat muncul sebagai hasil daripada rekaan terancang
(bukan kebetulan).
Profesor David Menton: Seorang profesor anatomi di Universiti Washington,
David Menton, di dalam satu ucapan dengan disertai dengan satu persembahan
berkomputer yang menarik, telah mengkaji perbezaan di antara bulu
burung dan sisik reptilia, untuk membuktikan kesilapan andaian bahawa
burung telah berubah daripada reptilia.
Profesor Duane Gish: Pakar evolusi terkenal Duane Gish, di dalam
ucapan beliau bertajuk "The Origin Of Man", telah menyanggah tesis
bahawa manusia telah berevolusi daripada beruk.
Presiden ICR John Morris: Profesor Morris, presiden Institute for
Creation Research dan seorang ahli geologi terkenal, telah memberikan
sebuah ucapan berkaitan komitmen ideologi dan falsafah yang berada
di belakang evolusi. Beliau juga menerangkan bahawa teori ini telah
menjadi sebuah dogma dan pendokong-pendokongnya mempercayai Darwinisme
dengan semangat keagamaan.
Mendengar semua ucapan-ucapan ini, para audiens telah menyaksikan
bahawa evolusi adalah sebuah kepercayaan dogmatik yang telah dimansuhkan
oleh sains di dalam semua aspek. Tambahan pula, pameran poster bertajuk
"The Collapse of the Theory of Evolustion: The Fact of Creation"
yang telah di uruskan oleh Yayasan Penyelidikan Sains dan ditayangkan
di lobi Dewan Persidangan Cemal Resit Rey telah menarik perhatian
ramai. Pameran tersebut mengandungi 35 poster, setiap satu menyingkap
sama ada dakwaan asas evolusi atau bukti-bukti kejadian.
Persidangan Ketiga – Ankara
Persidangan antarabangsa ketiga daripada siri-siri persidangan
ini telah berlangsung pada tanggal 12 Julai 1998 di Hotel Sheraton
di Ankara. Mereka yang mengambil bahagia di dalam persidangan kali
ini – tiga orang Amerika dan seorang Turkey – telah mengemukakan
bukti-bukti yang jelas dan nyata bahawa Darwinisme telah dibatalkan
oleh sains moden.
 |
 |
 |
 |
PROF. CARL
FLIERMANS: "Biokimia moden telah
membuktikan bahawa
organisma telah direka
dengan sedemikian
hebat dan fakta ini
telah membuktikan
kewujudan seorang
Pencipta". |
PROF. DUANE GISH: "Rekod fosil
telah
menyanggah teori
evolusi dan ia
membuktikan
bahawa spesies
telah muncul di bumi
di dalam terbentuk
dengan sempurna
dan direka dan baik.
Ini merupakan bukti
kukuh bahawa
mereka semua telah
dijadikan". |
PROF. DAVID MENTON: "Saya telah
mengkaji
sifat-sifat anatomi
hidupan selama 30
tahun. Apa yang saya
lihat sering menjadi
bukti kepada ciptaan
Allah". |
PROF. EDWARD
BOUDREAUX: "Dunia yang kita diami
kini, dan undangundang
semula jadinya
telah ditentukan
dengan sempurna oleh
Pencipta untuk kita,
manusia". |
Walaupun persidangan yang berangsung di Hotel Sheraton ini telah
disiapkan untuk menerima audiens sekitar seribu orang, tetapi jumlah
yang hadir ke persidangan tersebut mencecah 2,500 orang. Skrin telah
dipasangkan di bahagian luar bagi mereka yang tidak mendapat tempat
di dalam dewan. Pameran yang diadakan bersebelahan dengan dewan
berkenaan bertajuk "The Collapse of the Theory of Evolution: The
Fact of Creation", juga telah mendapat tumpuan ramai. Pada penghujung
persidangan, para penceramah telah menerima tepukan sanjungan, yang
membuktikan betapa masyarakat kehausan penerangan tentang realitirealiti
sains berkaitan dengan penipuan evolusi dan hakikat kejadian.
Ekoran kejayaan persidangan-persidangan antarabangsa ini, Yayasan
Penyelidikan Sains mula mengatur beberapa persidangan di seluruh
Turkey. Sekitar Ogos '98 dan Mei '99, 60 persidangan telah berlangsung
di bandar-bandar yang berbeza. Kini SRF masih terus mengendalikan
persidangan-persidangan di bahagian-bahagian berbeza negara ini.


Ankara
|

Sanliurfa |

Izmir
|

Balikesir |

Samsun
|

Kayseri |

Giresun
|

Bursa |
|
  
|