RELATIVITI
MASA DAN HAKIKAT TAKDIR
Semua yang telah diterangkan di atas
menunjukkan bahawa sebuah "ruang tiga-dimensi" sebenarnya
tidak wujud, ia hanyalah prejudis yang diinspirasikan oleh persepsi-persepsi
dan manusia menjalani kehidupannya di dalam "ruang kosong".
Untuk mendakwa sebaliknya adalah bersalahan dengan sebab musabab
dan kebenaran sains, kerana tidak ada bukti kewujudan sebuah dunia
material tiga-dimensi yang sah.
Fakta ini telah membatalkan dakwaan asas falsafah materialis yang
mendasari teori evolusi. Ia adalah dakwaan yang menyatakan bahawa
kebendaan adalah mutlak dan abadi. Dakwaan kedua yang dipegang oleh
falsafah materialis ini ialah bahawa masa adalah mutlak dan kekal.
Ini juga merupakan kepercayaan karut seperti yang pertama juga.
Persepsi Masa
Persepsi yang kita gelar masa. Sebenarnya, adalah satu metode dengan
satu ketika dibandingkan dengan satu ketika yang lain. Kita dapat
menjelaskannya dengan satu contoh. Sebagai contoh, apabila seseorang
mengetuk satu objek, dia mendengar bunyi tertentu. Apabila dia mengetuk
objek yang sama lima minit kemudian, dia mendengar bunyi yang lain.
Orang tersebut menerima bahawa terdapat jarak di antara bunyi yang
pertama dan bunyi yang kedua, dan dia menamakan ini jarak masa.
Tetapi ketika dia mendengar bunyi yang kedua, bunyi pertama yang
didengarnya adalah tidak lebih daripada sebuah imaginasi di dalam
mindanya sahaja. Ia hanyalah satu bit maklumat di dalam memorinya.
Orang tersebut merumuskan persepsi "masa" dengan membandingkan
saat kini dan apa yang ada di dalam memorinya. Sekiranya perbandingan
ini tidak dilakukan, tidak akan ada persepsi masa.
Selalunya, seseorang itu akan membuat perbandingan apabila melihat
seseorang memasuki sebuah bilik melalui pintu dan duduk di atas
kerusi sandar di tengah bilik. Pada waktu orang ini duduk di atas
kerusi, imej yang berhubung dengan saat ketika dia membuka pintu,
berjalan ke dalam bilik, dan menuju ke arah kerusi tersebut, telah
tersusun sebagai bit-bit maklumat di dalam otak. Persepsi masa berlaku
apabila seseorang membandingkan lelaki yang duduk di atas kerusi
dengan bit-bit maklumat yang dimilikinya.
Ringkasnya, masa wujud sebagai hasil daripada perbandingan yang
dilakukan di antara beberapa ilusi yang tersimpan di dalam otak.
Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai memori, maka pemikirannya
tidak akan dapat membuat tafsiran seperti itu dan dengan itu persepsi
masa tidak mungkin terbentuk. Sebab mengapa seseorang itu merasakan
dirinya berusia tiga puluh tahun adalah kerana dia telah mengumpulkan
maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tiga puluh tahun ini. Sekiranya
memorinya tidak wujud, maka dia tidak akan memikirkan tentang kewujudan
satu jangka masa yang telah berlalu dan dia hanya akan mengalami
satu "ketika" yang sedang didiami kini.
Penjelasan Saintifik Ruang Kosong
Mari kita jelaskan subjek ini dengan mengambil kira penjelasan
para saintis dan cendekiawan di dalam subjek ini. Dengan menganggap
bahawa masa berundur ke belakang, Francois Jacob, seorang
cendekiawan terkenal dan profesor kehormat Nobel di dalam ilmu genetik,
telah mengeluarkan kenyataan berikut di dalam bukunya Le Jeu des
Possibles (The Possible and the Actual):
Filem yang dimainkan ke belakang, membolehkan
kita membayangkan sebuah dunia yang masanya berundur ke belakang.
Sebuah dunia di mana susu memisahkan dirinya daripada kopi dan
melompat keluar daripada cawan untuk mendapatkan kuali susu; sebuah
dunia di mana sinaran cahaya terpancar daripada dinding untuk
dikutip di dalam sebuah perangkap (pusat graviti), sebagai ganti
memancar keluar daripada sumber cahaya; sebuah dunia di mana seketul
batu terjun ke tapak tangan seorang lelaki dengan kerjasama mengejut
daripada titisan-titisan air membolehkan batu tersebut lompat
keluar daripada air. Tetapi, di dalam sebuah dunia yang masa mempunyai
sifat-sifat terbalik, menyebabkan pemerosesan otak kita dan bagaimana
memori mengumpul maklumat berfungsi secara songsang. Masa silam
dan masa depan akan menjadi sama dan dunia akan muncul kepada
kita seperti mana ia muncul kini. 190
Memandangkan otak kita telah terbiasa dengan satu pusingan peristiwa
tertentu, maka dunia ini tidak beroperasi sebagaimana yang dibayangkan
di atas dan kita mendakwa masa berjalan ke hadapan. Tetapi, ini
adalah sebuah keputusan yang dicapai di otak dan kerana itu ia berkaitan
sepenuhnya. Sebenarnya, kita tidak akan dapat mengetahui bagaimana
masa berjalan atau sama ada ia bergerak atau tidak. Ini merupakan
satu petunjuk bahawa masa bukan sebuah fakta mutlak tetapi hanya
sejenis persepsi.
Relatif
masa adalah satu fakta yang telah diakui oleh ahli fizik terpenting
abad ke-20, Elbert Einstein. Lincoln Barnett, menulis di
dalam bukunya The Universe and Dr. Einstein:
Seperti juga ruang mutlak, Einstein menolak
konsep masa yang mutlak sebagai sesuatu yang kukuh, masa sejagat
yang tidak dapat disekat bergerak, mengalir daripada masa silam
yang luas kepada masa depan yang tidak terbatas. Kebanyakan kekaburan
yang menyelubungi Teori Asas Relativiti berpunca daripada kelemahan
manusia untuk menyedari bahawa deria masa, seperti juga deria
warna, adalah sebuah bentuk persepsi. Seperti ruang yang merupakan
aturan objek-objek material, maka masa pula adalah aturan peristiwa-peristiwa.
Subjektiviti masa dapat dijelaskan dengan baik melalui perkataan
Einstein sendiri. "Pengalaman seorang individu", menurut
Einstein, "muncul kepada kita di dalam satu siri peristiwa-peristiwa";
di dalam siri-siri ini, sebuah peristiwa yang kita ingati muncul
di dalam keadaan tersusun berdasarkan kepada sifat "awal"
dan "kemudian". Oleh itu, ia wujud untuk individu, satu
masa-I, atau masa yang subjektif. Ini tidak dapat diukur di dalam
dirinya sendiri. Saya boleh menggabungkan nombor-nombor dengan
peristiwa-peristiwa, di dalam satu cara yang melibatkan sejumlah
nombor-nombor yang menggabungkan peristiwa yang terkemudian dengan
peristiwa-peristiwa yang awal. 191
Einstein sendiri menyatakan, seperti yang dipetik
daripada buku Barnett: "ruang dan masa adalah bentuk-bentuk
gerak hati, yang tidak dapat dipisahkan daripada kesedaran seperti
konsep kita terhadap warna, bentuk, atau saiz". Menurut Teori
Asas Relatif: "Masa tidak mempunyai kewujudan tetap yang terpisah
daripada aturan peristiwa oleh apa yang kita gelar ukuran".192
Memandangkan masa mengandungi persepsi, ia bergantung sepenuhnya
ke atas penerima dan ia adalah berkaitan.
Kelajuan pergerakan masa disukat berdasarkan
rujukan yang kita gunakan untuk mengukurnya kerana tidak terdapat
jam semula jadi di dalam tubuh manusia untuk mengesan dengan tepat
betapa cepatnya masa berlalu. Seperti yang dicatatkan oleh Lincoln
Barnett: "Seperti mana warna tanpa mata untuk mengesannya,
begitu juga sedetik atau sejam atau sehari tidak bererti tanpa sebuah
peristiwa untuk menandainya".193
Relativiti masa adalah pengalaman yang kita alami di dalam mimpi.
Walau pun apa yang kita lihat di dalam mimpi kelihatan mengambil
masa berjam-jam, tetapi sebenarnya, ia hanya berlangsung selama
beberapa minit, dan mungkin juga hanya beberapa saat.
Mari kita fikirkan sebuah contoh untuk menerangkan subjek ini dengan
lebih jelas. Mari kita anggap bahawa kita telah di masukkan ke dalam
sebuah bilik yang mempunyai hanya sebuah tingkap direka dengan begitu
teliti dan kita ditempatkan di situ untuk beberapa lama. Biarkan
sebuah jam di dalam bilik tersebut supaya kita dapat melihat jumlah
masa yang telah berlalu. Pada masa yang sama, dibiarkan kita melihat
melalui tingkap bilik matahari terbenam pada tempoh tertentu. Beberapa
hari kemudian, jawapan yang akan kita berikan tentang berapa banyak
masa yang telah diluangkan di dalam bilik tersebut akan berdasarkan
kepada maklumat-maklumat yang telah kita himpun dengan melihat kepada
jam dari masa ke semasa dan kepada pengiraan yang kita lakukan dengan
merujuk kepada berapa kali matahari terbenam dan terbit. Contohnya,
kita anggarkan kita telah menghabiskan masa di dalam bilik tersebut
selama tiga hari. Tetapi, sekiranya orang yang memasukkan kita ke
dalam bilik tersebut datang kepada kita dan menyatakan bahawa kita
telah meluangkan masa selama dua hari di dalam bilik tersebut dan
bahawa matahari yang dapat dilihat melalui tingkap telah dihasilkan
oleh sebuah mesin simulasi dan bahawa jam di dalam bilik tersebut
telah diaturkan untuk bergerak pantas, oleh itu perkiraan yang kita
lakukan tidak mempunyai erti.
Contoh ini membuktikan bahawa maklumat yang kita miliki tentang
kadar berlalunya masa adalah berdasarkan kepada rujukan-rujukan
relatif. Relativiti masa adalah sebuah fakta sains yang telah dibuktikan
oleh metode sains. Teori Asas Relativiti Einstein menegaskan bahawa
kelajuan masa berubah berdasarkan kepada kelajuan sesuatu objek
dan jaraknya daripada pusat graviti. Apabila kelajuan bertambah,
masa akan menjadi singkat, mampat; menjadi perlahan seolah-olah
ia berada pada tahap "berhenti".
Mari kita jelaskannya dengan sebuah misal yang
dibuat oleh Einstein sendiri. Bayangkan dua orang kembar, seorang
tinggal di bumi dan seorang lagi mengembara di angkasa lepas pada
kelajuan yang hampir dengan kelajuan cahaya. Apabila dia kembali,
si pengembara akan mendapati saudaranya telah membesar lebih tua
daripadanya. Puncanya adalah kerana masa berjalan lebih perlahan
kepada orang yang bergerak pada kelajuan yang hampir dengan kelajuan
cahaya. Jika ibarat yang sama dilakukan kepada seorang ayah yang
menjadi pengembara angkasa lepas dan anak lelakinya yang tinggal
di bumi, sekiranya si ayah berusia 27 tahun ketika memulakan pengembaraan
dan anak lelakinya berusia 3 tahun; maka, apabila dia kembali ke
dunia 30 tahun kemudian (masa bumi), anak lelakinya akan berusia
33 tahun, tetapi ayahnya baru berusia 30 tahun.194
Perlu ditegaskan di sini bahawa, relativiti masa ini tidak berlaku
dengan memperlahankan jam atau mempercepatkannya atau memperlambatkan
perjalanan mekanisme spring. Tetapi, ia adalah hasil daripada perbezaan
operasi period seluruh sistem material sehingga kepada zarah-zarah
sub-atom. Dengan kata lain, kesingkatan masa tidak seperti pergerakan
perlahan sebuah gambar bagi orang yang mengalaminya. Di dalam sebuah
latar yang masa menjadi singkat, degup jantung, pereplikaan sel,
dan fungsi otak, dan semuanya bergerak lebih perlahan daripada pergerakan
perlahan manusia di bumi. Seseorang akan meneruskan kehidupan sehariannya,
tanpa sama sekali menyedari kesingkatan masa. Sememangnya kesingkatan
masa ini tidak akan nampak jelas sehingga perbandingan dilakukan.
Relativiti Di Dalam Al-Quran
Kesimpulan yang dapat kita ambil daripada penemuan-penemuan sains
moden ialah bahawa masa bukannya sebuah fakta yang mutlak seperti
yang dianggap oleh para materialis, tetapi hanya sebuah persepsi
yang relatif. Perkara yang lebih menarik ialah fakta ini, yang tidak
ditemui hanya pada kurun ke-21 oleh sains, telah pun dimaklumkan
kepada manusia di dalam al-Quran 14 kurun yang lalu. Terdapat beberapa
rujukan di dalam al-Quran berkaitan dengan relativiti masa.
Adalah tidak mustahil untuk melihat bukti-bukti saintifik bahawa
masa adalah sebuah persepsi psikologi yang bergantung kepada peristiwa,
latar, dan keadaan di dalam banyak ayat-ayat al-Quran. Misalnya,
hidup manusia ini adalah sementara seperti yang disebutkan oleh
al-Quran:
(Ingatlah akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu
menyahut sambil memuji kekuasaan-Nya, dan kamu menyangka, bahawa
kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar. (Surah Al-Isra:52)
Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada
hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka
tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang
hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya
rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk
menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari
untung semasa hidup di dunia. (Surah Yunus:45)
Di dalam beberapa ayat telah dijelaskan bahawa manusia menerima
masa secara berbeza dan kadang kala manusia menerima satu jangka
masa yang sangat pendek atau sangat panjang. Perbualan manusia berikut
yang berlangsung ketika hari perhitungan di Akhirat merupakan sebuah
contoh yang baik:
Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir
itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" Mereka
menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian
dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga
urusan menghitung Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di
dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui
hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (Suranh Al- Mu'minuun:112-114)
Di dalam ayat-ayat yang lain pula menjelaskan bahawa masa dapat
berjalan pada jarak yang berbeza di dalam tempat-tempat yang berbeza:
Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan
azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-Nya;
dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari
azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu
hitung. (Surah Al-Hajj: 47)
Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahan-Nya
(untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama)
pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang
bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat
soal jawabnya). (Surah Maarij:4)
Semua ayat-ayat ini menerangkan ekspresi relativiti masa. Kenyataan
bahawa natijah ini hanya dapat difahami oleh sains baru-baru ini
di dalam abad ke-21, telah disampaikan kepada manusia 1400 tahun
dahulu oleh al-Quran, merupakan tanda bahawa al-Quran telah diturunkan
oleh Allah, Yang menguasai seluruh masa dan ruang.
Banyak kenyataan-kenyataan di dalam al-Quran menunjukkan bahawa
masa adalah sebuah persepsi. Ini merupakan bukti di dalam cerita-cerita
ini. Sebagai contoh, Allah telah membiarkan Ashabul-Kahfi, sekumpulan
orang-orang yang beriman yang disebutkan di dalam al-Quran, berada
di dalam tidur yang lena selama lebih daripada tiga kurun. Apabila
mereka terjaga, mereka merasakan bahawa mereka telah berada di negeri
tersebut sekejap sahaja, dan tidak dapat mengagak berapa lama mereka
telah tidur:
Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya
dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. Kemudian
Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah
dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang
lamanya mereka hidup (dalam gua itu). (Surah Al-Kahfi:11-12)
Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka
(dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri.
Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?"
(sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama
sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari)
mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya
kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang
perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih
mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual
di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan
daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh
(semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan
sesiapapun menyedari akan hal kamu. (Surah Al-Kahfi:19)
Situasi yang dijelaskan di dalam ayat di bawah ini juga membuktikan
bahawa masa sebenarnya adalah sebuah persepsi psikologi:
Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai
Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh
segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan
menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak
binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak
berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula
lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?"
Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah
hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau
telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu,
perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah
keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal
tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan
engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah
kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali
kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah
jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang
aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu". (Surah Al-Baqarah:259)
Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah yang telah menjadikan
masa juga berkuasa ke atasnya. Sebaliknya, manusia dikuasai oleh
masa yang Allah memerintahnya. Seperti yang sebutkan di dalam ayat
tersebut, manusia tidak berupaya untuk mengetahui berapa lama dia
tidur. Dalam keadaan ini, untuk mendakwa bahawa masa adalah mutlak
(seperti yang para materialis lakukan di dalam mentaliti mereka
yang lemah), adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
Takdir
Relativiti masa telah menjelaskan sebuah perkara yang amat penting.
Relativiti masa boleh berubah sehingga satu period masa yang kelihatan
berbilion tahun tempohnya kepada kita, mungkin hanya tinggal sesaat
sahaja di dalam dimensi lain. Tambahan pula, satu jangka masa yang
besar berkembang daripada permulaan dunia sehingga penamatnya, mungkin
tidak tinggal walau sesaat tetapi hanya sedetik di dalam dimensi
lain.
Ini adalah inti pati sebenar konsep takdir – sebuah konsep yang
tidak dapat difahami dengan baik oleh ramai orang, terutamanya para
materialis, yang menafikannya. Takdir ialah pengetahuan sempurna
Allah terhadap semua kejadian-kejadian silam atau masa hadapan.
Sebahagian manusia mempersoalkan bagaimana Allah dapat mengetahui
peristiwa-peristiwa yang belum berlaku dan ini menyebabkan mereka
gagal untuk memahami kebenaran takdir ini. Bagaimana pun, "peristiwa-peristiwa
yang belum berlaku" belum berlaku kepada kita. Allah tidak
tertakluk kepada masa atau ruang kerana Dia sendiri yang menjadikannya.
Kerana itu, masa silam, masa hadapan dan masa kini tidak ada bezanya
kepada Allah; bagi-Nya segalanya telah berlaku dan telah tamat.
Lincoln Barnett menjelaskan bagaimana
Teori Asas Relatif memandu kita kepada hakikat ini di dalam buku
The Universe and Dr. Einstein: Menurut Barnett, cakerawala
ini dapat "dikuasai seluruh kehebatannya oleh satu kebijaksanaan
kosmik".195
Apa yang disebutkan oleh Barnett sebagai "kebijaksanaan
kosmik" adalah kebijaksanaan dan ilmu Allah, Yang menguasai
selurah alam. Sebagai mana kita dapat melihat dengan mudah seorang
pemerintah yang awal, pertengahan dan yang terakhir, dan segala
unit yang di antaranya, semuanya, Allah mengetahui waktu kita dijajah
seperti satu detik daripada permulaannya hingga ke akhirnya. Manusia
hanya mengalami kemalangan apabila masanya sampai dan mereka menyaksikan
takdir yang telah Allah jadikan untuk mereka.
Perlu juga diberi perhatian terhadap pemahaman dangkal dan terpesong
terhadap takdir yang berlaku di dalam masyarakat. Fahaman salah
terhadap takdir ini berpegang kepada kepercayaan bahawa Allah telah
menyiapkan "takdir" kepada setiap orang tetapi kadang-kadang
takdir-takdir ini boleh diubah oleh mereka. Contohnya, apabila seorang
pesakit hidup semula masyarakat akan beranggapan bahawa "Dia
telah menewaskan takdirnya". Tetapi, sebenarnya tidak ada orang
yang dapat mengubah takdirnya. Pesakit yang hidup semula itu sebenarnya
tidak mati kerana dia ditakdirkan untuk tidak mati. Demikian juga
takdir mereka yang menipu diri mereka dengan menyatakan "Saya
telah menewaskan takdir saya", dia juga telah ditakdirkan untuk
berkata demikian dan mempertahankan pemikiran tersebut.
Takdir adalah pengetahuan Allah yang agung dan hanya kepada Allah,
yang mengetahui masa seperti satu detik dan yang menguasai seluruh
masa dan ruang, segalanya telah ditetapkan dan diakhiri pada satu
takdir. Kita juga dapat memahami daripada apa yang disebutkan di
dalam al-Quran bahawa masa adalah kepunyaan Allah: beberapa kemalangan
yang akan berlaku kepada kita di masa hadapan telah disebutkan di
dalam al-Quran di dalam satu cara seolah-olah ia telah berlaku sebelum
ini. Contohnya, ayat yang menggarap bagaimana laporan yang akan
manusia berikan kepada Allah di hari Akhirat telah dijelaskan seolah-olah
ia sebuah peristiwa yang telah pun berlaku:
Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu
matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi,
kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian
ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun
berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). Dan akan bersinar terang-benderanglah
bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab
suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi-nabi serta
saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang
mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. (Surah Az-Zumar:68-69)
Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan
berpasuk-pasukan,... (Surah Az-Zumar:71)
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa
ke Syurga dengan berpasuk-pasukan,...( Surah Az-Zumar:73)
Ayat-ayat lain membincangkan subjek ini:
Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar),
disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu
lagi menjadi) saksi. (Surah Al-Qaf:21)
Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput
(dan runtuh) (Surah Al-Haaqqah:16)
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan
laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan
dari) sutera. Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di
atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ
adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai
suasana yang terlampau sejuk. (Surah Al-Insan:12-13)
Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya.
(Surah An-Naaziat:36)
Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan
orang yang kafir itu. (Surah Mutaffifiin:34)
Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka,
maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka
tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.
(Surah Al-Kahfi:53)
Seperti yang dapat dilihat, peristiwa-peristiwa yang akan berlaku
selepas kematian kita (mengikut kaca mata kita) telah dijelaskan
seolah-olah ia telah pun berlaku dan telah berlalu di dalam al-Quran.
Allah tidak tertakluk oleh lingkungan masa yang relatif yang kita
dikhususkan di dalamnya. Allah telah menjadikan semuanya di dalam
keadaan masa-sifar: manusia telah melakukannya dan semua peristiwa
telah berjalan dan telah tamat. Telah dinyatakan di dalam ayat di
bawah bahawa setiap peristiwa, sama ada yang besar atau yang kecil
berada di dalam pengetahuan Allah dan telah dirakamkan di dalam
sebuah kitab:
Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan
sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah
atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia)
dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi
saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan
hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus
atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak
ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan
semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.(Surah Yunus:61)
Kebimbangan Materialis
Isu-isu yang telah dibincangkan di dalam bab ini, terutamanya landasan
sebenar kebendaan, masa-sifar, dan ruang kosong, adalah amat jelas.
Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, ia bukan sebuah falsafah
atau sebuah pemikiran, tetap adalah sebuah kebenaran yang tidak
dapat dinafikan lagi. Di samping ia juga adalah sebuah kenyataan
yang teknikal, bukti-bukti rasional dan logik juga tidak memberikan
alternatif lain ke atas isu ini: cakerawala ini adalah sebuah ilusi
keseluruhannya bersama semua benda yang di dalamnya dan manusia
yang tinggal di dalamnya. Ia adalah sebuah himpunan persepsi-persepsi.
Para materialis merasa amat sukar untuk memahami isu ini. Sebagai
contoh, sekiranya kita berbalik kepada contoh bas Politzer: walau
pun Politzer secara teknikalnya mengetahui bahawa dia tidak dapat
melangkah keluar daripada persepsinya, tetapi dia hanya mengakuinya
di dalam beberapa keadaan. Iaitu, bagi Politzer, peristiwa-peristiwa
hanya berlaku di dalam otak sehinggakan pelanggaran bas, tetapi
apabila pelanggaran ini berlaku, segalanya akan keluar daripada
otak dan menjadi sebuah realiti fizikal. Kecacatan logikal pada
peringkat ini amat jelas. Politzer telah melakukan kesilapan yang
sama telah dilakukan oleh materialis-materialis lain seperti seorang
falsafah materialis Johnson yang menyatakan "Saya menyepak
batu, kaki saya saki, oleh itu ia wujud" dan dia tidak dapat
memahami bahawa kejutan yang dialami selepas impak bas tersebut
juga adalah sebuah persepsi.
Sebab sebenar mengapa materialis tidak dapat memahami subjek ini
adalah kerana ketakutan mereka terhadap fakta yang akan mereka temui
jika mereka memahaminya. Lincoln Barnett menyatakan bahawa subjek
ini telah labelkan sebagai "tidak boleh dikaji" oleh sebahagian
saintis:
Bersama dengan reduksi ahli-ahli falsafah
bahawa semua realiti objek adalah sebuah bayangan – dunia persepsi,
saintis telah menyedari keterbatasan deria-deria manusia.196
Sebarang rujukan yang dilakukan terhadap kenyataan bahawa kebendaan
dan masa adalah sebuah persepsi akan menambahkan ketakutan kepada
seorang materialis, kerana ia adalah satu-satunya kepercayaan yang
diyakininya sebagai kewujudan yang mutlak. Dia sebenarnya telah
mengambilnya sebagai idola untuk disembah, kerana dia menyangka
dia telah diciptakan oleh kebendaan dan masa (melalui evolusi).
Apabila dia merasakan bahawa alam yang disangka dia tinggal di
dalamnya, dunia ini, tubuhnya sendiri, orang lain, para ahli falsafah
lain yang dia terpengaruh dengan idea-idea mereka, dan ringkasnya,
segalanya, adalah sebuah persepsi, dia merasa telah dikalahkan oleh
kengerian semua ini. Segala yang dia bergantung padanya, mempercayai,
dan menjadi jalan keluar kepadanya, akan musnah secara tiba-tiba.
Dia merasa putus asa seperti mana yang akan di alaminya di Hari
Perhitungan di dalam keadaan yang sebenar seperti yang telah disebutkan
di dalam ayat:
Dan pada hari itu mereka semua menyerah diri
bulat-bulat kepada Allah, dan hilang lenyaplah dari mereka (yang
musyrik itu) apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu-sekutu
Allah). (Surah An-Nahl:87)
Oleh itu, materialis ini cuba menyakinkan dirinya sendiri pada
realiti kebendaan, dan mereka-reka "bukti" seperti; melagakan
penumbuknya ke dinding, tendang batu, menjerit, berteriak, tetapi
mereka tidak akan dapat melarikan diri daripada realiti.
Seperti mana mereka cuba menyingkirkan realiti ini daripada minda
mereka, mereka juga mahu orang lain untuk membuangkannya. Mereka
juga menyedari sekiranya hakikat semula jadi kebendaan diketahui
umum secara keseluruhannya, keprimitifan falsafah mereka dan penipuan
mereka kepada dunia akan didedahkan, dan tidak akan ada lagi landasan
yang tinggal yang membolehkan mereka merasionalkan pandangan mereka.
Ketakutan ini merupakan sebab utama mengapa mereka merasa amat terganggu
dengan fakta-fakta yang disampaikan di sini.
Allah menyatakan bahawa ketakutan orang-orang kafir ini akan dilihat
di hari akhirat kelak. Di Hari Perhitungan, mereka akan disapa seperti
berikut:
Dan (ingatlah), hari (kiamat yang padanya) Kami
himpunkan mereka semua, kemudian Kami berfirman kepada orang-orang
musyrik: "Manakah orang-orang dan benda-benda yang dahulu kamu
sifatkan (menjadi sekutu Allah):?" (Surah Al-Anaam:22)
Kemudian, orang-orang kafir akan menyaksikan kedudukan mereka,
anak-anak dan golongan-golongan yang rapat dengan mereka yang mereka
anggap sebagai benar dan menganggapnya sebagai saingan kepada Allah,
meninggalkan mereka dan musnah. Allah mengkhabarkan berita ini di
dalam ayat:
Lihatlah bagaimana mereka berdusta terhadap
diri mereka sendiri, dan bagaimana hilang lenyapnya dari mereka
apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu Allah) itu. (Surah
Al-Anaam:24)
Keuntungan Orang-Orang Beriman
Sementara kenyataan bahawa kebendaan dan masa adalah sebuah persepsi
telah mencemaskan materialis, perkara yang sebaliknya pula berlaku
kepada orang-orang yang beriman. Orang-orang beriman merasa gembira
apabila mengetahui rahsia di sebalik kebendaan ini. Realiti ini
adalah kunci kepada semua persoalan. Dengan kunci ini, semua rahsia
akan terbuka. Seseorang akan dapat memahami isu-isu yang sukar difahaminya
sebelum ini.
Seperti yang disebutkan sebelum ini, persoalan kematian, syurga,
neraka, hari akhirat, perubahan dimensi, dan persoalan-persoalan
penting seperti, "Di mana Allah?", "Apakah benda
sebelum Allah?", "Siapa yang menjadikan Allah?",
"Berapa lamakah kehidupan di alam barzakh berlangsung?",
"Di manakah syurga dan neraka?", dan "Di manakah
syurga dan neraka wujud kini?", semuanya akan dapat dijawab
dengan mudah. Akan dapat difahami dengan sistem apakah yang Allah
gunakan untuk menjadikan seluruh alam daripada kosong. Lebih daripada
itu, dengan rahsia ini, persoalan "bila", dan "di
mana" tidak akan mempunyai sebarang erti lagi kerana tidak
akan ada masa dan ruang yang tinggal. Apabila ruang kosong difahami,
maka akan dapat difahami bahawa neraka, syurga, dan bumi sebenarnya
berada pada tempat yang sama. Sekiranya masa-sifar difahami, maka
akan dapat difahami bahawa segalanya berlaku pada waktu yang sama:
tidak ada apa yang dinantikan dan masa tidak bergerak, kerana segalanya
telah sedia berlaku dan berakhir.
Apabila rahsia ini dikaji, dunia ini akan menjadi syurga kepada
orang yang beriman. Segala perkara yang mendukakan seperti kebimbangan,
kerisauan, dan ketakutan akan musnah. Seseorang akan menyedari bahawa
hanya ada seorang Pemerintah, Dia yang mengubah seluruh dunia fizikal
seperti yang dikehendaki-Nya dan apa yang perlu dilakukannya ialah
berpaling kepada-Nya. Dia menyerahkan seluruh dirinya kepada Allah,
"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:
"Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada
dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan
dunia untuk berkhidmat kepada-Mu semata-mata), maka terimalah nazarku;
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(Ali-Imran,35)
Memahami rahsia ini merupakan keuntungan yang
paling hebat di dunia.
Dengan rahsia ini, satu lagi realiti yang disebutkan di dalam al-Quran
telah ditemui: kenyataan bahawa "Kami lebih dekat kepadanya
daripada urat lehernya," (Surah Qaaf:16). Seperti yang diketahui,
urat leher berada di dalam badan. Apa yang lebih rapat kepada seseorang
daripada dalamannya sendiri? Situasi ini dapat dijelaskan oleh hakikat
ruang kosong. Ayat ini akan lebih difahami dengan memahami rahsia
ini.
Ini adalah kebenaran. Sepatutnya ia telah membuktikan dengan jelas
bahawa tidak ada penolong dan pemberi rezeki yang lain selain daripada
Allah. Tidak ada yang lain selain Allah; Dialah satu-satunya kewujudan
mutlak (wahdatul-wujud) yang seseorang dapat melarikan diri kepada-Nya,
memohon pertolongan, dan berharap untuk dikurniai.Ke mana sahaja
kita pergi, Allah tetap wujud.
  
190 François
Jacob, Le Jeu des Possibles, University of Washington Press, 1982,
p.111
191 Lincoln Barnett, The Universe and Dr.Einstein,
William Sloane Associate, New York, 1948, pp. 52-53
192 Lincoln Barnett, The Universe and Dr.Einstein,
William Sloane Associate, New York, 1948, p.17
193 Lincoln Barnett, The Universe and Dr.Einstein,
William Sloane Associate, New York, 1948, p.58.
194 Paul Strathern, The Big Idea: Einstein
and Relativity, Arrow Books, 1997, p. 57
195 Lincoln Barnett, The Universe and Dr.Einstein,
William Sloane Associate, New York, 1948, p.84 
196 Lincoln Barnett, The Universe and Dr.Einstein,
William Sloane Associate, New York, 1948, pp.17-18
|