INTI PATI
SEBENAR KEBENDAAN
PERINGATAN!
Bab yang akan kamu baca
ini mendedahkan satu
rahsia terbesar di dalam hidup kamu. Kamu perlu membacanya
dengan baik dan teliti kerana ia berkaitan dengan satu
subjek yang pasti akan mengubah pandangan kamu terhadap dunia luar.
Subjek di dalam bab ini, bukan hanya satu pandangan,
satu pendekatan yang berbeza, atau satu kepercayaan
falsafah kuno: tetapi ia adalah satu fakta, yang perlu
diakui oleh setiap orang, samada mereka mempercayainya atau
tidak, dan ia juga telah dibuktikan
oleh sains hari ini.
Sesiapa yang merenungi alam sekelilingnya
dengan penuh kesedaran dan kebijaksanaan akan menyedari bahawa setiap
benda di dunia ini – yang hidup atau tidak hidup – pasti telah dijadikan.
Jadi persoalannya ialah "Siapakah menjadikan semua benda ini?"
Telah dibuktikan bahawa "hakikat kejadian", yang mendedahkan
dirinya dalam setiap aspek kehidupan, tidak mungkin dapat muncul
dengan sendirinya. Sebagai contoh, seekor kumbang tidak mungkin
dapat mencipta dirinya sendiri. Sistem solar tidak mungkin dapat
menjadikan dan menguruskan dirinya. Begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan,
manusia, bakteria, erythrocytes (butir darah-merah), atau
rama-rama tidak mungkin dapat menjadikan diri mereka sendiri. Kemungkinan
semuanya ini telah terbentuk "secara kebetulan" adalah
sesuatu yang tidak masuk akal.
Kita akhirnya sampai kepada konklusi berikut: Setiap apa yang kita
lihat telah dijadikan. Tetapi semua yang kita lihat tidak dapat
menjadi "pencipta" kepada dirinya. Pencipta adalah berbeza
dan lebih tinggi daripada apa yang kita lihat dengan mata kita,
satu kuasa teragung yang tidak dapat dilihat tetapi kewujudan dan
kesannya dapat kita rasai pada setiap benda yang wujud.
Pada ketika inilah mereka yang menafikan kewujudan Allah menjadi
ragu-ragu. Mereka mensyaratkan tidak akan mempercayai kewujudan-Nya
melainkan sekiranya mereka dapat melihat-Nya dengan mata mereka
sendiri. Golongan ini yang mengetepikan hakikat "kejadian",
terpaksa untuk menolak kebenaran "kejadian" jelas yang
terdapat di alam semesta ini dan membuktikan bahawa alam semesta
dan semua benda hidup di dalamnya tidak dijadikan. Teori evolusi
merupakan satu contoh usaha sia-sia mereka ini.
Asas kesilapan mereka yang menafikan kewujudan Allah telah dikongsi
bersama oleh ramai orang yang hakikatnya tidak menolak kewujudan
Allah tetapi mempunyai persepsi yang salah terhadap-Nya. Mereka
tidak menolak penciptaan, tetapi mempunyai kepercayaan karut terhadap
di mana Allah berada. Kebanyakan mereka beranggapan bahawa Allah
berada di atas "langit". Mereka membayangkan bahawa Allah
berada di sebalik sebuah planet yang amat jauh dan sesekali terganggu
dengan "perkara-perkara duniawi". Atau mungkin Dia tidak
langsung terganggu; Dia menjadikan alam semesta dan kemudian meninggalkannya
sendiri dan manusia dibiarkan untuk berhadapan dengan takdir mereka
sendiri.
Walau pun sesetengah mereka pernah mendengar bahawa di dalam al-Quran
telah tertulis bahawa Allah berada "di mana-mana", tetapi
mereka tidak dapat mentafsirkan maksudnya yang sebenar. Mereka beranggapan
Allah berada di sekeliling seperti gelombang radio atau seperti
gas yang tidak dapat dilihat.
Bagaimana pun, fahaman dan kepercayaan yang tidak dapat menjelaskan
di mana Allah berada (dan mungkin kerana itu mereka menafikan-Nya),
semuanya berasaskan kepada satu kesilapan yang sama. Mereka berpegang
kepada satu prejudis tanpa sebarang asas dan kemudian membawa kepada
pandangan yang menyeleweng terhadap Allah. Apakah prejudis ini?
Prejudis ini berkaitan dengan natural dan ciri-ciri kebendaan.
Kita terlalu dilazimkan dengan andaian terhadap kewujudan benda
sehinggakan kita tidak pernah terfikir samada ia benar-benar wujud
atau hanya bayangan. Sains moden telah memusnahkan prejudis ini
dan telah mendedahkan realiti yang sangat penting dan diperlukan.
Di dalam helaian berikutnya, kami akan cuba menjelaskan realiti
hebat ini sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran.
Dunia Isyarat Elektrik
Segala maklumat yang kita terima tentang dunia ini telah dihantar
kepada kita melalui lima pancaindera. Dunia yang kita kenali adalah
bergantung kepada apa yang mata kita yang melihat, tangan kita yang
menyentuh, hidung kita yang menghidu, lidah kita yang merasa, dan
telinga kita yang mendengar. Kita tidak pernah fikirkan bahawa dunia
"luar" adalah berbeza daripada apa yang pancaindera kita
sampaikan kepada kita memandangkan kita hanya bergantung kepada
pancaindera ini semenjak kita dilahirkan.
Penyelidikan terkini di dalam bidang-bidang sains yang berbeza,
bagaimana pun telah menemui satu pemahaman yang berbeza dan menyebabkan
keraguan yang serius terhadap pancaindera kita dan dunia yang kita
lalui kini.
Permulaan bagi pendekatan ini ialah bahawa kepercayaan kepada satu
"dunia luar" yang terbentuk di dalam otak kita hanyalah
respons yang terbentuk di dalam otak kita oleh isyarat elektrik.
Kemerahan apel, kekerasan kayu, begitu juga, ibu kamu, ayah, keluarga,
dan segala apa yang kamu miliki, rumah kamu, kerja, dan barisan-barisan
buku ini, hanyalah isyarat elektrik semata-mata.
Frederick Vester menjelaskan peringkat yang telah dicapai
oleh sains di dalam subjek ini:
Kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian
saintis yang menyatakan bahawa "manusia adalah sebuah imej,
segala yang telah dilalui adalah sementara dan menipu, dan alam
semesta ini hanyalah bayangan", nampaknya telah dibuktikan
oleh sains kini.173

Simulasi yang datang daripada satu objek ditukarkan ke
isyarat elektrik dan memberi kesan di dalam otak. Apabila
kita "melihat", kita sebenarnya mengimbas kesan
isyarat elektrik ini di dalam minda kita. |
Seorang ahli falsafah terkenal George Berkeley memberikan
komentar terhadap subjek ini seperti berikut:
Kita mempercayai kewujudan objek hanya kerana
kita melihat dan menyentuhnya, dan ia bertindak balas kepada kita
dengan persepsi kita. Bagaimana pun, persepsi kita hanyalah idea
di dalam minda kita. Oleh itu, objek yang kita lihat dengan penglihatan
kita tidak lebih daripada idea-idea, dan idea-idea ini hanya berada
di dalam otak kita... Memandangkan semua yang wujud ini hanya
berada di dalam minda, bermakna kita telah tertipu apabila kita
membayangkan alam semesta ini dan benda-benda ini wujud di luar
minda kita. Oleh itu, tidak satu pun yang berada di sekeliling
kita wujud di luar minda kita.174
Untuk menjelaskan lagi subjek ini, mari kita kaji pancaindera penglihatan
kita yang memberikan kita maklumat-maklumat yang paling ekstensif
tentang dunia luar.
Bagaimana Kita Melihat, Mendengar dan Merasa?
Perbuatan melihat direalisasikan di dalam satu cara yang sangat
progresif. Sekelompok cahaya (photon-) yang bergerak daripada
objek ke mata menembusi kanta di bahagian depan mata apabila ia
pecah dan jatuh dalam keadaan terbalik di atas retina yang terletak
di bahagian belakang mata. Di sini, cahaya yang berlanggar telah
diubah menjadi isyarat elektrik yang dipancarkan oleh neuron ke
satu titik kecil yang digelar pusat penglihatan yang berada di bahagian
belakang otak. Isyarat elektrik ini diterima sebagai sebuah imej
di pusat ini di dalam otak selepas beberapa siri proses. Perbuatan
melihat sebenarnya berlaku di dalam titik kecil ini di bahagian
belakang otak yang gelap gelita dan sama sekali terasing daripada
cahaya.
Sekarang, mari kita kaji semula proses ini. Apabila kita menyatakan
"saya melihat", kita sebenarnya melihat kesan utusan yang
sampai ke mata kita dan merangsang otak kita setelah ia ditukarkan
kepada isyarat elektrik. Oleh itu, apabila kita menyatakan "saya
melihat", kita sebenarnya memandang kepada isyarat elektrik
di dalam minda kita.
Semua imej yang kita lihat di dalam hidup kita terbentuk di dalam
pusat penglihatan kita, yang terbentuk daripada beberapa sentimeter
kubin daripada keluasan otak. Buku yang kamu sedang baca dan lanskap
yang kamu lihat apabila kamu merenung ke arah horizon, termuat di
dalam tempat kecil ini. Satu fakta yang perlu diletakkan di minda
seperti yang disebutkan sebelum ini, iaitu otak terhindar daripada
cahaya; di dalamnya sama sekali gelap. Otak tidak mempunyai sebarang
hubungan dengan cahaya secara langsung.
Kita dapat menerangkan situasi ini dengan satu contoh. Kita andaikan
terdapat sebatang lilin bernyala di hadapan kita. Kita boleh duduk
berhadapan dengan lilin ini dan melihatnya. Bagaimana pun, sepanjang
period ini, otak kita tidak pernah mempunyai sebarang hubungan terus
dengan cahaya lilin tersebut. Walau pun kita melihat cahaya lilin,
bahagian dalaman otak kita adalah gelap. Kita melihat dunia yang
berwarna-warni dan terang di dalam otak kita yang gelap.
R.L. Gregory memberikan penjelasan seperti berikut tentang
aspek penglihatan yang menakjubkan ini:
Kita amat biasa dengan perbuatan melihat,
sehinggakan ia memerlukan imaginasi yang tinggi untuk menyedari
bahawa terdapat masalah yang perlu diselesaikan. Tetapi dengan
menimbangkan perkara ini. Kita diberikan imej-imej kecil yang
terbalik di dalam mata kita, dan kita melihat objek-objek pejal
yang terpisah di kawasan sekeliling. Daripada corak-corak simulasi
pada retina, kita menerima dunia objek-objek, dan ini merupakan
suatu keajaiban. 175
Situasi yang sama juga berlaku kepada semua pancaindera kita yang
lain. Bunyi, sentuhan, rasa dan bau, semuanya telah ditukarkan ke
otak sebagai isyarat elektrik dan diterima di pusat otak.
Deria pendengaran juga berlaku dengan cara yang sama. Telinga luar
menangkap bunyi-bunyi dengan cuping telinga dan menghantarnya ke
telinga tengah; telinga tengah memancarkan getaran bunyi kepada
telinga dalam dengan menguatkannya; telinga dalam menghantar getaran
ini ke otak dengan menukarkannya ke isyarat elektrik. Seperti mata,
perbuatan mendengar berakhir di pusat pendengaran di dalam otak.
Otak tidak menerima bunyi seperti mana ia tidak menerima cahaya.
Oleh itu, walau sebising mana pun di luar, di dalam otak adalah
amat sunyi.
Apabila kita merasa cahaya dan kepanasan api, tetapi di
dalam otak kita adalah gelap gelita dan suhunya tidak pernah
berubah. |
Serumpun cahaya datang daripada sebuah objek jatuh di atas retina
dalam keadaan terbalik. Di sini, imej ini ditukarkan ke isyarat
elektrik dan dihantarkan ke pusat penglihatan di bahagian belakang
otak. Memandangkan otak adalah kalis daripada cahaya, adalah
mustahil bagi cahaya untuk sampai pusat penglihatan. Ini bererti
kita melihat dunia luas cahaya di dalam sebuah titik kecil yang
kalis daripada cahaya. |
Oleh itu, walau bunyi yang sangat halus sekalipun dapat diterima
di dalam otak. Dengan ketepatan seperti ni seorang yang sihat dapat
mendengar segala-galanya tanpa bunyi gemeretik atau gangguan. Di
dalam otak kamu yang terpisah daripada bunyi, kamu mendengar simfoni
sebuah orkestra, mendengar semua bunyi di dalam satu tempat yang
sesak, dan menerima semua bunyi-bunyian di dalam frekuensi yang
luas, daripada bunyi gerisik sehelai daun sehingga ngauman sebuah
jet. Tetapi, sekiranya tahap bunyi di dalam otak kamu disukat dengan
satu alat yang sensitif pada waktu tersebut, akan didapati ia berada
di dalam keadaan yang paling senyap.
Persepsi bau kita juga terbentuk dengan cara yang sama. Molekul-molekul
yang mudah meruap terpancar oleh benda-benda seperti vanila atau
sekuntum bunga mawar yang mencecah reseptor di dalam rerambut halus
di kawasan epithelium hidung dan terlibat di dalam satu tindak balas.
Tindak balas ini dihantar ke otak sebagai isyarat elektrik dan diterima
sebagai bau. Semua yang kita hidu, yang wangi atau busuk, tidak
lebih daripada penerimaan otak terhadap tindak balas molekul-molekul
yang mudah meruap setelah ia ditukarkan menjadi isyarat elektrik.
Kamu menerima haruman minyak wangi, sekuntum bunga mawar, makanan
yang kamu minati, laut, atau bau-bauan lain yang kamu gemari atau
tidak di dalam otak kamu. Molekul-molekul mereka sendiri sebenarnya
tidak pernah mencecah otak. Seperti juga dengan cahaya dan bunyi,
apa yang sampai ke otak kamu ialah isyarat-isyarat elektrik. Dengan
kata lain, semua bau-bauan yang kamu sangkakan kepunyaan objek-objek
luar sejak kamu dilahirkan sebenarnya hanyalah isyarat-isyarat elektrik
yang kamu rasai melalui organ-organ deria kamu.
Biasanya, terdapat empat jenis reseptor yang berbeza di bahagian
depan lidah manusia. Ia mewakili rasa masin, manis, masam, dan pahit.
Reseptor rasa kita menukarkan persepsi-persepsi ini kepada isyarat
elektrik selepas melalui beberapa proses kimia dan menghantarnya
ke otak. Isyarat-isyarat ini diterima sebagai rasa oleh otak. Rasa
yang kamu dapati ketika memakan sebar coklat atau buah-buahan yang
kamu gemari adalah tafsiran isyarat-isyarat elektrik oleh otak.
Kamu tidak akan dapat mencapai objek di luar, kamu tidak akan dapat
melihat, menghidu atau merasa coklat itu sendiri. Sebagai contoh,
sekiranya saraf rasa yang bersambung dengan otak kamu terputus,
maka tidak satu pun yang kamu makan pada waktu itu akan sampai kepada
otak kamu; kamu telah kehilangan deria rasa kamu.
Pada peringkat ini, kita berhadapan dengan satu
lagi fakta: Kita tidak dapat memastikan apakah yang kita rasai ketika
kita mencuba sejenis makan dan apa yang orang lain rasa apabila
mencuba makanan yang sama, atau apa yang kita terima apabila kita
mendengar satu bunyi dan apa yang orang lain terima apabila dia
mendengar bunyi yang sama, adalah sama. Lincoln Barnett menyatakan
bahawa tidak seorang pun tahu bagaimana orang lain menerima warna
merah atau mendengar not C, seperti yang diterimanya.176

Serumpun cahaya datang daripada sebuah objek jatuh di
atas retina dalam keadaan terbalik. Di sini, imej ini ditukarkan
ke isyarat elektrik dan dihantarkan ke pusat penglihatan di
bahagian belakang otak. Memandangkan otak adalah kalis daripada
cahaya, adalah mustahil bagi cahaya untuk sampai pusat penglihatan.
Ini bererti kita melihat dunia luas cahaya di dalam sebuah
titik kecil yang kalis daripada cahaya. |
Deria sentuhan kita juga tidak berbeza dengan deria-deria yang
lain. Apabila kita menyentuh satu objek, semua maklumat-maklumat
yang akan membantu kita untuk mengenal pasti dunia luar dan objek-objek
telah dihantar ke otak oleh saraf deria di atas kulit. Rasa sentuhan
terbentuk di otak kita. Bersalahan dengan kepercayaan ramai, tempat
yang kita menerima kesan sentuhan bukannya di hujung jari atau kulit
kita tetapi kita menerimanya di pusat sentuhan di dalam otak kita.
Hasil daripada tafsiran otak terhadap simulasi elektrik yang datang
daripada objek kepadanya, kita merasa sentuhan yang berbeza mewakili
objek-objek ini seperti kekerasan atau kelembutan, atau kepanasan
atau kesejukan. Kita memperoleh semua maklumat yang membantu kita
untuk mengenal pasti sesuatu objek daripada simulasi-simulasi ini.
Berkaitan dengan fakta ini, dua orang ahli falsafah yang terkenal,
B. Russell dan L. Wittgeinstein telah memberikan pendapat
mereka seperti berikut:
Sebagai contoh, sama ada sebiji lemon benar-benar
wujud atau tidak dan bagaimana ia dapat wujud tidak dapat dipersoalkan
dan dikaji. Sebiji lemon biasanya mengandungi satu rasa yang dikesan
dengan lidah, satu bau yang dikesan dengan hidung, satu warna
dan bentuk yang dikesan oleh mata; dan hanya sifat-sifat ini sahajalah
yang dijadikan subjek pengkajian dan pentafsiran. Sains tidak
akan dapat mengetahui dunia fizik. 177
Adalah mustahil untuk kita mencapai dunia fizikal. Semua objek-objek
di sekeliling kita adalah satu himpunan persepsi seperti melihat,
mendengar dan menyentuh. Dengan memproses data-data di pusat penglihatan
dan di pusat-pusat deria yang lain, otak kita, melalui hidup kita,
tidak berhadapan dengan kewujudan benda "asal" yang berada
di luar kita tetapi dengan salinan yang terbentuk di dalam otak
kita. Pada peringkat inilah, kita tersalah anggap dengan menyangka
bahawa salinan-salinan ini adalah benda-benda asal di luar kita.
"Dunia Luar" Di Dalam Otak Kita
Sebagai hasil daripada fakta-fakta fizik yang telah disebutkan
setakat ini, kita dapat membuat kesimpulan seperti berikut: "Semua
yang kita lihat, sentuh, dengar, dan terima sebagai benda",
"dunia ini", atau "alam semesta", adalah tidak
lebih daripada isyarat-isyarat elektrik yang berlaku di dalam otak
kita.
Seseorang yang memakan sebiji buah, sebenarnya tidak berhadapan
dengan buah tersebut tetapi dengan persepsinya di dalam otak. Objek
yang dianggapnya sebagai "buah" oleh individu tersebut
sebenarnya adalah teraan elektrik di dalam otak yang berkaitan dengan
bentuk, rasa, bau, dan tekstur buah tersebut. Sekiranya, saraf rasa
yang bersambung dengan otak diputuskan secara tiba-tiba, imej buah
tersebut akan hilang secara mendadak. Atau berlaku pemutusan di
dalam saraf yang menghubungkan deria di dalam hidung kepada otak,
maka ia akan mengganggu deria bau. Ringkasnya, buah tersebut tidak
lebih daripada tafsiran isyarat elektrik yang dilakukan oleh otak.

Hasil daripada simulasi tiruan, sebuah dunia yang kelihatan
betul dan realistik dapat dibentuk di dalam otak kita tanpa
kewujudan dunia fizikal. Hasil daripada simulasi tiruan, seseorang
mungkin berfikir bahawa dia sedang memandu kereta sedangkan
dia sebenarnya sedang duduk di rumah. |
Satu lagi fakta yang perlu diambil kira iaitu deria jarak. Jarak,
seperti jarak di antara kamu dan buku ini, hanyalah satu perasaan
kekosongan yang terbentuk di dalam otak kamu. Objek yang kelihatan
berjarak pada pandangan seseorang juga wujud di dalam otak. Sebagai
contoh, seorang yang melihat bintang-bintang di langit beranggapan
bahawa ia terletak berjuta-juta tahun cahaya daripadanya. Tetapi,
apa yang "dilhatnya" adalah bintang-bintang di dalam dirinya,
di pusat penglihatannya. Apabila kamu membaca barisan ini, kamu
sebenarnya tidak berada di dalam bilik seperti yang kamu jangkakan;
tetapi sebenarnya bilik tersebut berada di dalam kamu. Kamu melihat
badan kamu dan menyangka kamu berada di dalamnya. Tetapi kamu perlu
ingat bahawa badan kamu juga adalah sebuah imej yang terbentuk di
dalam otak kamu.
Perkara yang sama berlaku kepada semua persepsi kamu yang lain.
Misalnya, apabila kamu fikir kamu mendengar bunyi televisyen di
bilik sebelah, kamu sebenarnya mengalami bunyi tersebut di dalam
otak kamu. Kamu boleh samada membuktikan bahawa terdapatnya sebuah
bilik lain di sebelah kamu, atau membuktikan bahawa bunyi tersebut
datang daripada televisyen di bilik itu. Bunyi yang kamu sangka
datang beberapa meter daripada kamu dan perbualan seseorang yang
hampir dengan kamu telah diterima di dalam pusat pendengaran yang
hanya beberapa sentimeter persegi di dalam otak kamu. Di antara
ciri pusat persepsi ini ialah tidak terdapat konsep kanan, kiri,
depan atau belakang. Ini bererti bunyi tidak datang kepada kamu
dari kanan, kiri atau dari udara; tidak terdapat arah datangnya
bunyi.
Bau yang kamu terima juga seperti itu; tidak satu pun yang datang
dari jarak yang jauh. Kamu menyangkakan bahawa kesan terakhir yang
terbentuk di dalam pusat bau kamu adalah bau objek di luar. Tetapi,
seperti imej sekuntum bunga mawar di dalam pusat penglihatan kamu,
begitu juga bau bunga mawar ini di dalam pusat bau kamu: tidak ada
bunga mawar atau bau yang mewakilinya di luar sana.
"Dunia luar" yang disampaikan kepada kita oleh persepsi
kita sebenarnya adalah himpunan isyarat-isyarat elektrik yang sampai
ke otak kita. Di dalam hidup kita, isyarat-isyarat ini diproses
oleh otak kita dan kita hidup tanpa menyedari bahawa kita telah
tersalah apabila menganggap bahawa itu semua adalah visi-visi asal
benda yang wujud di dalam "dunia luar". Kita tersalah
anggap kerana kita tidak dapat mencapai kebendaan itu sendiri melalui
deria-deria kita.
Tamban pula, otak kita sebenarnya yang mentafsirkan dan memberikan
makna kepada isyarat-isyarat yang kita anggap sebagai "dunia
luar". Sebagai contoh, mari kita perhatikan deria pendengaran.
Sebenarnya otak kamu yang mengubah gelombang bunyi di "dunia
luar" ini kepada satu simfoni. Dengan kata lain, muzik juga
adalah satu persepsi yang dicipta oleh otak. Dengan cara yang sama
juga, kita melihat warna, apa yang tiba ke mata kita adalah isyarat
elektrik daripada jarak-jarak gelombang yang berbeza. Sekali lagi
otak kamu yang menukarkannya kepada warna. Tidak ada sebarang warna
di dalam "dunia luar". Sama ada apel merah atau langir
biru atau pokok hijau. Semuanya berada seperti itu kerana kita menerimanya
untuk menjadi sebegitu. "Dunia luar" bergantung sepenuhnya
kepada penerima.
Sedikit kerosakan kecil pada retina mata boleh menyebabkan rabun
warna. Setengah orang menerima warna biru sebagai hijau, merah sebagai
biru, dan beberapa warna lain sebagai tona-tona kelabu yang berbeza.
Pada peringkat ini adalah tidak penting sama ada objek di luar berwarna
atau pun tidak.
Seorang pemikir terkenal, Berkeley menerangkan fakta ini
seperti berikut:
Pada mulanya, dipercayai bahawa warna, bau,
dan sebagainya adalah "benar-benar wujud", tetapi kemudiannya
pandangan ini telah ditolak, dan didapati bahawa ia hanya wujud
bergantung kepada pancaindera-pancaindera kita.178
Kesimpulannya, kita melihat satu objek berwarna bukan kerana ia
mempunyai warna atau kerana ia mempunyai bahan sokongan kewujudan
di luar diri kita. Benda yang sebenar ialah segala kualiti yang
kita gambarkan kepada objek-objek sebenarnya berada di dalam diri
kita dan bukannya di "dunia luar"
Oleh itu, apa yang tinggal pada "dunia luar"?
Apakah Kewujudan "Dunia Luar" Perlu?
Setakat ini kita telah bercakap berulang kali tentang sebuah "dunia
luar" dan sebuah dunia persepsi yang terbentuk di dalam otak
kita, yang akhir adalah yang dapat kita lihat. Tetapi memandangkan
kita tidak dapat mencapai "dunia luar", jadi bagaimana
kita dapat pastikan bahawa dunia seperti itu benar-benar wujud?

Penemuan fizik moden menunjukkan bahawa alam ini adalah
satu himpunan persepsi-persepsi. Soalan berikut telah muncul
di muka hadapan sebuah majalah Amerika terkenal, New Sceintist
yang berkaitan dengan fakta ini pada isu 30 Januari 1999: "Beyond Reality: Is the Universe
Really a Frolic of Primal Information and Matter Just a Mirage?" |
Sebenarnya kita tidak boleh. Memandangkan setiap objek hanyalah
satu himpunan persepsi dan persepsi-persepsi ini hanya wujud di
dalam minda kita, seolah-olah satu-satunya dunia yang betul-betul
wujud ialah dunia persepsi. Satu-satunya dunia yang kita tahu ialah
dunia yang wujud di dalam minda kita: dunia yang dibentuk, dirakamkan
dan dijadikan terang di sini; dunia yang dicipta di dalam minda
kita. Hanya ini dunia yang kita pasti kewujudannya.
Kita tidak akan dapat membuktikan bahawa persepsi yang kita lihat
di dalam otak kita mempunyai bahan-bahan yang berkaitan. Persepsi-persepsi
ini mungkin datang daripada sumber-sumber "tiruan".
Ia dapat diperhatikan. Simulasi yang salah dapat menghasilkan di
dalam otak kita sepenuhnya bayangan "dunia material".
Sebagai contoh, mari kita fikirkan tentang sebuah alat rakaman yang
dapat merakamkan segala syarat elektrik. Pertama, kita hantarkan
semua data-data yang berkaitan dengan sebuah latar (termasuk imej
badan) ke alat ini dengan menukarkannya kepada isyarat-isyarat elektrik.
Kedua, bayangkan kamu dapat pisahkan otak kamu daripada badan. Akhirnya,
kita sambungkan alat perakam ini ke otak dengan elektrod yang berfungsi
sebagai saraf dan menghantar data-data yang telah dirakam ke otak.
Pada peringkat ini, kamu akan merasa seolah-olah kamu berada di
sebuah latar tiruan. Misalnya, kamu dapat memandu laju di lebuh
raya. Adalah mustahil untuk memahami bahawa kamu tidak memiliki
apa-apa melainkan otak kamu sahaja. Ini kerana apa yang diperlukan
untuk mewujudkan sebuah dunia di dalam otak kamu bukannya sebuah
dunia yang sebenar, tetapi sebuah simulasi. Tidak mustahil simulasi-simulasi
ini datangnya daripada sumber tiruan, seperti sebuah perakam.
Berkaitan dengan perkara ini, seorang falsafah sains, Bertrand
Russell menulis;
Sentuhan yang kita rasa apabila menyentuh
meja dengan jari-jemari adalah sebuah gangguan elektrik ke atas
elektron dan proton di hujung jari kita, yang terbentuk, menurut
ilmu fizik moden, oleh keterhampiran elektron dan proton di dalam
meja. Sekiranya gangguan yang sama muncul di dalam hujung jari
kita dengan cara lain, kita akan mengalami rasa yang sama, walau
pun sebenarnya tidak ada meja. 179
Adalah amat mudah bagi kita untuk diperdaya di dalam persepsi pasif
seperti betul tanpa sebarang material berkaitan. Kita sering mengalami
perasaan ini di dalam mimpi-mimpi kita. Di dalam mimpi, kita mengalami
peristiwa, melihat manusia, objek dan latar yang kelihatan seperti
betul. Tetapi, ia tidak lebih daripada persepsi-persepsi. Tidak
ada perbezaan asas di antara mimpi dan "dunia sebenar";
kedua-duanya berlaku di dalam otak.
Siapa Penerima?
Seperti yang telah kita lihat setakat ini, tidak dapat diragui
kenyataan bahawa dunia yang kita sangkakan kita mendiaminya dan
kita menggelarnya "dunia luar" telah dicipta di dalam
otak kita. Tetapi di sini timbul beberapa persoalan penting: Sekiranya
semua peristiwa-peristiwa fizikal yang kita ketahui adalah semata-mata
persepsi, bagaimana dengan otak kita? Memandangkan otak kita juga
adalah sebahagian daripada dunia fizikal seperti tangan, kaki, atau
objek-objek lain, ia juga sepatutnya adalah sebuah persepsi, seperti
objek-objek lain.
Sebuah contoh tentang mimpi dapat menerangkan subjek ini dengan
lebih jelas. Mari kita anggarkan kita melihat mimpi di dalam otak
kita berdasarkan apa yang telah kita perkatakan setakat ini. Di
dalam mimpi kita akan memiliki badan khayalan, tangan khayalan,
mata khayalan, dan otak khayalan. Sekiranya ketika bermimpi kita
di tanya, "Di mana kamu melihat?", kita akan menjawab,
"Saya melihat di dalam otak". Tetapi, sebenarnya tidak
ada otak untuk diperkatakan, tetapi hanya kepala dan otak khayalan.
Yang melihat imej tersebut bukannya otak khayalan di dalam mimpi,
tetapi satu "kewujudan" yang jauh lebih "tinggi".
Kita tahu tidak ada perbezaan fizikal di antara latar sebuah mimpi
dan latar yang kita namakan dunia sebenar. Oleh itu, apabila kita
ditanya di latar yang kita gelar dunia sebenar soalan di atas, "di
mana kamu melihat", adalah tidak bererti sekiranya kita menjawab
"di dalam otak saya" seperti contoh di atas. Di dalam
kedua-dua keadaan, entiti yang melihat dan menerima bukannya otak,
yang hanya merupakan selonggok daging.
Apabila otak di analisis, nampaknya tidak ada apa pun di dalamnya
melainkan molekul-molekul lipid dan protein, yang juga wujud di
dalam organisma-organisma lain. Ini bererti di dalam secebis daging
yang kita gelar "otak", tidak ada sebarang benda untuk
melihat imej, untuk membentuk kesedaran, atau untuk menjadikan kewujudan
yang kita panggil "diri sendiri".
R.L. Gregory merujuk kepada kesilapan masyarakat lakukan
berkaitan dengan persepsi imej di dalam otak:
Terdapat satu pandangan yang perlu dijauhi,
iaitu dengan mengatakan bahawa mata menghasilkan gambaran di dalam
otak. Sebuah gambar di dalam otak memerlukan semacam mata dalaman
untuk melihatnya – tetapi ini memerlukan satu mata tambahan lain
pula untuk melihat gambarnya... dan demikianlah berterusan kemunduran
mata dan gambar. Ini semua adalah mustahil.180
Keadaan inilah yang meletakkan para materialis yang tidak menerima
perkara lain melainkan kebendaan sebagai benar, di dalam kebingungan.
Kepunyaan siapakan "mata dalaman" yang melihat, yang menerima
apa yang ia lihat dan bertidak balas?
Karl Pribram juga menumpukan kepada persoalan penting ini
di dalam dunia sains dan falsafah tentang siapakah yang menerima:
Sejak zaman Greek, para ahli falsafah telah
memikirkan tentang "hantu di dalam mesin", "manusia
kecil di dalam manusia kecil" dan sebagainaya. Di manakah
"saya", orang yang menggunakan otaknya? Siapakah yang
merealisasikan perbuatan mengetahui? Seperti yang dinyatakan oleh
Saint Francis dari Assisi*, "kita mengkaji apa yang kita
lihat".181
 
Otak adalah himpunan molekul-molekul protein dan lemak.
Ia terbentuk daripada saraf-saraf sel yang digelar neuron.
Tidak ada sebarang kuasa pada secebis daging ini untuk melihat
imej, untuk membentuk kesedaran, atau untuk menjadikan kewujudan
yang kita panggil "diriku". |
Sekarang fikirkan: Buku di dalam tangan kamu, bilik di mana kamu
berada, ringkasnya, semua imej di hadapan kamu dilihat di dalam
otak kamu. Apakah atom-atom yang melihat imej-imej ini? Atom-atom
yang buta, tuli dan mati? Mengapa sebahagian atom memperolehi kualiti-kualiti
ini sementara yang lain tidak? Apakah perbuatan kita berfikir, memahami,
mengingati, gembira, sedih, dan sebagainya mengandungi reaksi-reaksi
elektrokimia di antara atom-atom ini?
Apabila kita memikirkan persoalan-persoalan ini, kita akan mendapati
bahawa tidak ada deria dalam mencari kehendak di dalam atom. Jelas
bahawa kewujudan yang melihat, mendengar, dan merasa adalah melampaui
kewujudan kebendaan. Kewujudan ini "hidup" dan ia bukannya
kebendaan atau pun imej kebendaan. Kewujudan ini bersekutu dengan
persepsi di hadapannya dengan menggunakan imej badan kita.
Kewujudan ini adalah "roh".
Agregat persepsi-persepsi ini yang kita gelar "dunia material"
adalah sebuah mimpi yang dialami oleh roh ini. Seperti badan yang
kita miliki dan dunia material yang kita lihat di dalam mimpi kita
adalah tidak benar, alam semesta yang kita diami dan tubuh badan
yang kita miliki juga tidak mempunyai realiti material.
Kewujudan yang sebenar ialah roh. Kebendaan hanya mempunyai persepsi-persepsi
yang dilihat oleh roh. Kewujudan bijak yang menulis dan membaca
barisan-barisan ini bukan hanya sebuah himpunan atom-atom dan molekul-molekul
– dan reaksi kimia di antaranya – tetapi sebuah "roh".
Kewujudan Yang Sebenar
Semua fakta-fakta ini telah membawa kita untuk berhadapan dengan
sebuah persoalan yang amat penting. Sekiranya semua benda yang kita
ketahui sebagai dunia material terdiri daripada persepsi-persepsi
yang dilihat oleh roh kita, oleh itu, apakah sumber persepsi-persepsi
ini?
Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu mengambil kira fakta
berikut: benda tidak mempunyai sebuah kawalan-kewujudan-sendiri
oleh dirinya sendiri. Memandangkan benda ini adalah satu persepsi,
oleh itu ia adalah sesuatu yang "tiruan". Iaitu, persepsi-persepsi
ini tentunya telah disebabkan oleh kuasa lain, dengan kata lain
ia pasti telah dijadikan. Tambahan pula penciptaan ini berterusan.
Sekiranya tidak ada penciptaan yang berterusan dan konsisten, maka
apa yang kita gelar kebendaan ini akan hilang dan lenyap. Ia seperti
sebuah televisyen yang gambarnya terus dimainkan selagi isyaratnya
terus dipancarkan. Jadi, siapakah yang membuatkan roh kita melihat
bintang-bintang, bumi, tumbuh-tumbuhan, manusia, tubuh kita dan
semua yang kita lihat?
Ini membuktikan dengan jelas kewujudan seorang Pencipta Yang Agung,
Yang telah menjadikan seluruh alam material, iaitu, sejumlah persepsi-persepsi,
dan Yang meneruskan penciptaan-Nya tanpa henti. Memandangkan Pencipta
ini menunjukkan satu penciptaan yang menakjubkan, tentunya dia mempunyai
kekuasaan dan kekuatan yang maha hebat.
Dia telah menurunkan sebuah kitab dan melalui kitab ini Dia telah
menceritakan Dirinya, alam semesta ini dan tujuan kewujudan kita.
Pencipta ini ialah Allah, dan kitab tersebut ialah Al-Quran.
Kenyataan bahawa langit dan bumi ini, iaitu alam semesta ini adalah
tidak stabil, bahawa kehadiran mereka ini adalah kerana penciptaan
Allah dan mereka akan hilang apabila Dia menghentikan penciptaan-Nya,
segalanya telah dijelaskan di dalam ayat berikut:
Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit
dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang
ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka
tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian
selain dari Allah. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
(Surah Fatir:41)
Seperti yang telah kami sebutkan sejak awal lagi, sebahagian manusia
tidak mempunyai pemahaman yang tepat tentang Allah dan mereka membayangkan
seolah-olah Allah itu berada di atas langit dan tidak campur tangan
di dalam urusan-urusan keduniaan. Asas anggapan ini adalah berdasarkan
kepercayaan bahawa alam semesta ini adalah sebuah himpunan kebendaan
dan Allah berada "di luar" daripada dunia material ini,
berada di sebuah tempat yang jauh. Di dalam beberapa agama yang
menyeleweng, kepercayaan terhadap Allah adalah terhad kepada pemahaman
ini.
Bagaimana pun, seperti yang telah kita bincangkan setakat ini,
kebendaan hanya terdiri daripada sensasi-sensasi. Dan satu-satunya
kewujudan yang sebenar ialah Allah. Ini bererti hanya Allah sahaja
yang wujud: segalanya kecuali Dia adalah kewujudan bayangan. Oleh
itu, adalah mustahil untuk membayangkan Allah sebagai satu kewujudan
yang keseluruhannya berbeza daripada jisim kebendaan. Semestinya
Allah berada "di mana-mana" dan melingkungi semua. Realiti
ini telah dijelaskan di dalam al-Quran seperti berikut:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian
makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki
segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang
dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan
izin-Nya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa
yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu
pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki
(memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya)
meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada
Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi
(darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya). (Surah
Al-Baqarah:255)
Kenyataan bahawa Allah tidak tersekat dengan ruang dan bahawa Dia
merangkumi segala-galanya telah dinyatakan di dalam ayat lain seperti
berikut:
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat,
maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap
Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah
Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi sentiasa Mengetahui.
(Surah Al-Baqarah:115)
Memandangkan kewujudan kebendaan hanyalah sebuah persepsi, maka
mereka tidak dapat melihat Allah; tetapi Allah dapat melihat benda
yang telah dijadikannya di dalam apa juga bentuk. Di dalam al-Quran,
fakta ini telah dijelaskan seperti berikut:
Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan
mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan
(mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hamba-Nya dengan
belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya. (Surah Al-Anaam:103)
Oleh itu, kita tidak dapat menerima kewujudan Allah dengan mata
kita, tetapi Allah meliputi dalaman kita, luaran, penglihatan dan
pemikiran. Kita tidak dapat melafazkan sepatah perkataan tanpa pengetahuan-Nya,
begitu juga apabila kita menarik nafas.
Apabila kita menyaksikan persepsi-persepsi deria di dalam kehidupan
kita, kewujudan yang paling hampir dengan kita bukannya deria-deria
ini, tetapi Allah. Rahsia ayat berikutnya di dalam al-Quran menerangkan
realiti ini:Dan demi sesungguhnya, Kami telah
mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh
hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada
urat lehernya, (Surah Qaff:16)
Apabila seseorang menyangka bahawa badannya diperbuat daripada
"benda", dia tidak dapat memahami hakikat penting ini.
Sekiranya dia mengambil otaknya sebagai "dirinya", maka
kawasan luar yang dianggarkannya adalah 20-30 cm daripada dirinya.
Tetapi apabila dia menerima bahawa tiada apa-apa pada kebendaan,
dan semuanya adalah khayalan, konsep luar, dalam, atau dekat telah
kehilangan maknanya. Allah telah melingkunginya dan Dia "sangat
hampir" kepadanya.
Allah memaklumkan kepada manusia bahawa Dia "sangat hampir"
kepada mereka di dalam ayatnya berikut:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka
(beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir
(kepada mereka). (Surah Al-Baqarah:186)
Ayat lain juga menerangkan fakta yang sama seperti berikut:
Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu
(wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia
(dengan ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya. (Surah Al-Isra:60)
Manusia tersalah apabila menyangkakan bahawa kewujudan yang paling
hampir dengannya ialah dirinya. Sebenarnya, Allah lebih hampir kepada
kita lebih daripada diri kita sendiri. Allah menjelaskan fakta ni
di dalam ayat-Nya:
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang
dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, Sedang kamu
pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya,
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak
melihat. (Surah Al-Waqi'ah:83-85)

Jika seseorang merenung sedalamnya tentang semua yang
telah diperkatakan di sini, dia dengan sendirinya akan dapat
mengenal pasti situasi yang luar biasa ini: iaitu semua peristiwa-peristiwa
di dunia ini hanyalah imaginasi |
Seperti yang dijelaskan di dalam ayat di atas, manusia tidak menyedari
fenomena ini kerana mereka tidak melihatnya sendiri.
Dari segi lain pula, adalah mustahil bagi manusia, yang tidak lebih
daripada kewujudan khayalan, untuk mempunyai kekuasaan dan kehendak
melebihi Allah. Ayat al-Quran;
"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang
kamu buat itu!" (Surah As-Saaffat:96)
menunjukkan bahawa segala apa yang kita alami berlaku di bawah
kawalan Allah. Di dalam al-Quran realiti ini dinyatakan di dalam
ayat;
Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau
melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan
orang-orang kafir), Surah Al-Anfal:17)
Ia menjelaskan bahawa tidak ada perbuatan yang bebas daripada
Allah. Memandangkan manusia hanyalah kewujudan bayangan, maka adalah
mustahil bagi dirinya untuk melakukan perbuatan melempar itu sendiri.
Tetapi Allah memberikan bayangan ini perasaan untuk merasa sendiri.
Realitinya, Allah yang menjalankan semua perbuatan. Oleh itu, apabila
seseorang yang merasakan perbuatannya adalah miliknya, ternyata
dia hanya menipu dirinya sendiri.
Inilah hakikatnya. Seseorang mungkin tidak mahu menerimanya dan
mungkin merasakan bahawa dirinya tidak bergantung kepada Allah;
tetapi ia tidak akan mengubah apa-apa. Dan tentunya penafian yang
bodoh ini adalah di dalam kehendak dan iradat Allah.
Segala Yang Kamu Miliki Adalah Ilusi
Telah menjadi satu fakta sains dan mantik bahawa "dunia luar"
tidak mempunyai realiti material dan ia hanyalah satu himpunan imej-imej
yang Allah perlihatkan kepada roh kita. Namun begitu, manusia tidak
termasuk atau tidak mahu termasuk di dalam konsep "dunia luar".
Sekiranya kamu memikirkan isu in dengan jujur dan berani, kamu
akan menyedari bahawa rumah kamu, semua perabot yang berada di dalamnya,
kereta kamu – yang mungkin baru dibeli, pejabat kamu, barang kemas,
akaun bank, almari pakaian, teman hidup, anak-anak, rakan-rakan,
dan segala yang kamu miliki sebenarnya termasuk di dalam khayalan
dunia luar ini yang ditayangkan kepada kamu. Apa yang kamu lihat,
dengar, dan bau yang kamu terima dengan pancaindera yang lima di
sekeliling adalah sebahagian daripada "dunia khayalan"
ini, begitu juga dengan suara penyanyi pujaan kamu, kekerasan kerusi
yang kamu duduki sekarang, minyak wangi yang kamu gemari, matahari
yang memanaskan kamu, sekuntum bunga dengan warna yang menarik,
seekor burung yang terbang di hadapan tingkap kamu, sebuah bot laju
yang bergerak lincah di atas air, taman kamu yang subur, komputer
yang kamu gunakan di tempat kerja, atau hi-fi yang mempunyai teknologi
tercanggih di dunia...
Ini adalah kebenaran, kerana dunia hanyalah sebuah himpunan imej-imej
yang dijadikan untuk menguji manusia. Manusia diuji melalui kehidupannya
yang terhad dengan persepsi-persepsi yang tidak benar. Persepsi-persepsi
ini telah dijadikan menarik dan menawan. Kenyataan ini telah disebutkan
di dalam al-Quran:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada
benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak;
harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda
peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak
serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di
dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya
(iaitu Syurga). (Surah Ali Imran:14)
Kebanyakan manusia mengesampingkan agama mereka ke tepi demi tarikan
harta benda, kekayaan, longgokan emas dan perak, wang ringgit, barang
kemas, akaun bank, kad kredit, almari yang penuh dengan pakaian,
model kereta terkini, ringkasnya, segala bentuk harta benda yang
mereka miliki atau berusaha untuk memilikinya dan mereka hanya menumpukan
kepada dunia ini dan mengabaikan hari kemudian. Mereka telah tertipu
dengan "kecantikan dan keindahan" wajah kehidupan dunia
ini, sehingga gagal untuk mendirikan sembahyang, menderma kepada
orang-orang miskin, dan mengerjakan ibadat sehingga menyebabkan
mereka mara di hari kemudian nanti dengan berkata (berdalih) "saya
ada kerja lain yang perlu dibuat", "saya ada idea",
"saya ada tanggungjawab", "saya tidak mempunyai masa
yang mencukupi", "saya ada perkara yang perlu diselesaikan",
"saya akan melakukannya kemudian hari". Mereka menggunakan
seluruh hidup mereka untuk maju di dunia ini sahaja. kesalahfahaman
ini telah dijelaskan di dalam ayat;
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan
dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu
tentang hari akhirat (Surah Ar-Ruum:7),.
Fakta yang kami terangkan di dalam bab ini, terutamanya fakta bahawa
segalanya adalah imej, adalah amat penting kerana implikasinya yang
menjadikan semua keghairahan dan sempadan tidak bererti. Pengesahan
terhadap hakikat ini menunjukkan dengan jelas bahawa segala yang
manusia miliki atau berusaha untuk memilikinya, seperti kekayaan
yang diperolehi dengan ketamakan, anak-anak mereka yang mereka merasa
mengah dengannya, pasangan hidup mereka yang mereka anggap sebagai
yang paling rapat dengan mereka, rakan-rakan mereka, tubuh-tubuh
mereka yang disayangi, kedudukan mereka yang meletakkan mereka di
tempat yang tinggi, sekolah-sekolah yang mereka masuki, percutian-percutian
yang telah mereka lalui, semuanya tidak lebih daripada ilusi. Oleh
itu, segala usaha yang dilakukan, waktu yang telah habiskan, dan
perasaan tamak terbukti sebagai tidak berguna.
Kerana itu sebahagian manusia memperbodohkan diri mereka sendiri
apabila mereka bermegah dengan kekayaan dan harta mereka atau dengan
"kapal layar, helikopter, kilang-kilang, saham-saham, rumah-rumah
mewah dan tanah" seolah-olah mereka benar-benar wujud. Mereka
yang terdiri daripada golongan berada yang berjalan mundar-mandir
di atas kapal layar mereka dengan megah, menayang-nayangkan kereta
mereka, asyik memperkatakan tentang kekayaan mereka, menyangka bahawa
kedudukannya adalah lebih tinggi daripada orang lain dan asyik merasakan
bahawa mereka telah berjaya kerana semua ini, patut memikirkan di
manakah kedudukan mereka apabila mereka menyedari bahawa kejayaan
mereka tidak lebih daripada sebuah ilusi sahaja.
Sebenarnya, pemandangan-pemandangan ini telah dilihat beberapa
kali di dalam mimpi. Di dalam mimpi mereka, mereka juga mempunyai
rumah, kereta laju, barang kemas yang melimpah ruah, wang yang bergulung-gulung,
dan emas dan perak yang menggunung. Di dalam mimpi-mimpi mereka,
mereka juga berada di satu kedudukan yang tinggi, memiliki kilang-kilang
dengan beribu-ribu pekerja, mempunyai kuasa untuk memerintah ramai
orang, memakai pakaian yang menyebabkan orang lain tertarik dengannya...
Sebagaimana seseorang itu dianggap mengarut kerana bermegah dengan
kedudukannya di dalam mimpinya, begitu juga mereka yang merasa gah
dengan imej-imej yang mereka lihat di dunia ini. Lagi pun, apa yang
dilihatnya di dalam mimpinya dan apa yang dialaminya di dalam dunia
ini hanyalah imej-imej di dalam mindanya.
Begitu juga bagaimana manusia bertindak balas dengan peristiwa-peristiwa
yang mereka alami di dunia ini hanya akan menyebabkan mereka merasa
malu apabila mengetahui hakikat sebenar. Mereka yang sering bergaduh
sesama sendiri, mereka yang bercakap sombong, mereka yang sering
menipu, mereka yang menerima rasuah, mereka yang melakukan kesalahan
kepada manusia, mereka yang memukul dan memaki hamun orang lain,
serangan yang mendera, mereka yang terlalu ghairah dengan jawatan
dan kedudukan, mereka yang sering iri hati, mereka yang suka menunjuk-nunjuk,
mereka yang memuliakan diri sendiri dan yang sebagainya akan menyesal
apabila mereka menyedari bahawa mereka telah melakukan ini semua
di dalam mimpi.
Disebabkan Allah yang menjadikan semua imej-imej ini, maka Allah
jugalah Pemilik Tunggal semuanya ini. Kenyataan ini ditegaskan di
dalam al-Quran:
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada
di bumi; dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya)
akan tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Nisaa:126)
Adalah amat bodoh untuk mengetepikan agama demi mengejar keghairahan
khayalan sehingga menyebabkan kehilangan kehidupan yang lebih berkat
di Syurga.
Pada peringkat ini, satu fakta perlu ditegaskan: bukanlah yang
dimaksudkan di sini bahawa kenyataan yang kamu hadapi menunjukkan
bahawa "segala pemilikan, harta, anak-anak, pasangan hidup,
rakan-rakan, kedudukan yang lambat laun akan hilang, dan semuanya
ini" tidak bererti. Tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah
"segala harta yang kamu lihat sebenarnya tidak wujud sama sekali,
tetapi ia hanyalah sekadar sebuah mimpi dan himpunan imej-imej yang
ditunjukkan kepada kamu oleh Allah untuk menguji kamu". Seperti
yang dapat kamu saksikan terdapat perbezaan yang besar di antara
kedua-dua kenyataan ini.
Walau pun seseorang tidak mahu mengambil kisah dengan fakta ini
dan menipu dirinya dengan menganggap semua yang dimilikinya benar-benar
wujud, tetapi dia akhirnya akan mati dan di hari kemudian dia akan
menyedari dengan sejelas-jelasnya bahawa dia sebenarnya telah dijadikan.
Pada hari tersebut, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam
(dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".
(Surah Qaff:22), dan dia akan dapat melihat segala-galanya dengan
lebih jelas. Tetapi sekiranya dia menghabiskan seluruh hidupnya
mengejar matlamat-matlamat khayalan, maka dia akan berharap untuk
tidak meninggalkan kehidupannya dan berkata:
"Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi
kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan
lagi); "Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun;
Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan
hilang lenyap dariku". (Surah Haaqah:27-29)
Dari segi lain, apa yang perlu dilakukan oleh orang yang bijak
ialah cuba memahami hakikat alam semesta di dunia ini, sementara
dia masih ada masa. Jika tidak, dia hanya akan menghabiskan seluruh
hidupnya mengejar mimpi-mimpi dan akhirnya berhadapan dengan penamat
yang mengecewakan. Di dalam al-Quran keadaan orang-orang yang mengejar
ilusi-ilusi (atau fatamorgana) di dunia ini dan melupakan Pencipta
mereka, telah dijelaskan seperti berikut:
Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama
riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang
yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang
ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu;
(demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya
sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah
di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta
membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisab-Nya.
(Surah An-Nuur:39)
Bagi kamu, realiti ialah sesuatu yang boleh disentuh dengan tangan
dan dilihat dengan mata. Di dalam mimpi kamu juga dapat "menyentuh
dengan tangan kamu dan melihat dengan mata kamu", tetapi realitinya,
kamu tidak mempunyai tangan atau mata, tidak ada sesuatu pun yang
boleh dilihat dan disentuh. Tidak ada realiti material yang membuatkan
perkara-perkara ini berlaku kecuali otak. Kamu sebenarnya telah
tertipu.
Apakah yang memisahkan kehidupan yang sebenar dan mimpi? Kedua-duanya
diwujudkan di dalam otak. Sekiranya kita dapat hidup senang di dalam
dunia palsu ketika bermimpi, perkara yang sama boleh berlaku di
dunia yang kita diami ini. Apabila kita terjaga daripada mimpi,
tidak ada sebab untuk kita tidak merasakan bahawa kita telah memasuki
sebuah mimpi yang panjang yang kita namakan "kehidupan sebenar".
Kita menganggap mimpi adalah sesuatu yang palsu dan dunia ini sebagai
benar adalah kesan daripada kebiasaan dan prejudis. Ini menunjukkan
bahawa kita mungkin akan benar-benar terjaga dari kehidupan di bumi
yang kita sangka kita sedang tinggal di dalamnya sekarang, seperti
mana kita terjaga daripada sebuah mimpi.
Kecacatan Logik Materialis
Pada permulaan bab ini lagi telah dinyatakan bahawa kebendaan bukan
kewujudan yang sebenar seperti yang didakwa oleh para materialis,
tetapi sebaliknya ia adalah satu himpunan deria-deria yang Allah
jadikan. Para materialis menentang bermati-matian realiti bukti
yang akan memusnahkan falsafah mereka dan mengemukakan satu percanggahan
yang tidak berasas.
Sebagai contoh, salah seorang pembela falsafah
materialistik yang terbesar di dalam abad ke-20, seorang yang bersemangat
Marxis, George Politzer, memberikan "contoh bas"
sebagai "bukti paling hebat" terhadap kewujudan kebendaan.
Menurut Politzer, ahli-ahli falsafah yang menyatakan bahawa kebendaan
adalah sebuah persepsi juga melarikan diri apabila mereka melihat
bas dan ini merupakan bukti kewujudan fizikal kebendaan.182
Apabila seorang lagi materialis, Johnson,
diberitahu bahawa kebendaan adalah sebuah himpunan persepsi-persepsi,
beliau cuba "membuktikan" kewujudan fizikal seketul batu
dengan menendangnya. 183
Sebuah contoh yang sama telah diberikan oleh
Friedrich Engels, mentor Politzer dan pengasas materialisme
akliah bersama dengan Marx, yang telah menulis "sekiranya kek
yang kita makan adalah sebuah persepsi, ia tidak akan dapat menghilangkan
kelaparan kita".184
Tedapat beberapa contoh dan kenyataan seperti "kamu akan memahami
kewujudan kebendaan apabila kamu ditempeleng di muka", di dalam
buku-buku para materialis yang terkenal seperti Marx, Engels, Lenin
dan lain-lain.
Pemahaman yang salah yang memberi ruang kepada contoh-contoh para
materialis ini ialah tafsiran mereka yang menjelaskan "kebendaan
sebagai sebuah persepsi" sebagai "kebendaan sebagai satu
penipuan cahaya". Mereka beranggapan bahawa konsep persepsi
hanya berkaitan dengan tanda dan persepsi seperti menyentuh yang
mempunyai kaitan fizikal. Sebuah bas yang melanggar seorang lelaki
menyebabkan mereka menyatakan "Lihat, ia berlanggar, oleh itu,
ia bukannya sebuah persepsi". Apa yang mereka tidak fahami
ialah semua persepsi yang dialami ketika sebuah bas berlanggar seperti
kekerasan, pertembungan dan kesakitan telah terbentuk di otak.
Contoh Mimpi
Contoh terbaik untuk menjelaskan realiti ini ialah mimpi. Seseorang
dapat mengalami satu peristiwa dengan begitu realistik di dalam
mimpinya. Dia boleh jatuh daripada tangga dan patah kaki, mengalami
kemalangan kereta yang teruk, terperangkap di bawah bas, atau makan
kek dan merasa kenyang. Peristiwa-peristiwa yang dialami di dalam
kehidupan seharian kita juga dialami di dalam mimpi dengan keyakinan
dan perasaan yang sama kepada kita.
Seorang lelaki yang bermimpi dirempuh oleh sebuah bas mungkin akan
terjaga di sebuah hospital yang juga di dalam mimpi dan menyedari
bahawa dia telah lumpuh, tetapi ini hanyalah sebuah mimpi. Dia juga
mungkin bermimpi bahawa dia telah mati di dalam sebuah kemalangan
kereta dan malaikat telah mengambil nyawanya, dan kehidupannya di
hari kemudian telah bermula. (Peristiwa ini juga berlaku dengan
keadaan yang sama di dalam kehidupan ini, yang hanya merupakan sebuah
persepsi sama seperti mimpi.)
|
DUNIA DALAM MIMPI
Bagi
kamu, realiti ialah sesuatu yang boleh disentuh dengan tangan
dan dilihat dengan mata. Di dalam mimpi kamu juga dapat "menyentuh
dengan tangan kamu dan melihat dengan mata kamu", tetapi
realitinya, kamu tidak mempunyai tangan atau mata, tidak ada
sesuatu pun yang boleh dilihat dan disentuh. Tidak ada realiti
material yang membuatkan perkara-perkara ini berlaku kecuali
otak. Kamu sebenarnya telah tertipu.
Apakah yang memisahkan kehidupan yang sebenar dan mimpi?
Kedua-duanya diwujudkan di dalam otak. Sekiranya kita dapat
hidup senang di dalam dunia palsu ketika bermimpi, perkara
yang sama boleh berlaku di dunia yang kita diami ini. Apabila
kita terjaga daripada mimpi, tidak ada sebab untuk kita tidak
merasakan bahawa kita telah memasuki sebuah mimpi yang panjang
yang kita namakan "kehidupan sebenar". Kita menganggap
mimpi kita adalah sesuatu yang palsu dan dunia ini sebagai
benar adalah hasil daripada kebiasaan dan prejudis. Ini menunjukkan
bahawa kita mungkin akan benar-benar terjaga dari kehidupan
di bumi yang kita sangkakan kita sedang tinggal di dalamnya
sekarang, seperti mana kita terjaga daripada sebuah mimpi. |
Lelaki ini menerima dengan jelas imej, bunyi, rasa kekerasan, cahaya,
warna dan semua perasaan yang berkaitan dengan peristiwa yang dialaminya
di dalam mimpinya. Persepsi yang diterimanya di dalam mimpi adalah
natural sama seperti yang berada di kehidupan "asal".
Kek yang dimakannya di dalam mimpi mengenyangkannya walaupun ia
hanyalah sebuah persepsi, kerana merasa kenyang juga adalah sebuah
persepsi. Tetapi, di dalam realiti, lelaki ini sedang berbaring
di atas katilnya. Tidak ada tangga, tidak ada trafik, tidak ada
bas untuk dilihat. Lelaki yang bermimpi ini mengalami dan melihat
persepsi-persepsi dan perasaan-perasaan yang tidak wujud di dunia
luar. Kenyataan bahawa di dalam mimpi, kita mengalami, melihat dan
merasa peristiwa tanpa hubungan dengan "dunia luar", menunjukkan
dengan jelas bahawa "dunia luar" hanya mengandungi persepsi-persepsi.
Mereka yang mempercayai falsafah materialis, dan Marxis, akan marah
apabila mereka diberitahu tentang realiti ini, intipati sebenar
kebendaan. Mereka akan memetik contoh-contoh daripada pemikiran
dangkal Marx, Engels, atau Lenin dan memberikan pengakuan yang emosional.
Bagaimana pun, mereka juga perlu berfikir bahawa mereka juga boleh
membuat pengakuan ini di dalam mimpi mereka. Di dalam mimpi, mereka
juga boleh membaca "Das Kapital", menyertai perjumpaan,
bertempur dengan polis, dipukul di kepala, dan lebih lagi, merasai
kesakitan luka tersebut. Apabila mereka ditanya di dalam mimpi-mimpi
mereka, mereka akan merasakan bahawa apa yang telah mereka alami
di dalam mimpi juga terdiri daripada "kebendaan". Tetapi,
apa yang ada di dalam mimpi-mimpi mereka dan di dalam kehidupan
seharian mereka, segala apa yang mereka lihat, alami, atau rasa
hanya terdiri daripada persepsi-persepsi.
Contoh Sambungan Saraf Selari
Mari kita kaji contoh perlanggaran kereta Politzer: Di dalam kemalangan
ini, sekiranya saraf lelaki yang dirempuh ini bergerak daripada
pancainderanya yang lima ke otak, disambungkan kepada orang lain,
sebagai contoh ke otak Politzer, dengan sambungan yang selari, pada
waktu bas tersebut merempuh lelaki itu, ia juga akan melanggar Politzer,
yang pada waktu itu sedang duduk di rumahnya. Dengan kata lain,
segala perasan yang dialami oleh lelaki yang dilanggar ini akan
dirasai juga oleh Politzer, seperti sebuah lagu yang didengar daripada
kedua buah pembesar suara berlainan yang disambungkan ke alat perakam
yang sama. Politzer akan merasa, mendengar, dan mengalami bunyi
brek bas, sentuhan bas pada badannya, imej lengan yang patah dan
darah yang mengalir keluar, kesakitan patah, imej dia memasuki bilik
operasi, kekerasan pembalut plaster, dan ketidakupayaan tangannya.
Sesiapa sahaja yang disambungkan dengan saraf lelaki ini secara
selari akan mengalami kemalangan daripada awal hingga akhir seperti
yang telah dirasai oleh Politzer. Sekiranya lelaki yang ditimpa
kemalangan ini berada di dalam keadaan koma, mereka juga akan berada
di dalam keadaan koma. Lebih daripada itu, sekiranya semua persepsi
yang berkaitan dengan kemalangan kereta ini dirakamkan di dalam
sebuah alat dan semua persepsi ini dipindahkan kepada seseorang,
maka bas tersebut akan merempuhnya berulang-ulang kali.
Jadi, bas manakah yang merempuh mereka ini adalah betul? Falsafah
materialis tidak mempunyai jawapan yang konsisten terhadap soalan
ini. Jawapan yang tepat ialah mereka mengalami peristiwa kemalangan
kereta ini di dalam minda mereka sahaja.
Prinsip yang sama berlaku kepada contoh-contoh kek dan batu. Sekiranya
organ saraf Engels, yang merasa kenyang dan berisi kek di dalam
perutnya selepas memakan kek, disambungkan ke otak orang kedua secara
selari, orang tersebut juga akan merasa berisi apabila Engels memakan
kek dan merasa kenyang. Sekiranya saraf Johnson, yang merasa sakit
pada kakinya apabila menyepak seketul batu, disambungkan ke otak
orang kedua, orang tersebut juga akan merasa kesakitan yang sama.
Jadi kek atau batu yang manakah yang betul? Falsafah materialis
sekali lagi gagal untuk memberikan satu jawapan yang konsisten kepada
soalan ini. Jawapan yang tepat dan konsisten ialah: kedua-dua Engles
dan orang kedua telah memakan kek di dalam minda mereka dan menjadi
kenyang; kedua-dua Johnson dan orang kedua telah mengalami sepenuhnya
saat-saat menghentam batu tersebut di dalam minda mereka.
Mari kita buat perubahan pada contoh yang kita berikan tentang
Politzer: mari kita sambungkan saraf lelaki yang dilanggar kereta
ke otak Politzer, dan saraf Politzer yang sedang duduk di dalam
rumah ke otak lelaki tersebut. Dalam keadaan ini, Politzer akan
merasa bahawa sebuah bas telah merempuhnya walaupun sebenarnya dia
sedang duduk di rumahnya; dan lelaki yang sebenarnya dilanggar bas
tidak akan merasa kesan kemalangan tersebut dan merasakan bahawa
dia sedang duduk di rumah Politzer. Logik yang sama dapat dilakukan
kepada contoh kek dan batu.
Seperti yang dapat dilihat, adalah mustahil bagi manusia untuk
menjangkau derianya dan membebaskannya. Dalam keadaan ini, roh manusia
dapat dikawal kepada segala jenis gambaran walaupun ia tidak mempunyai
badan fizikal dan kewujudan material dan ketiadaan berat material.
Adalah mustahil untuk manusia menyedari perkara ini kerana dia telah
meyakini bahawa imej-imej tiga-dimensi ini adalah betul dan amat
pasti dengan kewujudan mereka kerana semua orang bergantung kepada
persepsi-persepsi yang dihasilkan oleh organ-organ derianya.
Seorang ahli falsafah British David Hume menjelaskan pandangan
beliau terhadap fakta ini:
Scara jujur saya katakan, apabila saya memasukkan
diri saya kepada apa yang saya gelar "diri saya", saya
sering didatangi persepsi-persepsi yang berhubung dengan panas
atau sejuk, cerah atau gelap, sayang atau benci, masam atau manis
dan perasaan-perasaan lain. Tanpa kewujudan satu persepsi, saya
tidak akan dapat meletakkan diri saya pada waktu yang tertentu
dan saya tidak dapat melihat apa-apa melainkan persepsi.185
Formasi Persepsi Di Dalam Otak Bukan Fakta Falsafah
Tetapi Adalah Fakta Sains
Materialis mendakwa apa yang kita bincangkan di sini adalah sebuah
pandangan falsafah. Tetapi, dakwaan bahawa "dunia luar",
seperti yang kita gelar, adalah satu himpunan persepsi bukannya
satu perkara falsafah tetapi sebuah fakta sains. Bagaimana imej
dan perasaan terbentuk di dalam otak telah diajarkan di semua sekolah-sekolah
perubatan secara terperinci. Fakta ini, yang telah dibuktikan oleh
sains abad ke-20 khususnya oleh fizik, menunjukkan dengan jelas
bahawa kebendaan tidak mempunyai realiti dan semua orang sedang
menonton "monitor di dalam otaknya".
Semua orang yang mempercayai sains, sama ada dia seorang Buddha
atau seorang ateis, atau siapa sahaja yang berpegang kepada pandangan-pandangan
lain, perlu menerima kenyataan ini. Seorang materialis mungkin dapat
menafikan kewujudan seorang Pencipta, tetapi dia tidak dapat menafikan
realiti saintifik ini.
Ketidakupayaan Karl Marx, Friedrich Engles, Georges Politzer dan
mereka yang lain di dalam memahami satu fakta yang ringkas dan jelas
ini masih amat mengejutkan walaupun tahap pemahaman dan keupayaan
sains pada zaman mereka masih tidak mencukupi. Pada zaman kita,
sains dan teknologi telah maju dan penemuan-penemuan terkini telah
membuatkan ianya mudah untuk memahami fakta ini. Sebaliknya, materialis
merasa amat takut untuk memahami fakta ini, kerana tahu bagaimana
ia akan memusnahkan falsafah mereka.
Ketakutan Materialis
Untuk beberapa ketika, tidak ada jawapan balas yang bersungguh-sungguh
datang daripada golongan materialis Turkey menentang subjek yang
dibentangkan di dalam buku ini, iaitu, kenyataan bahawa kebendaan
hanyalah sebuah persepsi. Ini menyebabkan kami merasa mereka masih
belum jelas dengan tujuan kami dan ia memerlukan penjelasan yang
lebih terang. Tetapi, tidak berapa lama kemudian, telah terbukti
para materialis tidak merasa senang dengan populariti subjek ini
dan lebih daripada itu, merasa amat takut dengan perkara ini.
Untuk beberapa lama, para materialis telah mengumumkan ketakutan dan
perasaan panik mereka di dalam penerbitan, persidangan dan panel
mereka. Hasutan dan hujah-hujah mereka yang tidak bermaya menunjukkan
bahawa mereka sedang menghadapi krisis intelektual yang parah. Kemusnahan
secara saintifik teori evolusi, yang menjadi asas falsafah mereka,
telah memberikan kejutan yang bersangatan kepada mereka. Sekarang
mereka menyedari bahawa mereka sendiri telah mula kehilangan kebendaan
itu sendiri, yang merupakan tulang belakang mereka yang lebih hebat
daripada Darwinisme, dan mereka telah mengalami kejutan yang paling
dahsyat. Mereka mengisytiharkan isu ini sebagai "ancaman terbesar"
kepada mereka dan ia akan "memusnahkan penipuan kultur mereka".
Salah seorang yang menunjukkan perasaan kebimbangan dan panik golongan
materialis dengan cara yang paling jelas ialah Renan Pekunlu,
seorang ahli akademik dan seorang penulis Bilim ve Utopya
(Sains dan Utopia) yang menyeru tanggungjawab mempertahankan materialisme.
Di dalam artikel yang ditulisnya Bilim ve Utopya dan panel
yang disertainya, Pekunlu mengemukakan buku Evolution Deceit
sebagai ancaman nombor satu kepada materialisme. Apa yang merisaukan
Pekunlu lebih daripada bab yang membatalkan Darwinisme ialah bahagian
yang sedang kamu baca ini. Kepada para pembaca dan (beberapa) audiens,
Pekunlu menyampaikan pesanan "jangan biarkan diri kamu hanyut
dengan pendoktrinan idealisme dan tetapkan kepercayaan kamu kepada
materialisme", dan menunjukkan Vladimir I. Lenin, ketua revolusi
berdarah Rusia, sebagai rujukan. Menasihatkan siapa sahaja supaya
membaca buku lama Lenin bertajuk Materialism and Empirio-Critism,
apa yang dilakukan oleh Pekunlu ialah mengulangi semula kenyataan
Lenin "jangan fikirkan isu ini, atau kamu akan kehilangan jejak
materialisme dan dihanyutkan oleh agama". Di dalam sebuah artikel
yang ditulisnya di dalam terbitan awal, beliau telah memetik ayat-ayat
berikut daripada Lenin:
Sekali kamu menafikan realiti objektif, yang
memberikan kita persepsi, kamu telah pun kehilangan segala senjata
untuk menentang fideisme*, apabila kamu telah tergelincir kepada
agnostisme* atau subjektivisme* – dan itulah yang fideisme perlukan.
Satu cangkuk tersangkut, dan burung akan terlepas. Dan Marchist
kita telah terjebak di dalam idealisme, iaitu, di dalam cecair,
fideisme yang bijak; mereka jadi terjebak apabila mereka mengambil
"persepsi" bukan sebagai imej dunia luar tetapi sebagai
satu "elemen" khas. Ia bukan persepsi sesiapa, bukan
minda sesiapa, bukan roh sesiapa, bukan kehendak sesiapa. 186
Kenyataan ini menunjukkan fakta yang Lenin telah sedari dan ingin
membuangnya daripada mindanya dan minda "rakan-rakan"nya
mengganggu materialis kini di dalam cara yang sama. Bagaimana pun,
Pekunlu dan para materialis lain menghadapi dukacita yang hebat;
kerana mereka menyedari bahawa fakta ini kini telah menjadi lebih
jelas, pasti dan meyakinkan daripada 100 tahun dahulu. Untuk pertama
kalinya di dalam sejarah dunia, subjek ini telah dijelaskan dengan
cara yang paling menarik.
Walau bagaimana pun, gambaran asasnya ialah bahawa sejumlah besar
para materialis masih mengambil kedudukan yang dangkal menentang
kenyataan bahawa "kebendaan tidak lebih daripada ilusi".
Subjek yang dijelaskan di dalam bab ini merupakan subjek paling
penting dan paling menarik yang dapat dilalui oleh seseorang sepanjang
hidupnya. Tidak ada peluang bagi mereka untuk berdepan dengan sebuah
subjek yang begitu genting sebelum ini. Tetapi, reaksi saintis-saintis
atau gaya yang mereka gunakan di dalam ucapan-ucapan dan artikel-artikel
mereka masih menunjukkan betapa cetek dan dangkalnya pemahaman mereka.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa reaksi sebahagian materialis
di dalam subjek yang dibincangkan di sini menunjukkan bagaimana
ketaksuban mereka terhadap materialisme telah melemahkan pemikiran
logik mereka dan kerana inilah, mereka masih tidak dapat memahami
subjek ini. Sebagai contoh Alaattin Senel, juga seorang ahli
akademi dan seorang penulis Bilim ve Utopya, memberikan isyarat
yang sama dengan Rennan Pekunlu dengan mengatakan "Lupakan
tentang kemusnahan Darwinisme, ancaman sebenar ialah yang ini",
dan membuat tuntutan seperti berikut "Jadi buktikan apa yang
kamu katakan" tanpa menyedari bahawa falsafahnya sendiri tidak
mempunyai sebarang asas. Apa yang lebih menarik lagi ialah penulis
ini sendiri telah menulis kenyataan-kenyataan yang menunjukkan bahawa
dia tidak dapat memahami fakta ini yang dianggapnya sebagai sebuah
ancaman.
Sebagai contoh, di dalam sebuah artikel yang
membincangkan secara eksklusif subjek ini. Senel menerima bahawa
dunia luar diterima di dalam otak sebagai suatu imej. Bagaimana
pun, kemudian dia mendakwa bahawa imej-imej telah terbahagi kepada
dua seperti seorang yang mempunyai hubungan fizikal dan seorang
yang tidak mempunyainya. Untuk menyokong dakwaannya, dia memberikan
"contoh telefon". Secara ringkasnya, dia menulis: "Saya
tidak tahu sama ada imej di dalam otak saya berhubung dengan dunia
luar atau tidak, tetapi perkara yang sama berlaku ketika saya bercakap
di dalam telefon. Apabila saya bercakap di dalam telefon, saya tidak
dapat melihat orang yang sedang bercakap dengan saya tetapi saya
dapat meyakinkan perbualan ini apabila saya bertemu dengannya kemudian."
187

Penulis materialis Turkey, Renna Pekunlu berkata "teori
evolusi tidak terlalu penting, ancaman yang sebenar ialah
subjek ini", kerana dia tahu subjek ini menghancurkan
kebendaan, yang merupakan satu-satunya konsep yang dipengangnya |
Dengan berkata demikian, penulis ini sebenarnya maksudkan begini:
"Sekirannya kita meragui persepsi kita, kita boleh melihat
kebendaan itu sendiri dan memeriksa kebenarannya." Tetapi,
ini adalah satu bukti yang tersalah konsep kerana adalah mustahil
bagi kita untuk mencapai kebendaan itu sendiri. Kita tidak akan
dapat keluar daripada minda kita dan mengetahui apa yang ada "di
luar". Sama ada suara di dalam telefon tersebut mempunyai hubungan
atau tidak dapat dipastikan oleh orang yang berada di telefon. Bagaimana
pun, kepastian ini juga adalah khayalan-khayalan yang dialami oleh
minda.
Lagi pun, mereka juga dapat mengalami perkara yang sama di dalam
mimpi-mimpi mereka. Sebagai contoh, Senel mungkin melihat di dalam
mimpinya bahawa dia sedang bercakap di telefon dan kemudian memastikan
perbualan tersebut dengan orang yang bercakap dengannya. Atau, mungkin
Pekunlu di dalam mimpinya merasa berhadapan dengan "satu ancaman
yang serius" dan menasihatkan orang ramai supaya membaca buku-buku
lama Lenin. Tetapi, apa pun yang mereka lakukan, materialis-materialis
ini tidak akan dapat menafikan kenyataan bahawa peristiwa-peristiwa
yang mereka alami dan orang-orang yang mereka berbual dengannya
di dalam mimpi mereka adalah tidak lebih daripada persepsi-persepsi.
Jadi, kepada siapa seseorang dapat meyakinkan sama ada imej-imej
di dalam otaknya mempunyai kaitan atau tidak? Kepada kewujudan bayangan
di dalam otaknya lagi? Tidak diragukan lagi, adalah mustahil bagi
para materialis untuk mencari satu sumber maklumat yang dapat menghasilkan
data-data berkaitan dengan otak dan meyakinkannya.
Dengan menganggap bahawa semua persepsi telah terbentuk di alam
otak tetapi mendakwa bahawa seseorang itu dapat melangkah "keluar"
daripadanya, menunjukkan bahawa kapasiti perseptif orang tersebut
amat terhad dan dia mempunyai pemikiran yang menyeleweng.
Bagaimana pun, fakta yang diberitahu di sini dapat difahami oleh
seorang yang mempunyai tahap pemikiran dan pemahaman yang normal.
Setiap orang yang saksama akan mengetahui, berkaitan dengan apa
yang telah kami sebutkan, bahawa adalah mustahil untuk dirinya menguji
kewujudan dunia luar dengan pancainderanya. Tetapi, apa yang terjadi
ialah mereka yang taksub dengan materialisme telah memesongkan kapasiti
pemikiran manusia. Kerana itulah, para materialis kini menunjukkan
kecacatan logikal yang parah seperti mana mereka membimbing mereka
dengan cuba "membuktikan" kewujudan kebendaan dengan menendang
batu dan makan kek.
Perlu disebutkan di sini bahawa ini bukannya sebuah situasi yang
memeranjatkan; kerana, ketidakupayaan untuk memahami merupakan sifat
semula jadi orang-orang yang tidak beriman. Di dalam al-Quran, Allah
menerangkan akan terdapatnya "kaum yang tidak berakal"
seperti di dalam ayat:
Dan apabila kamu menyeru
(azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang
itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana
mereka suatu kaum yang tidak berakal. (Surah AL-Maidah:58).
Materialis Telah Jatuh Ke Dalam Perangkap Terbesar
Dalam Sejarah
Keadaan panik telah merebak di kalangan golongan materialis Turkey
seperti yang telah kita datangkan beberapa contoh yang menunjukkan
bahawa materialis kini sedang berhadapan dengan kekalahan yang tidak
pernah mereka alami sepanjang sejarah. Kenyataan bahawa kebendaan
adalah sebuah persepsi telah dibuktikan oleh sains moden dan ia
telah diterangkan dengan cara yang sangat jelas, jujur dan bertenaga.
Apa yang tinggal pada para materialis ini ialah menyaksikan kemusnahan
seluruh dunia material yang mereka yakini secara membuta tuli dan
bergantung dengannya.
Di dalam sejarah kemanusiaan, pemikiran materialis sentiasa wujud.
Terlampau yakin dengan diri mereka dan falsafah yang mereka anuti,
mereka telah memberontak menentang Allah yang telah menjadikan mereka.
Senario yang mereka aturkan ini mempertahankan bahawa kebendaan
tidak mempunyai permulaan dan penamat, dan semua ini tidak mungkin
ada seorang Pencipta. Ketika mereka menafikan Allah hanya kerana
keangkuhan mereka, mereka beralih kepada kebendaan yang mereka kira
mempunyai kewujudan yang sebenar. Mereka terlalu meyakini falsafah
ini sehingga mereka menyangka adalah mustahil untuk mengemukakan
satu contoh yang berlawanan dengannya.
Kerana itulah fakta-fakta yang disebutkan di dalam buku ini yang
mengandungi natural kebendaan sebenar telah mengejutkan mereka.
Apa yang telah disebutkan di sini telah memusnahkan asas falsafah mereka
dan tidak meninggalkan sebarang asas untuk perbincangan yang lebih
jelas. Kebendaan, yang mendasari kepercayaan mereka, kehidupan,
keangkuhan dan penafian, telah musnah secara mendadak. Bagaimana
materialisme dapat wujud sedangkan kebendaan tidak ada?
Di antara sifat-sifat Allah ialah perencanaan-Nya menentang orang-orang
yang tidak beriman. Ia disebutkan di dalam ayat berikut:
"Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu
daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya"
(Surah Al-Anfal:30)
Allah memerangkap materialis dengan membuatkan mereka mendakwa
bahawa kebendaan itu wujud dan dengan itu ia telah memalukan mereka
dengan cara yang tidak disedari. Materialis mengira harta, status,
kedudukan, masyarakat yang mereka sertai, seluruh dunia dan sebagainya
adalah wujud dan lebih daripada itu, meningkatkan keangkuhan mereka
menentang Allah dengan bergantung kepada semua ini. Mereka memberontak
menentang Allah dengan menjadi bongkak dan ditambah kepada ketidakpercayaan
mereka. Ketika melakukannya, mereka bergantung penuh kepada kebendaan.
Tetapi, mereka terlalu lemah untuk memahami sehingga gagal untuk
memikirkan bahawa Allah meliputi sekeliling mereka. Allah mengumumkan
kenyataan yang orang-orang kafir ini lalui sebagai kesan kepada
kebodohan mereka:
(Mereka tidak cukup dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang
buruk sahaja) bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat (terhadapmu
wahai Muhammad; tetapi mereka tidak akan berjaya) kerana orang-orang
yang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahatnya.
(Surah At-Tuur:42)
Ini merupakan kekalahan paling besar di dalam sejarah. Apabila
keangkuhan mereka makin meningkat, materialis telah diperdaya dan
mengalami kekalahan yang serius di dalam peperangan yang mereka
aturkan untuk menentang Allah dengan mengemukakan sesuatu yang ganjil
menentang-Nya. Seperti yang disebutkan di dalam ayat:
Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang
besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu,
padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri
(kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang
mereka tidak menyedarinya. (Surah Al-An'aam:123)
Di dalam ayat yang lain juga disebutkan perkara yang sama:
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman,
padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak
menyedarinya. (Surah Al-Baqarah:9)
Apabila orang-orang kafir berkomplot, mereka tidak menyedari fakta
penting yang disebutkan di dalam ayat di atas "mereka hanya
memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya".
Kenyataannya, segala apa yang mereka alami adalah khayalan yang
direka untuk diterima oleh mereka, dan segala komplot yang mereka
aturkan adalah khayalan yang terbentuk di dalam otak mereka, seperti
juga dengan perbuatan-perbuatan mereka yang lain. Kebodohan mereka
telah menyebabkan mereka lupa bahawa mereka sebenarnya bersendirian
dengan Allah dan, oleh itu, mereka terperangkap di dalam plan jahat
mereka sendiri.
Seperti orang-orang kafir yang hidup di masa silam, mereka yang
hidup kini juga menghadapi realiti yang akan menghancurkan perancangan-perancangan
jahat mereka hingga ke dasarnya. Di dalam ayat;
...kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah. (Surah
An-Nisaa:76)
Allah telah menjelaskan bahawa komplot ini telah pun musnah sejak
hari ia direncanakan, dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang
yang beriman di dalam ayat;
"Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka
tidak akan membahayakan kamu sedikit pun." (Surah Ali Imran:120)
Di dalam ayat lain pula Allah menegaskan;
Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama
riak sinaran panas (fartamorgana) di tanah rata yang disangkanya
air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga
apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang
disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat
faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati
hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya
(serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisab
Nya. (Surah An-Nuur:39)
Materialisme juga telah menjadi "fatamorgana" untuk menderhaka
seperti yang disebutkan di dalam ayat ini; apabila mereka mendapatkannya,
mereka dapati ia hanyalah sebuah ilusi. Allah telah menipu mereka
dengan sebuah fatamorgana, dan memperdayakan mereka untuk menerima
seluruh himpunan imej-imej ini sebagai betul. Semua orang-orang
yang "mulia" ini, profesor, ahli kaji bintang, ahli biologi,
ahli fizik, dan semua yang lain tidak mengira darjat dan kedudukan
mereka telah tertipu seperti kanak-kanak dan telah dimalukan kerana
mengambil kebendaan sebagai tuhan. Mendakwa himpunan imej-imej sebagai
benar, mereka telah meletakkan dasar falsafah dan ideologi mereka
di atasnya, terlibat di dalam perbincangan-perbincangan yang serius,
dan diterima wacana "intelektual" terkenal. Mereka merasa
sudah cukup bijak untuk menawarkan satu argumen tentang kebenaran
alam semesta dan, lebih penting, mereka bertelagah tentang Allah
dengan kebijaksanaan mereka yang terhad. Allah menerangkan situasi
ini di dalam ayat berikut:
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merencangkan tipu
daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah),
Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis)
tipu daya. (Surah Ali Imran:54)
Mungkin kita dapat melepaskan diri daripada beberapa komplot; tetapi,
perancangan Allah menentang orang-orang kafir adalah sangat kemas
sehinggakan tidak ada jalan keluar bagi mereka. Tidak kira apa yang
mereka lakukan atau kepada siapa mereka merayu, mereka tidak akan
dapat menemui seorang pun pembantu selain daripada Allah. Seperti
yang Allah ingatkan di dalam al-Quran:
"dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun - selain
daripada Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi
mereka." (Surah An-Nisa: 173)
Materialis tidak pernah menyangka akan terjatuh ke dalam perangkap
yang seperti itu. Memiliki semua perolehan abad ke-20 untuk kegunaan
mereka, mereka sangka akan dapat meningkatkan kedegilan mereka di
dalam penafian mereka dan mengheret manusia untuk kufur. Mentaliti
orang-orang kafir ini dan penyudah mereka telah digarap seperti
berikut di dalam al-Quran:
Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat,
dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan,
sedang mereka tidak menyedarinya. Maka lihatlah bagaimana akibat
rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum
mereka semuanya. (Surah An-Naml:50-51)
Ayat ini memberi makna: Materialis telah menyedari bahawa segala
yang mereka miliki adalah sebuah ilusi, oleh itu apa yang mereka
miliki akan musnah. Seperti mana mereka menyaksikan harta-harta
mereka, kilang-kilang, emas, wang ringgit, anak-anak, pasangan hidup,
rakan-rakan, kedudukan dan status, sehinggakan tubuh mereka, apa
yang mereka sangka wujud telah tergelincir jatuh daripada tangan
mereka, mereka telah "hancur" seperti yang disebutkan
di dalam ayat ke-51 surah An-Naml. Pada peringkat ini, yang ada
bukannya kebendaan tetapi hanya roh.
Tidak diragui lagi, menyedari hakikat ini merupakan perkara paling
teruk kepada materialis. Kenyataan bahawa segala yang mereka miliki
hanyalah ilusi, adalah sama seperti, dengan perkataan mereka sendiri,
"mati sebelum mati" di dunia ini.
Fakta ini meninggalkan mereka hanya dengan Allah. Seperti di dalam
ayat al-Quran:
"Biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu)
yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta
dan anak pinak)" (Surah Al-Muddaththir:11).
Allah menegaskan kepada kita bahawa setiap manusia sebenarnya bersendirian
dalam kehadiran-Nya. Fakta ini telah diulangi di dalam beberapa
ayat lain:
Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang
kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana
Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang
kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu... (Surah Al-Ana'am:94)
Dan mereka masing-masing akan datang mengadap-Nya
pada hari kiamat dengan seorang diri. (Surah Maryam: 95)
Dengan kata lain, ayat-ayat di atas memberi makna: Mereka yang
mengambil kebendaan sebagai tuhan mereka telah datang daripada Allah
dan kembali kepada-Nya. Mereka terpaksa menyerah ketentuan mereka
kepada Allah sama ada mereka suka atau tidak. Kini mereka sedang
menanti Hari Perhitungan di mana semua orang akan dipanggil untuk
dihisab. Walaupun betapa kuatnya mereka tidak mahu memahaminya...
Konklusi
Subjek yang kami terangkan di sini setakat ini merupakan di antara
kebenaran terhebat yang tidak mungkin akan diberitahu kepada kamu
sepanjang hidup kamu. Membuktikan bahawa seluruh dunia material
sebenarnya adalah sebuah "kewujudan khayalan", subjek
ini merupakan kunci untuk memahami kewujudan dan ciptaan Allah dan
untuk memahami bahawa hanya Dia satu-satunya yang wujud.
Mereka yang memahami subjek ini menyedari bahawa dunia ini bukan
tempat seperti yang diduga oleh kebanyakan orang. Dunia ini bukan
tempat yang mutlak dengan kewujudan yang sebenar seperti yang disangkakan
oleh mereka yang merayau tanpa tujuan di jalan-jalan, mereka terlibat
di dalam pergaduhan di pub, mereka yang menunjuk-nunjuk di cafe
mewah, mereka yang bermegah dengan harta benda mereka, atau mereka
yang memperuntukkan hidup mereka untuk tujuan yang kosong. Dunia
ini adalah sebuah himpunan persepsi, sebuah ilusi. Semua mereka
yang telah kami sebutkan di atas hanyalah kewujudan bayangan yang
melihat persepsi-persepsi ini di dalam minda mereka: tetapi mereka
tidak menyedarinya.
Konsep ini amat penting untuk meruntuhkan falsafah materialis yang
menafikan kewujudan Allah dan menyebabkan ia binasa. Kerana itulah
materialis seperti Marx, Engels dan Lenin merasa panik, meradang
dan mengingatkan pengikut-pengikut mereka supaya "tidak memikirkan"
konsep ini apabila ia diberitahu kepada kamu. Tambahan pula, mereka
ini berada pada keadaan kelemahan mental sehinggakan mereka tidak
dapat memahami kenyataan bahawa persepsi terbentuk di dalam otak.
Mereka mendakwa dunia yang mereka lihat di dalam otak adalah "dunia
luar" dan mereka tidak dapat memahami bukti-bukti jelas yang
bertentangan dengannya.
Ketidaksedaran ini disebabkan oleh kelemahan akal yang Allah timpakan
ke atas orang-orang kafir. Seperti yang disebutkan di dalam al-Quran,
orang-orang kafir ini;
"mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya
(ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat
dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi)
tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu
seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka
itulah orang-orang yang lalai." (Surah Al-A'raaf:179)
Kamu dapat menjelajah melangkaui peringkat ini dengan menggunakan
kuasa refleksi peribadi kamu sendiri. Untuk itu, kamu perlu memberikan
tumpuan, kekal dengan perhatian kamu, dan fikirkan cara kamu melihat
objek sekeliling kamu dan bagaimana kamu merasa sentuhan mereka.
Sekiranya kamu memikirkan dengan teliti, kamu akan dapat merasai
kewujudan bijak yang melihat, mendengar, menyentuh, memikirkan,
dan membaca buku ini pada ketika ini hanyalah roh dan melihat persepsi-persepsi
yang digelar "kebendaan" pada sebuah skrin. Sesiapa yang
berjaya memahami perkara ini dianggap telah dapat berganjak daripada
kawasan dunia material yang menipu kebanyakan manusia dan telah
memasuki kawasan kewujudan yang hakiki (Wahdatul-Wujud).
Realiti ini telah difahami oleh sejumlah teis* atau ahli-ahli falsafah
sepanjang sejarah. Intelektual Islam seperti Imam Rabbani, Muhyiddin
Ibnu Arabi dan Mevlana Cami menyedari kenyataan ini berdasarkan
tanda-tanda di dalam al-Quran dan dengan menggunakan pemikiran mereka.
Beberapa ahli falsafah Barat seperti George Berkeley telah
mencapai realiti yang sama melalui pemikirannya. Imam Rabbani menulis
di dalam buku beliau Maktubat bahawa seluruh alam material
ini adalah sebuah "ilusi dan andaian (persepsi)" dan sesungguhnya
kewujudan yang mutlak ialah Allah:
Allah... Intipati kewujudan ini yang dijadikan-Nya
daripada tiada... Dia menjadikan segalanya dalam lingkungan deria
dan ilusi... Kewujudan alam ini adalah pada lingkungan deria dan
ilusi, dan ia bukannya material... Sebenarnya, tidak ada yang
lain di luar sana melainkan Kewujudan Yang Agung (iaitu Allah).188
Imam Rabbani menyatakan dengan jelas bahawa segala imej yang diperlihatkan
kepada manusia hanyalah sebuah ilusi, dan mereka bukannya asal di
dalam "dunia luar":
Lingkungan khayalan-khayalan ini telah digambarkan
di dalam bentuk imaginasi. Ia kelihatan lebih luas daripada apa
yang digambarkan. Tetapi dengan mata minda. Di luar sana, ia kelihatan
seolah-olah ia dilihat dengan mata kepala. Tetapi, sebenarnya
tidak. Ia mempunyai sama ada reka bentuk atau lekapan di luar.
Tidak ada keadaan untuk dilihat. Seperti juga refleksi wajah seseorang
di cermin. Tidak ada konstansi di luar. Tidak dapat diragui lagi,
kedua-dua konstansi dan imej ini berada di dalam IMAGINASI. Allah
lebih mengetahui segala-galanya.189
Mevlana Cami menyatakan kenyataan yang sama yang didapatinya berdasarkan
tanda-tanda di dalam al-Quran dan dengan menggunakan akal fikirannya:
"Segalanya di dunia ini adalah deria-deria dan ilusi-ilusi.
Ia adalah seperti refleksi di depan cermin atau bayang-bayang".
Bagaimana pun, jumlah mereka yang memahami fakta ini sepanjang
sejarah adalah amat terhad. Cendekiawan hebat seperti Imam Rabbani
mencatatkan bahawa mungkin agak sukar untuk memberitahu fakta ini
kepada masyarakat kerana ramai orang tidak dapat memahaminya.
Pada zaman kita kini, fakta ini telah diempiriskan oleh bukti-bukti
yang dikemukakan oleh sains. Kenyataan bahawa alam ini adalah sebuah
kewujudan bayangan telah digarap dengan cara yang sangat konkrit,
jelas dan terang untuk pertama kalinya di dalam sejarah.
Oleh itu, kurun ke-21 akan menjadi suatu turning-point apabila
manusia akan dapat memahami realiti-realiti ketuhanan dan terarah
untuk menuju kepada Allah, satu-satunya Kewujudan Mutlak. Pada abad
ke-21 ini, ialah untuk pegangan materialistik abad ke-19 ditolak
ke dalam tong sampah sejarah, kewujudan dan ciptaan Allah akan dapat
dicapai, fakta-fakta seperti ruang kosong dan masa-sifar akan dapat
difahami, manusia akan membebaskan diri mereka daripada kelubung
kekunoan, penipuan dan khurafat yang mengelilingi mereka.
Adalah mustahil untuk hala tuju ini disekat oleh sebarang kewujudan
bayangan.
  
173 Frederick
Vester, Denken, Lernen, Vergessen, vga, 1978, p.6
174 George Politzer, Principes Fondamentaux
de Philosophie, Editions Sociales, Paris 1954, pp.38-39-44
175 R.L.Gregory, Eye and Brain: The Psychology
of Seeing, Oxford University Press Inc. New York, 1990, p.9
176 Lincoln Barnett, The Universe and Dr.Einstein,
William Sloane Associate, New York, 1948, p.20 
177 Orhan Hançerlioğlu, Düşünce Tarihi (The
History of Thought), Istanbul: Remzi Bookstore, 6.ed., September
1995, p.447
178 V.I.Lenin, Materialism and Empirio-criticism,
Progress Publishers, Moscow, 1970, p.14
179 Bertrand Russell, ABC of Relativity,
George Allen and Unwin, London, 1964, pp.161-162
180 R.L.Gregory, Eye and Brain: The Psychology
of Seeing, Oxford University Press Inc. New York, 1990, p.9
181 Karl Pribram, David Bohm, Marilyn Ferguson,
Fritjof Capra, Holografik Evren 1(Holographic Universe 1), translated
by Ali Çakıroğlu, Kuraldışı Publishing, Istanbul: 1996, p37
182 George Politzer, Principes Fondamentaux
de Philosophie, Editions Sociales, Paris 1954, p.53
183 Orhan Hançerlioğlu, Düşünce Tarihi (The
History of Thought), Istanbul: Remzi Bookstore, 6.ed., September
1995, p.261
184 George Politzer, Principes Fondamentaux
de Philosophie, Editions Sociales, Paris 1954, p.65
185 Paul Davies, Tanrı ve Yeni Fizik, (God
and The New Physics), translated by Murat Temelli, Im Publishing,
Istanbul 1995, s.180-181 
186 Rennan Pekünlü, "Aldatmacanın Evrimsizliği",
(Non-Evolution of Deceit) Bilim ve Ütopya, December 1998 (V.I.Lenin,
Materialism and Empirio-criticism, Progress Publishers, Moscow,
1970, pp.334-335)
187 Alaettin Şenel, "Evrim Aldatmacası mı?,
Devrin Aldatmacası mı?", (Evolution Deceit or Deceit of the Epoch?)
Bilim ve Ütopya, December 1998
188 Imam Rabbani Hz. Mektupları (Letters
of Rabbani), Vol.II, 357. Letter, p.163
189 Imam Rabbani Hz. Mektupları (Letters
of Rabbani), Vol.II, 470. Letter, p.1432
|