HAKIKAT
KEJADIAN
Di
dalam beberapa bab yang lepas di dalam buku ini, kita telah mengkaji
mengapa Teori Evolusi, yang mendakwa hidupan tidak diciptakan, adalah
satu kesilapan yang sama sekali bertentangan dengan fakta-fakta
sains. Kita telah menyaksikan bagaimana sains moden telah mendedahkan
sebuah fakta yang paling tersirat melalui beberapa cabang sains
seperti paleontologi, biokimia, dan anatomi. Fakta tersebut ialah
bahawa semua benda hidup telah diciptakan oleh Allah.
Sebenarnya, untuk mengenal pasti fakta-fakta ini seseorang itu
tidak perlu merujuk kepada keputusan-keputusan yang dihasilkan oleh
makmal-makmal biokimia atau penggalian-penggalian geologi. Tanda-tanda
kebijaksanaan yang luar biasa dapat dikesan pada setiap benda hidup
apabila ia diperhatikan. Terdapat sebuah teknologi dan rekaan yang
hebat pada tubuh seekor serangga dan seekor ikan kecil di dalam
laut dalam yang tidak dimiliki oleh manusia. Sesetengah hidupan
yang walaupun tidak berotak tetapi berjaya melaksanakan tanggungjawab
sukar yang manusia sendiri tidak dapat dilakukannya.
Kebijaksanaan, perancangan dan plan hebat yang merangkumi seluruh
alam semula jadi ini adalah bukti yang paling jelas tentang kewujudan
seorang Pencipta yang menguasai seluruh alam, iaitu Allah. Allah
telah menghiasi semua benda-benda hidup dengan sifat-sifat yang
luar biasa dan menunjukkan manusia bukti tanda-tanda kewujudan dan
kekuasaan-Nya.
Di dalam bab-bab seterusnya kita hanya akan mengkaji beberapa bukti
Penciptaan di dalam alam semula jadi ini.
Lebah Madu dan Keindahan Reka Bentuk Sarangnya
Lebah menghasilkan madu yang melebihi daripada keperluannya dan
menyimpannya di dalam sarang. Bentuk heksagon sarang lebah ini telah
amat dikenali oleh semua orang. Pernahkah kamu terfikir, mengapa
lebah membina sarang berbentuk heksagon bukannya oktagon, atau pun
pentagon?
Ahli
matematik yang mencari jawapan kepada persoalan ini telah mencapai
satu konklusi menarik: "Heksagon adalah sebuah bentuk geometri
yang paling sesuai untuk kegunaan maksimum sesuatu kawasan".Sebuah
sel heksagon memerlukan jumlah yang paling minimum untuk pembinaannya
serta memuatkan jumlah madu yang maksimum. Oleh itu, lebah menggunakan
bentuk yang paling sesuai.
Cara yang digunakan untuk membina sarang lebah ini juga amat menakjubkan:
lebah-lebah ini memulakan pembinaan sarangnya daripada dua-tiga
tempat yang berbeza dan menganyam sarang ini serentak di dalam dua-tiga
pintalan. Walau pun, mereka memulakan pembinaan di tempat-tempat
yang berbeza, lebah-lebah ini, yang terdiri daripada jumlah yang
besar, membina heksagon yang ideal dan kemudian menyulam sarang
lebah ini dengan menggabungkannya dan bertemu di tengah.
Titik
sambungan heksagon disambung dengan begitu baik hinggakan tidak
terdapat sebarang tanda yang menunjukkan ia telah disambungkan.
Berhadapan dengan hasil yang menakjubkan ini, kita terpaksa mengakui
kewujudan satu kehendak penguasa tertinggi yang memerintahkan makhluk-makhluk
ini. Para evolusionis cuba menjelaskan hasil ini dengan konsep "naluri"
dan cuba memperkenalkannya sebagai satu sifat lebah.
Bagaimana pun, sekiranya terdapat naluri dalam pekerjaan, dan sekiranya
ia meliputi seluruh lebah dan menyebabkan mereka dapat bekerja dengan
harmoni walau pun tanpa perlu berinteraksi antara satu sama lain,
maka ini menunjukkan terdapatnya Kebijaksanaan Agung yang memerintah
semua makhluk-makhluk kecil ini. Jelasnya, Allah, pencipta kepada
semua makhluk-makhluk kecil ini, telah memberikan mereka "inspirasi"
terhadap apa yang mereka lakukan. Kenyataan ini telah dijelaskan
di dalam al-Quran empat belas kurun yang lalu:
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau
membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga
di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah
dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai),
serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan
dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam
badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi
penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya
pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)
bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah An-Nahl: 68-69)
Jurutera Yang Mengagumkan: Anai-Anai
Siapa
pun tidak dapat mengelak daripada merasa kagum dengan busut yang dibina
oleh anai-anai di atas tanah. Ini kerana busut anai-anai adalah sebuah
keajaiban reka bentuk yang dibina setinggi 5-6 meter. Di dalam sarang
ini terdapat sistem-sistem yang sofistikated untuk memenuhi keperluan
anai-anai yang tidak dapat muncul di bawah pancaran cahaya matahari
disebabkan oleh struktur tubuh mereka. Di
dalam busut tersebut, terdapat sistem pengudaraan, terusan, bilik-bilik
larva, koridor, perkarangan khas kalis kulat, pintu keluar keselamatan,
bilik untuk musim panas dan sejuk; ringkasnya, segala-galanya. Tetapi
apa yang lebih memeranjatkan ialah semua anai-anai yang membina busut
ini adalah buta.160 Berdasarkan
fakta ini, sekiranya kita membandingkan saiz seekor anai-anai dan
busutnya, kita dapat melihat bahawa anai-anai telah berjaya membina
satu projek kejuteraan yang 300 kali ganda lebih besar daripada
tubuhnya. Anai-anai mempunyai juga mempunyai satu lagi sifat yang
mengagumkan:
sekiranya kita pecahkan sebuah busut anai-anai kepada dua bahagian
pada peringkat pertama pembinaannya, dan kemudian menyatukannya
semula selepas beberapa lama, kita akan mendapati bahawa semua lorong,
terusan dan jalan saling bersilang antara satu sama lain. Anai-anai
ini menjalankan kerja mereka seolah-olah mereka tidak pernah dipisahkan
dan diperintahkan daripada satu tempat.
Burung Belatuk
Semua
orang tahu bahawa burung belatuk membina sarangnya dengan mematuk
batang pokok. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bagaimana burung
belatuk tidak mengalami pendarahan otak apabila mereka mencacah begitu
kuat dengan kepala mereka. Apa yang dilakukan oleh burung belatuk
ini sama seperti seorang manusia memasukkan paku ke dalam dinding
dengan menggunakan kepalanya. Jika seorang manusia cuba melakukan
seperti itu, dia pasti akan mengalami kejutan otak diikuti dengan
pendarahan otak. Bagaimana pun, seekor burung belatuk dapat mematuk
batang pokok yang keras 38-43 kali di antara 2.10 dan 2.69 saat dan
tiada apa yang berlaku.
Tiada apa pun yang berlaku kerana struktur kepala
burung belatuk telah direka sesuai untuk kerja seperti ini. Tengkorak
burung belatuk mempunyai satu sistem "suspensi" yang mengurangkan
dan menyerap daya pukulan itu. Terdapat tisu-tisu lembut khas di
antara tulang-tulang dan tengkoraknya.161
Sistem Sonar Kelawar
Kelawar terbang di dalam gelap tanpa masalah dan mereka mempunyai
satu sistem pengemudi yang menarik untuk melakukannya. Ia adalah
apa yang kita gelar sistem "sonar", sebuah sistem yang
membolehkan bentuk-bentuk objek di sekeliling dikenal pasti berdasarkan
kepada gema pantulan bunyi.
Seorang kanak-kanak dapat mengesan satu bunyi
berfrekuensi 20,000 getaran per saat. Tetapi, seekor kelawar yang
dianugerahkan dengan sebuah "sistem sonar" yang istimewa
dapat menerima bunyi yang mempunyai frekuensi di antara 50,000 dan
200,000 getaran per saat. Ia menghantar bunyi di dalam semua arah
20 atau 30 kali setiap saat. Gema bunyi adalah sangat berkuasa sehingga
kelawar tidak hanya dapat mengesan kewujudan objek tersebut pada
laluannya, tetapi juga mengesan lokasi mangsanya yang berterbangan.162
Ikan Paus
Mamalia
biasanya perlu bernafas dan kerana itu air bukan persekitaran yang
sesuai untuk mereka. Bagaimana pun, di dalam seekor ikan paus, yang
merupakan mamalia laut, masalah ini telah dapat diselesaikan dengan
sebuah sistem pernafasan yang jauh lebih efisien daripada kebanyakan
haiwan-haiwan darat. Ikan pauh yang bernafas sekali pada satu masa
mengecas 90% udara yang digunakannya. Oleh itu, ia hanya perlu
bernafas sekali dalam tempoh yang panjang. Pada masa yang sama,
ia juga mempunyai satu bahan yang amat pekat dikenali sebagai "myoglobin"
yang membantunya menyimpan oksigen di dalam otot-ototnya. Dengan
bantuan sistem-sistem ini, seekor ikan paus dapat menyelam sedalam
300 meter dan berenang selama 40 minit tanpa bernafas.163
Dari segi lain pula, lubang hidung ikan paus terletak di bahagian
belakangnya tidak seperti mamalia darat yang lain, supaya ia dapat
bernafas dengan mudah.
Reka Bentuk Nyamuk
Kita sering menyangka nyamuk adalah seekor haiwan terbang.
Sebenarnya, nyamuk menghabiskan peringkat pembentukannya di bawah
air dan keluar daripada air melalui satu "bentuk" istimewa
yang dihasilkan dengan semua organ-organ yang diperlukannya.
Nyamuk mula terbang dengan sistem pengesan pada punggungnya untuk
mengesan kedudukan mangsa. Dengan sistem-sistem ini, ia seperti
sebuah kapal terbang perang yang dilengkapi dengan pengesan kepanasan,
gas, kelembapan dan bauan. Malah ia juga mempunyai kelebihan untuk
"melihat bersesuaian dengan suhu", ia membantu nyamuk
mengesan mangsanya walaupun di dalam gelap gelita.
Teknik "menghisap darah" nyamuk juga memiliki sistem
yang kompleks. Dengan sistem enam pisau pemotong, ia memotong kulit
seperti sebilah gergaji. Ketika proses pemotongan ini berjalan,
satu perembes yang merembeskan ke arah luka tersebut akan mengebaskan
tisu-tisunya dan orang tersebut tidak akan menyedari darahnya sedang
disedut. Perembes ini juga, pada masa yang sama, menghalang pembekuan
darah dan membantu meneruskan proses penyedutan.
Dengan kehilangan walau satu daripada sistem-sistem ini, nyamuk
tidak akan dapat menghisap darah dan meneruskan generasinya. Dengan
rekaannya yang istimewa, makhluk kecil ini merupakan satu bukti
tanda Penciptaan. Di dalam al-Quran, nyamuk telah ditegaskan sebagai
satu contoh yang membuktikan kewujudan Allah kepada manusia untuk
memahaminya:
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan
apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya
(kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang
beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar
dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka
akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan
ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat
dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang
mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan
sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;
(Surah Al-Baqarah:26)
Burung Pemangsa Dengan Penglihatan Yang Tajam
Burung pemangsa mempunyai mata yang tajam yang membolehkan
mereka membuat penyelarasan jarak yang sempurna ketika menyerang
mangsanya. Tambahan pula mata mereka yang besar mempunyai sel-sel
penglihatan yang lebih. Terdapat lebih satu juta sel penglihatan
di dalam mata seekor burung pemangsa.
Helang yang terbang pada ketinggian beratus-ratus meter tinggi
mempunyai mata yang tajam sehingga ia dapat mengimbas bumi dengan
sempurna pada satu jarak. Seperti sebuah kapal terbang perang mengesan
sasarannya yang beratus-ratus meter jauh, begitu juga helang mengesan
mangsanya, dengan melihat sedikit warna yang berganjak atau pergerakan
kecil di bumi. Mata helang mempunyai satu sudut pandangan tiga ratus
darjah dan ia dapat membesarkan satu imej yang diterima sekitar
enam ke lapan kali. Helang dapat mengimbas satu kawasan seluas 30,000
hektar ketika terbang 4,500 meter di atasnya. Ia dengan mudah akan
dapat mengesan seekor arnab di celah-celah rumput pada satu latitud
1,500 meter. Ia merupakan satu bukti bahawa struktur mata helang
yang luar biasa ini telah direka dengan begitu istimewa untuk makhluk
ini.
Benang Labah-labah
Labah-labah bernama Dinopis mempunyai kebolehan memburu yang hebat.
Selain daripada menenun sebuah jaring dan menanti mangsa, ia juga
menenun satu jaring kecil yang luar biasa untuk dilontarkan ke arah
mangsanya. Kemudian, ia akan membalut dengan kejap mangsa tersebut
dengan jaring ini. Serangga yang telah terperangkap tidak dapat
berbuat apa-apa untuk melepaskan dirinya. Jaring tersebut dibina
dengan begitu sempurna sehinggakan serangga-serangga akan menjadi
lebih terjebak apabila ia makin cemas. Untuk menyimpan makanannya,
labah-labah membalut mangsa dengan benang-benang tambahan, seolah-olah
seperti ia dibungkuskan.
Bagaimana labah-labah ini dapat membina sebuah jaring yang begitu
menakjubkan dengan reka bentuk mekanikal dan struktur kimia? Adalah
mustahil jika labah-labah ini memperolehi kebolehan seperti ini
secara kebetulan, seperti yang didakwa oleh para evolusionis. Labah-labah
tidak mempunyai keupayaan untuk belajar atau mengingat, malah ia
tidak mempunyai otak untuk menjalankan tugas-tugas ini. Jelaslah,
bahawa keupayaan ini telah dianugerahkan kepada labah-labah oleh
penciptanya, Allah, Yang Maha Berkuasa.
Berbagai keajaiban-keajaiban penting tersembunyi
di dalam benang labah-labah ini. Benang ini, dengan diameter kurang
daripada seribu per satu milimeter, adalah lima kali lebih kuat
daripada wayar besi pada ketebalan yang sama. Benang ini mempunyai
satu lagi karakteria lain, ia amat ringan. Panjang benang ini mampu
mengelilingi bumi ini dengan hanya berat 320 gram.164
Besi, satu bahan khas yang dibuat di dalam perusahaan industri,
adalah bahan terkuat yang dihasilkan oleh manusia. Bagaimana pun,
labah-labah dapat menghasilkan di dalam badannya benang yang jauh
lebih kukuh daripada besi. Manusia menghasilkan besi berdasarkan
pengetahuan dan teknologi orang yang terdahulu; kalau begitu, pengetahuan
dan teknologi manakah yang labah-labah guna untuk membuat benangnya?
Seperti yang dapat kita lihat, semua kualiti teknologi dan teknik
yang ada pada manusia adalah lebih mundur daripada seekor labah-labah.
Haiwan-haiwan Hibernat
Haiwan-haiwan hibernat (haiwan yang tidur sepanjang musim sejuk)
dapat terus hidup walau pun suhu badan mereka jatuh pada darjah
yang sama dengan suhu sejuk di luar. Bagaimana mereka melakukannya?
Mamalia adalah haiwan berdarah panas. Ini bererti di dalam keadaan
biasa, suhu badan mereka sentiasa tetap kerana termostat semula
jadi di dalam badan mereka mengekalkan suhu ini. Tetapi, ketika
berhibernat, kepanasan mamalia-mamalia kecil, seperti tikus tupai
dengan suhu kepanasan badan biasa ialah 40 darjah, akan jatuh sedikit
di bawah paras beku. Metabolisme badan menurun perlahan-lahan ke
satu tahap. Haiwan ini mula bernafas perlahan dan degup jantung
normalnya, iaitu 300 kali seminit, akan turun ke 7-10 degup seminit.
Refleksi normal tubuhnya berhenti dan aktiviti elektrik di dalam
otaknya menjadi perlahan hingga hampir tidak dapat dikesan.
Di antara bahaya tidak bergerak ialah pembekuan
tisu-tisu di dalam cuaca yang terlalu sejuk dan ia dimusnahkan oleh
kristal ais. Haiwan-haiwan hibernat bagaimana pun, terpelihara daripada
bahaya ini kerana sifat-sifat istimewa yang dianugerahkan kepada
mereka. Cecair badan haiwan-haiwan hibernat mengandungi bahan-bahan
kimia yang mempunyai jisim molekul yang tinggi. Oleh itu, tahap
beku mereka menurun dan mereka terpelihara daripada cedera.165
Ikan Elektrik
Beberapa spesies daripada jenis ikan seperti belut dan ikan pari
menggunakan kuasa elektrik yang terhasil di dalam badan mereka untuk
mempertahankan diri daripada musuh-musuh mereka atau melumpuhkan
mangsa mereka. Di dalam semua benda hidup – termasuk manusia – terdapat
sejumlah kecil tenaga elektrik. Manusia, bagaimana pun, tidak dapat
menggunakan atau mengawalnya untuk kegunaannya sendiri. Haiwan-haiwan
yang disebutkan di atas, sebaliknya, mempunyai kuasa elektrik setinggi
500-600 voltan di dalam badan mereka dan mereka dapat menggunakannya
untuk menentang musuh-musuh mereka. Tambahan pula, mereka tidak
terkesan dengan tenaga elektrik ini.
Tenaga yang mereka gunakan untuk mempertahankan
diri akan didapati semula setelah beberapa lama seperti mengecas
sebiji bateri dan kuasa elektrik bersedia untuk digunakan lagi.
Ikan tidak menggunakan kuasa elektrik di dalam badannya yang kecil
melainkan untuk melindungi diri. Di samping dapat membantu mereka
mencari jalan ketika di dalam air yang dalam dan gelap, tenaga elektrik
juga membantu mereka mengesan objek-objek tanpa melihatnya. Ikan
dapat menghantar isyarat dengan menggunakan elektrik di dalam badan
mereka. Isyarat elektrik ini akan memantul kembali apabila terkena
objek pejal dan pantulan ini memberikan ikan-ikan ini maklumat tentang
objek tersebut. Dengan cara ini, ikan akan dapat mengenal pasti
jarak dan saiz sesuatu objek.166
Perancangan Bijak Ke Atas Haiwan: Penyamaran
Salah satu sifat yang haiwan miliki untuk terus hidup ialah kepakaran
menyembunyikan diri – iaitu, "penyamaran".
Haiwan merasa perlu untuk menyembunyikan diri mereka kerana dua
sebab: untuk memburu dan untuk melindungi diri mereka daripada pemangsa.
Cara penyamaran adalah berbeza dengan menggunakan sepenuhnya kebijaksanaan,
kemahiran, estetik dan harmoni.
Teknik penyamaran haiwan ini amat mengagumkan. Hampir mustahil
untuk mengenal pasti seekor serangga yang bersembunyi di batang
pokok atau makhluk lain yang bersembunyi di sebalik sehelai daun.
Kutu daun yang menghisap jus tumbuhan melindungi diri mereka di
atas batang pokok dengan menyamar sebagai durinya. Dengan cara ini,
mereka cuba menipu burung yang merupakan musuh terbesar mereka,
dan memastikan burung-burung tersebut tidak hinggap di atas batang
pokok tersebut.
Sotong
 
Kiri: Seekor sotong menjadikan dirinya kelihatan seperti
permukaan pasir. Kanan: Warna kuning terang sotong yang sama
berubah di dalam keadaan bahaya, seperti apabila ia dilihat
oleh seorang penyelam. |
Di bawah kulit sotong tersusun satu lapisan
tebal daripada kantung pigmen yang kenyal digelar chromatophores.
Ia terdapat asasnya di dalam warna kuning, merah, hitam dan perang.
Pada satu masa, sel-sel akan berkembang dan memenuhi kulit dengan
warna gelap yang bersesuaian. Begitulah cara sotong menyerupai warna
batu yang ia berdiri di atasnya dan ia menjadi penyamaran yang sempurna.
Sistem ini berfungsi dengan begitu efisien sekali sehinggakan sotong
ini dapat membentuk satu jalur kuda belang yang kompleks.167
Sistem-sistem Penglihatan Yang Berbeza
Kepada haiwan-haiwan laut, melihat amat penting untuk memburu dan
mempertahankan diri. Kerana itulah, kebanyakan hidupan laut telah
dilengkapkan dengan mata yang direka sempurna untuk kegunaan dalam
air.
Di dalam air, keupayaan melihat menjadi makin terbatas oleh kedalaman,
terutamanya selepas 30 meter. Organisma-organisma yang hidup pada
kedalaman seperti ini, bagaimana pun, mempunyai mata yang direka
bersesuaian dengan keadaan ini.
Tidak seperti haiwan darat, hidupan laut mempunyai lensa mata sfera
yang bersesuaian dengan kepadatan air yang menjadi habitat mereka.
Dibandingkan dengan mata makhluk darat yang bujur, mata yang berstruktur
sfera ini lebih berguna untuk penglihatan di dalam air; kerana ia
dilaraskan untuk melihat objek dengan dekat (close-up). Apabila
satu objek difokus, seluruh sistem lensa akan berundur ke belakang
dengan bantuan mekanisme otot khas yang terdapat di dalam mata.
Sebab lain mengapa mata ikan berbentuk sfera ialah kerana pantulan
cahaya di dalam air. Kerana mata mereka dipenuhi dengan satu cecair
yang hampir sama kepekatannya dengan air, maka tidak berlaku pantulan
apabila satu imej yang terbentuk di luar terpantul ke mata. Kerana
itu, lensa mata sepenuhnya mengfokus imej objek di luar ke retina.
Tidak seperti manusia, penglihatan ikan sangat tajam di dalam air.
Sesetengah haiwan seperti sotong kurita mempunyai mata yang besar
untuk menangkap cahaya yang lemah di dalam kedalaman air. Di bawah
300 meter, mata besar ikan perlu menangkap silau organisma-organisma
sekelilingnya untuk mengenal pasti mereka. Mereka perlu sensitif
terutamanya kepada cahaya biru lemah yang menembus masuk ke dalam
air. Kerana itu, terdapat banyak sel-sel biru yang sensitif di dalam
retina mata mereka.
Seperti yang dapat kita fahami daripada contoh-contoh ini, bahawa
setiap hidupan mempunyai mata yang direka khas untuk memenuhi keperluan
mereka. Fakta ini membuktikan bahawa ini semua telah dijadikan seperti
yang sedia ada oleh seorang Pencipta yang mempunyai kebijaksanaan,
pengetahuan dan kuasa yang hebat.
Sistem Pembekuan Istimewa
Seekor katak yang beku menghasilkan satu struktur biologi yang
luar biasa. Ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda hidup. Degup
jantung, pernafasan dan aliran darahnya telah berhenti sama sekali.
Tetapi, apabila ais telah mencair, katak tersebut akan kembali hidup
seolah-olah ia terbangun daripada tidur.
Selalunya, satu hidupan akan musnah apabila berada pada peringkat
beku. Katak, bagaimana pun, tidak menghadapi masalah ini. Ia mempunyai
ciri utama yang menghasilkan jumlah glukosa yang banyak ketika berada
pada peringkat ini. Seperti seorang yang berpenyakit kencing manis,
tahap gula di dalam darah katak berada pada peringkat yang amat
tinggi. Kadang kala ia mencapai setinggi 550 milimo/liter. (Anggaran
ini biasanya adalah sekitar 1-5 mmol/liter untuk katak dan 4-5 mmol/liter
untuk badan manusia). Kepekatan glukosa yang keterlaluan seperti
ini akan menyebabkan masalah yang serius dalam keadaan biasa.
Bagaimana pun, di dalam seekor katak yang beku, glukosa ini akan
menahan air daripada meninggalkan badan dan menyekat kebocoran.
Membran sel katak amat telap pada glukosa supaya glukosa mudah memasuki
sel. Tahap glukosa yang tinggi di dalam badan mengurangkan suhu
beku menyebabkan hanya sejumlah kecil cecair dalaman haiwan menjadi
ais ketika sejuk. Kajian menunjukkan bahawa glukosa juga dapat memelihara
sel-sel yang beku. Pada period ini, di samping menjadi bahan bakar
semula jadi kepada badan, glukosa juga menghentikan banyak reaksi
metabolik seperti sintesis air kencing dan melindungi sumber-sumber
makanan sel yang berbeza daripada kehabisan.
Bagaimana sejumlah besar glukosa di badan katak
dapat muncul secara mendadak? Jawapannya amat menarik: hidupan ini
telah dilengkapi dengan satu sistem khas untuk menjalankan kerja-kerja
ini. Sebaik sahaja ais mula muncul di atas kulit, satu isyarat dihantar
ke limpa menyebabkan limpa menukar glikogen (glycogen) yang disimpannya
kepada glukosa. Bagaimana isyarat ini dapat dihantar kepada limpa
masih belum diketahui. Lima minit selepas isyarat ini diterima, kadar
kandungan gula di dalam darah mula meningkat.168
Tidak dapat dipersoalkan lagi, bagaimana haiwan-haiwan
dilengkapi dengan satu sistem yang dapat menukar metabolismenya
untuk memenuhi keperluannya apabila ia diperlukan, hanya dapat dilakukan
dengan plan Pencipta Yang Maha Kuasa yang tidak ada cacat celanya.
Tidak mungkin kebetulan dapat menghasilkan sebuah sistem yang begitu
sempurna dan kompleks seperti ini. 169
Burung-burung Laut
Burung yang berpindah randah meminimumkan penggunaan tenaga mereka
dengan menggunakan "teknik-teknik penerbangan" yang berbeza.
Burung-burung laut juga didapati mempunyai satu jenis gaya penerbangan.
Burung-burung ini yang menghabiskan 92% hidup mereka di atas laut,
mempunyai lebar sayap rentang 3.5 meter. Ciri paling penting pada
burung-burung laut ini ialah teknik penerbangan mereka: mereka mampu
terbang berjam-jam tanpa mengepakkan sayap mereka. Untuk melakukannya,
mereka meluncur di udara dengan mengekalkan sayap mereka dalam keadaan
tetap dengan menggunakan angin.
Ia memerlukan penggunaan tenaga yang seimbang untuk mengekalkan
sayap terus terbuka dengan rentang sayap 3.5 meter. Bagaimana pun,
burung-burung laut dapat kekal dalam posisi seperti ini selama berjam-jam.
Ini kerana mereka dianugerahkan dengan satu sistem anatomi yang
istimewa semenjak mereka lahir lagi. Ketika terbang sayap burung
laut tersekat. Oleh itu, ia tidak memerlukan sebarang kekuatan otot.
Sayap dinaikkan hanya dengan otot pelapis. Ini amat membantu burung
ketika terbang. Burung-burung laut tidak menggunakan tenaga kerana
mereka tidak menyepakkan sayap mereka atau membazirkan tenaga untuk
mengekalkan sayap mereka terbuka. Terbang berjam-jam dengan menggunakan
angin secara eksklusif menghasilkan satu sumber tenaga yang tidak
terbatas untuknya. Sebagai contoh, seekor burung laut seberat 10
kilo hanya kehilangan 1% berat badannya ketika mengembara 1,000
km. Ini merupakan satu kadar yang amat rendah. Manusia telah mencipta
alat peluncur angin dengan menggunakan burung-burung laut sebagai
model dan dengan menggunakan teknik penerbangan mereka.
Sebuah Migrasi Yang Sukar
Ikan salmon Pasifik mempunyai karakter istimewa untuk kembali ke
sungai-sungai di mana mereka menetas untuk pembiakan. Setelah meluangkan
sebahagian hidup mereka di laut, haiwan ini kembali semula ke air
tawar untuk membiak.
Apabila mereka memulakan perjalanan mereka pada awal musim panas,
warna ikan ini ialah merah terang. Bagaimana pun, pada penghujung
perjalanan, warna mereka telah bertukar menjadi hitam. Pada permulaan
migrasi, mulanya mereka menghampiri pantai dan cuba mencapai sungai.
Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali semula ke tempat
kelahiran mereka. Mereka sampai ke tempat mereka menetas dengan
melompat mengharungi sungai-sungai yang bergelora, berenang melawan
arus, mengatasi air terjun dan tebing. Pada penghujung perjalanan
3,500-4,000 km ini, ikan salmon betina sudah sedia mempunyai telur,
begitu juga dengan salmon jantan mempunyai sperma. Apabila tiba
di tempat mereka menetas, ikan salmon betina akan mengeluarkan sekitar
3 hingga 5 ribu telur, kemudian salmon jantan akan mensenyawakannya.
Ikan-ikan ini mendapat berbagai kerosakan sepanjang perjalanan dan
penetasan ini. Ikan salmon betina yang mengeluarkan telur menjadi
keletihan; sirip ekor mereka luruh dan kulit mereka mula bertukar
menjadi hitam. Perkara yang sama berlaku kepada ikan-ikan salmon
jantan. Tidak berapa lama kemudian sungai tersebut dipenuhi bangkai-bangkai
ikan salmon. Tetapi, generasi ikan-ikan yang seterusnya telah bersedia
untuk menetas dan memulakan perjalanan yang sama.
Bagaimana ikan-ikan salmon menyempurnakan perjalanan seperti ini,
bagaimana mereka sampai ke laut setelah menetas dan bagaimana mereka
mencari jalan mereka, ini semua adalah beberapa persoalan yang masih
belum terjawab. Walaupun, banyak cadangan dibuat, tetapi penyelesaian
yang sebenar masih belum ditemui. Kuasa apakah yang menyebabkan
ikan-ikan salmon ini melakukan perjalanan beribu-ribu kilometer
untuk kembali ke sebuah tempat yang mereka sendiri tidak tahu? Jelaslah
terdapat satu kehendak agung yang mengatur dan mengawal semua benda
hidup. Iaitu Allah Yang Maha Perkasa.
Koala
Minyak yang didapati di dalam daun eucalyptus adalah
beracun kepada kebanyakan mamalia. Racun tersebut adalah mekanisme
pertahanan kimia yang digunakan oleh pokok ini untuk menentang musuh-musuhnya.
Tetapi terdapat hidupan istimewa yang dapat menentang mekanisme
ini dan dapat memakan daun eucalyptus yang beracun ini; seekor
marsupial yang digelar koala. Koala tinggal di atas pokok eucalyptus
di samping itu mereka juga memakan daunnya dan memperolehi air daripadanya.
Seperti mamalia-mamalia lain, koala juga tidak
dapat mencerna selulosa yang terdapat di dalam pokok ini. Untuk
itu, ia bergantung kepada mikro-organisma pencerna-selulosa. Mikro-organisma
ini terletak di titik pertemuan usus kecil dan usus besar, sekum
(ceacum) yang merupakan sambungan yang memelihara sistem
usus ini. Sekum adalah bahagian sistem pencernaan koala yang paling
menarik. Fungsi segmen ini sebagai sebuah ruang penapaian di mana
mikrob terbentuk untuk mencernakan selulosa apabila laluan daun
ini tertunda. Oleh itu, koala dapat meneutralkan kesan racun minyak
yang terdapat di dalam daun eucalyptus. 170
Kebolehan Memburu Di Dalam Posisi Tetap
Tumbuhan Afrika Selatan Sundew memerangkap serangga
dengan rerambutnya yang kental. Daun-daun tumbuhan ini dipenuhi
rerambut yang merah dan panjang. Rahsia rambut-rambut ini ialah
ia dilumuri dengan satu cecair yang mempunyai bau yang menarik perhatian
serangga. Satu lagi sifat cecair ini ialah ia amat kental. Serangga
yang menuju ke arah sumber bau ini akan terperangkap di dalam rerambut
kental ini. Tidak lama kemudian, seluruh daun akan tertutup di atas
serangga yang telah sedia terjebak di dalam rerambut dan tumbuhan
tersebut akan menyedut protein penting untuk dirinya daripada serangga
dengan mencernanya.171

Kiri: Sundew yang terbuka. Kanan: Sundew yang tertutup. |
Anugerah kepada tumbuhan ini tanpa perlu bergerak daripada tempatnya
dengan satu keupayaan jasmani seperti ini, tidak dapat diragui adalah
bukti tanda satu rekaan yang istimewa. Adalah mustahil bagi satu
tumbuhan untuk membangunkan sebuah gaya berburu seperti ini dengan
menggunakan keupayaan atau kehendaknya sendiri, atau secara kebetulan.
Oleh itu, adalah sukar untuk masih menolak kewujudan dan kekuasaan
seorang Pencipta yang telah membekalkannya dengan keupayaan ini.
Reka Bentuk Di Dalam Bulu Burung
Sekali imbas, bulu burung kelihatan mempunyai satu struktur yang
sangat ringkas. Tetapi, apabila kami mengkajinya dengan teliti,
kami dapati bulu burung tidak sahaja amat kompleks malah juga ringan
tetapi kuat dan kalis air.
Burung perlu berada di dalam keadaan seberapa ringan yang
boleh untuk membolehkannya terbang dengan mudah. Bulu burung terbentuk
daripada protein keratin yang memenuhi keperluannya. Pada kedua-dua
belah tangkai bulu burung terdapat urat-urat dan pada setiap urat
ini terdapat sekitar 400 ruit-ruit halus. Di atas 400 ruit-ruit
halus ini pula terdapat 800 ruit yang lebih halus, dua setiap satu
ruit. Daripada 800 ruit halus yang memenuhi di atas satu bulu burung
yang kecil, ruit-ruit yang berada di bahagian hadapan mempunyai
20 ruit lain di atas setiap satu daripadanya. Ruit-ruit ini melekatkan
di antara dua bulu burung seolah-olah dua cebisan baju yang disemat
bersama. Di dalam satu bulu burung terdapat hampir 300 juta ruit-ruit
halus. Jumlah sebenar ruit-ruit pada semua bulu-bulu burung seekor
burung ialah sekitar 700 bilion.
Ada sebab tertentu mengapa bulu-bulu burung bercantum kuat dengan
satu sama lain dengan ruit-ruit dan klas-klas (pelekap). Bulu-bulu
burung perlu melekat kuat pada burung supaya ia tidak gugur apabila
bergerak. Dengan mekanisme daripada ruit-ruit dan klas-klas, menyebabkan
bulu-bulu burung ini melekat kuat pada burung sehinggakan angin
yang kuat, hujan atau salji tidak akan dapat menggugurkannya.
Tambahan pula, bulu-bulu pada badan burung tidak sama dengan bulu-bulu
di sayap dan ekornya. Bulu-bulu pada sayap adalah lebih besar untuk
membolehkannya berfungsi sebagai pengemudi dan brek; bulu sayap
direka sedemikian untuk mengembangkan permukaan kawasan ketika sayap
burung mengepak dan ia dapat meningkatkan kuasa anjakan.
Basilik: Pakar Berjalan Di Atas Air

Cicak basilik adalah di antara haiwan yang dapat bergerak dengan
baik samada di air atau di darat. |
Sebahagian haiwan dapat berjalan di atas permukaan
air. Di antaranya ialah cicak basilik yang hidup di Amerika Tengah
(seperti yang ditunjukkan di dalam gambar). Pada sisi jari kaki
belakang basilik terdapat kepak yang membolehkannya memercikkan
air. Ia bergulung ketika haiwan ini berjalan di atas darat. Sekiranya
haiwan ini berhadapan dengan bahaya, ia akan mula berlari pantas
di atas permukaan sungai atau tasik. Kemudian kepak pada kaki belakangnya
akan terbuka dan ia membolehkannya berlari lebih jauh di atas air.172
Rekaan unik basilik ini adalah satu bukti tanda Penciptaan terancang.
Fotosintesis
Tidak dapat dinafikan, tumbuhan memainkan peranan yang besar dalam
menjadikan cakerawala ini sebuah habitat. Ia membersihkan udara
untuk kita, mengekalkan suhu planet ini pada tahap yang seimbang,
dan mengimbangi pecahan gas-gas di dalam atmosfera. Oksigen di udara
yang kita sedut telah dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan. Sebahagian
besar makanan kita juga dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan. Nilai pemakanan
tumbuhan datang daripada rekaan khas di dalam sel-selnya, di samping
memiliki ciri-ciri lain.
Tidak
seperti sel manusia dan haiwan, sel tumbuhan dapat menggunakan tenaga
solar secara langsung. Ia mengubah tenaga solar kepada tenaga kimia
dan menyimpannya di dalam bentuk nutrien (zat) dengan cara yang
istimewa. Proses ini digelar "fotosintesis". Sebenarnya,
proses ini tidak dilakukan oleh sel tetapi oleh kloroplas (chloroplast),
struktur khas yang memberikan tumbuh-tumbuhan warna hijau. Struktur
hijau yang hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop merupakan
satu-satunya makmal di bumi yang berupaya menyimpan tenaga solar
di dalam bentuk organik.
Jumlah bahan yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan di bumi adalah
sekitar 200 bilion tan setahun. Pengeluaran ini amat penting untuk
semua hidupan di bumi.
P engeluaran yang dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan ini telah direalisasikan
melalui satu proses kimia yang rumit. Beribu-ribu "klorofil"
yang terdapat di dalam kloroplas bertindak balas dengan cahaya di
dalam masa yang amat singkat, sekitar seribu dalam satu saat. Kerana
itulah, mengapa kebanyakan aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam
klorofil tidak dapat diperhatikan.
Menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik atau tenaga kimia
merupakan satu penemuan teknologi terkini. Untuk melakukannya, peralatan-peralatan
berteknologi tinggi perlu digunakan. Sel tumbuhan yang terlalu kecil
untuk dilihat oleh mata kasar manusia telah melakukan tugas ini
sejak berjuta-juta tahun.
Ini merupakan satu lagi sistem sempurna yang membuktikan penciptaan,
untuk disaksikan oleh semua. Sistem fotosintesis yang begitu kompleks
ini merupakan satu mekanisme terancang yang dicipta oleh Allah.
Sebuah kilang yang tidak dapat ditandingi telah dihimpit masuk ke
sebuah kawasan yang amat kecil di dalam daun. Rekaan yang tiada
cacat cela ini hanyalah satu daripada tanda-tanda yang menunjukkan
bahawa semua benda hidup telah dijadikan oleh Allah, Yang Maha Berkuasa.
  
160 Bilim
ve Teknik, July 1989, Vol. 22, No.260, p.59
161 Grzimeks Tierleben Vögel 3, Deutscher
Taschen Buch Verlag, Oktober 1993, p.92
162 David Attenborough, Life On Earth: A
Natural History, Collins British Broadcasting Corporation, June
1979, p.236
163 David Attenborough, Life On Earth: A
Natural History, Collins British Broadcasting Corporation, June
1979, p.240
164 "The Structure and Properties of Spider
Silk", Endeavour, January 1986, vol. 10, pp.37-43
165 Görsel Bilim ve Teknik Ansiklopedisi,
pp.185-186
166 Walter Metzner,http://cnas.ucr.edu/~bio/faculty/Metzner.html
167 Bilim ve Teknik, January 1990, pp.10-12
168 National Geographic, September 1995,
p.98
169 David Attenborough, Life of Birds, Princeton
Universitye Press, Princeton-New Jersey, 1998, p.47
170 James L.Gould, Carol Grant Gould, Life
at the Edge, W.H.Freeman and Company, 1989, pp.130-136
171 David Attenborough, The Private Life
of Plants, Princeton Universitye Press, Princeton-New Jersey, 1995,
pp.81-83
172 Encyclopedia of Reptiles and Amphibians,
Published in the United States by Academic Press, A Division of
Harcourt Brace and Company, p.35
|