KONKLUSI: EVOLUSI ADALAH SUATU PENIPUAN

Terdapat banyak lagi bukti lain, seperti juga undang-undang sains, yang membatalkan evolusi, tetapi di dalam buku ini kita hanya dapat membincangkan sebahagian daripadanya. Namun begitu, ia sudah mencukupi untuk mendedahkan kebenaran yang paling penting; walau pun ia telah berselindung di dalam kepalsuan sains, teori evolusi tidak lebih daripada sebuah penipuan; penipuan yang terus dipertahankan hanya disebabkan oleh falsafah materialistik; sebuah penipuan yang tidak berlandaskan kepada sains tetapi kepada brainwash, propaganda dan tipu daya.

Kita boleh merumuskan apa yang telah kita catatkan setakat ini seperti berikut:

Teori Evolusi Telah Musnah

Teori evolusi adalah sebuah teori yang telah gagal pada peringkat awal lagi. Ini kerana evolusionis telah gagal untuk menjelaskan pembentukan walau hanya sebuah protein. Samada undang-undang kebarangkalian atau undang-undang fizik dan kimia tidak memberikan sebarang peluang untuk pembentukan hidupan secara kebetulan.

Apakah logik atau masuk akal apabila tidak walau satu peluang pembentukan protein dapat wujud, bahawa berjuta-juta protein telah bercantum untuk membentuk sel sebuah hidupan; dan bahawa berbilion-bilion sel telah tersusun dan bercantum secara kebetulan untuk menghasilkan benda-benda hidup; dan bahawa daripada merekalah terbentuknya ikan; dan yang telah merangkak ke darat telah berubah menjadi reptilia, burung, dan bahawa dengan cara inilah berjuta-juta spesies yang berbeza di bumi ini terbentuk?

Walau pun, ia kelihatan seperti tidak masuk akal pada kamu, tetapi para evolusionis mempercayai dongengan ini.

Bagaimana pun, ia hanyalah sebuah kepercayaan atau keyakinan – kerana mereka tidak mempunyai sebarang bukti untuk membenarkan cerita mereka. Mereka tidak pernah menemui sebarang formasi perantaraan seperti seekor haiwan separuh-ikan/separuh-reptilia atau separuh-reptilia/separuh- burung. Mereka juga tidak dapat membuktikan bahawa sebuah protein, atau hanya sebuah molekul asid amino yang membentuk sebuah protein, dapat terbentuk di bawah apa yang mereka gelar sebagai keadaan purba bumi; walau pun di dalam makmal-makmal canggih mereka masih tidak dapat melakukannya. Sebaliknya, melalui segala usaha mereka, evolusionis sendiri telah membuktikan bahawa tidak hanya proses evolusi ini tidak pernah berlaku, malah ia tidak akan berlaku pada bila-bila masa pun di bumi.

Evolusi Tidak Akan Dapat Dibuktikan Di Masa Hadapan

Oleh itu, evolusionis hanya dapat menghiburkan hati mereka dengan berangan-angan bahawa sains akan dapat menyelesaikan dilema-dilema ini kemudian. Bagaimana pun, samada sains dapat membuktikan sebuah teori yang keseluruhannya tidak berasas dan tidak logik tidak perlu dibicarakan walau berapa lama masa berlalu. Sebaliknya, peningkatan sains hanya mendedahkan dengan lebih jelas ketidaklogikan dakwaan evolusionis ini.

Inilah yang telah berlaku setakat ini. Makin banyak struktur dan fungsi-fungsi hidupan ditemui, makin jelas bahawa sel bukan satu sebatian yang ringkas dan terbentuk secara rawak, seperti yang diramalkan berlaku mengikut kefahaman biologi yang primitif pada zaman Darwin.

Dengan situasi ini sendiri menjadi bukti, menolak fakta ciptaan dan meletakkan asas asal hidupan kepada kebetulan sepenuhnya, dan kemudian mempertahankan dakwaan-dakwaan ini dengan paksaan, hanya akan menjadi suatu sumber yang memalukan. Apabila wajah sebenar teori evolusi ini makin terserlah dan apabila masyarakat umum mula melihat kebenarannya, tidak lama lagi penganjur evolusi yang fanatik ini tidak akan dapat menonjolkan muka mereka lagi (kerana malu).


Halangan Terbesar kepada Evolusi: Jiwa

Terdapat banyak spesies di dunia yang menyerupai antara satu sama lain. Sebagai contoh, terdapat banyak hidupan yang menyamai seekor kuda dan seekor kucing dan banyak serangga kelihatan hampir sama dengan yang lain. Persamaan-persamaan ini tidak memeranjatkan sesiapa pun.

Persamaan-persamaan dasar di antara manusia dan beruk bagaimana pun mendapat lebih perhatian. Tarikan ini kadang kala melampaui batas untuk membuatkan orang lain percaya tesis evolusi yang salah ini. Sedangkan persamaan luaran di antara manusia dan beruk tidak membuktikan apa-apa. Kumbang tanduk dan badak sumbu juga berkongsi persamaan luaran yang sama tetapi adalah melucukan untuk mencari rantai evolusi di antara kedua jenis makhluk ini berdasarkan persamaan ini, sedangkan seekor adalah serangga dan seekor lagi adalah mamalia.

Selain daripada persamaan luaran ini, beruk tidak dapat dikatakan lebih mirip kepada manusia daripada haiwan-haiwan lain. Sebenarnya, sekiranya aspek kebijaksanaan diperhitungkan, maka lebah madu yang membina struktur geometri yang menakjubkan dan labah-labah yang membina jaring dengan kejuteraan yang mengagumkan, boleh dikatakan lebih mirip kepada manusia. Mereka lebih unggul di dalam beberapa aspek.

Terdapat satu perbezaan terbesar di antara manusia dan beruk yang mengetepikan persamaan luaran. Beruk adalah seekor haiwan dan ia tidak berbeza dengan seekor kuda atau anjing berdasarkan kepada peringkat kesedaran. Sedangkan manusia hidupan yang berkesedaran, mempunyai keinginan yang kuat dan boleh berfikir, bercakap, memahami, memilih, dan membuat pertimbangan. Semua sifat-sifat ini adalah fungsi jiwa yang dimiliki oleh manusia. Jiwa adalah perbezaan terbesar yang melebarkan jurang perbezaan di antara manusia dan hidupan lain. Semulajadinya, satu-satunya benda hidup yang mempunyai jiwa ialah manusia.


Allah Mencipta Mengikut KehendakNya

Apakah penting sekiranya senario yang disebutkan oleh evolusionis ini benar-benar berlaku? Tidak sikit pun. Kerana setiap peringkat yang telah dimajukan oleh teori evolusi ini dan berdasarkan kepada kebetulan hanya dapat berlaku hasil daripada keajaiban. Walau sekiranya hidupan benar-benar wujud melalui peringkat-peringkat warisan, setiap peringkat yang progresif hanya boleh berlaku melalui kehendak terancang. Ia bukan hanya tiba-tiba peringkat-peringkat ini dapat berlaku secara kebetulan, ia adalah mustahil.

Jika dikatakan bahawa sebuah molekul protein telah terbentuk di dalam keadaan atmosfera purba, maka perlu diingatkan bahawa ia telah didemontrasikan oleh undang-undang kebarangkalian, biologi dan kimia bahawa ia tidak dapat berlaku secara kebetulan. Tetapi jika kita anggarkan ia telah terhasil, maka tidak terdapat alternatif lain melainkan dengan mengakui bahawa ia telah berhutang kewujudannya kepada kehendak seorang Pencipta. Logik yang sama dikemukakan kepada seluruh hipotesis yang dikemukakan oleh evolusionis. Sebagai contoh, tidak terdapat sebarang bukti paleontologi, atau fizik, kimia, biologi atau pertimbangan logik, membuktikan bahawa ikan telah meninggalkan air ke darat dan membentuk haiwan-haiwan darat, untuk perantaraan seumpama ini. Tetapi jika seseorang itu mempercayai bahawa ikan telah merangkak ke darat dan berubah menjadi reptilia, maka orang yang membuat dakwaan ini perlu juga mengakui kewujudan seorang Pencipta yang berupaya untuk menjadikan apa sahaja yang dikehendakiNya untuk hidup dengan hanya berkata "jadilah" (kun). Penjelasan lain untuk keajaiban seperti ini adalah bercanggah dan mencabuli prinsip sebab musabab.

Realitinya telah jelas dan terbukti. Semua hidupan adalah hasil sebuah rekaan sempurna dan sebuah ciptaan unggul. Ini menunjukkan bukti yang kukuh kepada kewujudan seorang pencipta, Empunya kekuasaan yang luar biasa, ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan.

Pencipta itu ialah Allah, Tuhan langit dan bumi, dan segala yang berada  di antara keduanya.