MEDIA: TANAH
SUBUR UNTUK TEORI EVOLUSI
Apa yang telah kita kaji setakat ini
telah membuktikan bahawa teori evolusi ini tidak berlandaskan kepada
asas sains. Bagaimana pun ramai manusia seluruh dunia tidak menyedari
dan menyangka ia adalah fakta saintifik. Sebab utama penipuan ini
ialah pendoktrinan dan propaganda sistematik yang dikendalikan oleh
media terhadap evolusi. Oleh itu, kita perlu juga menyebut beberapa
karakter pendoktrinan dan propaganda ini.
Jika kita perhatikan media Barat dengan teliti, kita akan menemui
berita-berita yang berkaitan dengan teori evolusi. Organisasi-organisasi
media utama, dan majalah-majalah yang terkenal dan disegani sering
mengemukakan isu-isu ini. Apabila pendekatan mereka ini diteliti,
seseorang akan menganggap bahawa teori ini sepenuhnya adalah fakta
yang telah terbukti tanpa ada ruang untuk diperdebatkan.
Masyarakat awam yang membaca berita-berita seumpama ini akan merasakan
bahawa teori evolusi ini adalah sebuah fakta kukuh seperti undang-undang
matematik. Berita-berita yang muncul di dalam media-media terkenal
ini kemudian akan dikutip pula oleh media-media tempatan. Mereka
mencetaknya di dalam tulisan yang besar, seperti, "Menurut
majalah Time, sebuah fosil baru yang merapatkan jurang di dalam
rantaian fosil, telah ditemui"; atau "Nature" menunjukkan
bahawa para saintis telah menemui penyelesaian pada isu terakhir
teori evolusi. Penemuan "sambungan terakhir rantaian evolusi
yang hilang" tidak memberikan apa-apa erti kerana tidak terdapat
satu benda pun yang dapat membuktikan teori evolusi ini. Semua yang
dikemukakan sebagai bukti adalah salah sama sekali, seperti yang
telah kami kemukakan di dalam beberapa bab yang lepas. Selain media,
perkara yang sama berlaku kepada sumber-sumber saintifik, ensiklopedia,
dan buku-buku sains.
Dengan mudah, kedua dua media dan akademik, yang menjadi tulang
belakang kepercayaan anti-agama, mempertahankan seluruh pandangan
teori evolusi ini dan mereka mengemukakannya kepada masyarakat umum.
Pendedahan yang dibuat amat efektif sehingga mengubah evolusi menjadi
sebuah idea yang tidak pernah ditolak. Penafian evolusi dilihat
sebagai penentangan terhadap sains dan mengetepikan asas realiti.
Kerana itulah, dengan tidak mempedulikan penipuan-penipuan yang
telah didedahkan (terutamanya sejak 1950an) dan pengakuan-pengakuan
yang dibuat sendiri oleh saintis-saintis evolusionis, hari ini kita
dapati amat sukar untuk menemui kritikan evolusi dari sudut sains
mahupun di dalam media.
Telah diterima dengan meluas seperti kebanyakan pencetakan-pencetakan
yang "disegani" di dalam bidang biologi dan alam semula
jadi di Barat, majalah seperti Sceintific American, Nature, Focus,
dan National; Geographic menjadikan teori evolusi sebagai sebuah
ideologi rasmi dan cuba untuk mengemukakan teori ini sebagai sebuah
fakta yang telah dibuktikan kebenarannya.
Penipuan Yang Diselindungi
Evolusionis telah menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan
kepada mereka oleh program "brain-washed" media
ini. Ramai orang mempercayai teori evolusi ini dengan begitu mendalam
sehinggakan mereka tidak pernah tertanya-tanya "bagaimana"
dan "mengapa". Ini bererti para evolusionis dapat menyenggarakan
penipuan-penipuan mereka ini agar ia dapat diyakini dengan mudah.
Sebagai contoh, buku evolusi yang paling "saintifik",
"transition from water to land", yang merupakan
fenomena evolusi yang paling sukar dijelaskan, telah "diterangkan"
secara yang tidak dapat diterima akal. Menurut evolusi. Hidupan
telah bermula di dalam air dan haiwan pertama terbentuk ialah ikan.
Teori ini beranggapan bahawa suatu hari ikan-ikan ini mula melemparkan
diri mereka ke darat kerana beberapa sebab (kemarau disebutkan sebagai
penyebabnya), dan ikan yang memilih untuk ke darat, telah mendapat
kaki sebagai ganti sirip dan paru-paru sebagai ganti insang.
Kebanyakan buku-buku evolusi tidak menerangkan "bagaimana"
sesuatu subjek. Malah sumber-sumber paling "saintifik",
keganjilan dakwaan ini telah diselindungi di sebalik kenyataan-kenyataan
seperti "Peralihan daripada air ke darat telah terjadi".
|
DONGENGAN DARIPADA EVOLUSIONIS
Evolusi adalah, sebagai mana yang telah dicatatkan oleh
seorang saintis terkenal, sebuah kisah dongeng kepada orang
dewasa. Ia merupakan sebuah senario yang sama sekali tidak
logik dan tidak saintifik, yang mendakwa bahawa benda tidak
hidup mempunyai sejenis kuasa dan kebijaksanaan luar biasa
untuk membentuk satu sel kompleks. Kisah yang panjang ini
mempunyai beberapa dongengan menarik berkaitan dengan beberapa
subjek. Dongengan evolusionis yang paling pelik ialah tentang
"evolusi ikan paus" yang telah disiarkan di dalam
National Geography, yang disegani sebagai sebuah penerbitan
yang paling saintifik dan serius di dunia:
Perubahan ikan pauh kepada saiznya kini bermula enam belas
juta tahun dahulu apabila mamalia berbulu dan berkaki empat
ketika mencari makanan atau perlindungan telah masuk ke dalam
air. Tidak berapa lama kemudian perubahan pun berlaku. Kaki
belakangnya telah menghilang, kaki hadapan pula telah bertukar
menjadi sirip, bulu pula telah memberi ruang kepada lapisan
lemak yang tebal dan licin, lubang hidung telah bergerak ke
bahagian atas kepala, ekor pula telah melebar menjadi sisip
ekor, dan di dalam dunia air yang terapung, badannya telah
menjadi besar.1
Di samping tidak terdapat sebarang asas sains untuk semua
ini, kejadian seperti ini juga berlawanan dengan prinsip-prinsip
semula jadi. Dongengan yang telah disiarkan di dalam National
Geography ini perlu diberi perhatian untuk membuktikan kesilapan-kesilapan
serius penerbitan evolusionis.
Dongengan lain daripada evolusionis ialah tentang asal
usul mamalia. Evolusionis mendakwa bahawa mamalia telah terbentuk
daripaa moyang reptilia. Tetapi apabila menerangkan perincian-perincian
peralihan ini, beberapa cerita menarik timbul. Ini adalah
satu di antaranya:
Beberapa reptilia yang tinggal di kawasan sejuk telah membentuk
satu metode yang dapat mengekalkan kepanasan badan
mereka. Kemasukan haba badan mereka meningkat apabila ia sejuk
dan kehilangan haba dihentikan apabila sisik makin mengecil
dan menjadi lebih halus, dan kemudian berubah menjadi kulit.
Perpeluhan juga adalah satu adaptasi kepada penyesuaian suhu
badan, iaitu satu alat untuk menyejukkan badan apabila diperlukan
melalui penyejatan air. Tetapi secara tiba-tiba, reptilia-reptilia
muda mula menjilat peluh ibu mereka untuk mendapatkan zat
makanan. Beberapa kantung peluh mula mengeluarkan pengeluaran
yang makin meningkat dan banyak, yang kemudiannya berubah
menjadi susu. Mamalia-mamalia muda ini telah memperolehi permulaan
hidupan yang lebih baik.2
Pendapat bahawa satu rekaan makanan yang sempurna seperti
susu, dapat terbentuk daripada kantung peluh dan semua perincian-perincian
di atas hanyalah hasil imaginasi evolusionis yang pelik, tanpa
sebarang asas saintifik.
1 Victor B. Scheffer, "Exploring
the Lives of Whales", National Geographic, vol. 50, December
1976, p. 752
2 George Gamow, Martynas Ycas, Mr. Tompkins Inside Himself,
London: Allen & Unwin, 1968, p. 149
|
Bagaimana "peralihan" ini boleh terjadi? Kita tahu ikan
tidak dapat hidup lama setelah keluar dari air. Jika kita mengandaikan
kemarau telah berlaku dan ikan-ikan terpaksa bergerak ke darat,
apa yang akan terjadi kepada ikan-ikan tersebut? Jawapannya adalah
bukti yang jelas. Semua ikan yang keluar daripada air ini akan mati
seekor demi seekor di dalam beberapa minit sahaja. Walaupun proses
ini telah berlangsung sepuluh juta tahun, jawapannya tetap sama:
ikan-ikan tersebut akan mati seekor demi seekor. Ini kerana sebuah
organ yang kompleks seperti paru-paru tidak dapat muncul dengan
mendadak secara "kebetulan", iaitu melalui proses mutasi;
tetapi separuh paru-paru adalah tidak berguna sama sekali.
Tetapi inilah perkara yang disarankan oleh evolusionis. "Peralihan
daripada air ke darat", "Peralihan daripada darat
ke air" dan berbagai dakwaan-dakwaan besar yang lain telah
"dijelaskan" secara tidak logik. Seperti juga transformasi
organ-organ kompleks seperti mata dan telinga, evolusionis tidak
mengeluarkan sebarang pendapat.
Adalah mudah untuk meyakinkan seorang lelaki di jalanan dengan
penyenggaraan "sains". Kamu lukiskan sebuah gambar khayalan
yang menunjukkan peralihan kepada air daripada darat, kamu gunakan
perkataan-perkataan Latin untuk haiwan-haiwan di dalam air, "nenek
moyangnya" di atas darat, dan "formasi pertengahan peralihan"
(iaitu haiwan-haiwan khayalan semata mata), kemudian bentukan sebuah
penipuan yang terperinci. "Euthenopteron mulainya telah berubah
kepada Rhipitistian Crossopterygian, kemudian Ichthyostega di dalam
sebuah proses evolusi yang panjang". Jika kamu biarkan fakta
ini dibentangkan oleh seorang saintis yang bercermin mata tebal
dan berkot putih, kamu akan berjaya meyakinkan ramai orang, kerana
media, yang telah menyediakan dirinya untuk mempromosikan teori
evolusi ini, akan mengumunkan berita gembira ini kepada dunia dengan
ghairahnya.
  
|