TEORI EVOLUSI: LIABILITI
MATERIALISTIK
Maklumat-maklumat yang telah kami
kemukakan melalui buku ini telah mendedahkan kepada kita bahawa
teori evolusi tidak mempunyai asas sains, malah sebaliknya pula,
dakwaan-dakwaan evolusi telah bercanggah dengan penemuan-penemuan
sains. Dengan kata lain, kuasa yang mendukung evolusi bukannya sains.
Evolusi boleh dipertahankan oleh beberapa "saintis", tetapi
pasti terdapat agen utama lain yang membantu.
Agen lain tersebut ialah falsafah materialis.
Falsafah materialis merupakan antara sistem pemikiran tertua di
dalam sejarah. Kebanyakan ciri-ciri asasnya adalah berkaitan dengan
kebendaan semata-mata. Menurut falsafah ini, kebendaan adalah unggul
dan segala yang wujud berkaitan dengan kebendaan dan hanya kebendaan.
Maka ia menunjukkan dengan jelas ketidakmungkinan untuk mempercayai
seorang Pencipta. Materialisme telah lama berseteru dengan semua
jenis kepercayaan agama yang beriman dengan Allah.
Jadi persoalannya ialah, apakah pandangan materialis ini tepat.
Satu metode untuk mengenal pasti samada satu falsafah itu adalah
benar atau tidak ialah dengan mengkaji dakwaan-dakwaan falsafah
tersebut yang berkaitan dengan sains dengan menggunakan metode sains.
Sebagai contoh, seorang ahli falsafah pada kurun ke-10 boleh mendakwa
terdapat sepohon pokok Tuhan di atas permukaan bulan dan semua hidupan
tumbuh pada ranting-ranting pohon yang besar ini seperti buah-buahan
dan kemudian jatuh ke bumi. Sebahagian manusia mungkin mendapati
falsafah ini menarik dan mempercayainya. Tetapi pada kurun ke-20,
apabila manusia telah mampu berjalan di atas bulan, adalah mustahil
untuk mengemukakan falsafah seperti ini. Samada pokok tersebut wujud
atau tidak, telah dapat pastikan oleh metode sains, iaitu dengan
pemerhatian dan eksperimen.
Kita dapat meneliti dakwaan materialis ini melalui metode sains:
iaitu, dakwaan bahawa kewujudan benda adalah abadi dan benda-benda
ini dapat membentuk dirinya sendiri tanpa Pencipta dan dapat membentuk
hidupan baru. Apabila kita mebuat kajian seperti ini, kita akan
dapati materialisme telah sedia runtuh, kerana idea yang menyatakan
bahawa kewujudan benda adalah kekal abadi sejak azali telah dipatahkan
oleh teori Big Bang yang membuktikan bahawa cakerawala ini telah
dicipta daripada "kosong". Dakwaan bahawa benda mengatur
dirinya sendiri dan membentuk hidupan adalah dakwaan yang kita gelar
"teori evolusi"- yang dikaji oleh buku ini dan telah dibuktikan
telah diruntuh.
Bagaimana pun, jika sekiranya seseorang telah berazam untuk mempercayai
materialisme dan meletakkan kesetiaannya kepada falsafah materialis
ini sebelum perkara-perkara lain, maka dia tidak akan berkelakuan
seperti ini. Sekiranya dia "lebih utama sebagai seorang
materialis dan kemudian baru seorang saintis", maka dia
tidak akan meninggalkan materialisme apabila dia melihat bahawa
evolusi telah dikecewakan oleh sains. Sebaliknya, dia cuba untuk
mempertahankan dan menyelamatkan materialisme dengan cuba menyokong
evolusi tanpa mengira apa pun. Keadaan sukar seperti ini yang dihadapi
oleh evolusionis yang mempertahankan evolusi hari ini.
Lebih menarik lagi, mereka juga mengakui kenyataan ini dari masa
ke semasa. Seorang ahli genetik terkenal, Richard C. Lewontin
daripada Universiti Harvard, mengakui beliau adalah "lebih
utama sebagai seorang materialis dan kemudian seorang saintis"
melalui kenyataanya seperti berikut:
Bukanlah metode-metode dan institusi-institusi
sains yang menyebabkan kami menerima sebuah penjelasan materialistik
untuk fenomena alam ini, tetapi sebaliknya, kami telah didesak
oleh keutamaan kami untuk memberikan sokongan berterusan kepada
material, dan membentuk satu kelengkapan saintifik untuk penyelidikan
dan satu set konsep yang menghasilkan penjelasan-penjelasan material,
tanpa mengira betapa ianya bertentangan dengan hati kecil kami,
atau betapa mustahil untuk diterima akal. Tambahan pula, materialisme
adalah mutlak, oleh itu kami tidak boleh membenarkan campur tangan
Tuhan.154
Perkataan "keutamaan" yang digunakan oleh Lewontin di
sini adalah penting. Istilah falsafah ini merujuk kepada satu andaian
yang tidak berasaskan kepada sebarang pengetahuan bereksperimen. Sebuah
kepercayaan adalah "sebuah keutamaan" sekiranya kamu menganggapnya
sebagai betul dan menerimanya walaupun tidak terdapat sebarang maklumat
tentang ketepatan kepercayaan ini. Seperti yang telah diakui secara
jujur oleh seorang evolusionis, Lewontin, materialisme adalah "sebuah
keutamaan" yang diberikan untuk para evolusionis dan mereka
cuba mengubah sains untuk mengikut pemberian ini. Memandangkan materialisme
telah menafikan sepenuhnya kewujudan seorang Pencipta, maka mereka
hanya menganut apa yang mereka miliki di tangan mereka, iaitu teori
evolusi. Tidak kiralah samada teori ini telah dikecewakan oleh fakta-fakta
sains; saintis seperti ini akan menerima "keutamaan"nya
sebagai betul.
Perilaku yang prejudis ini telah mendorong evolusionis untuk mempercayai
bahawa "benda mati telah terbentuk dengan sendirinya"
yang sama sekali berlawanan dengan tidak hanya sains tetapi juga
dengan sebab musabab. Seorang profesor kimia daripada Universiti
New York yang juga seorang pakar DNA, Robert Shapiro menjelaskan
kepercayaan evolusionis ini dan dogma materialis yang menjadi dasarnya
seperti berikut:
Satu lagi prinsip evolusi lain memerlukan
kita untuk melampaui jurang daripada campuran bahan kimia semula
jadi yang ringkas kepada kesan salinan awal yang tepat. Prinsip
ini belum pernah di terangkan dengan teliti atau didemontrasikan,
tetapi ia telah pun diterima pakai, dan diberikan nama seperti
evolusi kimia dan pembentukan sendiri benda-benda. Kewujudan prinsip
ini telah diambil untuk mengakui falsafah materialisme yang dialek
ini, seperti yang dikaitkan kepada the origin of life oleh Alexander
Oparin. 155
Propaganda evolusionis, yang sering muncul di media-media Barat
dan di dalam majalah-majalah sains yang terkenal dan "disanjungi",
adalah hasil daripada ideologi terpaksa ini. Memandangkan evolusi
telah dianggap sebagai mustahak, maka ia telah diubah menjadi satu
pantang larang oleh satu golongan yang menyusun standard sains.
Terdapat saintis-saintis yang mendapati diri mereka berada di
dalam satu kedudukan di mana mereka terpaksa mempertahankan teori
ini atau sekurang-kurangnya mengelakkan diri daripada memperkatakan
sebarang isu yang bertentangan dengannya dalam usaha untuk menjaga
reputasi mereka. Para ahli akademik di Barat perlu memastikan
artikel mereka tersiar di mana-mana majalah sains untuk mendapatkan
dan memegang kedudukan sebagai "profesor". Semua majalah
yang berkaitan dengan biologi adalah di bawah kawalan para evolusionis
dan mereka tidak akan membenarkan sebarang artikel anti-evolusionis
muncul di dalam majalah mereka. Oleh itu setiap saintis perlu menyusun
penyelidikan mereka di bawah dominasi teori ini. Mereka juga adalah
sebahagian daripada arahan yang menganggap evolusi sebagai sebuah
ideologi yang penting, kerana itulah, mereka mempertahankannya secara
membuta tuli segala "kebetulan yang mustahil", seperti
yang telah kita kaji setakat ini di dalam buku ini.
Pengakuan Evolusionis
Seorang ahli biologi Jerman, Hoimar Von Disthfurt, yang
merupakan seorang evolusionis yang terkenal, merupakan contoh terbaik
bagi fahaman materialis yang sempit ini. Selepas beliau disebutkan
satu contoh kandungan hidupan yang sama sekali kompleks, beliau
telah mengeluarkan kenyataan samada ia telah terbentuk secara kebetulan
atau tidak:
Apakah mungkin satu benda yang harmoni dapat
terbentuk secara kebetulan? Ini adalah persoalan asas kepada seluruh
evolusi biologi. Menjawab soalan ini sebagai "Ya, ia boleh
berlaku" adalah seperti mengesahkan iman di dalam sains semula
jadi moden. Secara kritikalnya, kita dapat katakan bahawa sesiapa
yang menerima sains semula jadi moden tidak mempunyai alternatif
lain melainkan dengan berkata "Ya", kerana ia cuma akan
menjelaskan fenomena semula jadi dengan cara yang dapat difahami
dan cuba mengambil mereka daripada undang-undang semula jadi tanpa
mengaitkannya kepada gangguan (campur tangan) metafizik. Bagaimana
pun, pada peringkat ini, menerangkan sesuatu dengan erti undang-undang
semula jadi, iaitu secara kebetulan, menunjukkan bahawa dia tidak
mempunyai jalan lain untuk mengelak. Kerana, apa yang boleh dilakukannya
selain daripada mempercayai kebetulan?156
|
DARWINISME DAN MATERIALISME
Sebab utama mengapa teori Darwin ini masih terus dipertahankan
walaupun telah disanggah oleh sains, ialah kerana hubung rapat
di antara teori ini dan materialisme. Darwin memasukkan falsafah
materialis ini ke dalam sains alam semula jadi dan penganjur
falsafah ini, para Marxis yang ditonjolkan di kalangan mereka,
terus mempertahankan Darwinisme walau apa pun terjadi.
Salah seorang yang paling terkenal menjuarai teori evolusi
ini, ialah seorang ahli biologi Douglas Futuyma, menulis:
"Bersama dengan sejarah teori materialistik Marx... teori
evolusi Darwin adalah sekeping papan yang genting di platform
mekanisme dan materialisme." Ini merupakan sebab yang
paling jelas mengapa teori evolusi ini amat penting kepada
mereka yang mempertahankannya. 1
Seorang lagi evolusionis terkenal, seorang ahli paleontologi
Stephen J. Gould berkata: "Darwin telah memasukkan sebuah
falsafah materialisme yang konsisten ke dalam tafsirannya
terhadap alam semula jadi"2 Leon Trotsky, salah seorang
mastermind Revolusi Komunis Rusia bersama Lenin, memberikan
komentar beliau: "Penemuan yang dilakukan oleh Darwin
merupakan kejayaan dialektik* tertinggi di dalam seluruh bidang
bahan-bahan organik."3 Bagaimana pun, sains telah membuktikan
bahawa Darwinisme bukan satu kejayaan kepada materialisme
tetapi sebaliknya adalah satu tanda bahawa falsafah ini telah
dibuang.
1 Douglas Futuyma, Evolutionary
Biology, 2nd ed., Sunderland, MA: Sinauer, 1986, p. 3
2 Alan Woods and Ted Grant, "Marxism and Darwinism", Reason
in Revolt: Marxism and Modern Science, London, 1993
3 Alan Woods and Ted Grant. "Marxism and Darwinism", London,
1993
*Dialektik (dialectic) – Penyelidikan hakikat kebenaran
di dalam ilmu falsafah berlandaskan hujah atau pertimbangan
yang sistematik.
|
Ya, seperti yang dinyatakan oleh Dithfurt, pendekatan
sains yang materialis ini diambil sebagai prinsip asas untuk menerangkan
hidupan dengan menafikan "campur tangan supernatural",
seperti ciptaan. Apabila prinsip ini telah diambil, maka sebarang
kemungkinan yang paling mustahil sekali pun akan diterima dengan
mudah. Adalah mudah untuk mendapatkan contoh kepada mentaliti dogma
ini di dalam hampir semua kebudayaan evolusionis. Profesor Ali
Demisoy, seorang penganjur teori evolusi yang terkenal di Turkey,
adalah salah seorang daripada mereka. Seperti yang telah kami sebutkan
di dalam helaian yang lepas, menurut Demisoy: kebarangkalian pembentukan
secara kebetulan Cythochrome-C, sebuah protein penting untuk
hidupan, adalah "seperti kebarangkalian seekor monyet menulis
sejarah kemanusiaan di atas sebuah mesin taip tanpa membuat sebarang
kesilapan".157
Tidak ragu lagi, bahawa untuk menerima satu kebarangkalian seperti
ini adalah berlawanan dengan prinsip-prinsip asas sebab musabab
dan kewarasan sebenar. Walau sepucuk surat yang ditulis dengan baik
di atas sekeping kertas, akan dirumuskan bahawa ia telah ditulis
oleh seorang manusia. Jika seseorang melihat sebuah buku sejarah
dunia, dia akan pasti berkata ia ditulis oleh seorang penulis. Tidak
seorang pun yang waras akan bersetuju bahawa aksara-aksara sebuah
buku yang besar ini telah terkumpul dengan sendirinya oleh "proses
kebetulan".
Bagaimana pun, amat menarik melihat seorang "saintis evolusionis"
Profesor Ali Demirsoy dapat menerima pandangan yang tidak rasional
seperti ini:
Pada dasarnya, kebarangkalian pembentukan
sebuah rangkaian Cythochrome-C adalah sifar. Iaitu, sekiranya
hidupan berhajat kepada rangkaian tertentu, dapat dikatakan bahawa
ia mempunyai satu kemungkinan untuk dilepaskan sekali ke seluruh
cakerawala. Ataupun, satu kuasa metafizik yang melampau daripada
definisi kita telah terlibat di dalam pembentukannya. Tetapi,
untuk menerima kemungkinan yang akhir ini adalah tidak menepati
kehendak sains. Oleh itu, kita perlu melihat kepada andaian yang
pertama.158
Dermisoy menyatakan bahawa beliau menerima kemustahilan ini semata
mata untuk "tidak menerima kuasa metafizik", iaitu, untuk
menolak ciptaan Allah. Jelas di sini bahawa anggapan ini tidak mempunyai
apa-apa pertalian dengan sains. Tidak mengejutkan, apabila Demirsoy
dikemukakan kepadanya subjek lain, asal usul mitochondria* di dalam
sel, beliau secara terbuka telah dapat menerima penjelasan ini walau
pun ianya adalah "agak bertentangan dengan fahaman saintifik".
Pokok persoalannya ialah bagaimana mitochondria
ini mendapat sifat-sifat ini, kerana untuk mendapatkan sifat-sifat
ini secara kebetulan walau oleh hanya satu individu, memerlukan
kepada kebarangkalian yang tidak dapat difahami... Enzim-enzim
menghasilkan respirasi dan berfungsi sebagai pemangkin dalam mencari
langkah di dalam satu bentuk berbeza yang menjadi teras mekanisme.
Sebuah sel perlu mengandungi rangkaian enzim ini sepenuhnya, jika
tidak ia menjadi tidak berguna. Di sini, di samping bercanggahan
dengan fahaman biologi, dalam usaha untuk mengelakkan penjelasan
atau spekulasi yang lebih dogmatik, kita perlu menerima, bahawa
setiap enzim respirasi telah wujud sepenuhnya di dalam sel sebelum
sel tersebut pertama kali berhubung dengan oksigen.159
|
KERUNTUHAN MATERIALISME
Untuk mendapatkan sokongan falsafah terhadap teori evolusi
ini, materialisme kurun ke-19 telah mendakwa cakerawala ini
telah wujud semenjak azali, ia tidak diciptakan, dan dunia
hidupan dapat dijelaskan di dalam istilah interaksi benda.
Bagaimana pun, penemuan-penemuan sains abad ke-20an telah
membatalkan sepenuhnya hipotesis-hipotesis ini.
Andaian bahawa cakerawala ini telah wujud sejak azali lagi
telah disanggah oleh penemuan bahawa cakerawala ini telah
terbentuk daripada satu letupan besar (dikenali sebagai "Big
Bang") yang telah berlaku hampir 15 bilion tahun dahulu.
Teori Bing Bang ini telah membuktikan bahawa semua bahan-bahan
fizikal telah terbentuk daripada tiada: atau dengan kata lain,
mereka telah diciptakan. Seorang penganjur materialisme yang
tersohor, seorang ahli falsafah yang ateis, Anthony Flew menyebut:
Biasanya, pengakuan amat baik untuk jiwa. Oleh itu, saya
akan memulakan dengan mengakui bahawa ahli Stratonis yang
berfahaman ateis sepatutnya telah dimalukan oleh ijmak ahli-ahli
kosmologi terkini (iaitu Bing Bang). Ahli kosmologi telah mengemukakan sebuah bukti saintifik...
bahawa cakerawala ini mempunyai permulaan.1
Big Bang juga telah membuktikan bahawa pada setiap peringkat,
cakerawala ini telah dibentuk oleh sebuah ciptaan terkawal.
Ini dapat dijelaskan melalui keadaan yang terhasil selepas
Big Bang ini, yang adalah terlalu sempurna untuk dibentuk
daripada sebuah letupan yang tidak terkawal. Seorang ahli
fizik terkenal, Paul Davies, menjelaskan situasi ini:
Adalah sukar untuk menerima bahawa struktur cakerawala
yang ada kini, yang amat peka terhadap perubahan yang amat
kecil sekali pun, telah terhasil dengan hanya berfikir tentangnya...
sejumlah keajaiban berharga yang alam semula jadi yang tetap
pada jumlah asasnya telah menunjukkan bukti yang paling berkesan
untuk sebuah rekaan elemen kosmik.2
Kenyataan yang sama telah menyebabkan seorang profesor
Astronomi Amerika, Geoge Greenstein, berkata:
Apabila kita mengkaji semua bukti-bukti ini, segera kita
akan beranggapan bahawa beberapa agen supernatural atau Satu
Agen – telah terlibat.3
Oleh itu, hipotesis materialistik bahawa hidupan ini dapat
dijelaskan melalui istilah interaksi benda, juga telah disanggah
oleh penemuan-penemuan sains. Lebih-lebih lagi, asal usul
maklumat-maklumat genetik yang menentukan semua hidupan, tidak
dapat dijelaskan oleh sebarang agen material. Salah seorang
yang mempertahankan teori evolusi ini, Geoge C. William, telah
mengakui kenyataan ini di dalam artikel yang ditulisnya pada
1995:
Ahli-ahli biologi yang evolusionis telah gagal untuk membuktikan
bahawa usaha mereka bersama dua atau kurang bidang yang terasing
ini: iaitu maklumat-maklumat (gen) dan benda... gen adalah
satu pakej maklumat-maklumat, bukannya sebuah objek... deskripsi
yang kurang ini menjadikan benda dan maklumat-maklumat dua
bidang yang terpisah, yang perlu dibincangkan berasingan,
di dalam istilah mereka sendiri.4
Situasi ini merupakan bukti kepada kewujudan sebuah Kebijaksanaan
supra-material yang menjadikan maklumat-maklumat gen. Adalah
mustahil untuk benda menghasilkan maklumat-maklumat di dalam
dirinya. Pengarah German Federal Institute of Physic and Technology,
Profesor Werner Gitt, menggariskan seperti berikut:
Semua pengalaman menunjukkan bahawa pemikiran melakukan
kehendaknya dengan bebas, pengenalan, dan kreativiti diperlukan.
Tidak terdapat undang-undang semula jadi, proses dan rantaian
peristiwa yang dikenali dapat menyebabkan maklumat-maklumat
ini terbentuk dengan sendirinya di dalam benda.5
Semua fakta-fakta saintifik ini menunjukkan bahawa cakerawala
ini dan semua benda-benda hidup telah diciptakan oleh seorang
Pencipta yang mempunyai kuasa dan pengetahuan yang luar biasa,
iaitu Allah. Bagi materialis, Arthur Koestler, salah seorang
ahli falsafah yang terkemuka pada abad ini, berkata "Ia
sudah tidak dianggap sebagai sebuah falsafah saintifik lagi".6
1
Henry Margenau, Roy A. Vargesse. Cosmos, Bios, Theos. La Salle
IL: Open Court Publishing, 1992, p. 241
2 Paul Davies. God and the New Physics. New York: Simon &
Schuster, 1983, p. 189
3 Hugh Ross. The Creator and the Cosmos. Colorado Springs,
CO: Nav-Press, 1993, pp. 114-15
4 George C. Williams. The Third Culture: Beyond the Scientific
Revolution, New York, Simon & Schuster, 1995, pp. 42-43
5 Werner Gitt. In the Beginning Was Information. CLV, Bielefeld,
Germany, p. 107, 141
6 Arthur Koestler, Janus: A Summing Up, New York, Vintage
Books, 1978, p. 250 |
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada keterangan ini ialah evolusi
adalah sebuah teori yang diiktiraf tanpa melalui penyelidikan saintifik.
Sebaliknya, bentuk dan intipati teori ini telah ditentukan oleh
kehendak falsafah materialistik. Ia kemudian berubah menjadi kepercayaan
atau dogma bukannya fakta-fakta sains yang kukuh. Sekali lagi, kita
dapat melihat daripada perangai evolusionis bahawa semua usaha-usaha
ini sebenarnya mempunyai satu "matlamat". Dan matlamat
ini ialah menolak sebarang kepercayaan bahawa semua benda hidup
ini telah dijadikan oleh seorang Pencipta.
Evolusionis mentakrifkan matlamat ini sebagai "saintifik".
Tetapi, apa yang menjadi rujukan mereka adalah tidak saintifik,
sebaliknya adalah falsafah materialis. Materialisme menolak sepenuhnya
kewujudan sesuatu yang "melampaui" kebendaan (atau suatu
kuasa supernatural). Sains sendiri tidak menerima dogma seperti
ini. Sains bererti, meneroka alam semula jadi dan membuat kesimpulan
berdasarkan sesuatu penemuan. Sekiranya penemuan tersebut menunjukkan
kesimpulan bahawa alam semula jadi ini telah diciptakan, maka sains
harus menerimanya. Ia adalah tanggungjawab seorang saintis yang
sebenar; tidak bergantung kepada senario-senario mustahil dengan
berpandukan kepada dogma materialis abad ke-19 yang telah lapuk.
Materialis, Agama Yang Sesat dan Agama Yang Betul
Setakat ini, kita telah mengkaji bagaimana golongan yang menumpukan
kesetiaan mereka kepada falsafah materialis ini memutarbelitkan
sains, dan bagaimana mereka memperdayakan masyarakat demi dongengan
evolusionis yang mereka yakini secara membuta tuli, dan juga bagaimana
mereka menutup hakikat yang sebenar. Kita juga perlu mengakui bahawa
golongan materialis ini juga menjalankan satu "perkhidmatan"
tertentu, walau pun mereka tidak menyedarinya.
Mereka menjalankan "perkhidmatan" ini, demi membuktikan
tanggapan mereka yang salah dan ateis ini, dengan mendedahkan semua
ketidakwajaran dan ketidaksekataan kepercayaan tradisional dan kolot
yang dikemukakan di bawah nama Islam. Kesilapan golongan materialis-ateis
ini ialah mereka telah membantu mendedahkan sebuah agama songsang
yang tidak mempunyai sebarang pertalian samada dengan al-Quran atau
Islam; yang hanya berdasarkan kepada omong-omongan, khurafat, dan
cakap-cakap kosong; dan yang tidak mempunyai dakwaan yang konsisten
untuk dikemukakan. Oleh itu, semua ketidakbenaran, ketidaksamaan,
dan ketidaklogikan agama songsang ini telah dipertahankan oleh golongan-golongan
tidak jujur ini yang telah melakukan tindakan yang salah di bawah
nama Islam, tanpa berlandaskan kepada bukti sahih yang telah dikemukakan.
Walau pun, materialis membantu manusia menyedari kegelapan mentaliti
yang tidak toleran dan tradisional dan memandu mereka untuk mencari
inti pati dan sumber sebenar agama dengan merujuk dan mematuhi al-Quran.
Dan walaupun secara tidak langsung, mereka mentaati suruhan-suruhan
Allah dan membela agama-Nya. Lebih daripada itu, mereka mendedahkan
kesederhanaan mentaliti yang mengemukakan sebuah agama songsang
yang dicipta di atas nama Allah dan ia dikemukakan sebagai Islam
kepada masyarakat dan mereka membantu melemahkan pengaruh sistem
yang tidak toleran ini yang mengancam sebahagian besar masyarakat.
Oleh itu, mahu tidak mahu dan berselarasan dengan takdir mereka,
mereka membuktikan perintah Allah bahawa Dia yang membela agama-Nya
yang benar dengan menyebabkan musuh-musuh agama ini saling berbalah
di antara satu sama lain. Perintah Allah ini telah dirakamkan di
dalam al-Quran seperti berikut:
Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia
(yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman
dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini, (Surah al-Baqarah,
251)
Pada peringkat ini, kami rasa adalah perlu untuk memberi peluang
kepada para evolusionis membela fahaman materialis ini. Mereka ini
mungkin sesekali pernah menjalankan pencarian yang ikhlas, tetapi
telah dipesongkan daripada agama yang lurus disebabkan oleh omongan
kosong yang dikeluarkan di bawah nama Islam, pembohongan yang dibuat
di bawah nama Nabi, dan cerita-cerita karut yang telah mereka terima
sejak daripada alam kanak-kanak mereka lagi dan mereka tidak mempunyai
peluang untuk menerokai kebenaran itu sendiri. Mereka mungkin telah
mempelajari agama daripada buku-buku yang ditulis oleh penentang-penentang
agama yang cuba mencemarkan Islam dengan pembohongan dan penipuan
yang tidak terdapat di dalam al-Quran, dan dengan ketradisionalan
dan kekunoan. Inti pati seperti inilah yang diajarkan kepada mereka.
Dengan sebab, kami menyarankan supaya mereka mendapatkan sebuah
naskhah al-Quran secepat yang mungkin dan membaca kitab Allah ini
dengan hati yang terbuka dan dengan sebuah kesedaran dan dengan
pandangan yang tidak prejudis dan mempelajari agama yang asal daripada
sumber yang betul. Jika mereka memerlukan bantuan, mereka boleh
merujuk kepada penulis buku ini, Harun Yahya, pada konsep asas al-Quran.
  
154 Richard Lewontin,
"The Demon-Haunted World", The New York Review of Books, January
9, 1997, p. 28.
155 Robert Shapiro, Origins: A Sceptics
Guide to the Creation of Life on Earth. Summit Books, New York:
1986, p. 207.
156 Hoimar Von Dithfurt, Im Anfang War Der
Wasserstoff (Secret Night of the Dinosaurs), Vol 2, p. 64.
157 Ali Demirsoy, Kalıtım ve Evrim (Inheritance
and Evolution), Ankara: Meteksan Publishing Co., 1984, p. 61.
158 Ibid, p. 61.
159 Ibid, p. 94.
|