DAKWAAN EVOLUSIONIS
DAN KENYATAANNYA
Di dalam bab-bab yang lepas kita telah
mengkaji ketidaksahihan teori evolusi ini dari bukti-bukti yang
ditemui di dalam bentuk fosil dan daripada pandangan biologi molekul.
Di dalam bab ini, kami akan mendedahkan beberapa fenomena dan konsep
biologi yang dikemukakan sebagai bukti berteori oleh para evolusionis.
Topik-topik ini amat penting untuk membuktikan bahawa tidak terdapat
sebarang penemuan saintifik yang menyokong evolusi dan sekali gus
mendedahkan betapa besarnya penyelewengan dan penipuan yang telah
dilakukan oleh evolusionis.
Sempadan Kukuh Di Antara Variasi dan Spesies
Variasi, istilah yang digunakan di dalam ilmu genetik, merujuk
kepada satu peristiwa genetik yang menyebabkan individu-individu
atau kumpulan-kumpulan daripada satu spesies untuk membawa perbezaan
sifat-sifat perseorangan di antara satu dengan yang lain. Sebagai
contoh, semua manusia di dunia ini secara asasnya membawa maklumat
genetik yang sama, tetapi sebahagian daripada mereka mempunyai mata
yang sepet, sebahagian yang lain mempunyai rambut merah, yang lain
pula mempunyai hidung mancung, dan sebahagian yang lain pula mempunyai
ketinggian yang rendah, bergantung kepada keluasan keupayaan variasi
maklumat genetik ini.
Evolusionis meramalkan variasi yang terdapat di dalam satu spesies
adalah bukti kepada teori ini. Bagaimana pun, variasi tidak mengandungi
bukti untuk evolusi kerana variasi adalah hasil daripada kombinasi
berbeza maklumat-maklumat genetik yang telah sedia wujud dan ia
tidak menambah sebarang sifat-sifat baru ke dalam maklumat genetik.
Variasi sentiasa berada di dalam sempadan maklumat genetik. Di
dalam ilmu sains genetik, sempadan ini digelar sebagai "gene
pool" (kolam gen). Semua sifat-sifat peribadi yang terdapat
di dalam kolam gen satu spesies dapat dilihat di dalam berbagai-bagai
cara berdasarkan kepada variasi. Sebagai contoh satu hasil variasi,
mungkin akan muncul, di dalam satu spesies reptilia, berbagai jenis
maklumat yang terdapat di dalam kolam gen reptilia, seperti ekor
yang panjang atau pendek, kedua kaki yang panjang dan pendek. Bagaimana
pun, variasi tidak mengubah reptilia kepada burung dengan menambah
sayap dan bulu kepada mereka, atau dengan mengubah metabolisme mereka.
Satu perubahan memerlukan peningkatan di dalam maklumat genetik
hidupan yang sememangnya mustahil berlaku di dalam variasi.
Darwin tidak menyedari kenyataan ini apabila
beliau merumuskan teorinya. Dia menyangka tidak terdapat sebarang
had sempadan di dalam variasi. Di dalam sebuah artikel yang ditulisnya
dalam tahun 1844, beliau menyatakan: "Bahawa satu sempadan
variasi wujud di dalam alam semula jadi seperti yang dianggarkan
oleh ramai penulis, tetapi saya tidak dapat menemui satu fakta pun
yang menjadi dasar asas kepercayaan ini".135
Di dalam bukunya, The Origin of Species, beliau menyebut
contoh variasi yang berbeza sebagai bukti terpenting kepada teorinya.
Sebagai contoh, menurut Darwin, penternak haiwan yang telah mengahwinkan
berbagai jenis haiwan ternakan yang berbeza dalam usaha untuk menghasilkan
jenis baru yang mengeluarkan lebih susu, telah mengubah mereka kepada
satu spesies yang berbeza. Anggapan "variasi tidak terbatas"
Darwin ini dapat dilihat di dalam rangkap berikut yang dipetik daripada
buku The Origin of Species:
Saya tidak melihat sebarang kesukaran untuk
satu jenis beruang diubah oleh pilihan semula jadi (natural selection),
menjadi lebih akuatik di dalam habitat mereka, dengan mulut yang
lebih besar, sehingga satu makhluk gergasi seperti seekor ikan
paus terhasil.136
APAKAH IKAN PAUH BERUBAH
DARIPADA BERUANG?
Di dalam The Origin of Species, Darwin mendakwa bahawa ikan
pauh telah berubah daripada beruang yang cuba berenang! Darwin
meramalkan bahawa kebarangkalian variasi di dalam satu spesies
adalah tidak terhad. Ilmu sains abad ke-20 telah membuktikan
bahawa senario evolusi ini adalah sebuah khayalan. |
Sebab Darwin menyebut satu contoh yang sukar ini adalah kerana
fahaman sains yang primitif pada zamannya. Selepas itu, di dalam
kurun ke-20, sains telah meletakkan prinsip "kestabilan
genetik" (genetic stability/genetic homeostasis),
yang dibentuk berdasarkan ujikaji-ujikaji yang dilakukan ke atas
hidupan. Ini bererti bahawa adalah mustahil untuk penternak haiwan
untuk menukarkan ternakan mereka kepada satu spesies yang berbeza
dengan mencantumkan variasi-variasi yang berbeza di antara mereka,
seperti anggapan Darwin.
Norman Macbeth, yang telah membuktikan kesilapan Darwinian
di dalam bukunya Darwin Retired, menyebut:
Asas masalah ini ialah apakah hidupan perlu
berubah pada satu peringkat yang tak terbatas... Spesies-spesies
telah sedia stabil. Kita telah mendengar banyak kegagalan penternak
yang telah melakukan berbagai percubaan hanya untuk melihat haiwan
atau tumbuhan kembali ke asal, di mana mereka bermula. Setelah
berusaha selama dua atau tiga kurun, mereka masih tidak dapat
menghasilkan walau sekuntum bunga mawar biru atau bunga tulip
hitam.137
Luther Burbank, seorang penternak yang mahir, menyentuh
fakta ini apabila beliau menyebut, "terdapat had untuk suatu
pembentukan berlaku, dan had-had ini mengikut satu undang-undang."138
Dalam menerangkan subjek ini, seorang saintis berbangsa Denmark,
W.L. Johannsen memberikan komentar berikut:
Variasi yang ditekankan oleh Darwin dan Wallace,
tidak dapat melampaui hadnya, yakni satu kebolehan untuk berubah
tidak mengandungi rahsia "indefinite departure" (bahagian
yang tidak pasti).139
Dakwaan Evolusionis Tentang Pertahanan Antibiotik dan Imuniti
Evolusionis menganggap pertahanan yang dibentuk oleh bakteria untuk
melawan antibiotik dan imuniti (kekebalan) yang dihasilkan oleh
sebahagian serangga untuk melawan DDT*, adalah bukti kepada evolusi.
Mereka mendakwa bahawa ia adalah contoh-contoh pertahanan dan imuniti
yang diperlukan yang telah dihasilkan oleh mutasi yang berlaku di
dalam hidupan yang terdedah kepada bahan-bahan ini (antibiotik dan
DDT).
Di dalam bakteria dan serangga, sifat-sifat ini bukan ciri-ciri
yang diperlukan untuk melawan DDT atau antibiotik yang terhasil
daripada mutasi. Sebahagian variasi hidupan ini telah memiliki sifat-sifat
ini sebelum populasi seolah-olah semuanya tertakluk kepada antibiotik
atau DDT. Scientific American, sebuah majalah pro-evolusi, telah
membuat pengakuan berikut di dalam keluaran bulan Mac 1998:
Banyak bakteria telah memiliki
gen pertahanan, sebelum antibiotik digunakan secara komersial.
Para saintis tidak mengetahui dengan tepat mengapa gen-gen ini
terbentuk dan terus dikekalkan.140
Seperti yang dapat dilihat, maklumat genetik yang memberikan pertahanan
dan wujud lebih awal untuk didedahkan kepada antibiotik, tidak dapat
dijelaskan oleh evolusionis dan ia membuktikan bahawa dakwaan teori
mereka adalah salah.
Kenyataan bahawa pertahanan bakteria telah pun
wujud lama sebelum penemuan antibiotik telah disebut di dalam Medical
Tribune, sebuah penerbitan yang hebat, di dalam keluaran 29 Disember
1998. Artikel tersebut berkaitan dengan sebuah kejadian menarik:
di dalam satu ujikaji yang dijalankan dalam tahun 1986, ke atas
mayat-mayat kelasi kapal yang jatuh sakit dan mati di dalam satu
ekspedisi kutub di dalam tahun 1845 yang ditemui terawet di dalam
ais. Beberapa jenis bakteria biasa bagi kurun ke 19 telah ditemui
di dalam mayat-mayat tersebut, dan apabila diperiksa, para penyelidik
terperanjat apabila mendapati bahawa bakteria-bakteria ini kalis
kepada kebanyakan antibiotik moden yang belum ditemui sehingga abad
ke 20.141
Telah menjadi fakta yang telah sedia maklum di dalam bidang perubatan
bahawa pertahanan seperti ini telah pun terdapat di dalam banyak
bakteria-bakteria, lama sebelum penemuan penisilin. Oleh itu, amat
tidak wajar untuk mendakwa kewujudan pertahanan bakteria adalah
hasil daripada pembentukan evolusi. Tetapi, bagaimana proses yang
dikenali sebagai "bacterial acquisition of immunity"
(perolehan bakteria kepada imuniti) berlaku?
Pertahanan Bakteria kepada Antibiotik
Bakteria mempunyai berbagai variasi di dalam jenisnya. Sebahagian
daripada variasi ini mempunyai maklumat genetik untuk pertahanan
kepada beberapa jenis dadah, bahan-bahan kimia, atau bahan-bahan
lain. Apabila satu kumpulan bakteria telah terdedah kepada sejenis
dadah, maka yang tidak dapat bertahan daripada dadah ini akan musnah
dan yang berjaya bertahan akan selamat dan mempunyai peluang untuk
membiak. Bakteria yang tidak dapat bertahan ini akhirnya akan hiang
daripada populasi mereka dan digantikan oleh bakteria yang dapat
bertahan, yang kemudiannya terus berkembang. Akhirnya, kita dapat
menghapuskan sebuah koloni bakteria yang terhasil daripada individu-individu
yang dapat bertahan kepada beberapa jenis antibiotik, dan kemudian,
antibiotik tersebut menjadi efektif untuk menentang jenis bakteria
tersebut. Tetapi, fakta penting di sini ialah bakteria tersebut
adalah bakteria yang sama dan spesies tersebut juga adalah spesies
yang sama.
Perlu dicatatkan di sini, tidak terdapat sebarang proses evolusi
telah berlaku yang menyebabkan bakteria yang tidak mempunyai daya
pertahanan bermutasi dan bertukar menjadi jenis bakteria yang mempunyai
pertahanan dengan sebab terdedah kepada antibiotik dan seterusnya
mendapat maklumat-maklumat genetik yang baru. Apa yang berlaku hanyalah
pergabungan variasi-variasi daripada satu populasi bakteria berdaya
tahan dan bakteria yang tidak berdaya tahan yang telah wujud bersama
sejak awal. Ini tidak menunjukkan sebarang pembentukan spesies bakteria
baru: ia bukan "evolusi". Sebaliknya, adalah kehilangan
satu atau lebih variasi-variasi bakteria yang wujud, yang menghentikan
proses pengulangan memandangkan maklumat-maklumat genetik telah
hilang.
Imuniti Serangga kepada DDT
Isu lain yang dicari oleh evolusionis untuk diputarbelitkan dan
dikemukakan sebagai bukti evolusi ialah "perolehan" imuniti
serangga terhadap DDT yang telah kami sebutkan di awal bab ini.
Imuniti ini terbentuk sama seperti pertahanan bakteria terhadap
antibiotik. Imuniti terhadap DDT tidak boleh dikatakan sebagai "telah
diperolehi" oleh satu ahli daripada sebuah populasi serangga.
Kerana, sebahagian serangga ini telah pun sedia kebal kepada DDT.
Selepas penemuan DDT, serangga yang terdedah kepada bahan kimia
ini tetapi tidak mempunyai imuniti yang diwarisi telah dimusnahkan
daripada populasi tersebut, atau dengan kata lain ia telah pupus.
Sementara yang mempunyai imuniti, akan terus bertambah. Akhirnya,
seluruh populasi tersebut akan menjadi kebal. Apabila ini terjadi,
DDT akan kehilangan kesannya menentang spesies-spesies serangga
ini. Fenomena ini adalah biasa, tetapi telah disalahertikan dan
dirujuk sebagai "perolehan imuniti serangga terhadap DDT".
Seorang ahli biologi evolusionis, Francisco
Ayala, mengakui fakta ini dengan menyatakan, "Perbezaan genetik
yang memerlukan kepada pertahanan terhadap hampir semua jenis
racun-racun serangga, telah pun sedia wujud di dalam setiap satu
daripada populasi-populasi yang terdedah kepada sebatian-sebatian
buatan manusia ini".142
Menyedari bahawa sebahagian besar masyarakat awam tidak mempunyai
peluang untuk mempelajari tentang mikrobiologi atau melakukan kajian
ke atasnya, evolusionis telah melakukan penipuan berkaitan dengan
isu pertahanan dan imuniti ini. Mereka menjadikan contoh-contoh
ini sebagai bukti evolusi yang paling penting. Tetapi sekarang telah
jelas terbukti, samada pertahanan bakteria terhadap antibiotik atau
imuniti serangga-serangga terhadap DDT, tidak dapat dijadikan bukti
evolusi. Apa yang berjaya dibuktikan ialah metode penyelewengan
dan tipu daya yang telah digunakan oleh para evolusionis untuk membenarkan
teori mereka.
Salah Anggap Terhadap Vestigial Organs
Untuk satu masa yang panjang, konsep "vestigial organs"
(organ yang tidak berfungsi) telah muncul beberapa kali di kalangan
evolusionis sebagai "bukti" evolusi. Walau pun, kemudianya
ia telah diketepikan setelah dibuktikan ketidaksahihannya. Tetapi
sebahagian evolusionis masih mempercayainya dan dari masa ke semasa
seseorang akan cuba untuk memajukan organ-organ tidak berfungsi
ini sebagai satu bukti penting evolusi.
Kepercayaan organ-organ tidak berfungsi ini mula dikemukakan sekurun
yang lalu. Terdapat sejumlah organ-organ tidak berfungsi di dalam
badan beberapa makhluk. Organ-organ ini telah diwarisi daripada
nenek moyang mereka dan menjadi tidak berfungsi kerana tidak digunakan.
Keseluruhan dakwaan ini adalah tidak saintifik dan hanya berdasarkan
kepada pengetahuan yang tidak mencukupi. "organ-organ yang
tidak berfungsi" ini sebenarnya adalah organ yang "fungsinya
belum ditemui". Petunjuk yang paling baik ialah pengurangan
yang banyak di dalam senarai panjang organ-organ tidak berfungsi
evolusionis. S.R. Scadding, seorang evolusionis, sepakat
dengan fakta ini di dalam artikelnya bertajuk "Can vertigial
organs constitute evidence for evolution?" , ia disiarkan
di dalam majalah Evolutionary Theory:
Memandangkan adalah mustahil untuk
mengenal pasti struktur-struktur yang tidak berguna, dan disebabkan
struktur yang dibahaskan tidak disahkan secara saintifik, saya
merumuskan bahawa organ-organ tidak berfungsi ini tidak memberikan
apa-apa bukti kepada teori evolusi.143
Senarai organ-organ tidak berfungsi ini telah dibuat oleh seorang
ahli anatomi Jerman, R. Wiedersheim dalam tahun 1895 yang
merangkumi hampir seratus organ termasuk apendiks dan koksiks (tulang
tongkeng). Dengan kemajuan yang dilakukan oleh para saintis, telah
dikenal pasti bahawa semua organ-organ di dalam senarai Wiedersheim
sebenarnya mempunyai fungsi yang amat besar di dalam badan. Sebagai
contoh, telah dikenal pasti bahawa apendiks, yang sepatutnya menjadi
sebuah organ tidak berfungsi, sebenarnya adalah sebuah organ limfa
(lympha*) yang menentang jangkitan di dalam badan. Fakta
ini telah dijelaskan pada tahun 1997:
Organ-organ dan tisu-tisu badan
lain – seperti thymus (kelenjar tanpa duktus di pangkal leher),
hati, limpa, apendiks, tulang sumsum, dan himpunan kecil tisu-tisu
limfa seperti tonsil (anak tekak) di dalam kerongkong dan kelenjar
tertentu di dalam usus – juga adalah sebahagian daripada sistem
limfa. Mereka membantu badan melawan jangkitan.144
| 
Semua contoh-contoh organ-organ tidak berfungsi telah dibatalkan.
Sebagai contoh pelipat separuh bulat mata, yang disebutkan
di alam Origin sebagai struktur yang tidak berfungsi, telah
dikenal pasti berfungsi sepenuhnya hari ini, tetapi fungsinya
tidak diketahui pada zaman Darwin. Organ ini melincirkan bebola
mata.
|
Telah dikenal pasti juga bahawa tonsil, yang telah disenaraikan
sebagai organ yang tidak berfungsi, memainkan peranan yang besar
di dalam melindungi tekak melawan jangkitan, terutamanya ketika
remaja. Di samping itu, telah ditemui bahawa koksiks (coccyx) yang
berada di bahagian bawah akhir tulang, menyokong tulang-tulang di
sekeliling pinggul dan menjadi pusat tumpuan beberapa otot kecil.
Tahun-tahun berikutnya, telah diketahui bahawa thymus dapat mencetuskan
sistem imuniti badan dengan mengaktifkan sel-sel T, kelenjar peneal
dapat mengeluarkan beberapa hormon penting, dan kelenjar tiroid
(thyroid - kelenjar tanpa duktus di dalam leher) berkesan
di dalam menghasilkan tumbesaran yang seimbang di dalam tubuh bayi
dan kanak-kanak, dan kelenjar pituitari (kelenjar yang berada
di kaki otak yang mempengaruhi fungsi dan pertumbuhan badan) mengawal
fungsi yang betul banyak kelenjar-kelenjar hormon. Semua organ-organ
ini telah disenaraikan sebagai "organ-organ tidak berfungsi".
Pelipat mata yang telah dirujuk sebagai organ tidak berfungsi oleh
Darwin sebenarnya berfungsi sebagai pembersih dan pelincir bulu
kening.
Terdapat kesilapan logik yang penting di dalam dakwaan evolusionis
tentang organ-organ tidak berfungsi ini. Seperti yang telah dijelaskan,
dakwaan evolusionis ialah bahawa organ-organ tidak berfungsi di
dalam makhluk-makhluk ini telah diwarisi daripada nenek moyang mereka.
Bagaimana pun, terdapat beberapa organ yang disenaraikan sebagai
tidak berfungsi tidak ditemui di dalam spesies hidupan yang didakwa
menjadi moyang kepada manusia! Sebagai contoh, apendiks tidak terdapat
di dalam beberapa spesies beruk yang dikatakan sebagai moyang manusia.
Seorang ahli biologi terkenal, H. Enoch, yang mencabar teori
organ-organ tidak berfungsi ini telah menerangkan kesilapan logikal
ini seperti berikut:
Beruk mempunyai satu apendiks, bagaimana pun,
keturunan selepasnya, beruk-beruk yang lebih rendah tidak memilikinya;
kemudian muncul kembali di dalam mamalia seperti opossum (sejenis
haiwan kecil yang berbulu dan berkantung). Bagaimana evolusionis
dapat bergantung kepada fakta ini?145
Ringkasnya, senario organ-organ tidak berfungsi yang dikemukakan
oleh evolusionis mengandungi sejumlah kesilapan logik yang serius
dan ia telah dibuktikan sebagai kesilapan saintifik. Tidak satu
pun organ-organ ini diwarisi di dalam badan manusia memandangkan
manusia tidak pernah berubah daripada hidupan lain sebagai hasil
daripada proses kebetulan, tetapi sebaliknya ia telah diciptakan
di dalam bentuknya seperti sekarang, lengkap, dan sempurna.
Mitos Homologi
Persamaan struktur di antara spesies-spesies yang berbeza digelar
sebagai "homology" di dalam ilmu biologi. Evolusionis
cuba memperkenalkan persamaan-persamaan ini sebagai bukti evolusi.
Darwin menyangka bahawa makhluk-makhluk yang mempunyai persamaan
organ-organ mempunyai hubungan evolusi di antara satu sama lain
dan organ-organ ini pastinya telah diwarisi daripada moyang yang
sama. Berdasarkan dakwaannya, kedua-dua burung penguin dan helang
mempunyai sayap; oleh itu, penguin, helang dan burung-burung lain
sepatutnya telah berubah daripada satu moyang yang sama.
Homologi adalah sebuah hujah mengelirukan yang dimajukan di atas asas
tanpa bukti lain selain daripada persamaan fizikal. Hujah ini tidak
pernah dibuktikan oleh walau satu penemuan yang konkrit semenjak
zaman Darwin hingga kini. Tidak ada seorang pun pernah menemui satu
fosil moyang khayalan makhluk-makhluk ini di mana-mana lapisan bumi
dengan struktur-struktur yang sama. Tambahan pula, isu ini telah
menjelaskan bahawa homologi tidak membuktikan bahawa proses evolusi
telah berlaku.
1. Seseorang akan mendapati organ-organ homologi di dalam makhluk-makhluk
dari spesies yang jauh berbeza, evolusionis sendiri tidak dapat
membuktikan sebarang hubungannya dengan evolusi.
2. Kod-kod genetik sebahagian makhluk-makhluk yang mempunyai organ-organ
homologi adalah jauh berbeza di antara satu sama lain.
3. Pembentukan embrio organ-organ homologi yang terdapat di dalam
makhluk-makhluk yang berbeza ini juga sama sekali berbeza.
Sekarang mari kita kaji setiap maklumat ini satu persatu.
Organ-organ Yang Sama Di Dalam Spesies-spesies
Yang Jauh Berbeza
Terdapat sejumlah organ-organ homologi yang dikongsi bersama oleh
spesies-spesies yang berbeza, di mana evolusionis sendiri tidak
dapat membuktikan sebarang hubungannya dengan evolusi. Sayap sebagai
satu contoh. Selain daripada burung, kita juga dapati sayap pada
kelawar, seekor mamalia, dan pada serangga dan malah pada sebahagian
dinosaur, yang merupakan reptilia yang telah pupus. Tetapi evolusionis
sendiri tidak menganjurkan satu hubungan evolusi atau ikatan di
antara keempat-empat kelas haiwan yang berbeza ini.
Satu lagi contoh ialah persamaan hebat dan persamaan struktur yang
dapat diperhatikan di dalam mata makhluk-makhluk yang berbeza. Sebagai
contoh, sotong kurita dan manusia, dua spesies yang jauh berbeza
yang tidak mungkin dapat diramalkan sebarang hubungan evolusi di
antara keduanya, tetapi mata keduanya amat mirip dari segi struktur
dan fungsinya. Sedangkan evolusionis sendiri tidak pernah mendakwa
bahawa manusia dan sotong kurita mempunyai moyang yang sama berdasarkan
kepada persamaan pada mata mereka. Ini dan banyak lagi contoh-contoh
telah membuktikan dakwaan evolusionis bahawa "organ-organ homologi
membuktikan bahawa spesies hidupan telah berubah daripda satu moyang",
tidak mempunyai sebarang asas sanitifik.
Sebaliknya, organ homologi sepatutnya menjadi perkara yang memalukan
kepada evolusionis. Pengakuan seorang evolusionis terkenal Frank
Salisbury, mendedahkan di dalam kenyataanya bagaimana spesies-spesies
yang berbeza mempunyai mata yang persis dan menyebabkan kebuntuan
homologi:
Sedangkan sesuatu yang kompleks
seperti mata telah muncul beberapa kali; sebagai contoh, di dalam
sotong, vertebrat, dan artropoda*. Telah cukup sukar untuk menjelaskan
asal hidupan seperti ini sekali, tetapi anggapan untuk menghasilkannya
berkali-kali berdasarkan kepada sintetik moden menyebabkan kepala
saya pusing.146
Kebuntuan Genetik dan Embriologi Homology
Salam usaha untuk menjadikan dakwaan evolusionis yang berkaitan
dengan homologi ini dipandang serius, organ yang sama di dalam makhluk-makhluk
yang berbeza sepatutnya dikodkan dengan kod-kod DNA yang sama juga.
Tetapi ini tidak berlaku. Di dalam banyak keadaan kod genetiknya
adalah berbeza. Tambahan pula, kod-kod genetik yang sama di dalam
DNA makhluk-makhluk yang berbeza, selalunya berkaitan dengan organ-organ
yang sama sekali berbeza.
Michael Denton, seorang profesor biokimia berbangsa Australia,
menyebutkan di dalam bukunya Evolution: A Theory In Crisis
berkenaan kebuntuan genetik terhadap tafsiran homologi evolusionis:
Struktur yang sama selalunya ditentukan oleh
sistem genetik struktur yang tidak sama dan konsep homologi jarang
sekali berkaitan kembali ke dalam embriologi.147
Satu lagi ciri untuk membolehkan dakwaan homologi ini diakui, ialah
pembangunan embrio (peringkat-peringkat pembangunan di dalam telur
atau rahim ibu) spesies-spesies dengan organ-organ yang sama sepatutnya
selari antara satu sama lain. Tetapi sebaliknya, pembangunan embrio
organ-organ tersebut adalah amat berbeza di dalam setiap hidupan.
Kesimpulannya, kita dapat katakan bahawa kajian genetik dan embriologi
telah membuktikan bahawa konsep homologi yang didakwa oleh Darwin
sebagai "bukti evolusi hidupan daripada satu moyang" tidak
mempunyai sebarang bukti. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa sains
sekali lagi telah berjaya membuktikan kesilapan tesis Darwin.
Ketidaksahihan Dakwaan Molekul Homologi
Dakwaan evolusionis terhadap homologi sebagai bukti evolusionis
adalah salah tidak hanya pada peringkat organ tetapi juga pada peringkat
molekul. Evolusionis menyatakan bahawa kod-kod DNA dan struktur-struktur
protein spesies hidupan yang berbeza adalah sama dan persamaan
ini adalah bukti bahawa spesies-spesies ini telah berubah daripada
moyang yang sama atau daripada satu sama lain. Contohnya, sering
disebutkan di dalam penerbitan evolusionis bahawa "terdapat
persamaan yang besar di antara DNA seorang manusia dan seekor beruk"
dan persamaan ini diperkenalkan sebagai bukti terhadap dakwaan evolusionis
bahawa terdapat hubungan evolusi di antara manusia dan beruk.
Contoh paling jelas untuk dakwaan seperti ini adalah berkaitan
dengan kewujudan 46 kromosom di dalam manusia dan 48 kromosom di
dalam beberapa spesies beruk seperti cimpanzi. Evolusionis beranggapan
bahawa jumlah kromosom yang hampir sama di antara spesies-spesies
merupakan bukti kepada satu hubungan evolusi. Bagaimana pun, sekiranya
anggapan ini tepat, maka manusia mempunyai keluarga yang lebih rapat
(daripada beruk) iaitu kentang! Jumlah kromosom di dalam kentang
adalah lebih hampir kepada manusia daripada gorila atau cimpanzi:
iaitu 46! Dengan kata lain, manusia dan kentang mempunyai jumlah
kromosom yang sama! Ini adalah contoh lucu yang membuktikan bahawa
persamaan di dalam DNA tidak boleh dijadikan bukti untuk satu hubungan
evolusi.
| 
Profesor Michael Denton:"Evolusi adalah sebuah teori
yang berada di dalam krisis".
|
Dari segi lain pula, terdapat perbezaan molekul
yang besar di antara makhluk-makhluk yang kelihatan sama dan mirip.
Sebagai contoh, struktur Chrochrome-C, satu keperluan protein untuk
respirasi, adalah amat jauh berbeza di dalam hidupan dari kelas
yang sama. Mengikut kajian yang dilakukan ke atas subjek ini, perbezaan
di antara dua spesies reptilia adalah lebih besar daripada perbezaan
di antara seekor burung dan seekor ikan atau seekor ikan dan seekor
mamalia. Kajian lain pula mendapati perbezaan molekul di antara
beberapa jenis burung adalah lebih besar daripada perbezaan di antara
burung-burung yang sama dan mamalia. Telah ditemui juga bahawa perbezaan
molekul di antara bakteria yang kelihatan sama adalah lebih besar
daripada perbezaan mamalia dan amfibia atau serangga.148Beberapa
perbandingan telah dilakukan di dalam keadaan hemoglobin* (haemoglobin),
myoglobin**, hormon, dan gen, dan beberapa konklusi telah
dikeluarkan.149
Berhubung dengan perkara in dan beberapa penemuan
lain, Dr. Michael Denton memberikan komentar berikut:
Setiap kelas pada peringkat molekul adalah unik,
terpisah dan tidak dihubungkan dengan perantaraan. Oleh itu, molekul-molekul,
seperti fosil-fosil, telah gagal untuk menghasilkan perantaraan
yang dicari oleh biologi evolusi... Pada peringkat molekul ini,
tidak terdapat sebarang mekanisme yang adalah "moyang"
atau "primitif" atau "yang telah dimajukan"
sama dengan keluarganya... Dianggarkan sekiranya bukti molekul ini
diketahui seabad yang lalu... idea evolusi organik ini tidak akan
diterima.150
* Hemoglobin (haemoglobin) – (istilah biokimia)
pigmen respirasi yang kompleks di dalam sel darah merah haiwan vertebrat.
Ia tergubah daripada globin di dalam penyatuan dengan hematien (bahan
kimia berwarna perang kemerahan), dan bertugas sebagai pembawa oksigen,
dan apa yang bergabung dengannya
secara bebas.
** Myoglobin – gabungan perkataan myo- otot-otot, dan globin- satu
protein sejuzuk daripada darah merah.
Teori Evolusi Tidak Mempunyai Asas Embriologi
Apa yang digelar sebagai "the recapitulation theory"
(teori penggulungan) telah lama disingkirkan daripada kebudayaan
sains tetapi ia masih diperkenalkan sebagai sebuah kenyataan saintifik
oleh sebahagian penyiaran evolusionis. Istilah "recapitulation"
adalah ringkasan kepada penyataan rasmi "Ontogeny recapitulates
phylogeny" yang telah diperkenalkan oleh seorang ahli biologi
evolusionis, Eanst Haeckel pada akhir abad ke-19.
Teori yang dimajukan oleh Haeckel beranggapan bahawa embrio telah
mengalami semula proses evolusi yang telah dilalui oleh moyang palsu
mereka. Beliau merumuskan bahawa ketika pembentukannya di dalam
rahim ibu, embrio manusia mulanya mempamerkan sifat-sifat seekor
ikan, dan kemudian seekor reptilia dan akhirnya seorang manusia.
Pada tahun-tahun berikutnya, telah dibuktikan bahawa teori ini
adalah salah. Telah dikenal pasti kini bahawa "insang"
yang dianggarkan muncul pada peringkat awal embrio manusia, sebenarnya
adalah fasa-fasa awal saluran telinga tengah, para tiroid, dan thymus.
Bahagian embrio yang kelihatan seperti "kantung telur kuning"
berubah menjadi sebuah kantung yang menghasilkan darah dan bayi.
Bahagian yang dikenal pasti sebagai "ekor" oleh Haeckel
dan pengikut-pengikutnya, sebenarnya adalah tulang belakang, yang
kelihatan seperti ekor kerana ia terbentuk sebelum pembentukan kaki.
| 
Haeckel adalah seorang evolusionis yang lebih bersemangat
daripada Darwin sendiri di dalam banyak segi. Kerana itulah,
beliau tidak teragak-agak untuk memutar belitkan data-data
sains dan merancang banyak penipuan.
|
Fakta-fakta ini amat difahami di dalam dunia sains dan ia diterima
oleh evolusionis sendiri. George Gaylord Simpson, seorang daripada
pengasas Neo-Darwinis, menulis:
Heackel tersalah mengatakan prinsip evolusi
telah terlibat. Telah diketahui kini bahawa ontogeny* tidak mengulangi
phylogeny**.151
Di dalam sebuah artikel yang disiarkan di dalam American Scientist
kita dapat membaca:
Hukum biogenetik telah mati. Ia akhirnya telah
disingkirkan daripada buku-buku teks biologi pada abad ke-15.
Apabila, sebuah topik penyiasatan serius dijalankan, ia telah
dihapuskan pada abad ke-20...152
Aspek lain yang menarik tentang "recapitulation" ialah
diri Ernst Haeckel sendiri, seorang yang berlagak pandai yang
telah memalsukan lukisan-lukisan dalam usaha untuk menyokong teori
yang telah dimajukannya. Penipuan Haeckel seolah-oleh menunjukkan
bahawa embrio ikan dan manusia saling menyerupai antara satu sama
dengan yang lain. Apabila penipuan beliau telah dikesan, satu-satunya
pembelaan yang dapat diberikannya hanyalah kerana evolusionis
lain melakukan kesalahan yang sama:
Selepas pengakuan "penipuan"
yang mengelirukan ini saya wajib menganggap diri saya telah dihina
dan dimusnahkan sekiranya saya tidak melihat di dalam kandang
banduan beratus-ratus sahabat-sahabat pesalah, di kalangan mereka
terdiri ramai daripada pemerhati-pemerhati yang paling dipercayai
dan ahli-ahli biologi yang disanjungi. Majoriti terbesar daripada
semua gambarajah-gambarajah di dalam buku-buku teks biologi yang
terbaik, karangan-karangan dan jurnal-jurnal boleh dikira berada
di dalam darjah yang sama dengan "penipuan", semuanya
ini tidak tepat, dan samada lebih atau kurang ia ditipu, dirancang
dan diubahsuai.153
Sememangnya terdapat "beratus-ratus sahabat-sahabat pesalah,
di kalangan mereka terdiri ramai daripada pemerhati-pemerhati yang
paling dipercayai dan ahli-ahli biologi yang disanjungi" yang
kajian mereka dipenuhi dengan kesimpulan-kesimpulan, penyelewengan
dan penipuan-penipuan yang prejudis. Ini kerana mereka telah menetapkan
diri mereka untuk menjuarai teori evolusi ini walau pun tidak terdapat
walau secebis bukti saintifik yang menyokongnya.
  
135 Loren C. Eiseley,
The Immense Journey, Vintage Books, 1958, p. 186.
136 Charles Darwin, The Origin of Species:
A Facsimile of the First Edition, Harvard University Press, 1964,
p. 184.
137 Norman Macbeth, Darwin Retried: An Appeal
to Reason, Harvard Common Press, New York: 1971, p. 33.
138 Ibid, p. 36.
139 Loren Eiseley, The Immense Journey,
Vintage Books, 1958. p. 227.
140 Stuart B. Levy, "The Challange of Antibiotic
Resistance", Scientific American, March 1998, p. 35.
141 Medical Tribune, December 29, 1988,
pp. 1, 23.
142 Francisco J. Ayala, "The Mechanisms
of Evolution", Scientific American, Vol 239, September 1978, p.
64.
143 S. R. Scadding, "Do 'Vestigial Organs'
Provide Evidence for Evolution?", Evolutionary Theory, Vol 5, May
1981, p. 173.
144 The Merck Manual of Medical Information,
Home edition, New Jersey: Merck & Co., Inc. The Merck Publishing
Group, Rahway, 1997
145 H. Enoch, Creation and Evolution, New
York: 1966, pp. 18-19.
146 Frank Salisbury, "Doubts About the Modern
Synthetic Theory of Evolution", American Biology Teacher, September
1971, p. 338.
147 Michael Denton, Evolution: A Theory
in Crisis. London, Burnett Books, 1985, p. 145.
148 W. R. Bird, The Origin of Species Revisited,
Thomas Nelson Co., Nashville: 1991, pp. 98-99; Percival Davis, Dean
Kenyon, Of Pandas and People, Haughton Publishing Co., 1990, pp.
35-38.
149 W. R. Bird, The Origin of Species Revisited,
pp. 98-99, 199-202.
150 Michael Denton. Evolution: A Theory
in Crisis. London: Burnett Books, 1985, pp. 290-91.
151 G. G. Simpson, W. Beck, An Introduction
to Biology, New York, Harcourt Brace and World, 1965, p. 241.
152 Keith S. Thompson, "Ontogeny and Phylogeny
Recapitulated", American Scientist, Vol 76, May/June 1988, p. 273.
153 Francis Hitching, The Neck of the Giraffe:
Where Darwin Went Wrong, New York: Ticknor and Fields 1982, p. 204.

|