UNDANG-UNDANG
KEDUA TERMODINAMIK YANG MEMBATALKAN TEORI EVOLUSI
Undang-undang Kedua Termodinamik (thermodynamic
-- sains perhubungan di antara haba dan bentuk tenaga-tenaga lain),
yang diterima sebagai salah satu undang-undang asas fizik, menegaskan
bahawa di bawah keadaan semula jadi semua sistem yang ditinggalkan
sendirian berkecenderungan untuk menjadi berkecamuk, bertaburan
dan rosak di dalam tempoh masa yang berlalu. Setiap benda hidup
atau tidak akan merosot, menjadi reput, terlerai dan musnah. Ini
adalah kesudahan yang akan dihadapi oleh semua benda hidup dengan
berbagai cara, dan menurut undang-undang ini proses yang tidak dapat
dielakkan ini tidak akan berulang.
Ini adalah sesuatu yang kita semua dapat perhatikan. Sebagai contoh,
sekiranya kita letakkan sebuah kereta di sebuah padang pasir dan
kita tinggalkan di situ, kamu pasti merasa sukar untuk menerima
bahawa ia akan berada di dalam keadaan yang sempurna apabila kamu
kembali semula setahun kemudian. Sebaliknya, kamu akan dapati tayar-tayarnya
telah kempis, tingkap-tingkapnya telah dipecahkan, rangkanya telah
berkarat, dan motornya telah reput. Proses yang sama berlaku kepada
benda hidup, malah lebih pantas lagi.
Undang-undang Kedua Termodinamik bererti apabila proses semula
jadi didefinisikan dengan pertimbangan dan perkiraan fizik.
Undang-undang fizik yang masyhur ini juga dikenali sebagai "The
Law of Entropy". Entropi ialah suatu jangka masa keadaan
berkecamuk di dalam suatu sistem di dalam ilmu fizik. Sistem entropi
ini meningkat apabila ia maju ke hadapan suatu keadaan yang lebih
berkecamuk, berselerak dan tidak tersusun daripada suatu keadaan
yang tertib, teratur dan tersusun. Semakin tinggi suatu sistem ini
berkecamuk semakin tinggi entropinya. Undang-undang Entropi berpegang
bahawa seluruh cakerawala ini sedang menuju ke arah suatu keadaan
yang lebih berkecamuk, tidak tersusun dan berselerak.
Kebenaran Undang-undang Kedua Termodinamik atau
Undang-undang Entropi telah disahkan secara eksperimen dan teori.
Yang lebih penting ialah para saintis kini bersetuju bahawa Undang-undang
Entropi akan menjadi paradigma yang menguasai peringkat sejarah
berikutnya. Albert Einstein seorang saintis hebat di zaman
kita, menyatakan bahawa ia adalah "undang-undang asas seluruh
ilmu sains". Sir Arthur Eddington, juga merujuk kepada
undang-undang tersebut sebagai "asas undang-undang metafizik
seluruh cakerawala ini".123
Teori evolusi merupakan sebuah dakwaan yang dibuat dengan membelakangkan
sama sekali undang-undang fizik yang asas dan tepat ini. Mekanisme
yang dikemukakan oleh teori ini amat berlawanan dengan undang-undang
ini. Teori evolusi menyatakan bahawa atom-atom dan molekul-molekul
yang bukan organik, berkecamuk dan tidak tersusun ini, bercantum
secara spontan dalam satu jangka masa di dalam susunan yang tertentu
dan merancang untuk membentuk molekul-molekul yang kompleks seperti
protein, DNA dan RNA, setelah menghasilkan berjuta-juta spesies
hidupan berbeza yang mempunyai struktur lebih kompleks. Menurut
teori evolusi lagi, proses ini telah terjadi dengan sendirinya di
bawah keadaan semula jadi. Undang-undang Entropi telah menjelaskan
dengan terang bahawa proses semula jadi ini berlawanan sama sekali
dengan undang-undang fizik.
Saintis-saintis evolusionis juga menyedari kenyataan
ini. J.H Rush menyatakan:
Di dalam haluan evolusi yang kompleks, hidupan
mempamerkan percanggahan yang hebat terhadap kecenderungan yang
dijelaskan di dalam Undang-undang Kedua Termodinamik. Di mana
Undang-undang Kedua ini menjelaskan bahawa perkembangan yang tidak
dapat diubah oleh peningkatan entropi dan kecamukan, hidupan berkembang
secara berterusan pada peringkat susunan yang tinggi.124
Seorang saintis evolusionis Roger Lewin menerangkan kebuntuan
termodinamik terhadap evolusi di dalam sebuah artikel di dalam majalah
Science:
Satu masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli
biologi ialah percanggahan evolusi terhadap Undang-undang Kedua
Termodinamik. Semua sistem akan reput ditelan zaman, memberikan
susunan yang berkurangan, tidak lebih.125
Seorang saintis evolisionis yang lain, George Stavropoulos
menerangkan ketidakmungkinan termodinamik untuk sebuah pembentukan
hidupan secara spontan dan kesukaran dalam menjelaskan kewujudan
mekanisme-mekanisme hidupan yang kompleks oleh undang-undang semula
jadi di dalam sebuah majalah evolusionis yang terkenal American
Scientist:
Sehingga kini, di dalam keadaan biasa, tidak
terdapat satu pun molekul organik yang kompleks pernah terbentuk
secara spontan tetapi kemudian terlerai, bertepatan dengan Undang-undang
Kedua ini. Sememangnya, semakin ia kompleks, semakin ia tidak
stabil, dan yang lebih pasti, lambat laun ia akan terlerai juga.
Fotosintesis dan proses-proses hidupan lain, dan hidupan itu sendiri,
masih tidak dapat difahami dalam istilah termodinamik atau sebarang
tuntutan sains.126
Seperti yang telah diketahui, Undang-undang Kedua Termodinamik
mengandungi satu halangan yang tidak dapat diatasi oleh evolusi
di dalam kedua-dua aspek sains dan logik akal. Gagal untuk mengemukakan
sebarang penjelasan saintifik dan konsisten untuk mengatasi halangan
ini, evolusionis hanya dapat menewaskannya di dalam khayalan mereka.
Sebagai contoh, seorang evolusionis terkenal Jeremy Rifkin
mencatatkan keyakinan beliau bahawa evolusi telah melampaui undang-undang
fizik melalui suatu "kuasa ajaib":
Undang-undang Entropi menyebut bahawa evolusi
telah mengetepikan seluruh tenaga yang diperlukan untuk hidupan
di atas planet ini. Konsep evolusi kami adalah amat bercanggah.
Kami percaya bahawa evolusi entah bagaimana secara ajaibnya membentuk
seluruh nilai dan peraturan di atas bumi.127
Keterangan ini dengan jelas menunjukkan bahawa evolusi ini hanyalah
sebuah kepercayaan dogmatik palsu.
Mitos "Sistem Terbuka"
Berhadapan dengan kebenaran-kebenaran ini, evolusionis telah mengambil
jalan pintas untuk melepaskan diri daripada jerat Undang-undang
Kedua Termodinamik, dengan mengatakan bahawa ia hanya betul kepada
"sistem tertutup" (closed system) dan "sistem
terbuka" (open system) adalah melampaui skop undang-undang
ini.
Sebuah "sistem terbuka" ialah sebuah sistem termodinamik
di mana bahan-bahan tenaga keluar-masuk, tidak seperti sebuah "sistem
tertutup" di mana tenaga dan bahan utamanya adalah kekal. Para
evolusionis berpegang bahawa dunia ini adalah sebuah sistem terbuka:
iaitu ia sering terdedah kepada suatu tenaga yang jatuh dari matahari.
Mereka juga percaya bahawa Undang-undang Entropi tidak melibatkan
dunia ini keseluruhannya, oleh itu, hidupan yang kompleks dapat
dihasilkan daripada struktur-struktur yang tidak tersusun, ringkas,
dan mati.
Bagaimana pun, di sini terdapat penyelewengan yang nyata. Fakta
bahawa satu sistem mempunyai suatu tenaga yang mengalir masuk adalah
tidak memadai untuk menjadikan sistem tersebut tersusun. Mekanisme-mekanisme
tertentu diperlukan untuk membolehkan tenaga ini berfungsi.
Sebagaimana sebuah kereta memerlukan sebuah motor, sebuah sistem
transmisi dan mekanisme pengawalan yang bersambung bagi menukarkan
tenaga di dalam gasolin untuk bekerja. Tanpa sistem penukaran tenaga
seperti ini, kereta tersebut tidak akan dapat menggunakan tenaga
di dalam gasolin.
Perkara yang sama berlaku di dalam hal hidupan ini. Memang benar
hidupan mendapatkan tenaga daripada matahari. Tetapi, tenaga solar
ini hanya dapat ditukarkan menjadi tenaga kimia oleh sistem penukaran
tenaga yang kompleks di dalam benda hidup (seperti fotosintesis
di dalam tumbuhan dan sistem pencernaan manusia dan haiwan). Tidak
ada benda hidup dapat hidup tanpa sistem penukaran tenaga ini. Tanpa
sebuah sistem penukaran tenaga, matahari tidak ubah seperti suatu
sumber tenaga pemusnah yang membakar, memanggang, atau mencairkan.
Seperti yang dapat dilihat, sebuah sistem termodinamik tanpa sebuah
mekanisme pengubah tenaga adalah tidak berfaedah kepada evolusi,
samada ianya terbuka atau tertutup. Tidak seorang pun mendakwa mekanisme
kompleks ini telah wujud di dalam keadaan semula jadi di bumi purba.
Sememangnya, masalah yang dihadapi oleh evolusionis ialah persoalan
bagaimana mekanisme-mekanisme kompleks seperti fotosintesis di dalam
tumbuhan, yang tidak dapat ditiru oleh teknologi moden, dapat muncul
dengan sendirinya.
Aliran tenaga matahari ke bumi tidak memberi kesan yang membolehkannya
tersusun sendiri. Tidak kira betapa tingginya suhu yang dihasilkan,
asid amino tetap menahan pembentukan ikatan-ikatan di dalam sebuah
rangkaian. Tenaga tidak dapat dengan sendirinya membantu asid amino
membentuk molekul-molekul protein yang lebih kompleks, atau untuk
protein membentuk dan mengendalikan struktur-struktur sel-sel organelles
yang lebih kompleks dan tersusun. Sumber utama dan tepat untuk penyusunan
di dalam semua peringkat ialah rekaan yang cermat: atau dengan perkataan
lain, ia adalah sebuah ciptaan.
Mitos "Pengorganisasian Sendiri Benda"
Menyedari bahawa Undang-undang Kedua Termodinamik ini telah menjadikan
teori evolusi mustahil, beberapa orang saintis evolusionis telah
membuat beberapa spekulasi untuk merapatkan jurang di antara keduanya
dan menjadikan teori ini diterima. Seperti biasa, usaha-usaha ini
hanya menunjukkan bahawa teori evolusi sedang berhadapan dengan
kebuntuan yang tidak dapat dielakkan.
Di antara mereka yang cuba menyatukan termodinamik dan evolusi
ialah seorang saintis Belgian Ilya Prigogine. Dimulakan daripada
Teori Chaos, Prigogine telah mengemukakan sejumlah hipotesis di
mana susunan terbentuk daripada kecamukan. Beliau mendakwa bahawa
beberapa sistem terbuka menunjukkan penurunan di dalam entropi bertepatan
dengan satu kesan tenaga luar dan benda luar yang "menyusun"
ini adalah bukti "benda dapat mengorganisasikan diri sendiri".
Sejak itu, konsep "pengorganisasian sendiri benda" ini
telah menjadi amat terkenal di kalangan evolusionis dan materialis.
Mereka berlagak seolah-olah mereka telah menemui asal usul materialistik
kepada kekompleksitian hidupan ini dan penyelesaian materialistik
terhadap masalah asal hidupan.
Tetapi apabila diteliti, jelas bahawa dakwaan
ini adalah abstrak dan tidak lebih daripada harapan kosong. Tambahan
pula, ia melibatkan sebuah penipuan yang sangat janggal. Penipuan
tersebut ialah pengeliruan secara sengaja dua konsep yang berbeza,
"pengorganisasian sendiri" dan "penyusunan
sendiri".128
Kita dapat menerangkannya melalui satu contoh. Bayangkan sebuah
pantai, dengan berbagai jenis batu yang bercampur aduk antara satu
sama lain. Batu-batu yang besar, yang kecil dan yang halus. Apabila
ombak yang kuat merempuh pantai tersebut, mungkin akan terbentunk
"susunan" di antara batu-batu tersebut. Ombak akan mengangkat
batu-batu yang mempunyai berat yang sama di dalam jumlah yang sama.
Dan apabila ombak itu kembali, batu-batu tersebut mungkin akan tersusun
daripada yang paling kecil hingga yang paling besar menghadap ke
arah laut.
Ini ialah "proses penyusunan sendiri": Pantai tersebut
adalah sebuah sistem terbuka dan limpahan tenaga (ombak) menyebabkannya
"tersusun". Tetapi proses yang sama tidak akan dapat membentuk
sebuah istana pasir di pantai tersebut. Sekiranya kita melihat sebuah
istana pasir, kita pasti yakin bahawa seseorang telah membuatnya.
Perbezaan di antara istana pasir dan batu-batu yang "tersusun",
ialah pembentukannya melibatkan kekompleksitian yang unik, sementara
yang satu lagi pula hanya melibatkan susunan yang berulang. Ia seperti
sebuah mesin penaip yang menaip "aaaaaaaaaaa" beratus-ratus
kali – kerana satu objek (satu limpahan tenaga) telah terjatuh pada
huruf "a" di atas papan kekunci. Sudah tentu, susunan
huruf "a" yang berulang-ulang ini tidak mengandungi sebarang
maklumat dan kekompleksitian. Kamu memerlukan pemikiran yang terancang
untuk mendapatkan satu rangkai huruf yang mengandungi maklumat.
Perkara yang sama berlaku apabila angin memasuki sebuah bilik yang
berdebu. Sebelum limpahan tenaga ini (angin), debu-debu tersebut
mungkin berada di dalam keadaan berkecamuk. Apabila angin masuk,
debu-debu tersebut mungkin akan terkumpul di suatu sudut di dalam
bilik itu. Ini ialah "penyusunan sendiri". Tetapi debu-debu
ini tidak pernah "mengorganisasi sendiri" dirinya dan
membentuk gambar seorang lelaki di atas lantai bilik.
Contoh-contoh ini sama dengan senario "pengorganisasian sendiri"
evolusionis. Mereka mendakwa benda mempunyai satu kecenderungan
untuk mengorganisasikan diri sendiri, kemudian memberikan contoh-contoh
penyusunan sendiri dan kemudian cuba mengelirukan di antara kedua-dua
konsep ini. Prigogine sendiri telah memberikan contoh-contoh penyusunan
sendiri molekul ketika dilimpahi tenaga. Saintis Amerika Thaxton,
Bradley dan Olsen, telah menjelaskan fakta berikut di
dalam buku mereka bertajuk "The Mystery of Life's Origin":
... Di dalam setiap kes pergerakan molekul-molekul
secara rawak di dalam bendalir, ia telah digantikan secara spontan
oleh perlakuan yang teratur. Prigogine, Eigin dan mereka yang
lain menyarankan bahawa jenis pengorganisasian yang sama mungkin
telah berlaku di dalam organik kimia dan boleh dianggap sebagai
inti pati makromolekul bagi sistem hidupan. Tetapi perbandingan
seperti ini kurang relevan untuk persoalan asal-usul-kehidupan.
Masalah utamanya ialah mereka tidak dapat membezakan di antara
aturan dan kompleksiti... selalunya aturan tidak dapat menyimpan
maklumat-maklumat yang besar yang diperlukan oleh sistem hidupan.
Sebuah struktur yang janggal memerlukan lebih daripada hanya sebuah
struktur yang teratur. Ini merupakan kesilapan yang serius pada
perbandingan yang disebutkan. Tidak ada sebarang kaitan di antara
aturan spontan yang berlaku daripada kesilapan tenaga melalui
sistem-sistem dan kerja-kerja yang diperlukan untuk membina maklumat
yang tidak berkala – makromolekul intensif seperti DNA dan perotien.129
Sebenarnya, Prigogine sendiri terpaksa menerima bahawa argumen
beliau tidak bertepatan dengan asal usul hidupan. Beliau menyebutkan:
Masalah susunan biologi ialah berkaitan dengan
perpindahan daripada aktiviti molekul kepada susunan supermolekul
sebuah sel. Masalah masih tidak dapat diselesikan lagi.130
Mengapa evolusionis masih mahu mempercayai senario-senario yang
tidak saintifik seperti "pengorganisasian sendiri benda"?
Mengapa mereka mendesak untuk menolak manifesto bijaksana di dalam
sistem hidupan? Jawapannya ialah kerana, mereka mempunyai kepercayaan
yang dogmatik terhadap materialisme dan mereka yakin bahawa kebendaan
mempunyai sejenis kuasa misteri yang dapat menjadikan hidupan. Seorang
profesor kimia daripada Universiti New York dan seorang pakar DNA,
Robert Shapiro menjelaskan kepercayaan evolusionis ini dan
dogma materialistik yang mendasarinya, seperti berikut:
Prinsip evolusion lain menyebabkan kita terpaksa
melintasi jurang campuran bahan kimia semula jadi yang ringkas
kepada penyalinan efektif yang pertama. Prinsip ini masih belum
digarap dengan teliti atau didemontrasikan, tetapi ia telah diterima,
dan telah diberikan nama seperti evolusi kimia dan pengorganisasian
sendiri benda. Kewujudan prinsip ini telah diperakui di dalam
falsafah dialetik materialisme, seperti yang telah disebutkan
di dalam Origin of Life, oleh Alexander Oparin.131
Semua situasi ini membuktikan dengan jelas bahawa evolusi adalah
sebuah dogma yang bersalahan dengan sains yang empirikal dan asal
usul hidupan hanya dapat dijelaskan oleh campur tangan satu kuasa
supernatural. Kuasa supernatural tersebut ialah ciptaan Allah, yang
menjadikan sekalian alam daripada kekosongan. Sains telah membuktikan
bahawa proses evolusi adalah mustahil, seperti mana yang telah dibuktikan
oleh termodinamik dan kewujudan hidupan tidak akan dapat dijelas
melainkan sebagai Ciptaan.
  
123 Jeremy Rifkin,
Entropy: A New World View, New York, Viking Press, 1980, p.6
124 J. H. Rush, The Dawn of Life, New York,
Signet, 1962, p 35
125 Roger Lewin, "A Downward Slope to Greater
Diversity", Science, vol. 217, 24.9.1982, p. 1239
126 George P. Stravropoulos, "The Frontiers
and Limits of Science", American Scientist, vol. 65, November-December
1977, p.674
127 Jeremy Rifkin, Entropy: A New World
View, p.55
128 For further info, see: Stephen C. Meyer,
"The Origin of Life and the Death of Materialism", The Intercollegiate
Review, 32, No. 2, Spring 1996
129 Charles B. Thaxton, Walter L. Bradley
& Roger L. Olsen The Mystery of Life's Origin: Reassessing Current
Theories, 4. edition, Dallas, 1992. chapter 9, p. 134
130 Ilya Prigogine, Isabelle Stengers, Order
Out of Chaos, New York, Bantam Books, 1984, p. 175
131 Robert Shapiro, Origins: A Sceptics
Guide to the Creation of Life on Earth. Summit Books, New York:
1986, s. 207 
|