KEBUNTUAN MOLEKUL
EVOLUSI
Di dalam bab-bab yang lalu, kita telah
didedahkan bagaimana rekod-rekod fosil telah membuntukan teori evolusi
ini. Sebenarnya kita tidak perlu didedahkan dengan kenyataan ini,
kerana teori ini telah pun hancur sebelum sempat seseorang membuat
dakwaan tentang "evolusi spesies dan bukti-bukti fosil".
Subjek yang menjadikan teori ini tidak berguna ialah persoalan bagaimana
hidupan pertama muncul di bumi.
Apabila membincangkan persoalan ini, teori evolusi mendakwa hidupan
ini telah bermula dengan sebuah sel yang terbentuk secara kebetulan.
Menurut senario tersebut, 4 bilion tahun dahulu berbagai bahan kimia
bukan organik (bukan benda hidup) yang bercampur aduk telah mengalami
reaksi di bawah tekanan atmosfera bumi purba, berserta kesan kilat
dan tekanan-tekanan yang telah menyebabkan ia membentuk sel hidupan
yang pertama.
Perkara pertama yang mesti disebutkan ialah, dakwaan bahawa bahan-bahan
bukan organik boleh bercantum untuk membentuk sebuah hidupan, adalah
sesuatu yang tidak saintifik dan belum pernah dibuktikan oleh sebarang
ujikaji atau pemerhatian, setakat ini. Suatu hidupan hanya lahir
daripada hidupan yang lain. Setiap sel hidup hanya terbentuk dengan
menyalin sel yang lain. Belum pernah seorang pun berjaya membentuk
sebuah sel dengan mencantumkan bahan-bahan bukan organik, tidak
pernah walau dengan menggunakan makmal paling canggih sekali pun.
Teori evolusi mendakwa bahawa sel suatu hidupan, yang tidak dapat
dibentuk walau dengan seluruh kepintaran manusia, ilmu pengetahuan
yang mereka miliki, atau teknologi yang mereka cipta, telah terbentuk
secara kebetulan di bawah tekanan bumi purba. Di dalam helaian-helaian
berikutnya kita akan mengkaji mengapa dakwaan ini bertentangan dengan
prinsip sains dan sebab musabab yang paling asas.
Kisah "Sel Yang Dihasilkan Secara Kebetulan"
Sekiranya seseorang itu dapat meyakini bahawa sel hidup boleh wujud
secara kebetulan, maka tidak akan terdapat sebarang halangan untuk
menyekatnya daripada mempercayai kisah yang akan kami ceritakan
sebentar lagi, ia adalah cerita sebuah bandar.
Suatu hari, segumpal tanah liat telah tertekan dengan batu-batu
yang terdapat di sebidang tanah gersang yang menjadi basah ditimpa
hujan. Tanah liat tersebut menjadi kering dan keras apabila matahari
terbit dan ia menjadi pejal. Tidak berapa lama kemudian, batu-batu
tersebut secara tiba-tiba terpecah menjadi serpihan-serpihan, dan
kemudian terbentuk menjadi seketul bata yang sempurna. Bata ini
menanti di bawah keadaan muka bumi yang sama beberapa tahun, untuk
batu bata lain terbentuk. Ia berterusan sehingga beribu malah berjuta-juta
batu bata terbentuk di tempat yang sama. Bagaimana pun, ketika melalui
perubahan ini, tidak satu pun batu bata ini rosak atau pecah. Walaupun
ia terdedah kepada ribut taufan, hujan lebat, angin, panas terik
matahari, dan kesejukan selama beratus-ratus tahun, batu bata ini
tidak retak, pecah atau lekang, sebaliknya ia terus kekal di tempat
yang sama menanti batu bata lain terbentuk.
Apabila jumlah batu bata tersebut telah mencukupi, mereka mendirikan
sebuah bangunan dengan saling menyusun di tepi dan di atas satu
sama lain secara rawak, hasil daripada kesan tekanan semula jadi
seperti, angin, ribut petir atau puting beliung. Sementara itu,
bahagian-bahagian lain seperti simen atau tanah bercampur secara
semula jadi dalam jangka masa yang tepat dan kemudian merayap ke
arah batu bata tersebut untuk mencantumkan mereka. Pada masa yang
sama, besi di dalam perut bumi telah terbentuk juga secara semula
jadi dan menjadi asas kepada bangunan yang dibina bersama dengan
batu bata. Di akhir proses ini, sebuah bangunan yang sempurna telah
berdiri dengan segala bahan-bahan, pertukangan dan pemasangan yang
sempurna.
Sudah pasti bangunan yang hanya mengandungi batu bata sahaja tidak
memadai. Jadi bagaimana bahan-bahan lain dapat diperolehi? Jawapannya
mudah, semua bahan-bahan yang diperlukan untuk pembinaan bangunan
tersebut terdapat di dalam bumi tempat ia dibina. Silikon, kaca,
tembaga untuk kabel elektrik, besi untuk tiang, alang dan saluran
air, semuanya terdapat di bumi dalam kuantiti yang banyak. Ia hanya
memerlukan tekanan semula jadi untuk membentuk dan menempatkan bahan-bahan
ini ke dalam bangunan. Semua pemasangan, pertukangan dan aksesori
ditempatkan di antara batu bata tersebut secara semula jadi dengan
bantuan angin yang bertiup, hujan yang turun dan gegaran gempa bumi.
| Pergakuan
Evolusionis

Alexander Oparin:"Asal usulsel enimbulkan persoalan" |
Teori evolusi menghadapi krisis
paling hebat dalam menjelaskan kemunculan hidupan. Ini kerana,
molekul organik adalah amat kompleks sehinggakan pembentukannya
tidak mungkin dapat dijelaskan sebagai hasil kepada proses
kebetulan dan adalah mustahil juga sebuah sel organik dapat
terbentuk secara tidak sengaja.
Evolusionis mula berhadapan dengan
masalah asal usul hidupan pada suku abad ke-20. Seorang saintis
Rusia, Alaxender I. Oparin, seorang yang berwibawa di dalam
molekul teori evolusi, menyebutkan di dalam bukunya The Origin
of Life, yang telah diterbitkan pada 1939:
Malangnya, asal usul hidupan telah meninggalkan satu
persoalan yang menjadi titik hitam kepada teori evolusi keseluruhannya.1

Jeffrey Bada: "Asal usul kehidupan di bumi merupakan
masalah terbesar yang tidak dapat diselesaikan"
|
Sejak daripada Oparin, para evolusionis telah
menjalankan banyak eksperimen, mengaturkan pencarian, dan
melakukan banyak pemerhatian untuk membuktikan bahawa sel
dapat terbentuk secara kebetulan. Tetapi, semuanya hanya membuktikan
kekompleksitian reka bentuk sel dengan lebih jelas dan sekali
gus membatalkan andaian-andaian evolusionis. Profesor Klaus
Dose, presiden Institute of Biochemistry di Universiti Johannes
Gutenberg, menyatakan:
Lebih 30 tahun eksperimen ke atas asal usul
hidupan di dalam bidang evolusi kimia dan molekul telah membawa
lebih banyak masalah asal usul hidupan di Bumi daripada mendapatkan
penyelesaiannya. Sehingga kini, setiap perbincangan tentang
prinsip teori ini dan eksperimen-eksperimen di dalam bidang
ini telah berakhir dengan kebuntuan atau pengakuan kejahilan.2
Kenyataan berikut yang dikeluarkan oleh seorang
ahli geologi, Jeffrey Bada dari San Diego Scripps Institute,
dapat menjelaskan kegagalan evolusionis berhadapan dengan
kebuntuan ini:
Hari ini, apabila kita meninggalkan abad ke-20,
kita masih berhadapan dengan masalah terbesar yang telah kita
hadapi apabila kita memasuki abad ke-20: iaitu, Bagaimana
hidupan bermula di atas muka Bumi?3
1 Alexander I. Oparin, Origin
of Life, (1936) NewYork: Dover Publications, 1953 (Reprint),
p.196.
2 Klaus Dose, "The Origin of Life: More Questions Than Answers",
Interdisciplinary Science Reviews, Vol 13, No. 4, 1988,
p. 348
3 Jeffrey Bada, Earth, February 1998, p. 40
|
Segalanya berjalan dengan lancar, sehinggakan batu bata yang tersusun
itu meninggalkan ruang yang mencukupi untuk tingkap, seolah-olah
mereka tahu sejenis bahan bernama kaca akan terbentuk secara semula
jadi. Lebih dari itu, mereka meninggalkan ruang-ruang untuk pemasangan
air, elektrik dan sistem pemanas yang juga terbentuk secara kebetulan.
Segalanya berjalan dengan baik sehingga akhirnya "keadaan semula
jadi" dan "kebetulan" berjaya melahirkan sebuah ciptaan
yang sempurna.
Sekiranya kamu dapat mempertahankan kepercayaan kamu terhadap kisah
ini sehingga ke peringkat ini, maka kamu tidak akan menghadapi masalah
untuk menduga bagaimana bangunan-bangunan lain, tumbuh-tumbuhan,
jalan-jalan raya, laluan-laluan untuk pejalan kaki, struktur-struktur
cabang, sistem-sistem perhubungan dan sistem-sistem pengangkutan
terbina. Sekiranya kamu mempunyai pengetahuan teknikal dan mahir
dalam subjek ini, kamu boleh menulis beberapa jilid buku sains dengan
memulakannya dengan teori kamu tentang "proses evolusi sistem
pembuangan najis dan keseragamannya dengan struktur-struktur kini".
Pasti kamu akan dikurniakan anugerah akademik terhadap kajian kamu
ini dan kamu akan dianggap sebagai seorang pintar yang telah melimpahkan
cahayanya kepada manusia sejagat.
Teori evolusi mendakwa hidupan ini muncul secara kebetulan. Ia
tidak jauh berbeza dengan kisah di atas, dengan segala sistem operasi,
sistem komunikasi, pengangkutan dan pengurusan yang sempurna, sebuah
sel tidak kurang kompleksnya dengan sebuah bandar.
Keajaiban Dalam Sel dan Penamat Kepada Teori Evolusi
Struktur kompleks sel hidup, yang belum diketahui pada zaman Darwin
dan ketika itu mereka menganggap kehidupan sebagai "satu kebetulan
dan keadaan semula jadi", telah dianggap oleh para evolusionis
sebagai amat meyakinkan.
Teknologi abad ke-20 telah berjaya mengkaji dalaman organisma yang
paling kecil dan telah mendapati bahawa sel adalah sistem manusia
yang paling kompleks pernah ditemui. Hari ini, kita mengetahui sel
ini mengandungi stesen kuasa yang menghasilkan tenaga untuk digunakan
oleh sel tersebut, kilang-kilang yang mengeluarkan enzim-enzim dan
hormon-hormon yang penting untuk hidup, sebuah bank data yang merakamkan
segala maklumat-maklumat yang diperlukantentang semua jenis pengeluaran,
sistem pengangkutan yang kompleks dan jalinan saluran pengangkutan
bahan-bahan mentah dan pengeluaran dari satu tempat ke tempat yang
lain, makmal-makmal dan kilang penapisan maju yang memecahkan bahan-bahan
mentah luar ke bahagian-bahagian yang boleh digunakan, dan membran
protein istimewa yang mengawal kemasukan dan pengeluaran bahan-bahan.
Dan unsur-unsur ini hanyalah sebahagian kecil daripada sistem yang
kompleks dan mengagumkan ini.
W.H Thorpe, seorang saintis evolusionis
mengakui bahawa "asas paling kompleks sel yang mengandungi
sebuah "mekanisme" yang tidak dapat dibayangkan kekompleksannya,
yang lebih kompleks daripada sebarang mesin yang pernah dibina sendiri
oleh manusia."91
| Kekompleksitian
Sel
Sel
merupakan sistem yang direka paling kompleks dan paling unggul
pernah disaksikan oleh manusia. Profesor biologi Michael Denton,
di dalam bukunya bertajuk Evolution: A Theory in Crisis, menjelaskan
kekompleksitian ini dengan satu contoh:
"Untuk mencapai hakikat hidupan seperti
yang dibuktikan oleh sains molekul biologi, kita perlu membesarkan
sebuah sel seratus juta kali ganda sehingga ia mencapai 20
kilometer pada diameter dan mengibaratkannya seperti sebuah
kapal angkasa gergasi yang cukup besar untuk meliputi sebuah
bandar raya besar seperti London atau New York. Apa yang akan
kita lihat kemudian ialah sebuah objek yang mempunyai kekomplesitian
yang tiada tandingan dan reka bentuk yang adaptif. Di permukaan
sel ini kita akan mendapati berjuta-juta bukaan, seperti lubang-lubang
pangkalan sebuah kapal angkasa yang luas, ia terbuka dan tertutup
untuk membolehkan aliran material yang bertali arus masuk
dan keluar. Sekiranya, kita dapat memasuki bukaan ini, kita
akan mendapati diri kita berada di dalam sebuah dunia yang
berteknologi tinggi dan kompleksiti yang membingungkan...
(sebuah kompleksiti) yang menjangkau kreativiti kita, sebuah
realiti yang sama sekali bercanggah dengan kebetulan, yang
melampaui setiap kewarasan yang dapat dihasilkan oleh manusia..." |
Sebuah sel adalah sangat kompleks sehinggakan kemajuan teknologi
yang telah dicapai oleh manusia kini pun masih tidak dapat membinanya.
Malah untuk mencipta sebuah sel tiruan pun tidak pernah berjaya.
Bukan itu sahaja, cubaan untuk menciptanya pun sering menemui kebuntuan.
Teori evolusi mendakwa bahawa sistem ini wujud secara "kebetulan"
hasil daripada proses perubahan di bawah tekanan semula jadi bumi
purba, walau pun manusia dengan segala kepakaran , ilmu pengetahuan
dan teknologi canggih masih tidak berjaya menghasilkannya. Sebagai
contoh lain, kemungkinan pembentukan sebuah sel adalah mustahil
sama sekali seperti kemungkinan pembentukan sebuah buku hasil daripada
letupan kilang pencetakan.
Seorang ahli matematik dan astronomi Inggeris,
Sir Fred Hoyle telah melakukan perbandingan di dalam satu temu ramah
dengannya yang telah disiarkan dalam majalah Nature, bertarikh 12
November 1981. Walaupun, beliau adalah seorang evolusionis tetapi
beliau menegaskan bahawa peluang untuk sebuah formasi hidupan terbentuk
dengan cara ini (kebetulan) adalah seperti sebiji torpedo yang
meluncur laju sehingga berjaya menghimpunkan bahan-bahan di sekelilingnya
untuk membentuk sebuah Boieng 747.
92 Ini bererti, adalah mustahil untuk sebuah sel terbentuk secara
kebetulan, oleh itu, pasti ia telah diciptakan.
Antara sebab utama mengapa teori evolusi tidak dapat menjelaskan
kewujudan sel adalah disebabkan oleh permukaan sel yang tidak dapat
ditembusi. Sebuah sel hidup memelihara dirinya dengan kerjasama
yang harmoni bersama berbagai organ-organ lain. Sekiranya terdapat
satu organ tidak dapat berfungsi, maka sel tersebut akan mati. Sel
ini tidak mempunyai peluang untuk menanti mekanisme kebetulan seperti
Pilihan Semula Jadi atau mutasi untuk membolehkannya terbentuk.
Oleh itu, sel pertama hendaklah sempurna dan memiliki segala organ
dan fungsi yang diperlukan, maka ia pasti telah diciptakan, bukannya
terbentuk dengan sendirinya.
Protein Mencabar Kebetulan
Hanya sebuah sel, tetapi evolusionis gagal walau sekadar untuk
menjelaskan bagaimana pembinaan blok sel tersebut. Pembentukan sebuah
protein yang terhasil daripada beribu-ribu molekul protein yang
kompleks menghasilkan sel secara semula jadi, adalah mustahil.
Protein adalah molekul-molekul besar yang mengandungi unit-unit
kecil dikenali asid amino yang tersusun di dalam sebuah lingkaran
dalam kuantiti dan struktur-struktur yang tertentu. Molekul-molekul
ini mengandungi blok-blok pembinaan sel hidup. Sebuah sel yang paling
ringkas tergubah daripada 50 asid amino, tetapi terdapat juga beberapa
protein yang tergubah daripada beribu-ribu asid amino.
Perkara yang paling penting ialah; kekurangan, penambahan atau
penggantian sebuah asid amino di dalam struktur protein akan menyebabkan
ia menjadi selonggok molekul yang tidak berguna. Setiap asid amino
perlu berada di tempat yang betul dan dengan susunan yang tepat.
Teori evolusi yang mendakwa pembentukan hidupan ini adalah hasil
daripada kebetulan, adalah sesuatu yang amat sukar untuk diterima.
Memandangkan amat sukar untuk menjelaskannya sebagai satu kebetulan.
(tambahan pula, teori ini tidak dapat menerangkan dakwaan mereka
tentang "pembentukan secara kebetulan" asid amino, yang
akan dibincangkan nanti)
Kenyataan bahawa fungsi struktur protein tidak mungkin sama sekali
terbentuk secara kebetulan dapat dijelaskan dengan perkiraan yang
mudah dan dapat difahami oleh semua orang.
Pada dasarnya, molekul protein terhasil daripada 288 asid amino
yang mengandungi 12 jenis yang berbeza. Ia boleh disusun di dalam
10300 cara yang berbeza (ini adalah satu jumlah yang
besar mengandungi angka 1 diikuti selepasnya oleh 300 sifar). Dalam
semua kebarangkalian, hanya satu formasi yang dikehendaki oleh molekul
protein. Selebihnya, adalah rantaian asid amino yang sama ada tidak
berguna atau hanya akan membahayakan hidupan.
Dengan kata lain, kebarangkalian pembentukan sebuah molekul protein
adalah "1 melebihi 10300". Kebarangkalian "1"
ini untuk berlaku adalah mustahil (setiap perkiraan kebarangkalian
yang lebih kecil daripada 1 melebihi 1050 dianggap sebagai
kebarangkalian sifar)
Tambahan pula, sebuah molekul protein kepada 288 asid amino adalah
lebih sederhana jika dibandingkan dengan beberapa molekul gergasi
lain yang mengandungi beribu-ribu asid amino. Apabila kita mengkaji
kebarangkalian molekul-molekul gergasi ini, kita akan mendapati
perkataan "mustahil" adalah tidak memadai.
Apabila kita melangkah setapak lagi dalam skim pembangunan kehidupan
ini, kita akan mendapati bahawa sebuah protein bersendiri tidak
memberi apa-apa erti. Satu antara bakteria-bakteria terkecil yang
pernah ditemui, Mycoplasma Hominis H39, mengandungi 600 jenis protein.
Dalam keadaan ini, kita perlu kembali kepada perkiraan kebarangkalian
yang telah kita lakukan di atas, iaitu untuk sebuah protein kepada
600 jenis protein-protein yang berbeza ini. Hasilnya tetap tidak
memadai walau dengan kaedah yang paling mustahil sekali pun.
Mereka yang membaca kenyataan ini sekarang dan
mereka yang menerima teori evolusi sebagai suatu penjelasan saintifik,
mungkin mengesyaki jumlah-jumlah ini telah ditokok tambah dan tidak
mencerminkan fakta-fakta yang sebenar. Ini tidak berlaku: semua
fakta-fakta ini adalah tepat dan konkrit. Tidak seorang pun evolusionis
mampu membantah jumlah-jumlah ini. Mereka menerima kemungkinan berlakunya
formasi protein secara kebetulan, adalah seperti "seekor
monyet menulis sejarah kemanusiaan di atas sebuah mesin taip tanpa
melakukan sebarang kesalahan"93.
Tetapi, mereka menolak penjelasan bahawa ia adalah suatu ciptaan.
Dan mereka berterusan mempertahankan teori mustahil ini.
Kenyataan yang sama telah diakui oleh ramai evolusionis
lain, seperti, Harold F. Blum, seorang saintis evolusionis
yang masyhur. Beliau menyatakan bahawa, "formasi spontan
satu saiz protein polipeptida (polypeptide - bentuk gabungan
dua atau lebih asid amino) yang paling kecil pernah ditemui,
didapati melampaui sebarang kemungkinan".94
Evolusionis
mendakwa evolusi molekul memakan masa yang panjang dan jangka masa
yang panjang ini menjadikan perkara yang mustahil, mungkin berlaku.
Sedangkan, walau selama mana pun masa yang diberi, adalah mustahil
bagi asid amino untuk membentuk protein secara kebetulan. William
Stokes, seorang ahli geologi mengakui kenyataan ini di dalam
bukunya bertajuk "Essential Earth History", beliau
menulis: "Bahawa perubahan yang berlaku adalah terlalu sedikit
sehinggakan protein ini tidak langsung berubah sejak berbilion-bilion
tahun di atas berbilion-bilion planet, setiap satunya dilindungi
oleh sebuah gerbang asid amino yang diperlukan".95
Jadi, apa ertinya semua ini? Perry Reeves, seorang profesor
kimia menjawab soalan tersebut:
Apabila seseorang mengkaji beberapa jumlah
struktur yang boleh terbentuk daripada sebuah kombinasi asid amino
di dalam sebuah kolam purba kering, dia akan mendapati bahawa
adalah sukar untuk mempercayai bahawa hidupan ini muncul dengan
cara ini. Adalah lebih rasional kalau dikatakan bahawa seorang
Pencipta Yang Maha Agung dengan perancangan utama-Nya telah menjalankan
tanggungjawab ini.96
Kalaulah, kemungkinan pembentukan walau satu daripada protein-protein
ini adalah mustahil, maka adalah berbilion-bilion kali ganda lebih
mustahil untuk sejuta protein berkumpul secara kebetulan dan membentuk
sebuah sel manusia yang lengkap. Sedangkan, sebuah protein tidak
terbentuk dengan hanya selonggok protein. Sebuah sel juga memerlukan
asid nuklid, karbohidrat, lipid, vitamin, dan banyak lagi bahan-bahan
kimia seperti elektrolit yang tersusun di bahagian-bahagian yang
tertentu, secara harmoni dan dibentuk di dalam jalinan struktur
dan fungsi. Kedua-duanya berfungsi sebagai blok binaan atau molekul
bersama di dalam organ-organ tertentu.
Robert Shapiro, seorang profesor kimia
di Universiti New York dan juga seorang pakar DNA, telah membuat
perkiraan kebarangkalian formasi secara kebetulan 200,000 jenis
protein yang terdapat di dalam sebuah bakteria ringkas (terdapat
200,000 jenis protein yang berbeza di dalam sebuah sel manusia).
Jumlah yang didapati ialah 1 melebihi 1040000.97
(ini adalah satu jumlah yang mengagumkan diperolehi dengan meletakkan
40,000 sifar selepas angka 1)
Seorang profesor matematik dan astronomi daripada Universiti Kolej
(Cardiff, Wales), Chandra Wickramasinghe, membuat komentar
berikut:
Kemungkinan formasi hidupan yang terbentuk
secara spontan daripada benda tidak bernyawa, adalah 1 kepada
satu nombor dengan 40,000 sifar selepasnya… dan ia sudah memadai
untuk mengambus Darwin dan seluruh teori evolusinya. Tidak ada
sup purba, sama ada di planet ini atau di mana-mana planet lain,
dan sekiranya permulaan hidup ini tidak berkecamuk, maka pastinya
ia adalah hasil daripada Kebijaksanaan yang bertujuan.98
Sir Fred Hoyle juga turut mengeluarkan komentarnya terhadap
jumlah ini:
Sememangnya, teori ini (bahawa hidupan ini
diciptakan oleh seorang yang bijaksana) adalah amat jelas (kebenarannya).
Sehinggakan seseorang itu akan tertanya-tanya mengapa ia tidak
diterima secara meluas sebagai suatu bukti. Sebabnya ialah kerana
ia lebih bersifat psikologi daripada saintifik.99
Tujuan Hoyle menggunakan istilah "psikologi" adalah kerana
keadaan para evolusionis itu sendiri yang tidak mahu menerima kenyataan
bahawa hidup ini boleh diciptakan. Mereka ini telah meletakkan penolakan
terhadap kewujudan Allah sebagai matlamat utama mereka. Maka, hanya
kerana sebab ini mereka terus mempertahankan senario-senario yang
tidak rasional ini, dalam keadaan mereka sendiri tahu bahawa ia
adalah mustahil.
Protein Kidal
Sekarang mari kita kaji dengan lebih terperinci mengapa senario
evolusi yang berkaitan dengan formasi protein ini adalah mustahil.
Rangkaian asid amino yang sesuai dan tepat tidak memadai untuk
membentuk sebuah molekul protein. Di samping itu, setiap 20 jenis
asid amino yang berbeza di dalam komposisi asid amino hendaklah
kidal (left-handed). Terdapat dua jenis asid amino yang digelar
"left-handed" (kiri) dan "right-handed"
(kanan). Perbezaan di antara kedua-duanya ialah mirro-symmetry
di antara ketiga-tiga dimensi mereka, seperti tangan kanan dan kiri
manusia.
Asid amino daripada kedua-dua jenis ini boleh terikat antara satu
sama lain dengan mudah. Tetapi, sebuah fakta yang amat memeranjatkan
melalui beberapa pengkajian ialah, setiap protein di dalam tumbuhan
dan haiwan, daripada organisma yang paling ringkas hingga yang paling
kompleks, adalah terhasil daripada asid amino kiri! Malah, sekiranya
asid amino kanan cuba menghampiri protein untuk bercantum dengannya,
protein tersebut akan rosak dan tidak berguna lagi. Lebih menarik
lagi, di dalam beberapa uji kaji yang dijalankan, bakteria yang
diberikan dengan asid amino kanan dengan serta merta memusnahkan
asid tersebut, dan di dalam beberapa kejadian, ia membentuk asid
amino kiri daripada komponen-komponen yang pecah supaya ia dapat
menggunakannya.
Buat seketika, mari kita anggarkan bahawa hidupan ini terbentuk
secara kebetulan, sebagaimana yang didakwa oleh para evolusionis.
Dalam keadaan ini, asid amino kanan dan kiri yang terbentuk secara
kebetulan, secara semula jadinya akan didapati di dalam jumlah yang
sekata. Oleh itu, setiap benda hidup pasti memiliki kedua-dua asid
amino kanan dan kiri di dalam kandungannya, kerana secara kimianya
adalah tidak mustahil untuk keduanya bercantum. Sedangkan, kenyataannya,
protein-protein yang terdapat di dalam semua benda hidup terbentuk
daripada asid amino kiri sahaja.
Persoalan bagaimana protein hanya mengambil asid amino kiri sahaja
daripada semua asid-asid amino yang ada, dan bagaimana tidak sebuah
pun asid amino kanan terlibat sama dalam proses pembentukan hidupan,
telah menjadi satu konfrontasi kepada para evolusionis. Tidak mungkin
bagi mereka untuk bergantung kepada satu pilihan yang tepat dan
meyakinkan.
Lebih-lebih lagi, karakter-karakter protein yang menambahkan lagi
kekeliruan perubahan tidak sengaja ini, telah membuntukan evulusionis.
Untuk membentuk sebuah protein yang "berguna", adalah
tidak memadai untuk asid-asid amino tersebut berada di dalam jumlah
yang tertentu, pada rangkaian yang tepat, dan untuk bergabung dengan
bentuk tiga dimensi asid amino kanan. Tambahan pula, semua asid
amino ini hendaklah dipilih daripada asid kiri sahaja dan tidak
sebuah pun asid amino kanan turut serta bersama. Sedangkan, tidak
terdapat sebarang mekanisme pilihan untuk mengenal pasti bahawa
terdapat sebuah asid amino kanan di dalam rangkaian tersebut dan
memastikan bahawa ianya adalah satu kesilapan dan hendaklah disingkirkan
daripada rantaian. Situasi ini sekali lagi telah memusnahkan kemungkinan
ianya berlaku secara kebetulan.
Di dalam Ensiklopedia Sains Brittanica, yang
secara terang-terang mempertahankan teori evolusi ini, telah dijelaskan
bahawa, asid amino setiap organisma hidup di atas bumi ini dan blok
binaan polimer yang kompleks seperti protein, mempunyai asimetri
kiri yang sama. Ia seperti melambung sekeping syiling ke langit
dan ia sentiasa mendapat kepala syiling. Di dalam ensiklopedia yang
sama juga menyatakan, adalah mustahil untuk memahami kenapa molekul-molekul
ini menjadi kiri dan kanan, dan pilihan ini bergantung kepada sumber
hidupan yang terdapat di bumi.100
Sekiranya sekeping syiling yang dilambung ke langit sering mendapat
kepala walau sejuta kali lambungan, maka apakah lebih logik untuk
kita menerima teori kebetulan atau menerima bahawa adanya campur
tangan secara sedar? Jawapannya adalah jelas. Bagaimana pun, dengan
mengetepikan keterangan-keterangan berikut, evolusionis terus berselindung
di sebalik teori kebetulan ini kerana mereka tidak mahu menerima
kewujudan "campur tangan secara sedar" (bukan kebetulan).
Situasi serupa juga berlaku kepada asid-asid amino kiri yang wujud
bersama nukleotid (nucleotide)*, unit DNA dan RNA yang paling
kecil. Tidak seperti asid amino yang terdapat di dalam organisma-organisma
hidup, ia hanya memilih nukleotid kanan sahaja. Ini adalah satu
lagi situasi yang tidak dapat dijelaskan oleh kebetulan.
Sebagai rumusan, telah dibuktikan dengan jelas oleh kemungkinan-kemungkinan
yang telah kita kaji setakat ini, bahawa sumber kehidupan tidak
dapat dijelaskan oleh kebetulan. Sekiranya kita cuba mengira kebarangkalian
sebuah protein bersaiz biasa yang tergubah daripada 400 asid amino
yang hanya terpilih daripada asid kiri, kita akan mendapat satu
kebarangkalian "1 melebihi 2400", iaitu 10120.
Sebagai suatu perbandingan, perlu diingatkan bahawa jumlah elektron
di cakerawala ini adalah dianggarkan pada angka 1079,
jauh lebih kecil daripada jumlah tadi. Kemungkinan asid amino ini
membentuk rangkaian yang dikehendaki dan formasi yang berfungsi,
boleh menghasilkan jumlah yang lebih besar. Jika kita satukan kebarangkalian-kebarangkalian
ini dan kita kembangkan subjek ini kepada formasi satu jumlah yang
lebih besar dan jenis protein, maka perkiraan tersebut tidak akan
dapat dibayangkan – mustahil.
* Necleotide (Biokimia) – satu daripada beberapa
sebatian yang berasal daripada asid nuklid (nucleic acid) oleh proses
hidrolisis (hydrolysis) dan mengandungi asid fosfor (phospharic
asid) yang tergabung bersama satu gula dan satu purine (sebatian
putih jernih, yang berhubung rapat dengan asid urik di dalam struktur
– C5H4N4) atau asal pirimidin (pyrimidine-sejenis sebatian organik
yang terhasil daripada suatu asid yang terhidrolisis daripada sebuah
asid nuklid)
Rantaian Yang Tepat Adalah Penting
Maklumat di atas masih belum dapat menamatkan kebuntuan evolusi.
Adalah masih tidak memadai bagi asid amino untuk tersusun di dalam
jumlah yang tepat, rangkaian yang betul, dan mempunyai struktur
tiga dimensi. Formasi sebuah protein juga menghendaki molekul-molekul
asid amino yang mempunyai lebih daripada satu "lengan"
untuk bersambung antara satu sama lain dengan lengan tertentu. Seperti
rangkainan yang digelar "peptide bond" (rangkaian
peptide*). Asid amino dapat membuat rangkaian-rangkaian yang berbeza
sesama sendiri; tetapi protein yang terbentuk daripadanya dan hanya
asid-asid amino ini, yang dicantumkan oleh rangkaian-rangkaian peptide.
Satu perbandingan akan menjelaskan fakta ini: Katakan, semua bahagian-bahagian
sebuah kereta telah sempurna dan di pasang dengan betul kecuali
sebiji tayarnya telah dipasang tanpa menggunakan skru, tetapi hanya
dengan dawai sahaja menyebabkan pusat tayarnya mengadap ke tanah.
Adalah mustahil untuk kereta seperti ini dapat bergerak walau hanya
satu meter, walau canggih mana teknologinya atau betapa kuat pun
motornya.
Sepintas lalu,semuanya berada di dalam keadaan sempurna,tetapi
hanya satu kesilapan pada sebiji tayar sahaja telah menyebabkan
kereta tersebut tidak dapat digunakan. Begitu juga, di dalam molekul
protein, penggabungan walau hanya sebuah asid amino dengan yang
lain dalam satu rantaian selain daripada rantaian peptide akan menyebabkan
seluruh molekul tidak berguna.
Kajian mendapati bahawa penggabungan asid amino dalam keadaan rawak
berlaku untuk bergabung dengan satu rantaian peptide hanya pada
kadar 50% dan yang selebihnya bergabung dengan rantaian-rantaian
lain yang tidak terdapat di dalam protein. Untuk berfungsi dengan
sempurna, setiap asid amino yang membentuk sebuah protein perlu
disatukan hanya dengan satu rantaian peptide seperti mana ia hanya
dipilih dari kalangan asid amino kiri sahaja.
Kebarangkalian ini adalah sama dengan kebarangkalian untuk setiap
protein menjadi kidal. Iaitu, sekiranya kita menggunakan protein
yang terhasil daripada 400 asid amino, kebarangkalian semua pergabungan
asid amino di kalangan mereka dengan hanya rantaian peptide adalah
melebihi 2399.
Kebarangkalian Sifar
Seperti yang dapat kita lihat di bawah ini, kebarangkalian sebuah
molekul yang terbentuk daripada 500 asid amino ialah "1"
melebihi satu jumlah yang terbentuk dengan menempatkan 950 sifar
selepas angka satu, ia merupakan satu jumlah yang tidak komprehensif
pada logik akal. Tetapi ia hanyalah kebarangkalian di atas kertas.
Sedangkan, secara praktikal, suatu kebarangkalian tidak akan mempunyai
peluang untuk direalisasikan. Pada kiraan matematik, suatu kebarangkalian
yang lebih kecil daripada 1 melebihi 1050 mempunyai peluang
sifar untuk direalisasikan.
Kebarangkalian "1 melebihi 10950" adalah melampaui
had-had yang sepatutnya.
|
Kebarangkalian
satu molekul protein terhasil daripada 500 asid amino yang
tersusun di dalam kuantiti yang tepat dan terangkai untuk
membolehkan semua asid amino yang dikandunginya hanya datang
daripada asid amino kidal dan hanya bercantum dengan peptide
bond, ialah "1" melebihi "10950".
10950 =
100.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000. |
Sementara ketidakmungkinan sebuah molekul protein yang terhasil
daripada 500 asid amino mencapai satu peningkatan, kita boleh terus
mendesak had-had ini dengan peringkat ketidakmungkinan yang tinggi.
Di dalam molekul hemoglobin (haemoglobin)*, yang merupakan
sebuah protein penting, terdapat 574 asid amino, yang lebih daripada
asid-asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan protein di atas.
Sekarang perhatikan ini: di dalam hanya sebuah sel darah merah daripada
berbilion-bilion sel darah merah di dalam badan kita, terdapat "280,000,000"
(280 juta) molekul hemoglobin.
Usia jangkaan bumi ini tidak mencukupi untuk menerima formasi ini
walau hanya dari sebuah protein disebabkan oleh sebuah metode "percubaan
dan kesilapan" (trail and error), apatah lagi sebuah
sel darah merah. Walau dengan kita beranggapanbahawa asid amino
ini telah tercantum dan terbentuk oleh sebuah metode trail and error
tanpa kehilangan sebarang masa semenjak formasi bumi ini mula membentuk
sebuah molekul protein, tetapi masa yang dikehendaki masih terlalu
panjang daripada usia bumi sekarang untuk mencapai kebarangkalian
1 melebihi 10950.
Konklusi yang dapat dirumuskan daripada semua ini ialah, evolusi
telah gagal sama sekali walau hanya pada peringkat pembentukan sebuah
protein.
* Haemoglobin - Bahan yang membawa oksigen di
dalam sel darah merah vertebrat.
Apakah Terdapat Mekanisme Trial and Error Dalam
Alam Semula jadi?
Akhirnya, kita membuat kesimpulan paling penting di dalam asas
perkiraan kebarangkalian secara logik, yang telah kita datangkan
beberapa contoh di atas. Kita menetapkan bahawa pengiraan kebarangkalian
yang telah dibuat di atas telah mencapai satu had yang terlalu besar
dan kebarangkalian yang besar ini adalah mustahil boleh berlaku.
Bagaimana pun, ini adalah aspek paling penting dan membingungkan
evolusionis. Iaitu di bawah keadaan semula jadi, kebarangkalian-kebarangkalian
ini tidak dapat memulakan sebarang cubaan langsung, kerana tidak
terdapat sebarang mekanisme trial and error di alam semula jadi
yang boleh membantu penghasilan protein.
Pengiraan yang telah kita tandai di atas untuk menunjukkan kebarangkalian
pembentukan sebuah molekul protein dengan 500 asid amino, adalah
sah hanya untuk idea trail and error yang sememangnya tidak pernah
wujud di alam nyata. Iaitu, kebarangkalian untuk mendapatkan sebuah
protein yang berguna ialah "1" melebihi 10950,
sekiranya kita beranggapan wujudnya mekanisme khayalan di mana sebatang
tangan ghaib menyertai asid-asid amino dan kemudian mendapati ianya
tidak tepat dan lantas merungkaikannya satu persatu dan menyusun
semula di dalam susunan yang berbeza untuk kali yang kedua, dan
seterusnya. Di dalam setiap percubaan, asid-asid amino sepatutnya
dirungkaikan satu demi satu dan disusun semula di dalam susunan
baru, sintesisnya seharusnya terhenti selepas asid amino ke-500
telah ditambah dan perlu dipastikan juga tidak terdapat sebarang
asid amino tambahan terlibat sama. Percubaan ini sepatutnya akan
berhenti untuk memastikan sama ada protein telah terbentuk atau
tidak, dan sekiranya berlaku kesilapan, semuanya akan dilarutkan
dan diuji di dalam rangkaian lain.
|
KEBARANGKALIAN SEBUAH PROTEIN TERBENTUK
SECARA KEBETULAN ADALAH SIFAR |
| Terdapat 3 syarat untuk pembentukan sebuah protein yang
berguna: Syarat Pertama: semua
asid amino di dalam rantai protein hendaklah terdiri daripada
jenis yang kanan dan bera di dalam rangkaian yang kanan juga.
Syarat Kedua: semua asid amino di
dalam rantai hendaklah kidal.
Syarat Ketiga: semua asid amino
ini disatukan di antara mereka oleh pembentukan satu ikatan
kimia yang dikenali sebagai "peptide bond".
Untuk membolehkan sebuah protein terbentuk secara kebetulan,
semua syarat-syarat ini perlu wujud serentak. Kebarangkalian
pembentukan sebuah protein secara kebetulan adalah bergantung
kepada multiplikasi kebarangkalian-kebarangkalian seriap syarat-syarat
ini.
Sebagai contoh, bagi sebuah molekul yang mengandungi 500
asid amino:
1. Kebarangkalian asid amino ini
berada di dalam rangkaian kanan:
Terdapat 20 jenis asid amino yang digunakan di dalam komposisi
protein. Berdasarkan ini:
| - Kebarangkalian untuk setiap asid
amino ini dipilih dengan tepat di antara 20 jenis |
= 1/20 |
| - Kebarangkalian untuk semua 500
asid amino dipilih dengan tepat |
= 1/20500= 1/10650 |
| |
=1 peluang dalam 10650 |
2. Kebarangkalian untuk asid amino
menjadi kidal:
| - Kebarangkalian untuk satu asid amino
menjadi kidal |
= 1/2 |
| - Kebarangkalian untuk semua 500 asid
amino menjadi kidal |
= 1/2500 = 1/10150 |
|
= 1 peluang dalam 10150 |
3.Kebarangkalian untuk asid amino bergabung dengan satu
"peptide bond":
Asid amino dapat bergabung antara satu sama lain dengan
ikatan kimia yang berbagai jenis. Untuk membolehkan sebuah
protein berguna terbentuk, semua asid amino di dalam rantai
perlu bergabung dengan satu ikatan kimia khas digelar "peptide
bond". Perkiraan kebarangkalian asid amino tidak bergabung
dengan ikatan kimia yang lain daripada ikatan peptide ialah
50%. Berdasarkan ini:
| - - Kebarangkalian
dua asid amino bergabung dengan satu ikatan peptide |
= 1/2 |
| -- Kebarangkalian semua 500 asid amino
bergabung dengan ikatan peptide |
= 1/2499 = 1/10150 |
| |
= 1 peluang dalam 10150 |
|
|
| JUMLAH
KEBARANGKALIAN |
= 1/10650 X 1/10150
X 1/10150 = 10950 |
|
= 1 peluang dalam 10950 |
|
|
|
Sebagai tambahan, di dalam setiap percubaan, tidak hanya satu
bahan terlibat. Adalah penting untuk rantaian yang terbentuk ketika
percubaan tidak terpisah dan musnah sebelum mencapai ikatannya yang
ke-499. Keadaan ini menunjukkan bahawa kebarangkalian-kebarangkalian
yang kita sebutkan di atas hanya boleh berlaku di dalam persekitaran
yang terkawal, di mana terdapatnya mekanisme terancang mengarah
permulaan, penamat dan sebarang peringkat proses tersebut, dan di
mana hanya "pemilihan asid amino" sahaja yang tinggal
untuk berubah. Dengan itu, adalah mustahil bagi sebuah persekitaran
untuk wujud di bawah keadaan semula jadi. Oleh itu, pembentukan
sebuah protein secara semula jadi secara teknikal dan logiknya adalah
mustahil, tanpa menghiraukan aspek-aspek "kemungkinan".
Sebenarnya, untuk memperkatakan kemungkinan-kemungkinan sebuah kejadian
adalah tidak saintifik.
Sebahagian evolusionis tidak menerima ini semua. Memandangkan mereka
beranggapan bahawa pembentukan protein adalah suatu proses reaksi
kimia yang ringkas, mereka membuat penolakan yang melucukan (dan
mustahil) seolah-olah, "asid-asid amino bercantum dengan cara
reaksi (kimia) dan kemudian membentuk protein". Bagaimanapun,suatu
reaksi kimia yang berlaku secara kebetulan di dalam sebuah struktur
bukan organik hanya akan menyebabkan perubahan yang ringkas dan
primitif (sederhana). Jumlahnya pula adalah kurang dan terhad. Bagi
bahan kimia yang lebih kompleks pula, kilang-kilang besar, logi-logi
kimia, dan makmal-makmal perlu dilibatkan. Ubat-ubatan dan banyak
lagi bahan-bahan kimia yang kita gunakan seharian adalah dari jenis
yang sama. Protein mempunyai struktur yang lebih kompleks daripada
bahan-bahan kimia yang dikeluarkan oleh kilang-kilang ini. Oleh
itu, adalah mustahil bagi protein untuk terbentuk sebagai suatu
hasil reaksi kimia yang sebarangan.
Mari kita ketepikan sebentar semua ketidakmungkinan yang telah
kita terangkan sebelum ini, dan katakan sebuah molekul protein boleh
terhasil secara spontan "oleh proses kebetulan". Tetapi,
pada peringkat ini, evolusionis masih tidak dapat menjawab, kerana
dalam usaha protein ini mempertahankan kedudukannya, ia perlu diasingkan
daripada penempatan semula jadi yang ia berada di dalamnya, dan
dilindungi di bawah sebuah keadaan khas. Jika sebaliknya, maka protein
ini mungkin, sama ada ia akan hancur kerana terdedah kepada keadaan
alam semula jadi bumi atau ia akan menyertai asid-asid lain, asid
amino, atau sebatian-sebatian kimia, hilang segala ciri-cirinya
dan berubah menjadi bahan yang sepenuhnya berbeza dan tidak berguna.
Kekecohan Evolusi Dalam Mencari Jawapan Kepada Generasi Hidupan
Persoalan "bagaimana hidupan ini pertama kali muncul"
telah menjadi satu kebuntuan kritikal kepada evolusionis sehinggakan
mereka cuba untuk tidak menyentuh subjek ini. Mereka cuba mengesampingkan
persoalan ini dengan menyatakan "makhluk pertama yang muncul
terhasil daripada kejadian-kejadian di dalam air". Mereka berada
pada sekatan yang mereka sendiri tidak mampu untuk melepasinya.
Tanpa mengira perbalahan paleontologi evolusi, di dalam subjek ini
mereka tidak mempunyai sebarang fosil yang boleh diselewengkan dan
disalahtafsirkan seperti yang mereka inginkan bagi menyokong dakwaan
mereka. Maka jelaslah bahawa teori evolusi telah pun tersanggah
sejak awal dahulu lagi.
Terdapat satu maklumat penting yang perlu diperhatikan di sini:
Sekiranya satu di antara langkah-langkah dalam proses evolusi
ini telah terbukti mustahil, maka ia juga menunjukkan seluruh teori
ini adalah salah dan tidak sah. Contohnya, dengan membuktikan
bahawa formasi sebarang protein adalah mustahil, maka dakwaan-dakwaan
lain berkaitan dengan langkah-langkah evolusi yang berikutnya juga
tersanggah dengan sendirinya. Selepas peringkat ini, adalah tidak
bererti untuk mengambil tengkorak-tengkorak manusia dan beruk dan
membuat spekulasi tentangnya.
Bagaimana organisma-organisma hidup muncul daripada benda-benda
bukan organik telah menjadi persoalan yang para evolusionis sendiri
tidak mahu membangkitkannya untuk sekian lama. Bagaimanapun persoalan
ini, yang sering kali dielakkan,telah membesar menjadi suatu masalah
yang tidak dapat dielakkan dan perlu diselesaikan melalui suatu
siri kajian pada suku kedua abad ke-20.
Persoalan utamanya ialah: Bagaimana sel hidupan pertama boleh muncul
di dalam atmosfera bumi purba? Dengan kata lain, penjelasan apakah
yang boleh didatangkan oleh para evolusionis untuk menyelesaikan
masalah tersebut ini?
Jawapan kepada persoalan tersebut telah dicari melalui eksperimen-eksperimen.
Para saintis dan penyelidik evolusionis telah menjalankan penyelidikan
makmal khusus untuk menjawab soalan-soalan tersebut, tetapi tidak
banyak yang membuahkan hasil. Kajian yang paling dikagumi terhadap
asal hidupan ialah sebuah kajian yang dinamakan Eksperimen Miller
yang dikendalikan oleh penyelidik saintis Amerika, Stanley Miller
dalam tahun 1953. (Eksperimen tersebut juga dikenali sebagai "Eksperimen
Urey-Miller" kerana sumbangan pendidik Miller di Universiti
Chicago, Harold Urey.)
Eksperimen ini merupakan satu-satunya "bukti" untuk membuktikan
"tesis molekul evolusi"yang dimajukan untuk menandai peringkat
pertama jangka masa evolusi. Walaupun, masa telah berlalu selama
hampir setengah abad, dan pencapaian kemajuan teknologi telah kian
meningkat, tetapi tidak seorang pun telah mengambil langkah susulan.
Tanpa sebarang sekatan, eksperimen Miller ini masih terus diajarkan
di dalam buku-buku kursus sebagai penjelasan evolusion kepada generasi
terawal benda hidup. Menyedari akan kenyataan bahawa kajian-kajian
seperti itu tidak akan menyokong mereka, malah hanya akan menyanggah
tesis mereka, oleh itu, evolusionis telah cuba menghindar daripada
memulakan eksperimen-eksperimen seperti ini.
Eksperimen Miller
Matlamat Stanley Miller ialah untuk mengemukakan sebuah penemuan
bereksperimen yang menunjukkan asid amino, blok pembentukan protein,
boleh wujud "secara kebetulan" di atas muka bumi yang
tidak berpenghuni berbilion-bilion tahun dahulu.
Di dalam eksperimen tersebut, beliau telah menggunakan campuran
gas yang didakwa pernah wujud di atas permukaan bumi purba (tetapi
kemudian telah dibuktikan sebagai tidak realistik), gabungan ammonia,
metana, hidrogen, dan wap air. Memandangkan gas-gas ini tidak dapat
bertindak balas di dalam keadaan semula jadi, beliau telah memasukkan
tenaga rangsangan ke dalam keadaan sekeliling (milieu) untuk
memulakan tindak balas di antara mereka. Dengan beranggapan bahawa
tenaga ini mungkin terhasil daripada cahaya kilat di dalam atmosfera
purba, maka dia telah menggunakan sumber cas elektrik tiruan untuk
melengkapkannya.
Miller telah memanaskan gas campuran ini pada suhu 100°C selama
seminggu, dan sebagai tambahan beliau mengalirkan arus elektrik.
Pada penghujung minggu tersebut, Miller menganalisis bentuk kimia
pada bahagian bawah kendi dan mendapati tiga daripada 20 asid amino,
yang menjadi elemen asas protein, telah terhasil dengan cara sintesis.
Eksperimen tersebut telah membangkitkan kegembiraan yang bukan
kepalang di kalangan para evolusionis dan telah dipromosikan sebagai
suatu kejayaan yang tiada tandingan. Tambahan pula, di sebuah negara
yang dimabukkan oleh kelunakan, beberapa pencetakan mengeluarkan
tajuk muka depan seperti "Miller mencipta hidupan". Bagaimana
pun, molekul-molekul yang telah diaturkan oleh Miller untuk disintesiskan
sebenarnya hanyalah beberapa molekul bukan organik (tidak hidup).
Terangsang oleh eksperimen ini, para evolusionis segera menghasilkan
senario-senario baru. Peringkat-peringkat asid amino seterusnya
segera dihipotesisikan (andaikan). Dengan mengandaikan asid amino
telah pun bercantum di dalam rantaian oleh kebetulan untuk membentuk
protein. Sebahagian daripada perubahan ini, membentuk protein yang
menempatkan diri mereka ke dalam membran sel, seperti struktur-struktur
yang secara tiba-tiba muncul dan membentuk sebuah sel yang primitif.
Sel-sel ini tercantum tepat pada masanya dan membentuk organisma-organisma
hidup. Tetapi, eksperimen Miller tidak lebih daripada rekaan dan
kemudiannya telah dibuktikan salah di dalam berbagai aspek.
Eksperimen Miller Tidak Lebih Daripada Sebuah Rekaan
Tujuan eksperimen iniadalah untuk membuktikan bahawa asid-asid
amino boleh terbentuk dengan sendirinya di bawah keadaan bumi purba
tetapi ia telah menjadi tidak sejajar di dalam beberapa perkara:
1. Dengan menggunakan mekanisme yang dikenali sebagai
"cold trap" (perangkap sejuk), Miller telah mengasingkan
asid-asid amino ini daripada persekitarannya sebaik sahaja ia
terbentuk. Sekiranya beliau tidak melakukannya, tekanan
persekitaran tersebut akan segera memusnahkan molekul-molekul
ini.
Tidak syak lagi, mekanisme pengasingan secara
sengaja ini tidak pernah wujud di bawah tekanan bumi purba. Tanpa
mekanisme ini, walaupun terdapat sebuah asid amino, ia akan segera
dimusnahkan. Seorang ahli kimia Richard Bliss, menerangkan
jangkaan ini seperti berikut: "Sememangnya, tanpa perangkap
sejuk ini, hasil kimia tersebut telah dimusnahkan oleh sumber elektrik".101
Sememangnya Miller, di dalam eksperimen tersebut, tidak akan dapat
membentuk walau sebuah asid amino dengan menggunakan bahan-bahan
yang sama tanpa mekanisme perangkap sejuk.
2. Persekitaran atmosfera purba yang
Miller cuba wujudkan di dalam eksperimennya adalah tidak realistik.
Pada tahun 1980-an, para saintis bersetuju terhadap pandangan
bahawa nitrogen dan karbon dioksida sepatutnya telah wujud di
dalam persekitaran tiruan ini menggantikan gas metana dan ammonia.
Setelah beberapa lama mendiamkan diri, Miller sendiri akhirnya
mengakui persekitaran atmosfera yang digunakan di dalam eksperimennya
adalah tidak realistik.102
Jadi mengapa Miller tetap menggunakan gas-gas ini? Jawapannya adalah
mudah: kerana tanpa ammonia, adalah mustahil untuk mensintesiskan
asid amino. Kevin Mc Kean menyebut perkara ini di dalam artikelnya
yang dimuatkan di dalam majalah Discover:
Miller dan Urey meniru atmosfera bumi purba
dengan campuran gas metana dan karbon ammonia. Menurut mereka,
bumi waktu itu adalah serumpun sebatian logam, besi dan ais. Tetapi
melalui kajian terbaru, telah difahami bahawa bumi pada waktu
itu amat panas dan ia tergubah daripada nikel dan besi yang telah
cair. Oleh itu, atmosfera kimia pada masa itu sebahagian besarnya
terbentuk daripada nitrogen (N2), karbon dioksida (CO2),
dan wap air (H2O). Bagaimanapun, semuanya ini tidak
berguna seperti mana gas metana dan ammonia untuk membentuk molekul-molekul
organik.103
Dua orang saintis Amerika J.P.
Ferris dan C.T Chen telah mengulangi eksperimen Miller
ini di bawah suatu persekitaran atmosfera yang mengandungi karbon
dioksida, hidrogen, nitrogen, dan wap air, dan mereka gagal untukmenghasilkan
walau hanya satu molekul asid amino.104
3. Fakta lain yang membatalkan eksperimen
Miller ialah kerana terdapatnya oksigen yang mencukupi
untuk memusnahkan semua asid amino di atmosfera pada masa ia dijangkakan
terbentuk. Fakta ini, yang telah diabaikan oleh Miller,
telah didedahkan melalui kesan pengoksidaan besi dan uranium yang
ditemui di dalam batu-batu yang dianggarkan berusia 3.5 bilion
tahun dahulu. 105
|
SUMBER-SUMBER EVOLUSI TERKINI
MENYANGGAH EKSPERIMEN MILLER
Hari ini, eksperimen Miller telah menjadi satu
subjek yang telah ditolak sepenuhnya termasuklah oleh para
saintis evolusionis sendiri. Di dalam isu Februari 1998 sebuah
majalah evolusionis yang terkenal, Earth, kenyataan berikut
telah dikeluarkan di dalam sebuah artikel bertajuk "Life's
Crucible":
Pakar-pakar geologi kini berpendapat
atmosfera bumi purba mengandungi karbon dioksida dan nitrogen,
iaitu gas-gas yang kurang tindakbalasnya daripada yang digunakan
di dalam eksperimen 1953. Dan seandainya atmosfera rekaan
Miller wujud, bagaimana kamu boleh menjadikan molekul-molekul
ringkas seperti asid amino untuk melalui perubahan kimia yang
diperlukan untuk mengubah mereka menjadi sebatian atau polimer
yang lebih sempurna, seperti protein? Miller sendiri tidak
dapat menyelesaikan masalah ini. "Ia adalah suatu masalah",
Beliau mengeluh dengan geram. "Bagaimana kamu hendak
membuat polimer? Ianya tidak mudah."1
Seperti yang dapat dilihat, Miller
sendiri mengakui kini, bahawa eksperimen beliau tidak menghasilkan
kesimpulan yang baik dalam menjelaskan asal usul kehidupan.
Kenyataan kononnya para saintis evolusionis bersungguh-sungguh
menerima eksperimen ini hanya akan membuktikan kekeliruan
evolusi, dan putus asa penganjurnya.
Pada Mac 1998, isu majalah National
Geographic, di dalam sebuah artikel bertajuk "The Emergence
of Life on Earth", kenyataan berikut telah disebutkan
di dalam artikel ini:
Ramai saintis kini mengesyaki
bahawa atmosfera awal bumi adalah berbeza daripada apa yang
telah dijangkakan oleh Miller pada mulanya. Mereka meramalkan
ia mengandungi karbon dioksida dan nitrogen, bukannya hidrogen,
metana, dan ammonia.
Ia adalah berita buruk kepada
pakar-pakar kimia. Apabila mereka cuba mencetuskan karbon dioksida dan nitrogen, mereka memperolehi
sejumlah molekul organik yang tidak berguna – seumpama melarutkan
setitis warna makanan ke dalam air kolam renang. Para saintis
tidak dapat menerima bahawa hidupan ini terbentuk daripada
sup cair seperti itu.2
Secara ringkasnya, dapat disimpulkan,
sama ada eksperimen Miller, ataupun ujian saintis-saintis
lain, telah menjawab persoalan bagaimana hidupan terbentuk
di bumi. Semua kajian yang telah dilakukan menunjukkan adalah
mustahil bagi hidupan untuk lahir secara kebetulan dan ini
membuktikan hidup ini telah diciptakan.
1. Earth, "Life's Crucible", February 1998, p.34
2. National Geographic, "The Rise of Life on Earth", March
1998, p.68 |
Terdapat juga penemuan lain yang menunjukkan bahawa kandungan oksigen
pada peringkat tersebut adalah lebih tinggi daripada apa yang didakwa
oleh evolusionis. Kajian juga telah mendapati bahawa kadar kesan
radiasi ultraungu terhadap bumi adalah sepuluh ribu kali ganda daripada
apa yang dijangkakan oleh evolusionis. Kesan radiasi ultraungu ini
tidak dapat dinafikan telah membebaskan oksigen dengan meleraikan
wap air dan karbon dioksida ke atmosfera.
Situasi ini telah menafikan eksperimen Miller, yang telah mengabaikan
oksigen sama sekali. Sekiranya oksigen digunakan di dalam eksperimen
tersebut, metana pastinya telah dileraikan menjadi karbon dioksida
dan air, dan ammonia akan dileraikan menjadi nitrogen dan air. Dari
segi lain, di dalam atmosfera yang tidak mempunyai oksigen maka
lapisan ozon juga tidak wujud. Oleh itu, asid-asid amino tersebut
akan dimusnahkan serta merta kerana terdedah kepada cahaya ultraungu
yang kuat tanpa ada perlindungan daripada lapisan ozon. Dengan kata
lain, berserta atau tanpa oksigen di dalam bumi purba, hasilnya
ialah ia telah menjadi sebuah persekitaran yang boleh memusnahkan
asid amino.
4. Pada penghujung eksperimen Miller, banyak asid amino telah
terbentuk dengan kriteria-kriteria yang membahayakan kepada struktur
dan fungsi benda hidup. Sekiranya asid-asid amino tersebut tidak
diasingkan dan dibiarkan di dalam persekitaran yang sama dengan
bahan-bahan kimianya, kemusnahan atau perubahan mereka kepada
sebatian yang berbagai-bagai melalui reaksi kimia tidak akan dapat
dielakkan lagi.
Tambahan pula, sejumlah besar asid amino kanan telah terbentuk
pada akhir eksperimen tersebut.106
Kewujudan asid-asid amino ini menggagalkan teori ini kerana asid
amino kanan tidak dapat berfungsi di dalam komposisi organisma-organisma
hidup. Kesimpulannya, keadaan-keadaanyang membentuk asid amino di
dalam eksperimen ini adalah tidak sesuai untuk hidupan. Sebenarnya,
perantaraan ini telah membentuk campuran asid yang menghancurkan
dan mengoksidakan molekul-molekul berguna yang terhasil.
Terdapat satu kenyataan konkrit yang dapat diperolehi daripada
fakta-fakta ini, iaitu: Eksperimen Miller ini tidak boleh didakwa
sebagai bukti bahawa hidupan boleh terbentuk secara kebetulan di
bawah keadaan bumi purba. Keseluruhan eksperimen ini tidak lebih
daripada sebuah ujian makmal yang terkawal untuk mensintesiskan
asid amino. Jumlah dan jenis-jenis gas yang digunakan di dalam eksperimen
ini telah diaturkan untuk membolehkan asid amino ini terbentuk.
Jumlah tenaga yang dibekalkan kepada sistem tersebut sama ada terlalu
banyak atau terlampau kurang telah diaturkan dengan baik untuk membolehkan
beberapa reaksi berlaku. Peralatan eksperimen ini juga telah diasingkan
untuk menghalang sebarang kecacatan, kemusnahan atau elemen-elemen
lain, bagi menyekat formasi asid-asid amino ini, yang sepatutnya
berada di dalam persekitaran atmosfera bumi purba. Tiada sebarang
elemen, mineral dan sebatian yang terdapat pada atmosfera bumi purba
yang boleh mengubah tindak balas yang tidak diingini, dimasukkan
ke dalam eksperimen ini. Oksigen, yang boleh menyekat formasi asid-asid
amino ini disebabkan oleh pengoksidaannya, hanyalah salah satu elemen
pemusnahnya. Malah, walaupun di bawah keadaan makmal yang stabil,
adalah mustahil untuk asid-asid amino yang terbentuk ini untuk terus
hidup dan menghalangnya daripada musnah tanpa mekanisme "perangkap
sejuk".
Kenyataannya, melalui eksperimen ini evolusionis telah menyanggah
teori mereka sendiri, kerana eksperimen ini menunjukkan kepada kita
bahawa asid amino hanya boleh dibentuk di dalam persekitaran makmal
yang terkawal sahaja yang segalanya telah direka dengan perancangan
rapi. Jelaslah, kuasa yang membangkitkan hidupan ini bukannya suatu
kebetulan tetapi suatu ciptaan terancang.
Sebab utama mengapa para evolusionis ini tidak mahu mengakui realiti
ini ialah kerana kesetiaan prejudis mereka yang tuli, yang sememangnya
tidak saintifik. Lebih menarik lagi, Harold Urey yang mengendalikan
eksperimen Miller ini bersama muridnya Stanley Miller, telah membuat
pengakuan berikut:
Setiap seorang daripada kami yang
mengkaji asal kehidupan mendapati bahawa semakin dalam kami mengkajinya,
makin kuat kami rasakan bahawa adalah terlalu kompleks untuk ia
terbentuk. Kami semua percaya sebagai ikatan keimanan bahawa hidup
ini terbentuk daripada benda mati di atas planet ini. Tetapi ianya
terlampau kompleks, amat sukar bagi kami untuk membayangkan apa
yang telah berlaku.107
Atmosfera Bumi Purba dan Protein
Walaupun semua ketidakjajaran ini telah dibentangkan di atas, tetapi
para evolusionis masih merujuk kepada eksperimen Miller ini untuk
menjawab persoalan bagaimana asid amino terbentuk dengan sendirinya
di bawa atmosfera bumi purba. Sehingga ke hari ini, mereka terus
memperdayakan masyarakat dengan beranggapan seolah-olah persoalan
tersebut telah diselesaikan oleh eksperimen yang mengelirukan ini.
Bagaimana pun, untuk menjelaskan peringkat kedua asal hidupan bagi
pembentukan asid amino iaitu "protein", yang menjadi
blok binaan hidupan melalui penggabungan beratus-ratus asid-asid
amino yang berbagai di dalam aturan yang tepat, para evolusionis
menghadapi masalah paling sukar yang tidak dapat dielakkan.
Mendakwa bahawa protein terbentuk secara kebetulan di bawah keadaan
semula jadi adalah lebih tidak realistik dan tidak rasional daripada
mendakwa asid amino terbentuk secara kebetulan. Di dalam helaian-helaian
lepas kita telah mengkaji kebarangkalian-kebarangkalian penggabungan
asid-asid amino di dalam rantaian-rantaian yang selaras untuk membentuk
protein. Sekarang, kita akan mengkaji ketidakmungkinan protein boleh
diproses secara kimia di bawah keadaan bumi purba.
Sintesis Protein Adalah Mustahil Di Dalam Air
Apabila bercantum untuk membentuk protein, asid-asid amino membentuk
satu ikatan khas di antara mereka yang dikenali dengan "peptide
bond" (ikatan peptide). Sebuah molekul air dilepaskan sewaktu
pembentukan ikatan peptide ini.
Kenyataan ini dengan sendirinya membatalkan penjelasan evolusi
bahawa hidupan purba terbentuk di dalam air, kerana mengikut prinsip
"La Châtelier" dalam ilmu kimia, adalah mustahil
untuk satu tindak balas yang melepaskan air (tindak balas pencairan)
untuk mengambil tempat di dalam sebuah persekitaran hidrat (sebatian
kimia dalam air). Pelepasan suatu tindakbalas seperti ini di dalam
persekitaran hidrat dikira sebagai "mempunyai peluang nipis
untuk berlaku", di antara semua tindakbalas-tindakbalas kimia
lain.
Sementara lautan, yang didakwa sebagai tempat permulaan hidupan
dan pembentukan asid-asid amino, sememangnya tidak sesuai untuk
asid amino membentuk protein. Dari segi lain, adalah tidak waras
untuk evolusionis menukar pendapat mereka bahawa hidupan terbentuk
di darat, kerana satu-satunya persekitaran yang boleh melindungi
asid-asid amino ini daripada radiasi ultraungu ialah laut dan lautan.
Di darat, ia akan musnah disebabkan oleh pancaran ultraungu. Prinsip
La Châtelier telah menyanggah dakwaan pembentukan hidupan berlaku
di dalam laut. Ini adalah satu lagi dilema yang dihadapi oleh evolusi.
Satu Lagi Usaha Nekad: Eksperimen Fox
Tercabar oleh dilema di atas, evolusionis telah mula mereka senario
tidak logik untuk menghadapi "masalah air" yang bercanggah
dengan teori mereka. Sydney Fox, merupakan seorang penyelidik
yang paling tersohor di kalangan penyelidik-penyelidik lain. Fox
telah memajukan teori berikut untuk menyelesaikan masalah ini. Menurut
beliau, asid amino yang pertama pasti telah dibawa ke tebing berhampiran
sebuah gunung berapi sebaik sahaja ia terbentuk di bawah lautan
purba. Air, yang terkandung di dalam campuran ini termasuk juga
asid-asid amino yang terdapat di tebing-tebing, pasti telah tersejat
apabila suhu meningkat ke paras mendidih. Seterusnya, asid-asid
amino yang telah "kering" akan bergabung untuk membentuk
protein-protein.
| 
Di dalam eksperimennya, Fox telah menghasilkan satu bahan
yang digelar sebagai "proteinoid". Proteinoid adalah
sebuah kombinasi asid-asid amino yang tergubah secara rawak.
Tidak seperti protein benda hidup yang lain, ia adalah bahan
kimia tidak berguna dan tidak berfungsi. Ini adalah gambaran
butir-butir proteinoid yang dilihat melalui teleskop elektronik.
|
Walau bagaimana pun, cara yang rumit ini tidak diiktiraf oleh ramai
orang, kerana asid amino tidak dapat berhadapan dengan suhu yang
tinggi seperti itu. Kajian mendapati asid amino tersebut akan segera
musnah pada suhu yang tinggi.
Tetapi Fox tidak berputus asa. Beliau
telah menggabungkan asid amino bersih di dalam makmal "di bawah
keadaan yang paling istimewa" dengan memanaskannya di dalam
persekitaran yang kering. Asid-asid amino telah tercantum tetapi
masih tidak ada protein yang terhasil. Sebenarnya, apa yang diperolehinya
adalah gelung-gelung asid amino yang ringkas dan tidak tersusun
yang tercantum antara satu sama lain secara rambang. Tambahan pula,
sekiranya Fox membiarkan asid-asid amino tersebut di dalam suhu
yang seimbang, maka gelung-gelung tidak berguna tersebut juga akan
musnah.108
Satu lagi sebab yang membatalkan eksperimen
Fox ialah beliau tidak menggunakan bahan yang dihasilkan oleh eksperimen
Miller tetapi menggunakan asid amino tulen dari organisma hidup.
Bagaimana pun, eksperimen ini yang dianggap sebagai sambungan kepada
eksperimen Miller, sepatutnya dirancangkan daripada hasil yang diperolehi
oleh eksperimen Miller. Tetapi, Fox atau penyelidik-penyelidik lain
tidak menggunakan asid amino yang dihasilkan oleh Miller.109
Eksperimen Fox tidak diterima secara positif walaupun di kalangan
evolusionis kerana telah jelas bahawa rantaian asid amino (proteinoids)
yang dihasilkannya tidak dapat dibentuk di bawah keadaan semula
jadi. Tambahan pula, protein, yang menjadi asas unit hidup, masih
tidak dapat dihasilkan. Masalah asal protein masih tidak dapat diatasi.
Di dalam sebuah artikel yang disiarkan di dalam sebuah majalah sains
yang terkenal pada tahun 1970-an, Chemical Engineering News, eksperimen
Fox telah dijelaskan seperti berikut:
Sydney Fox dan beberapa penyelidik lain cuba
menyatukan asid-asid amino dalam bentuk proteinoid (rantaian asid
amino) dengan menggunakan teknik pemanasan khas di bawah satu
keadaan yang sebenarnya tidak terdapat langsung pada peringkat
bumi purba. Dan juga, tidak sama dengan protein biasa yang terdapat
di dalam benda-benda hidup. Ia tidak lebih daripada hampas sahaja.
Telah dibuktikan bahawa sekiranya molekul-molekul ini terbentuk
pada awal usia bumi, ia pasti akan dimusnahkan.110
|
BENDA TIDAK BERNYAWA TIDAK
DAPAT MENGHASILKAN HIDUPAN
Sejumlah eksperimen evolusionis
seperti eksperimen Miller dan Fox telah dijalankan untuk
membuktikan dakwaan bahawa benda mati boleh membina dirinya
sendiri dan membentuk benda hidup yang kompleks. Ini adalah
sebuah keyakinan yang tidak saintifik: setiap pemerhatian
dan eksperimen telah membuktikan bahawa benda-benda ini
tidak mempunyai keupayaan yang sedemikian. Seorang ahli
astronomi dan matematik English, Sir Frederick Hoyle mencatatkan
bahawa benda-benda ini tidak dapat membentuk hidupan dengan
sendirinya, tanpa campur tangan yang cermat:
Jika terdapat satu prinsip asas
benda yang menghidupkan sistem organik, kewujudannya akan
dapat dibuktikan dengan mudah di dalam makmal. Seseorang
boleh mengambil sebuah tab renang untuk menjelaskan sup
purba ini. Campurkan sahaja apa-apa bahan kimia bukan biologi
yang kamu inginkan, dan pancarkan apa sahaja jenis radiasi
yang kamu mahu. Biarkan eksperimen tersebut selama beberapa
tahun dan lihatlah berapa banyak daripada 2,000 enzim (protein-protein
yang dihasilkan oleh benda hidup) yang telah muncul di dalam
tab tersebut. Saya akan memberikan jawapannya, supaya ianya
dapat menjimatkan masa, masalah dan belanja untuk melakukan
eksperimen ini. Kamu tidak akan dapat menghasilkan suatu
apa pun, melainkan mungkin lapisan lumpur tebal yang terhasil
daripada asid amino dan bahan-bahan organik kimia ringkas
lain.1
Seorang ahli biologi evolusionis,
Andrew Scott mengakui kenyataan yang serupa:
Ambilkan beberapa bahan dan
panaskan ia serta kacau dan tunggu. Itulah versi moden Genesis
(asal usul). Asas tenaga graviti, elektro magnetik dan tenaga
nuklear yang kuat dan lemah, dianggarkan akan melakukan
kerja-kerja yang lain… tetapi setakat mana kisah ini dapat
dibuktikan dengan tepat, dan berapa banyak baki spekulasi
yang boleh diharap? Kenyataannya, mekanisme hampir setiap
langkah utama, daripada peningkatan kimia hingga membawa
ke sel-sel yang pertama dikenal pasti, adalah sama ada subjek
yang kontroversi atau membingungkan.2
1. Earth, "Life's Crucible",
February 1998, p.34
2. National Geographic, "The Rise of Life on Earth", March
1998, p.68
|
Sememangnya, proteinoid yang dihasilkan oleh Fox berbeza sekali
daripada protein sebenar sama ada dari segi struktur dan juga fungsi.
Perbezaan di antara protein dan proteinoid ialah seperti perbezaan
sekeping peralatan teknologi tinggi dan selonggok bahan mentah yang
belum diproses.
Tambahan pula, tidak ada peluang untuk rantaian asid-asid amino
ini untuk selamat di dalam atmosfera purba. Kerosakan dan kemusnahan
fizikal dan kesan kimia yang disebabkan oleh ultraungu yang terdedah
dan tekanan semula jadi yang tidak seimbang boleh menyebabkan proteinoid
ini terlerai. Kerana prinsip Le Châtelier juga, menyatakan bahawa
adalah mustahil bagi asid amino untuk bercantum di dalam air yang
dapat menyekat sinaran ultraungu daripada sampai kepada mereka.
Berdasarkan ini, pendapat bahawa proteinoid adalah asas hidupan,
telah kehilangan sokongan di kalangan saintis.
Sebuah Molekul Ajaib: DNA
Kajian-kajian kami pada peringkat molekul setakat ini telah menunjukkan
bahawa pembentukan asid-asid amino masih belum dapat dijelaskan
oleh evolusionis. Pembentukan protein juga masih menjadi misteri
yang sukar dijelaskan, dan masalah ini tidak hanya terhad kepada
asid amino dan protein sahaja: ia hanyalah permulaan (kepada masalah
yang lebih besar). Lebih daripada itu, sebuah struktur sel yang
sempurna telah membawa evolusionis ini ke jalan buntu. Ini kerana,
sel tersebut tidak hanya selonggok asid amino yang membentuk protein:
tetapi ia adalah sebuah mekanisme hidup yang memiliki beratus-ratus
sistem yang terbentuk dan ia terlalu kompleks sehinggakan manusia
tidak dapat menyingkap misterinya. Sistem dalaman yang kompleks,
evolusionis telah gagal untuk menjelaskan pembentukan walau sebuah
unit asas sel tersebut.
Ketika teori evolusi telah gagal untuk memberikan suatu penjelasan
yang teratur tentang kewujudan molekul-molekul yang menjadi asas
pembentukan struktur sel, perkembangan sains genetik dan penemuan
asid nuklid (nucleic acid - DNA dan RNA), telah memberikan satu
lagi masalah baru kepada teori ini. Dalam tahun 1955, hasil kajian
dua orang saintis, James Watson dan Francis Crick,
ke atas DNA telah menghasilkan zaman baru di dalam ilmu biologi.
Ramai saintis menumpukan perhatian mereka kepada sains genetik.
Kini, setelah pengkajian selama bertahun-tahun, struktur DNA telah
didedahkan dengan meluasnya.
Sebuah molekul yang dikenali sebagai DNA, yang ditemui di dalam
nukleus setiap 100 trilion sel di dalam badan kita, mengandungi
plan pembinaan tubuh manusia yang sempurna. Maklumat-maklumat mengenai
karakteria-karakteria seseorang, daripada sifat-sifat fizikal hingga
ke struktur-struktur organ dalaman, semuanya dirakamkan di dalam
DNA oleh sebuah sistem kod khas. Maklumat di dalam DNA dirakamkan
di dalam empat rangkai pangkalan khas yang menghasilkan molekul-molekul
ini. Pangkalan-pangkalan ini dikenali sebagai A, T, G, C
berdasarkan kepada huruf pertama nama-nama mereka. Setiap perbezaan
struktur di kalangan manusia berdasarkan kepada variasi-variasi
di dalam rangkaian huruf-huruf ini. Ia adalah sejenis bank-data
yang terbentuk daripada empat huruf.
Aturan urutan huruf-huruf di dalam DNA menentukan struktur seorang
manusia sehingga ke bahagian-bahagian yang terperinci. Sebagai tambahan
kepada sifat-sifat asas seperti ketinggian, warna mata, warna rambut
dan warna kulit, DNA sebuah sel juga mengandungi rekaan 206 tulang,
600 otot, sebuah rangkaian kepada 10,000 otot pendengaran, sebuah
rangkaian kepada 2 juta saraf optik, 100 bilion sel saraf, 130 juta
meter pembuluh darah dan 10 trilion sel di dalam badan. Sekiranya
kita hendak mencatatkan semua maklumat yang terakam di dalam DNA,
maka kita perlu menghimpunkan sebuah perpustakaan gergasi yang mengandungi
900 jilid ensiklopedia yang mempunyai 500 helaian setiap satunya.
Maklumat hebat yang berjilid-jilid ini terakam di dalam sebuah kompenan
DNA dikenali sebagai "gen" (gene).
Bolehkah DNA Terbentuk Secara Kebetulan?
Pada peringkat ini, terdapat satu keterangan yang perlu diberi
perhatian. Satu kesilapan di dalam rangkaian nucleotide yang menghasilkan
sebuah gen akan menyebabkan gen tersebut tidak dapat digunakan lagi.
Apabila ia berkaitan dengan 200 ribu gen di dalam badan manusia,
maka telah jelas betapa mustahil untuk berjuta-juta nucleotide yang
membentuk gen untuk terbentuk secara kebetulan di dalam rangkaian
yang tepat. Seorang ahli biologi evolusionis, Frank Salisbury,
memberikan komentarnya terhadap ketidakmungkinan ini dengan menyatakan:
Sebuah protein sederhana mungkin mengandungi
300 asid amino. Sementara, gen DNA yang mengawal semuanya ini
mengandungi sekurang-kurangnya 1,000 nucleotide di dalam rantaiannya.
Memandangkan terdapat empat jenis nucleotide di dalam di dalam
sebuah rantai DNA, sebuah mengandungi 1,000 sambungan boleh wujud
di dalam 41000 bentuk. Dengan menggunakan algebra kita
akan mendapat 41000 = 10600. Sepuluh yang
digandakan dengan dirinya sendiri 600 kali memberikan jumlah 1
diekori oleh 600 sifar! Jumlah ini sememangnya melampaui daripada
kefahaman kita.111
Jumlah 41000 adalah sama banyak dengan 10600.
Jumlah ini diperolehi dengan menambahkan 600 sifar kepada angka
1. Seperti 10 dengan 11 sifar untuk menunjukkan setrilion, sebuah
angka dengan 600 sifar sememangnya satu jumlah yang sukar untuk
difahami. Ketidakmungkinan pembentukan DNA dan RNA oleh ketidaksengajaan
pengumpulan nucleotide, telah dijelaskan oleh seorang saintis Peranchis
Paul Auger seperti berikut:
Kita perlu mengenal pasti dua peringkat di
dalam perubahan formasi kompleks molekul seperti nucleotide oleh
tindakan kimia. Pengeluaran nucleotide satu demi satu - yang berkemungkinan
berlaku - dan penggabungannyadi dalam rangkaian-rangkaian khas.
Yang kedua adalah mustahil sama sekali.112
Sedangkan Francis Crick sendiri yang telah mempercayai teori molekul
evolusi ini sekian lama akhirnya membuat pengakuan setelah penemuan
DNA yang merupakan sebuah molekul kompleks yang tidak mungkin dapat
terhasil secara kebetulan, sebagai suatu hasil proses evolusi:
Seorang manusia jujur, yang dilengkapi dengan
segala ilmu pengetahuan yang ada pada kita kini, hanya boleh menyatakan
bahawa, asal kehidupan yang muncul ketika ini adalah suatu keajaiban.113
Seorang evolusionis Turkey, Profesor Ali Demirsoy telah
terdesak untuk membuat pengakuan berikut:
Kenyataannya, kebarangkalian pembentukan sebuah
protein dan asid nuklid (DNA-RNA) adalah kebarangkalian yang tidak
mungkin. Tambahan pula, peluang kemunculan sebuah rantaian protein
adalah terlalu rendah sehingga boleh digelar astronomik (jumlah
yang terlalu besar dan tidak masuk akal).114
| 
Watson dan Crick dengan model kayu molekul DNA mereka..
|
Sebuah dilema yang menarik muncul pada peringkat ini: ketika DNA
hanya dapat mencetak semula dengan bantuan enzim-enzim terutamanya
protein, sintesis enzim-enzim ini hanya dapat dilepaskan oleh formasi
berkod di dalam DNA. Disebabkan kedua-duanya saling bergantung di
antara satu sama lain, maka, setiap satu daripadanya perlu wujud
pada masa yang sama untuk pencetakan semula. Seorang ahli mikrobiologi
Amerika Jacobson memberikan komentarnya terhadap subjek ini:
Panduan untuk pengeluaran semula susunan,
untuk tenaga dan cabutan (keturunan) bahagian-bahagian daripada
persekitaran tertentu, untuk pembesaran rangkaian, mekanisme rangsangan
yang menterjemahkan arahan kepada tunas-tunas membesar (growth-all),
telah didatangkan serentak pada satu masa (ketika hidupan bermula).
Kombinasi peristiwa-peristiwa ini telah diperlihatkansebagai satu
kejadian yang luar biasa, dan sering dianggap sebagai campur tangan
Tuhan (bukan kebetulan).115
Petikan di atas telah ditulis dua tahun selepas penemuan struktur
DNA oleh James Watson and Francis Crick. Walau pun, sains tidak
berkembang, tetapi bagi evolusionis masalah ini masih tidak dapat
diselesaikan. Dua orang saintis Jerman, Junker dan Scherer
menjelaskan bahawa sintesis setiap molekul berkehendak kepada evolusi
kimia, memerlukan keadaan-keadaan yang berbeza, dan kebarangkalian
penyebatian material-material ini yang mempunyai metode perolehan
yang amat berbeza secara teorinya, adalah sifar.
Sehingga kini, tidak terdapat sebarang eksperimen
yang dikenal pasti boleh menghasilkan semua molekul-molekul yang
diperlukan untuk evolusi kimia ini. Oleh itu, adalah penting untuk
menghasilkan molekul-molekul yang berbagai di tempat-tempat yang
berbeza di bawah keadaan yang bersesuaian, dan kemudian untuk membawa
mereka ke tempat lain untuk bertindak balas dengan melindunginya
daripada elemen-elemen perosak seperti hidrolisis dan fotolisis.116
Secara ringkasnya, teori evolusi tidak mampu untuk membuktikan
mana-mana peringkat evolusi yang didakwa berlaku pada peringkat
molekul ini. Perkembangan di dalam dunia sains tidak memberikan
jawapan kepada soalan-soalan berikut, sebaliknya, telah memberikan
mereka masalah-masalah yang lebih kompleks dan tidak dapat diselesaikan.
Lebih menarik lagi, evolusionis mempercayai senario-senario mustahil
ini seolah-olah ia adalah fakta sains. Tetapi memandangkan mereka
telah mensyaratkan untuk tidak mengakui proses penciptaan, maka
tidak ada jalan lain melainkan menerima perkara yang mustahil. Seorang
ahli biologi yang terkenal dari Australia, Michael Denton
menyebutkan subjek ini di dalam bukunya Evolution : A Theory
in Crisis:
Secara ringkasnya, dakwaan bahawa program-program
genetik organisma-organisma tinggi, yang mengandungi sesuatu yang
hampir seribu juta cebisan maklumat, yang menyamai serangkai huruf-huruf
di dalam sebuah perpustakaan kecil seribu jilid, yang terdapat
di dalamnya format berkod beribu-ribu prosedur rumit yang mengawal,
menentukan, dan mengarah pembesaran dan pembangunan berbilion-bilion
sel kepada pembentukan sebuah organisma kompleks, telah terbentuk
oleh satu proses rawak, merupakan sesuatu yang tidak dapat diterima.
Tetapi bagi Darwinis, ide ini diterima tanpa sebarang keraguan-
the paradigm takes precedence!117
Satu Lagi Percubaan Sia-Sia Evolusionis: "Dunia
RNA"
Penemuan pada tahun 70-an terhadap gas-gas yang asalnya terdapat
di dalam atmosfera bumi primitif yang menjadikan sintesis asid amino
mustahil, merupakan suatu tamparan hebat kepada molekul teori evolusi.
Ia kemudian telah dikenal pasti bahawa atmosfera eksperimen beberapa
orang evolusionis seperti Miller, Fox dan Ponnamperuma adalah tidak
sah. Dengan sebab itu, pada tahun 80an percubaan evolusionis yang
baru telah dijalankan. Hasilnya, senario "dunia RNA" telah
dimajukan, yang dianggarkan bahawa protein bukan yang pertama terhasil,
tetapi molekul-molekul RNA yang mengandungi maklumat-maklumat tentang
protein.
Menurut senario ini yang telah dimajukan oleh Walter Gilbert,
seorang ahli kimia daripada Harvard pada 1986, berbilion-bilion
tahun dahulu sebuah molekul RNA yang entah bagaimana terbentuk dengan
sendirinya secara tidak sengaja. Kemudian, molekul RNA ini mula
menghasilkan protein yang diaktifkan oleh kesan luaran. Seterusnya,
ia telah menjadi suatu keperluan untuk menyimpan maklumat ini ke
dalam molekul kedua, dan entah bagaimana molekul DNA pun terbentuk.
Dihasilkan daripada rantaian ketidakmungkinan di dalam setiap peringkat,
senario ganjil ini hanya membesarkan lagi masalah dan mendatangkan
lebih banyak lagi persoalan-persoalan yang tidak dapat dijawab,
lebih daripada menghasilkan sebarang penjelasan terhadap asal usul
hidupan:
1. Apabila mustahil untuk menjelaskan pembentukan tidak sengaja
walau hanya satu nucleotide yang menghasilkan RNA, jadi bagaimana
mungkin untuk nucleotide khayalan ini membentuk RNA dengan berkumpul
di dalam sebuah rangkaian yang sesuai? Seorang ahli biologi evolusionis,
John Horgan mengakui ketidakmungkinan formasi perubahan RNA
seperti berikut:
Apabila penyelidik-penyelidik menyambung kajian
mereka tehadap konsep dunia-RNA dengan lebih teliti, lebih banyak
masalah telah muncul. Bagaimana RNA mula-mula muncul? RNA dan
kompenan-kompenannya adalah sukar untuk disintesiskan di dalam
sebuah makmal di bawah suasana yang terbaik, lebih-lebih lagi
di bawah keadaan yang tidak sesuai.118
2. Walau pun, jika kita mengandaikan ia telah berubah secara kebetulan,
bagaimana RNA yang telah terbentuk daripada sebuah rantaian nucleotide
dapat "memilih" untuk menyalin sendiri dan dengan mekanisme
mana yang perlu ia melaksanakan proses penyalinan sendiri ini? Di
mana ia mendapatkan nucleotide tersebut untuk digunakan di dalam
proses salin semula ini? Sedangkan pakar-pakar mikrobiologi evolusionis
sendiri, Gerald Joyce dan Leslie Orgel melahirkan
kekecewaan mereka terhadap situasi ini di dalam buku mereka yang
bertajuk "In the DNA World".
"Diskusi ini... menumpukan ke atas satu
manusia jerami: mitos tentang penyalinan sendiri molekul RNA yang
mula terbit daripada satu sup polynucleotide. Ia bukan sahaja
satu kepercayaan yang tidak realistik berdasarkan apa yang kita
ketahui tentang prebiotik kimia, tetapi dapat menegangkan kepercayaan
walau satu pandangan optomis tentang potensi pemangkin RNA."119
|
PENGAKUAN EVOLUSIONIS
Penjelasan yang paling rasional
ialah molekul-molekul kompleks seperti protein dan asid
nuklid (RNA dan DNA) tidak akan dapat terbentuk secara perubahan
di antara mereka. Namun begitu, evolusionis terpaksa berhadapan
dengan masalah paling besar, iaitu semua molekul-molekul
kompleks ini mesti
wujud bersama supaya hidupan dapat dibentuk. Teori evolusi
benar-benar telah dibingungkan oleh tuntutan ini. Fakta
ini juga menyebabkan sebahagian besar evolusionis terpaksa
mengakuinya. Sebagai contoh, seorang evolusionis Dr. Leslie
Orgel, rakan setugas Stanley Miller dan Francis Crick daripada
Universiti San Diego, California, menyatakan:
Evolusionis mula berhadapan
dengan masalah asal usul hidupan pada suku abad ke-20. Seorang
saintis Rusia, Alaxender I. Oparin, seorang yang berwibawa
di dalam molekul teori evolusi, menyebutkan di dalam bukunya
The Origin of Life, yang telah diterbitkan pada 1939:
Adalah amat mustahil untuk
protein dan asid nuklid yang mempunyai struktur yang
kompleks untuk muncul secara spontan pada masa dan tempat
yang sama. Namun, adalah mustahil juga sekiranya satu muncul
tanpa yang satu lagi. Sekali imbas, seseorang pasti akan
dapat merumuskan bahawa hidupan ini tidak mungkin berasal
daripada kimia.1
Kenyataan yang sama telah dikeluarkan
oleh saintis-saintis lain:
DNA tidak dapat melakukan kerjaanya
sendiri, termasuklah membentuk lebih banyak DNA, tanpa bantuan
daripada protein atau enzim. Begitu juga, protein tidak
dapat terbentuk tanpa DNA, seperti DNA tanpa protein.2
Bagaimana kod genetik, bersama
mekanisme-mekanisme untuk terjemahannya (ribosom dan molekul-molekul
DNA), terbentuk? Pada peringkat ini kita akan merasa hairan
dan takjub lebih daripada mencari sebuah jawapan.3
1 Leslie E. Orgel, "The Origin
of Life on Earth", Scientific American, vol. 271, October
1994, p. 78
2 John Horgan, "In the Beginning", Scientific American,
vol. 264, February 1991, p. 119
3 Douglas R. Hofstadter, Gödel, Escher, Bach: An Eternal
Golden Braid, New York, Vintage Books, 1980, p. 548
|
3. Walau pun, jika diandaikan terdapat penyalinan sendiri RNA di
dalam dunia purba, di mana semua jenis-jenis asid amino digunakan
oleh RNA dapat diperolehi dan semua perkara-perkara yang mustahil
ini telah berlaku, namun situasi ini masih tidak dapat membentuk
walau satu sel protein. Sedangkan RNA hanya mengandungi maklumat-maklumat
yang berkaitan dengan struktur protein. Sebaliknya, asid amino pula
adalah bahan mentah. Tambahan pula, tidak terdapat sebarang mekanisme
yang dapat mengeluarkan protein. Untuk mengandaikan kewujudan RNA
bagi melengkapkan pengeluaran protein adalah tidak masuk akal, seperti
mengandaikan sebuah kereta terbentuk dan terpasang dengan sendiri
dengan hanya melemparkan rekaannya yang telah dilukiskan di atas
kertas ke atas beratus-ratus bahagian-bahagian yang berlonggok.
Dalam keadaan ini juga, sebarang penghasilan adalah mustahil memandangkan
tiada kilangatau pekerja yang terlibat dalam proses ini.
Sebuah protein terbentuk di dalam kilang ribosome dengan bantuan
enzim-enzim yang banyak dan sebagai hasil daripada satu proses yang
begitu kompleks di dalam sel. Ribosome adalah sebuah struktur asal
sel yang kompleks terbentuk daripada protein. Oleh itu, situasi
ini telah menghasilkan satu andaian tidak rasional bahawa ribosome
juga telah terbentuk secara kebetulan pada masa yang sama. Sedangkan
pemenang hadiah Nobel. Jacques Monod, yang merupakan pembela
evolusi yang paling fanatik, menerangkan bahawa sintesis protein
tidak boleh diremehkan dengan semata-mata bergantung kepada maklumat-maklumat
di dalam asid-asid nuklid:
Kod tersebut tidak bermakna melainkan sekiranya
ia telah diterjemahkan. Mesin terjemahan sel yang moden mengandungi
sekurang-kurangnya lima puluh kompenan makro molekul yang dengan
sendirinya telah terkod di dalam DNA: kod tersebut tidak dapat
diterjemahkan melainkan oleh keluaran terjemahan. Ia adalah ekspresi
moden omne vivum ex ovo. Bila dan bagaimana putaran ini bertemu?
Ia amat sukar untuk digambarkan.120
Bagaimana sebuah rangkaian RNA di dalam dunia purba membuat keputusan
sedemikian dan metode apakah yang digunakannya untuk mengenal pasti
pengeluaran protein dengan mengambil alih tugas lima puluh zarah
khas seorang diri? Evolusionis tidak mempunyai jawapan kepada persoalan
ini.
Dr. Leslie Orgel, salah seorang rakan setugas Stanley Miller
dan Francis Crick daripada Universiti San Diego California, menggunakan
istilah "senario" terhadap kebarangkalian "pembentukan
hidupan melalui dunia RNA". Beliau menjelaskan sifat-sifat
yang diperlukan oleh RNA dan betapa ianya mustahil di dalam artikel
beliau bertajuk "The Origin of Life" yang disiarkan
di dalam majalah American Scientist pada bulan Disember 1994:
Senario ini boleh berlaku, sekiranya RNA mempunyai
dua benda yang tidak terdapat kini: Satu kapasiti penyalinan semula
tanpa bantuan daripada protein dan kebolehan untuk memangkin setiap
langkah sintesis protein.121
Seperti yang telah dijelaskan, untuk mengharapkan dua proses yang
kompleks dan amat penting ini di dalam sebuah molekul seperti RNA,
hanya dapat dilakukan oleh kuasa imaginasi dan pandangan para evolusionis.
Sebaliknya, fakta-fakta sains yang kukuh telah menjelaskan bahawa
tesis "dunia RNA", yang menjadi model baru formasi manusia
secara kebetulan, adalah sebuah dongengan yang tidak boleh dipercayai.
Hidupan Bukan Sekadar Longgokan Molekul-molekul
Mari kita lupakan untuk seketika semua ketidakmungkinan ini, dan
kita andaikan bahawa molekul protein telah terbentuk di dalam sebuah
persekitaran yang paling tidak sesuai dan paling tidak terkawal
seperti keadaan bumi purba. Pembentukan hanya sebuah protein masih
tidak memadai; protein ini perlu menunggu dengan sabarnya selama
beribu-ribu, malah mungkin berjuta-juta tahun di dalam persekitaran
yang tidak terkawal ini tanpa ditimpa sebarang kerosakan, sehingga
molekul lain pula terbentuk di sebelahnya secara kebetulan di bawah
keadaan yang sama. Ia perlu menanti sehingga berjuta-juta protein
yang betul dan yang diperlukan terbentuk bersebelahan di dalam tempat
yang sama, semuanya berlaku "secara kebetulan". Molekul
yang terbentuk lebih awal perlu benar-benar sabar untuk menanti,
tanpa dimusnahkan oleh sinaran ultra ungudan gangguan mekanisme-mekanisme
yang menjejaskan, untuk membolehkan molekul yang lain terbentuk
di sebelahnya. Kemudian, protein-protein di dalam jumlah yang besar
ini, yang semuanya terbentuk pada tempat yang sama, perlu bercantum
dengan membentuk kombinasi yang berguna dan membentuk struktur asal
sel. Tiada bahan tambahan, molekul yang menjejaskan, atau rantaian
protein yang tidak berguna boleh mengganggu mereka. Kemudian, walau
sekiranya struktur asal ini bercantum dengan cara yang paling harmoni
dan bekerjasama dengan satu perancangan dan aturan, mereka perlu
mengambil enzim-enzim yang diperlukan, di samping diri mereka sendiri
dan menjadi tertutup dengan satu membran, dalamnya pula diisi dengan
sejenis cecair khas untuk menyediakan persekitaran yang idea kepada
mereka. Sekarang, sekiranya semua peristiwa "yang paling mustahil"
telah berlaku secara kebetulan, maka dapatkah longgokan molekul-molekul
ini hidup?
Jawapannya adalah Tidak, kerana kajian telah mendapati bahawa kombinasi
semua bahan-bahan yang diperlukan oleh hidupan sahaja adalah tidak
memadai untuk memulakan satu hidupan. Walau pun sekiranya protein-protein
yang diperlukan untuk hidup dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam
tiup ujian, usaha ini tidak akan menghasilkan sel hidup. Semua eksperimen
yang berkaitan dengan subjek ini telah menemui kegagalan. Semua
pemerhatian dan eksperimen menunjukkan bahawa hidupan hanya dapat
terbentuk daripada hidupan lain. Dakwaan bahawa hidupan ini bermula
daripada benda tidak hidup atau abiogenesis, adalah sebuah hikayat
yang hanya wujud di dalam khayalan evolusionis, dan sama sekali
bercanggah dengan hasil setiap eksperimen dan pemerhatian.
Dengan itu, hidupan pertama di bumi pasti juga telah terbentuk
daripada hidupan lain. Ini adalah salah satu gelaran Allah iaitu
"Al-Hayy" (Yang Empunya Hidupan). Hidup hanya boleh
bermula, berterusan dan berakhir dengan kehendak-Nya. Bagi evolusionis
pula, bukan sahaja tidak dapat menjelaskan bagaimana hidup ini bermula,
mereka juga gagal untuk menjelaskan bagaimana bahan-bahan yang penting
untuk hidupan terbentuk dan bercantum.
Chandran Wickramasinghe menceritakan kenyataan yang dihadapinya
sebagai seorang saintis yang telah diberitahu bahawa hidupan ini
telah terbentuk secara kebetulan:
Sejak awal latihan saya sebagai seorang saintis,
saya telah dibrainwashkan untuk mempercayai bahawa sains tidak
selari dengan sebarang rekaan terancang. Fahaman ini mesti ditanggalkan.
Pada saat ini, saya tidak menemui sebarang hujah yang rasional
untuk menolak pandangan yang mendakwa pengubahan Tuhan. Kita sebelumnya
mempunyai pemikiran yang terbuka; sekarang kita menyedari bahawa
satu-satunya jawapan yang logik kepada hidupan ini ialah ia telah
diciptakan – bukannya dengan rombakan rawak secara kebetulan.122
  
91 W. R. Bird, The
Origin of Species Revisited., Nashville: Thomas Nelson Co., 1991,
pp. 298-99.
92 "Hoyle on Evolution", Nature, Vol 294,
November 12, 1981, p. 105.
93 Ali Demirsoy, Kalıtım ve Evrim (Inheritance
and Evolution), Ankara: Meteksan Publishing Co., 1984, p. 64.
94 W. R. Bird, The Origin of Species Revisited.
Nashville: Thomas Nelson Co., 1991, p. 304.
95 Ibid, p. 305.
96 J. D. Thomas, Evolution and Faith. Abilene,
TX, ACU Press, 1988. p. 81-82.
97 Robert Shapiro, Origins: A Sceptics Guide
to the Creation of Life on Earth, New York, Summit Books, 1986.
p.127.
98 Fred Hoyle, Chandra Wickramasinghe, Evolution
from Space, New York, Simon & Schuster, 1984, p. 148.
99 Ibid, p. 130.
100 Fabbri Britannica Bilim Ansiklopedisi
(Fabbri Britannica Science Encyclopaedia), vol 2, No 22, p. 519.
101 Richard B. Bliss & Gary E. Parker,
Origin of Life, California: 1979, p. 14.
102 Stanley Miller, Molecular Evolution
of Life: Current Status of the Prebiotic Synthesis of Small Molecules,
1986, p. 7.
103 Kevin Mc Kean, Bilim ve Teknik, No 189,
p. 7.
104 J. P. Ferris, C. T. Chen, "Photochemistry
of Methane, Nitrogen, and Water Mixture As a Model for the Atmosphere
of the Primitive Earth", Journal of American Chemical Society, vol
97:11, 1975, p. 2964.
105 "New Evidence on Evolution of Early
Atmosphere and Life", Bulletin of the American Meteorological Society,
vol 63, November 1982, p. 1328-1330.
106 Richard B. Bliss & Gary E. Parker,
Origin of Life, California, 1979, p. 25. 
107 W. R. Bird, The Origin of Species Revisited,
Nashville: Thomas Nelson Co., 1991, p. 325.
108 Richard B. Bliss & Gary E. Parker,
Origin of Life, California: 1979, p. 25.
109 Ibid.
110 S. W. Fox, K. Harada, G. Kramptiz, G.
Mueller, "Chemical Origin of Cells", Chemical Engineering News,
June 22, 1970, p. 80.
111 Frank B. Salisbury, "Doubts about the
Modern Synthetic Theory of Evolution", American Biology Teacher,
September 1971, p. 336.
112 Paul Auger, De La Physique Theorique
a la Biologie, 1970, p. 118.
113 Francis Crick, Life Itself: It's Origin
and Nature, New York, Simon & Schuster, 1981, p. 88.
114 Ali Demirsoy, Kalıtım ve Evrim (Inheritance
and Evolution), Ankara: Meteksan Publishing Co., 1984, p. 39.
115 Homer Jacobson, "Information, Reproduction
and the Origin of Life", American Scientist, January 1955, p.121.
116 Reinhard Junker & Siegfried Scherer,
"Entstehung Gesiche Der Lebewesen", Weyel, 1986, p. 89.
117 Michael Denton, Evolution: A Theory
in Crisis. London: Burnett Books, 1985, p. 351.
118 John Horgan, "In the Beginning", Scientific
American, vol. 264, February 1991, p. 119.
119 G.F. Joyce, L. E. Orgel, "Prospects
for Understanding the Origin of the RNA World", In the RNA World,
New York: Cold Spring Harbor Laboratory Press, 1993, p. 13.
120 Jacques Monod, Chance and Necessity,
New York: 1971, p.143.
121 Leslie E. Orgel, "The Origin of Life
on the Earth", Scientific American, Ekim 1994, vol. 271, p. 78.
122 Chandra Wickramasinghe, Interview in
London Daily Express, August 14, 1981.
|