SENARIO EVOLUSI
MANUSIA
Di dalam bab-bab yang lepas kita dapat
melihat tidak terdapat sebarang mekanisme semula jadi yang boleh
menyebabkan suatu hidupan itu berubah, dan spesies hidupan tidak
wujud hasil daripada proses evolusi, tetapi sebaliknya ia diciptakan
di dalam keadaan yang telah sedia sempurna. Ia diciptakan satu per
satu (individu). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa "evolusi
manusia" adalah sebuah cerita yang tidak pernah berlaku.
Jadi apa yang dikemukakan oleh para evolusionis ini sebagai asas
teori mereka?
Asas mereka ialah kewujudan perbagai fosil yang membolehkan mereka
mencipta tafsiran khayalan. Menurut sejarah, terdapat 6000
spesies beruk pernah hidup di muka bumi ini, tetapi sebahagian besar
daripadanya telah pun terpupus. Hari ini hanya terdapat 120
spesies yang masih hidup. 6000 spesies beruk yang sebahagian daripadanya
telah pupus inilah yang menjadi sumber utama evolusionis.
Evolusionis mencatatkan evolusi manusia ini dengan menyusun beberapa
tengkorak yang bertepatan dengan kehendak mereka, daripada yang
paling kecil hingga yang paling besar dan menaburkan (mencampurkan)
tengkorak-tengkorak bangsa manusia yang telah pupus bersama. Menurut
senario ini, manusia moden dan beruk yang ada hari ini berasal daripada
keturunan yang sama. Makhluk ini berubah mengikut edaran masa, dan
sebahagian daripadanya menjadi beruk hari ini, sementara sebahagian
yang lain yang mengikut cabang evolusi yang berbeza berubah menjadi
manusia moden.
Bagaimanapun, semua kajian paleontologi, anatomi dan biologi telah
membuktikan bahawa dakwaan evolusi ini adalah dongengan dan tidak
sah seperti yang lain juga. Tidak terdapat sebarang pendapat dan
bukti yang dapat dikemukakan untuk membuktikan terdapat hubungan
di antara manusia dan beruk, melainkan penipuan, pemalsuan, dan
lukisan-lukisan dan komentar yang tersasar.
Rakaman fosil telah membuktikan kepada kita melalui sejarah, bahawa
manusia asalnya adalah manusia dan beruk berasal daripada beruk
juga. Sebahagian daripada fosil-fosil yang didakwa oleh evolusionis
sebagai kepunyaan nenek moyang manusia, sebenarnya milik satu kaum
yang hidup sekitar 10,000 tahun dahulu dan kemudian telah pupus.
Tambahan pula, banyak komuniti manusia yang hidup hari ini mempunyai
penampilan dan kriteria yang sama dengan kaum ini. Semua ini menjadi
bukti yang jelas bahawa manusia tidak pernah mengalami sebarang
proses evolusi pada mana-mana jangka masa sejarah.
Yang lebih penting ialah terdapat berbagai perbezaan anatomi (binaan
tubuh badan) di antara manusia dan beruk, dan tidak satu pun di
antaranya yang menunjukkan ianya terhasil daripada proses evolusi.
"Bipedality", (berkaki dua) adalah di antara contohnya.
Sebagaimana yang akan kami terangkan kemudian nanti, dua kaki adalah
sifat khusus kepada manusia sahaja, dan ia merupakan sifat paling
penting yang membezakan di antara manusia daripada haiwan-haiwan
lain.
Susun Salur Khayalan Manusia
Dakwaan Darwinis berpegang bahawa manusia moden hari ini telah
mengalami perubahan daripada sejenis makhluk seperti beruk. Ketika
berlaku proses evolusi, yang dipercayai berlaku sekitar 4-5 bilion
tahun yang lalu, didakwa terdapat beberapa "formasi peralihan"
(transtional forms) di antara manusia moden dan nenek moyangnya.
Berdasarkan kepada senario khayalan ini, empat kategori asas telah
disenaraikan:
1. Australopithecines (Australopithecus)
2. Homo habilis
3. Homo erectus
4. Homo sapiens
Para evolusionis menamakan kategori ini sebagai "Australopithecus"
yang bermaksud "beruk Afrika Selatan". Australopithecus,
yang tidak lebih daripada sejenis beruk purba yang telah pupus,
mempunyai beberapa jenis. Sebahagiannya memiliki susuk tubuh yang
sempurna, sementara yang lain bertubuh kecil dan kurus.
Evolusionis mengklafikasikan peringkat berikutnya sebagai "homo",
iaitu manusia. Menurut dakwaan mereka, hidupan pada peringkat "Homo"
ini lebih maju daripada Australopithecus, dan tidak banyak berbeza
dengan manusia moden kini. Manusia moden ini, yang dikenali sebagai
"homo sapiens", dikatakan telah mengalami perubahan pada
peringkat terakhir proses evolusi spesies ini.
Fosil-fosil seperti "Java Man", "Pekin
Man" dan "Lucy", yang sering muncul di
dalam berbagai mas media, adalah tergolong di dalam empat spesies
yang telah disenaraikan di atas. Spesies- spesies ini dianggarkan
telah berpecah kepada beberapa spesies cabang.
Sesetengah formasi peralihan ini, seperti "Ramapithecus"
telah dikeluarkan daripada senarai khayalan evolusi pokok manusia
setelah dikenal pasti ianya sebagai hanya sejenis spesies beruk
biasa sahaja.61
Dengan menyambungkan rantaian-rantaian ini seperti berikut, Australopithecus
> Homo habilis > Homo erectus > Homo sapiens, para
evolusionis mendakwa setiap satu menjadi moyang kepada yang lain.
Walau bagaimana pun, kajian paleontologi telah mendapati bahawa
Australopithecus, Homo habilis dan Homo erectus, telah wujud di
kawasan yang berbeza tetapi di dalam waktu yang sama. Tambahan pula,
satu segmenmanusia yang diklafikasikan sebagai Homo erectus telah
hidup sehingga ke zaman moden. Homo Neandarthalensis dan
Homo sapiens (manusia moden) telah wujud di dalam waktu yang sama.
Oleh itu, ia menunjukkan dengan jelas ketidaktepatan dakwaan bahawa
mereka adalah moyang kepada yang lain.
Pada dasarnya, semua penyelidikan dan kajian saintifik telah mendedahkan
bahawa rekod-rekod fosil tidak menunjukkan berlakunya sebarang proses
evolusi, seperti yang didakwa oleh evolusionis. Malah, fosil-fosil
ini sebenarnya kepunyaan sekelompok kaum atau spesies-spesies beruk.
Jadi, fosil yang manakah kepunyaan manusia, dan yang mana pula
kepunyaan beruk? Dan apakah mungkin untuk salah satu daripadanya
menjadi formasi peralihan? Untuk mendapatkan jawapan, mari kita
selidik setiap kategori dengan lebih dekat.
Australopithecus : Sejenis Spesies Beruk
Australopithecus, adalah kategori pertama yang juga dikenali
sebagai "Beruk Selatan". Ia dianggarkan telah muncul di
Afrika pada sekitar 4 juta tahun dahulu dan mereka telah hidup sehingga
sejuta tahun. Terdapat beberapa pengklafikasian lain di dalam Australopithecus.
Evolusionis menganggarkan spesies yang paling tua ialah A. Afaransis.
Kemudian diikuti dengan A. Africanus, yang mempunyai tulang
yang lebih kecil. Seterusnya, A. Robustus, yang mempunyai
tulang yang lebih besar. Sementara, A. Boisei, sebahagian
penyelidik menganggapnya sebagai spesies yang lain, dan sebahagian
yang lain menerimanya sebagai pecahan spesies A. Robustus.
Semua spesies Autralopithecus adalah beruk-beruk yang telah
pupus yang menyerupai beruk hari ini. Saiz tengkorak mereka
adalah sama atau lebih kecil daripada cimpanzi kini. Mereka menggerakkan
tangan dan kaki mereka untuk memanjat seperti cimpanzi dan kaki
mereka mempunyai kebolehan untuk bergayutan di dahan pokok. Mereka
bertubuh kecil (maksimum 130 cm/5inci), dan seperti cimpanzi kini,
Australopithecus jantan mempunyai tubuh yang lebih besar daripada
betina. Kebanyakan kriteria seperti butir-butir khusus pada tengkorak
mereka, jarak mata yang rapat, gigi geraham yang tajam, struktur
rahang, tangan yang panjang, dan kaki yang pendek, adalah bukti
jelas yang menunjukkan hidupan-hidupan ini tidak berbeza daripada
beruk-beruk hari ini.
Evolusionis mendakwa, walaupun Australopithecus mempunyai struktur
tubuh seperti beruk tetapi ia berjalan menegak seperti manusia,
bukan seperti beruk.
Fakta "berjalan menegak" ini telah dipegang oleh
ahli paleontologi seperti Richard Leakey dan Donald C.
Johanson selama beberapa dekad.Tetapi, ramai saintis telah menjalankan
penyelidikan terhadap struktur rangka Australopithecus dan membuktikan
dakwaan tersebut tidak sah. Kajian mendalam telah dilakukan ke atas
beberapa spesies Australopithecus oleh dua orang ahli anatomi yang
terkenal dari England dan Amerika Syarikat, iaitu Lord Solly
Zukerman dan Prof. Charles Oxnard. Ia
telah membuktikan bahawa makhluk ini tidak bergerak dengan menggunakan
dua kaki (seperti manusia), sebaliknya bergerak seperti pergerakan
beruk hari ini. Setelah mengkaji tulang-tulang fosil ini selama
15 tahun dengan menggunakan peralatan-peralatan yang disumbangkan
oleh kerajaan British, Lord Zukerman bersama kumpulannya telah membuat
kesimpulan bahawa, Australopithecus hanyalah satu spesies beruk
biasa dan sama sekali tidak berjalan dengan dua kaki, sedangkan
beliau sendiri adalah seorang evolusionis.62
Demikian juga dengan, Charles Oxnard, seorang
lagi evolisionis yang terkenal dengan kajian beliau di dalam subjek
ini, beliau juga telah menyamakan kerangka Australopithecus ini
dengan orang utan moden.63 Akhirnya,
pada tahun 1994, sebuah pasukan daripada Universiti Liverpool telah
menjalankan penyelidikan secara mendalam untuk mendapatkan konklusi
yang tepat. Akhirnya, "mereka membuat kesimpulan bahawa
Australopithecus adalah quadripedal" (haiwan yang berjalan
dengan empat kaki).64
Secara ringkasnya, Australopithecus ini tidak mempunyai sebarang
kaitan dengan manusia, ia hanyalah sejenis spesies beruk yang telah
pupus.
Homo Habilis : Seekor Beruk Yang Diperkenalkan
Sebagai Manusia
Persamaan paling ketara di antara struktur rangka dan tengkorak
Australopithecus dan cimpanzi dan penyanggahan dakwaan bahawa makhluk
ini berjalan menegak, memberikan kesukaran kepada ahli paleontologi
evolusionis. Ini kerana, menurut khayalan evolusi, Homo erectus
datang selepas Australopithecus. Sedangkan, "homo" bermaksud
manusia, oleh itu Homo erectus adalah sekelas dengan manusia dan
tulang rangkanya adalah menegak. Saiz tengkoraknya juga adalah dua
kali ganda daripada Australopithecus. Perantaraan terus dari Australopithecus,
yang mirip cimpanzi/beruk, kepada Homo erectus, yang mempunyai tulang
rangka tidak jauh berbeza dengan manusia moden, adalah mustahil
walau jika dilihat berdasarkan teori evolusi sekali pun. Oleh itu,
"rangkaian" iaitu formasi perantaraan, amat diperlukan.
Maka Homo habilis pun diperkenalkan (sebagai formasi perantaraan
Australopithecus-Homo erectus).
Homo habilis telah diperkenalkan sebagai sebuah keluarga yang sempurna
pada tahun 1960an oleh Leakeys yang dikenali sebagai "pemburu
fosil". Menurut Leakeys, spesies baru yang dikelaskan sebagai
Homo habilis ini mempunyai kapasiti tengkorak yang besar, kebolehan
berjalan tegak dan menggunakan batu dan kayu sebagai peralatan dan
mempunyai tengkorak yang lebar. Oleh itu, kemungkinan ia adalah
moyang manusia.
Bagaimana pun, penemuan fosil baru daripada spesies yang sama yang
telah ditemui pada akhir 1980an telah mengubah sepenuhnya dakwaan
ini. Sebahagian pengkaji seperti, Bernard Wood dan C.
Loring Brace telah membuat kenyataan berdasarkan kepada penemuan
baru ini, bahawa Homo habilis, yang bermaksud "manusia yang
mampu menggunakan peralatan", sepatutnya diklafikasikan sebagai
"Australopithecus habilis", bererti, "beruk
Afrika Selatan yang pandai menggunakan peralatan". Ini kerana
Homo habilis mempunyai banyak kriteria yang menyamai spesies beruk
Australopithecus. Ia memiliki tangan yang panjang, kaki yang pendek
dan struktur tengkorak seperti beruk, begitu juga dengan Australopithecus.
Jari-jari dan ibu jarinya amat sesuai untuk memanjat. Struktur rahangnya
amat mirip dengan beruk-beruk biasa. Keluasan tengkoraknya yang
berukuran 550ks (kubin sentimeter) adalah tanda yang jelas menunjukkan
bahawa ia adalah sejenis spesies beruk. Kesimpulannya, Homo habilis
yang diperkenalkan sebagai spesies yang berbeza sebenarnya adalah
daripada spesies yang sama dengan Australopithecus.
|
AUSTRALOPITHECUS:
SEEKOR BERUK YANG PUPUS
 |
 |
AUSTRALOPITHECUS |
CIMPANZI
MODEN |
Gambar
di atas ialah fosil tengkorak Australopithecus aferensis
AL 444-2, dan di bawah pula adalah tengkorak seekor
beruk kini. Persamaan antara keduanya menunjukkan
bahawa A. aferensis adalah seekor beruk biasa, tanpa
sebarang sifat-sifat manusia. |
Fosil
pertama telah ditemui di Uthopia, Hadar, yang dianggarkan
kepunyaan spesies Australopithecus aferensis: AL 288 – 1
atau "Lucy". Untuk beberapa lama evolusionis bermatian
untuk membuktikan Lucy dapat berjalan tegak: tetapi penyelidikan
terkini telah membuktikan bahawa haiwan ini hanyalah seekor
beruk biasa dengan belakang yang bongkok..
Fosil
Australopithecus aferensis AL – 333-105 di bawah adalah
kepunyaan anggota spesies ini yang masih muda. Kerana itulah,
bonjolan masih belum terbentuk pada tengkoraknya.
|
Kajian-kajian yang dilakukan beberapa tahun kemudian telah mendapati
bahawa Homo habilis tidak berbeza dengan Australopithecus. Fosil
tengkorak dan rangka OH62 yang ditemui oleh Tim White menunjukkan
bahawa spesies ini mempunyai keluasan tengkorak yang kecil, tangan
yang panjang dan kaki yang pendek, yang membolehkannya memanjat
pokok, seperti beruk-beruk moden.
Analisis yang lebih terperinci yang telah dilakukan oleh seorang
pakar antropologi Amerika, Holly Smith pada tahun 1994, telah
membuktikan bahawa Homo habilis sebenarnya bukan "homo"
atau "manusia", tetapi ia adalah beruk. Berkenaan dengan
analisisnya terhadap gigi Australopithecus, Homo habilis, Homo erectus
dan Homo Neandertalensis, beliau telah mengeluarkan kenyataan berikut:
Dengan membataskan analisis fosil-fosil untuk
mengenal pasti beberapa kriteria, bentuk pembinaan gigi, Australopithecus
dan Homo habilis telah dikelaskan bersama dengan beruk-beruk Afrika.
Sementara Homo erectus dan Neanderthal dikelaskan bersama dengan
manusia.65
Di dalam tahun yang sama, Fred Spoor, Bernard
Wood dan Frans Zonneveld, semuanya pakar di dalam bidang
anatomi, mereka telah mendapat konklusi yang sama melalui metode
kajian yang sama sekali berbeza. Metode kajian ini berdasarkan analisis
komparatif terhadap saluran separuh bulat di dalam telinga manusia
dan beruk yang membantu keseimbangan badan. Saluran separuh bulat
manusia yang berjalan menegak didapati berbeza dengan saluran beruk
yang berjalan membongkok. Saluran separuh bulat di dalam telinga
Australopithecus dan Homo habilis yang telah dikaji oleh Spoor,
Wood dan Zonneveld adalah menyamai saluran separuh bulat beruk moden
kini. Sementara, saluran Homo Erectus adalah sama dengan manusia.66
Penemuan ini telah mendedahkan dua keputusan penting:
1. Fosil-fosil yang dirujuk sebagai Homo habilis sebenarnya bukan
kepunyaan kelas "homo" (manusia), tetapi ia kepunyaan
Australopithecus atau beruk.
2. Kedua-duanya, Homo habilis dan Australopithecus, adalah jenis
haiwan yang berjalan bongkok, oleh itu, ia memiliki rangka seekor
beruk. Oleh itu, mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan manusia.
HOMO RUDOLFENSIS : Wajah Yang Tersalah
Pasang
Istilah Homo rudolfensis adalah nama yang diberikan kepada beberapa
serpihan fosil baru yang ditemui pada tahun 1972. kelas yang diwakili
oleh fosil-fosil ini dikenali sebagai Homo rudolfensis kerana ia
ditemui di persekitaran Sungai Rudolf, Kenya. Kebanyakan ahli paleontologi
berpendapat bahawa fosil-fosil ini tidak berasal daripada spesies
yang jelas, tetapi hidupan yang bergelar Homo rudolfensis ini sebenarnya
adalah seekor Homo habilis.
|
HOMO HABILIS:
SATU LAGI BERUK YANG TELAH PUPUS
Untuk
sekian lama, evolusionis mendakwa bahawa makhluk yang mereka
gelar Homo habilis dapat berjalan tegak. Mereka menyangkakan
telah menemui rantaian yang merintang daripada beruk
kepada manusia. Tetapi , fosil Homo habilis terbaru
yang ditemui oleh Tim White pada 1986 dan menamakannya sebagai
OH 62 telah membatalkan dakwaan ini. Kerangka fosil ini
menunjukkan bahawa Homo habilis mempunyai tangan yang panjang
dan kaki yang pendek sama seperti beruk hari ini. Fosil
ini telah menamatkan dakwaan bahawa Homo habilis adalah
makhluk bipedal yang dapat berjalan tegak. Sebenarnya, Homo
habilis adalah satu spesies beruk biasa sahaja.
"OH
7 Homo habilis" seperti yang dapat dilihat di dalam
gambar merupakan fosil yang dapat menggarap dengan baik
sifat-sifat tulang rahang spesies Homo habilis. Fosil rahang
ini mempunyai gigi kacip yang besar. Gigi gerahamnya adalah
kecil. Bentuk rahang ini adalah bulat. Semua sifat-sifat
ini menjadikan rahang ini kelihatan amat mirip dengan beruk
hari ini. Dengan kata lain, rahang Homo habilis ini sekali
lagi telah membuktikan bahawa makhluk ini adalah seekor
beruk.
|
Richard Leakey, yang telah menggali fosil-fosil ini, telah
memperkenalkan sebiji tengkorak yang dinamakan "KNM-ER 1470"
yang dikatakan berusia 2.8 juta tahun dahulu, sebagai penemuan terhebat
di dalam sejarah antropologi dan mempunyai kesan yang besar. Menurut
Leakey, hidupan ini yang mempunyai keluasan tengkorak yang kecil
seperti Australopithecus, di samping wajah seorang manusia, adalah
rangkaian yang hilang di antara Australopithecus dan manusia.
Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian, telah difahami bahawa
wajah manusia pada tengkorak KNM-ER 1470 yang telah kerap disiarkan
di muka hadapan majalah-majalah sains ini, sebenarnya adalah hasil
kesilapan penggabungan serpihan-serpihan tengkorak yang mungkin
juga disengajakan. Prof. Tim Bromage, yang telah menjalankan
ujian anatomi ke atas wajah manusia, telah menggariskan fakta-fakta
berikut yang telah ditemui dengan bantuan simulasi komputer pada
tahun 1992:
Apabila ia (KNM-ER 1470) pertama kali dicantumkan
semula, wajahnya padan dengan tengkorak tersebut dalam posisi
menegak, ia lebih mirip kepada wajah manusia. Tetapi kajian hubungan
anatomi terbaru, menunjukkan bahawa ketika hidup sepatutnya wajah
tersebut tersembul keluar dan menunjukkan satu aspek menyerupai
beruk, atau lebih tepat menyerupai Australopithecus.67
Seorang lagi ahli paleontologi yang juga seorang evolusionis,
J.E Cronin mengeluarkan kenyataan berikut terhadap perkara ini:
… secara relatifnya, ia adalah wajah yang dibina
dengan tegap, hidung berkonsonan klivus (clivus) yang rata, (menyerupai
wajah Australopithecus), keluasan tengkorak yang rendah maksimumnya
(di atas pelipis), gigi taring yang kuat dan gigi geraham yang
besar (seperti yang ditunjukkan oleh akarnya), semuanya ini secara
relatifnya adalah bersifat primitif yang menyebabkannya lebih
sesuai dikelaskan di dalam kumpulan A.africanus.68
C. Loring Brance daripada Universiti Michigan,
telah membuat kesimpulan yang sama seperti hasil analisis yang dibuat
ke atas struktur rahang dan gigi 1470, dan menyatakan bahawa rahang
dan bahagian yang mengandungi gigi geraham menunjukkan bahawa ER 1470
memiliki wajah dan gigi seekor beruk Australopithecus.69
Prof. Alan Walker, seorang ahli paleontologi
daripada Universiti John Hopkins yang telah melakukan banyak kajian
ke atas ER 1470, seperti Leakey, beliau mempertahankan bahawa hidupan
ini tidak seharusnya dikelaskan sebagai "homo", iaitu
spesies manusia seperti Homo habilis atau Homo Redolfensis. Sebaliknya,
ia sepatutnya dikelaskan di bawah spesies Australopithecus.70
Kesimpulannya, pengklafikasian seperti Homo habilis atau Homo rudolfensis
yang dikemukakan sebagai rangkaian perantaraan di antara Australopithecus
dan Homo erectus, sebenarnya adalah khayalan semata mata. Seperti
yang telah disahkan oleh ramai penyelidik hari ini, bahawa hidupan
ini sebenarnya adalah cabang daripada Australopithecus. Semua ciri-ciri
anatomi mereka menunjukkan ia adalah sejenis spesies beruk.
Selepas makhluk-makhluk ini yang setiap daripadanya adalah spesies
beruk, datang pula fosil-fosil "homo" yang merupakan fosil-fosil
manusia.
HOMO ERECTUS dan Selepasnya : Manusia Sebenar
Mengikut rancangan khayalan evolusionis, evolusi dalaman spesies
Homo adalah seperti berikut:
Yang pertama ialah Homo Erectus, kemudian Homo sapiens archaic
dan Neanderthal Man, diikuti dengan Cro-Magno Man dan akhirnya manusia
moden. Bagaimanapun, pengklafikasian-pengklafikasian ini hanyalah
perbezaan bangsa-bangsa manusia sahaja. Perbezaan di antara mereka
tidak lebih daripada perbezaan seorang Inuit (yang berkulit putih)
dan seorang hitam atau seorang kerdil dan seorang berbangsa Eropah.
Mari kita kaji dahulu Homo erectus, yang dikenali sebagai spesies
manusia yang paling primitif. Apabila dimasukkan perkataan "erectus",
maka Homo erectus bererti, "manusia yang berjalan tegak".
Para evolusionis telah membahagikan manusia-manusia ini dengan menambahkan
kualiti "kesukaran berdiri tegak", kerana semua fosil-fosil
homo adalah menegak/lurus, yang tidak terdapat pada mana-mana spesimen
Australopithecus atau Homo habilis. Tidak terdapat sebarang perbezaan
di antara tengkorak manusia moden dan Homo erectus.
Sebab utama evolusionis mendefinisikan Homo erectus sebagai primitif
ialah kerana keluasan tengkoraknya (900-1100 kubik sentimeter) yang
lebih kecil daripada manusia moden, dan kedudukan keningnya yang
rapat. Bagaimanapun, terdapat ramai manusia yang hidup di zaman
moden ini mempunyai keluasan tengkorak yang sama dengan Homo erectus
(contohnya orang kerdil), dan terdapat bangsa-bangsa lain yang mempunyai
kening yang menonjol (seperti Australian Aborigines - orang asli
Australia).
Telah menjadi fakta yang disepakati bersama bahawa
perbezaan lebar tengkorak tidak menunjukkan perbezaan kecerdikan
atau kebijaksanaan. Sebaliknya, kebijaksanaan bergantung lebih kepada
organ-organ dalaman otak daripada keluasannya.71
Fosil yang menjadikan Homo erectus terkenal di seluruh dunia ialah
fosil Pekin Man dan Java Man yang ditemui di Asia.
Bagaimana pun, telah dikenal pasti bahawa kedua-duanya tidak asli.
Pekin Man mengandungi beberapa elemen yang diperbuat daripada plaster
menggantikan serpihan asli yang telah hilang. Sementara, Java Man
pula adalah gabungan serpihan tengkorak yang bercampur dengan tulang
pinggul, yang ditemui beberapa meter daripadanya, tanpa ada tanda-tanda
menunjukkan keduanya daripada hidupan yang sama. Kerana itulah.
Maka fosil-fosil Homo erectus yang ditemui di Afrika menjadi amat
penting. (perlu dijelaskan bahawa terdapat beberapa fosil yang dikatakan
sebagai Homo erectus sebenarnya terletak di dalam kelas kedua yang
digelar, "Homo Ergaster" oleh sebahagian evolusionis.
Terdapat percanggahan di antara mereka di dalam isu ini. Bagaimanapun,
kita akan menganggap semua fosil ini berada di dalam kelas Homo
erectus)
Penemuan spesimen Homo erectus yang paling masyhur
ialah penemuan fosil "Narikotome Homo erectus"
atau "Turkana Boy", yang ditemui berhampiran Tasik
Turkana, Kenya. Ia telah disahkan sebagai fosil kepunyaan budak
berusia 12 tahun, mempunyai ketinggian 1.83 meter pada zaman remajanya.
Struktur bahagian atas kanan rangkanya tidak berbeza dengan manusia
moden. Oleh itu, seorang ahli paleontologi Amerika, Alan Walker
menyatakan keraguannya"... ahli patologi (kaji penyakit) dapat
menyebutkan perbezaan di antara fosil rangka tersebut dan rangka
seorang manusia moden".72Berkenaan
dengan tengkorak tersebut, Walker menyatakan bahawa "... ia
kelihatan lebihmirip kepada Neanderthal".73Kita
akan melihat di dalam bab-bab yang akan datang bahawa Neanderthal
hanyalah sejenis bangsa manusia. Oleh itu, Homo erectus juga adalah
bangsa manusia.
Sedangkan seorang evolusionis, Richard Leakey menyatakan
bahawa perbezaan di antara Homo erectus dan manusia moden tidak
lebih daripada perbezaan di antara bangsa-bangsa manusia yang berbagai:
Seseorang dapat melihat perbezaan pada bentuk
tengkorak tersebut, pada darjah penonjolan wajahnya, dahi yang
tegap dan sebagainya. Perbezaan-perbezaan ini tidak jauh berbeza
dengan apa yang dapat kita lihat di antara bangsa-bangsa manusia
moden yang dipisahkan oleh sempadan geografi. Seperti variasi
biologi yang meningkat apabila populasi terpecah di antara satu
sama lain secara geografi untuk suatu jangka waktu yang panjang.74
Prof. William Laughlin daripada Universiti Connecticut telah
menjalankan beberapa ujian anatomi terhadap kaum Inuit dan mereka
yang tinggal di Pulau-pulau Aleut, dan beliau mendapat kaum ini
amat mirip dengan Homo erectus. Konklusi yang dapat dibuat oleh
beliau ialah semua bangsa-bangsa ini sebenarnya berbeza daripada
Homo sapiens (manusia moden).
Apabila kita mengkaji perbezaan-perbezaan yang
terdapat pada kumpulan-kumpulan kaum yang terpencil seperti Eskimo
dan Bushman yang tergolong di dalam spesies Homo sapiens, dapat
disimpulkan bahawa Sinanthropus (fosil erectus - ALC) juga tergolong
di dalam spesies yang sama.75
Dari segi lain, terdapat jurang yang besar di antara Homo erectus,
bangsa manusia dan beruk yang menyebabkan Homo erectus didahulukan
di dalam senario evolusi manusia, (Ausralopithecus, Homo habilis,
Homo rudolfensis). Ini menunjukkan bahawa manusia pertama muncul
adalah secara tiba-tiba dan mengejut tanpa sebarang proses evolusi.
Ini jelas menunjukkan ia telah diciptakan.
Tetapi, menerima fakta ini bererti menolak falsafah dan ideologi
evolusionis. Hasilnya, mereka cuba menggambarkan Homo erectus, yang
merupakan manusia sebenar, sebagai makhluk separuh manusia-beruk.
Di dalam pemasangan semula Homo erectus, mereka melukis sifat-sifat
monyet. Di segi lain pula, dengan menggunakan metode lukisan ini
juga, mereka memasukkan sifat-sifat manusia kepada beruk seperti
Australopithecus atau Homo habilis. Dengan menggunakan sama ini
juga mereka cuba menyamakan beruk dan manusia, dan merapatkan jurang
di antara keduanya.
NEANDERTHAL: Bangsa Manusia Yang Tegap
Neanderthal adalah sekelompok manusia yang muncul secara tiba-tiba
100 tahun dahulu di Eropah dan kemudian menghilang atau diasimilasikan
melalui percampuran dengan bangsa-bangsa lain, sekitar 35 ribu tahun
dahulu. Mereka hanya berbeza daripada manusia moden pada rangka
mereka yang lebih tegap dan keluasan tengkorak yang lebih besar.
Neanderthel sebagai sekelompok manusia merupakan fakta yang telah
diterima hampir semua orang hari ini. Evolusionis telah mencuba
dengan bersungguh-sungguh untuk memperkenalkannya sebagai "spesies
primitif". Tetapi, semua penemuan menunjukkan mereka tidak
berbeza dengan seorang berbadan tegap yang berjalan di lorong-lorong
hari ini. Seorang ahli paleontologi terkemuka di dalam subjek ini,
Eric Trinkaus daripada Universiti Mexico, menulis seperti
berikut:
Perbandingan terperinci terhadap serpihan-serpihan
rangka Neanderthal dengan manusia moden menunjukkan bahawa tidak
terdapat pada tubuh Neanderthal kebolehan bergerak dari satu tempat
ke satu tempat (locomotor/locomotion), manipulasi, kebijaksanaan
atau kebolehan berbahasa yang berbeza atau lebih rendah daripada
manusia.76
Ramai penyelidik terkini meletakkan Neanderthal Man sebagai satu
cabang spesies manusia moden dan menggelarnya "Homo sapiens
Neanderthal". Penemuan tersebut menunjukkan bahawa mereka juga
menanam mayat-mayat mereka, mencipta rentak muzik dan mempunyai
tamadun yang sama dengan Homo sapiens sapiens yang hidup pada zaman
yang sama. Jelasnya, Neanderthal adalah sejenis bangsa manusia "tegap"
yang hilang ditelan zaman.
HOMO SAPIENS ARCHAIC, HOMO HEIDERGENSIS, DAN CRO-MAGNO
MAN
Archaic Homo sapiens adalah langkah terakhir sebelum manusia moden,
menurut rencana khayalan evolusionis. Sebenarnya, para evolusionis
tidak dapat menerangkan dengan lebih terperinci tentang manusia
ini, memandangkan hanya terdapat beberapa perbezaan yang amat kecil
di antara mereka dan manusia moden. Malah, sebahagian besar penyelidik
percaya bangsa ini masih hidup hingga kini dengan merujuk kepada
bangsa Aborigine di Australia (orang asli Australia) sebagai contoh.
Seperti juga Homo sapiens, bangsa Aborigine ini juga mempunyai kening
yang menonjol, struktur tulang rahang yang dalam, dan tengkorak
yang kecil. Tambahan pula, beberapa pencarian telah membawa kepada
beberapa kelompok manusia yang hidup di Hungary dan di beberapa
perkampungan di Itali, tidak beberapa lama dahulu.
Kumpulan yang dikategorikan sebagai Homo heilderbergensis ini,
sebenarnya adalah sama dengan Homo sapiens archaic. Penggunaan dua
istilah untuk pendefinisian satu bangsa manusia yang sama adalah
disebabkan oleh konsep-konsep berbeza di antara oleh para evolusionis.
Semua fosil yang dimasukkan di bawah kelas Homo heilderbergensis,
dirujuk sebagai manusia yang mempunyai struktur tubuh badan yang
mirip dengan bangsa Eropah yang telah hidup 500 ribu sehingga 750
ribu tahun dahulu di England dan kemudian di Sepanyol.
|
HOMO ERECTUS: SATU BANGSA MANUSIA
PURBA
 
Homo
erectus bermaksud "manusia tegak". Semua fosil
yang tergolong di dalam spesies ini adalah kepunyaan beberapa
bangsa manusia. Memandangkan kebanyakan fosil-fosil Homo
erectus tidak mempunyai sifat-sifat yang sama, adalah amat
sukar untuk menggarap manusia-manusia ini berdasarkan kepada
tengkorak mereka. Kerana itulah, penyelidik-penyelidik evolusionis
yang berbeza telah membuat berbagai pengklafikasian dan
gelaran. Tengkorak di sebelah kiri atas yang telah ditemui
di Koobi Fora, Afrika pada 1975 mungkin menggambarkan Homo
erectus. Tengkorak sebelah kanan atas, adalah tengkorak
Homo ergaster KNM-ER 3733 yang mempunyai kesamaran-kesamaran
yang menjadi persoalan. Kapasiti tengkorak kepala semua
fosil Homo erectus yang berbagai ini menjangkau di antara
900-1100 cc. Keluasan ini adalah pada had kapasiti tengkorak
kepala manusia moden.
Rangka KNM-WT atau "Turkana
Child" di sebelah kanan, adalah fosil manusia yang
tertua dan paling lengkap pernah ditemui. Penyelidikan yang
dilakukan ke atas tulang rangka ini yang dianggarkan berusia
1.6 juta tahun menunjukkan bahawa ia adalah kepunyaan seorang
budak berusia 12 tahun yang mungkin mencapai ketinggian
1.80 m. Sekiranya dia meningkat dewasa. Fosil ini yang amat
hampir dengan bangsa Neanderthal, merupakan bukti hebat
yang membatalkan kisah evolusi manusia.
Evolusionis Donald Johnson menggarap
fosil ini seperti berikut: "Dia tinggi dan kurus. Bentuk
badan dan kadar tulang empat keratnya adalah sama dengan
Ekuator Afrika kini. Saiz tulang empat keratnya adalah sama
dengan orang dewasa bangsa kulit putih Amerika Utara"
|
Telah dianggarkan bahawa Cro-Magnon Man telah hidup 30 ribu tahun
dahulu. Ia memiliki tengkorak yang berbentuk kubah dan dahi yang
luas. Tengkoraknya berukuran 1600 kubin sentimeter, jauh lebih besar
daripada tengkorak manusia kini. Ia mempunyai kening yang tebal
dan tulang yang menonjol di belakang, sama seperti kriteria Neanderthal
Man dan Homo erectus.
Walaupun, Cro-Magnon telah dianggap sebagai bangsa Eropah, tetapi
struktur dan lebar tengkoraknya kelihatan lebih mirip kepada beberapa
bangsa yang tinggal di Afrika dan kawasan-kawasan tropika hari ini.
Berdasarkan persamaan ini, dianggarkan Cro-Magnon adalah satu bangsa
purba Afrika. Beberapa ahli paleontologi lain pula mendapati kedua-dua
Cro-Magnon dan Neanderthal telah bercampur aduk sehingga membentuk
manusia moden kini. Tambahan pula, kini telah diterima bahawa Cro-Magnon
masih hidup di kawasan-kawasan yang berbeza di Benua Afrika dan
kawasan-kawasan Salute dan Dordogne di Perancis. Manusia yang mempunyai
sifat-sifat yang sama juga boleh didapati tinggal di Poland dan
Hungary.
|
PELAUT PURBA |
| "Manusia
awal adalah lebih pintar daripada apa yang kita jangkakan..."
Berita yang disiarkan oleh New Scientist pada
14 Mac 1998, menyatakan bahawa manusia yang dikenali sebagai
Homo erectus oleh evolusionis, sebenarnya adalah pelaut 700
ribu tahun dahulu. Manusia-manusia ini, mempunyai pengetahuan
dan teknologi yang mencukupi untuk membina sebuah alat pengangkutan
air dan memproses alam semula jadi untuk digunakan sebagai
kenderaan laut, bolehkah mereka ini digelar sebagai ‘primitif'?.
|
Spesies-spesies Yang Tinggal Pada Zaman Yang Sama
Dengan Moyang Mereka

TOPENG YANG SALAH: Walaupun tidak berbeza dengan manusia
moden, Neanderthals masih dianggap sebagai makhluk separuh
beruk oleh para evolusi
|
Apa yang telah kita kaji setakat ini, telah memberikan gambaran
yang jelas kepada kita, bahawa; senario evolusi manusia ini hanyalah
rekaan semata-mata! Untuk mewujudkan sebuah susun salur keluarga
(family tree), satu perubahan secara beransur ansur daripada
beruk kepada manusia sepatutnya telah berlaku, dan rekod fosil proses
ini sepatutnya telah ditemui. Bagaimana pun, terdapat jurang
perbezaan yang jauh di antara beruk dan manusia. Struktur rangka,
keluasan tengkorak, dan beberapa kriteria lain seperti, kebolehan
berdiri tegak atau bentuk bongkok ke hadapan, yang membezakan di
antara manusia dan beruk. (Kami telah menyebutkan, melalui satu
penyelidikan pada tahun 1994 terhadap saluran keseimbangan badan
(saluran separuh bulat) di dalam telinga, maka Australopithecus
dan Homo habilis telah dikelaskan sebagai beruk, sementara Homo
erectus sebagai manusia).
Satu lagi tanda yang membuktikan bahawa tidak terdapat susun salur
keluarga di antara dua spesies yang berbeza ini, ialah kerana spesies-spesies
yang diperkenalkan sebagai moyang kepada yang lain, sebenarnya hidup
pada zaman yang sama. Sekiranya, berdasarkan dakwaan evolusionis,
Australopithecus bertukar kepada Homo habilis dan kemudian berubah
menjadi Homo erectus, maka era yang mereka tinggal di dalamnya seharusnya
berturut-turut antara satu sama lain. Bagaimana pun, tidak terdapat
sebarang aturan yang mengikut kronologi yang betul.
|
NEANDERTHAL: MANUSIA TEGAP
 
Di atas
ialah tengkorak Homo sapiens Neanderthalensis, Amud 1 yang
telah ditemui di Israel. Manusia Neanderthal ini dikenali
sebagai tegak tetapi pendek. Tetapi telah dikenal pasti
bahawa pemilik fosil ini mempunyai ketinggian 1.8 m. Kapasiti
tengkoraknya adalah yang terbesar pernah ditemui: 1700cc.
Oleh itu, fosil ini merupakan di antara bukti penting yang
membatalkan dakwaan bahawa Neanderthal adalah satu spesies
primitif.
|
Menurut anggaran evolusionis, Australopithecus telah hidup semenjak
4 juta hingga sejuta tahun dahulu. Hidupan yang dikelaskan sebagai
Homo habilis pula dianggarkan telah hidup sehingga 1.7-1.9 juta
tahun dahulu. Sementara, Homo rudolfensis yang dikatakan lebih maju
daripada Homo habilis, dianggarkan berusia 2.5-2.8 juta tahun! Tidak
masuk akal, Homo rudolfensis berusia hampir sejuta tahun lebih tua
daripada Homo habilis yang dikatakan sebagai nenek moyangnya. Sementara
itu, Homo erectus dianggarkan berusia 1.6-1.8 juta tahun dahulu,
ini bererti Homo erectus telah muncul di muka bumi pada zaman yang
sama dengan nenek moyangnya, iaitu Homo habilis.
Alan Walker mengesahkan fakta ini dengan
menyatakan, "...terdapat bukti daripada Afrika Timur untuk
Austrlopithecus kecil yang sezaman dengan Homo habilis, kemudiannya
dengan Homo erectus".77
Louis Leakey telah menemui fosil-fosil
Australopithecus, Homo habilis dan Homo erectus di dalam keadaan
berhampiran di antara satu sama lain di kawasan Olduvai Gorge, lapisan
Bed II.78
Lebih tepat jika dikatakan tidak terdapat sebarang susun salur
keluarga seperti ini. Seorang ahli paleontologi daripada Harvard,
Stephen Jay Gould, menerangkan kebuntuan ini, walaupun beliau
sendiri adalah seorang evolusionis:
Yang manakah yang menjadi peringkat kita seandainya
terdapat tiga keturunan hominid yang hidup bersama (A.Africanus,
Australopithecus yang tegap dan Homo habilis), yang jelas tidak
berasal daripada satu sama lain? Tambahan pula, tidak satu pun
daripada ketiga-tiga spesies ini menunjukkan sebarang tanda proses
evolusi semasa pendudukan mereka di atas muka bumi.79
Apabila kita berubah daripada Homo erectus kepada
Homo sapiens, kita akan sekali lagi mendapati tidak terdapat sebarang
susun salur untuk dibincangkan. Terdapat bukti yang menunjukkan
bahawa Homo erectus dan Homo sapiens purba terus hidup sehingga
27 ribu tahun dan mungkin sehingga 10 ribu tahun sebelum zaman kita
ini. Di Paya Kow di Australia, beberapa tengkorak Homo erectus yang
berusia 13 ribu tahun telah ditemui. Di Pulau Jawa, sebiji tengkorak
Homo erectus berusia 27 ribu tahun telah ditemui.80
Sejarah Rahsia Homo Sapiens
Fakta paling menarik dan penting yang membatalkan asas utama khayalan
susun salur keluarga teori evolusi ini, ialah sejarah purba manusia
moden yang tidak dijangka. Data paleontologi telah mendedahkan
bahawa manusia Homo sapiens yang kelihatan sepenuhnya seperti kita,
telah hidup selama sejuta tahun dahulu.
|
Salah satu penerbitan evolusi berkala paling popular, Discover,
meletakkan wajah manusia berusia 800 tahun pada kulit mukanya
dengan soalan evolusionis "Is this the face of our past?"
(Apakah ini wajah kita dahulu?)
|
Beliau ialah Louis Leakey, seorang ahli
paleontologi terkenal dan juga seorang evolusionis, beliau telah
menemui penemuan pertama berkaitan subjek ini. Pada tahun 1932,
di kawasan Kanjera sekitar Tasik Victoria di Kenya, beliau telah
menemui beberapa fosil kepunyaan pertengahan Zaman Pleistocene (1.8
juta tahun dahulu sehingga 11,000 tahun), dan ia tidak berbeza daripada
manusia moden. Tetapi, Zaman Pleistocene bererti sejuta tahun dahulu.81
Bagaimanapun, memandangkan fakta ini telah menjadikan susun salur
keluarga evolusi tunggang terbalik, maka ia telah diketepikan oleh
ahli-ahli paleontologi evolusionis. Tetapi Leakey tetap menegaskan
bahawa tafsirannya adalah tepat.
Hanya apabila kontroversi ini hampir dilupakan, sebuah fosil telah
ditemui di Sepanyol pada tahun 1995 yang mendedahkan bahawa sejarah
Homo sapiens adalah lebih tua daripada yang dijangkakan. Fosil tersebut
telah ditemui di sebuah gua bernama Gran Dolina di Atapuerca
sebuah kawasan Sepanyol, oleh tiga orang ahli antologi berbangsa
Sepanyol daripada Universiti Madrid. Fosil tersebut kepunyaan wajah
seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan ia kelihatan sepenuhnya
seperti manusia moden. Jadi, ia telah berlalu selama 800 ribu tahun
sejak kematian budak tersebut. Majalah Discover telah menyiarkan
secara terperinci cerita tersebut di dalam keluaran Disember 1997.
Malah, fosil ini telah menggoncang keyakinan Ferreras yang mengetuai
operasi penggalian di Gua Gran Dolina. Ferreras berkata:
Kami menjangkakan sesuatu yang besar, sesuatu
yang luas, sesuatu yang lebih... kamu tahulah! Sesuatu yang "primitif".
Harapan kami terhadap budak berusia 800,000 tahun ini ialah sekurang-kurangnya
ia seperti Turkana Boy. Tetapi apa yang kami temui ialah sepenuhnya
wajah manusia moden... pada saya ia adalah sesuatu yang menakjubkan.
Terdapat beberapa perkara yang boleh memeranjatkan kamu. Menemui
sesuatu yang tidak kamu duga adalah satu di antaranya. Tidak menemui
fosil, atau menemui fosil juga adalah sesuatu yang tidak dijangka,
dan ia tidak mengapa. Tetapi yang paling memeranjatkan ialah menemui
sesuatu yang kamu sangka kepunyaan masa kini, di masa silam. Ia
seperti menemui sesuatu seperti... seperti perakam suara di Gua
Gran Dolina. Ia pasti memeranjatkan. Kita tidak menjangkakan kaset
dan perakam suara di Zaman Pleistocene. Menemui wajah manusia
moden begitu juga. Kami amat terperanjat apabila melihatnya".82
Fosil tersebut telah membuktikan bahawa sejarah Homo sapiens telah
bersambung ke 800 juta tahun dahulu. Setelah pulih daripada kejutan
tersebut, para evolusionis yang menemui fosil tersebut telah memutuskan
bahawa ia adalah kepunyaan suatu spesies yang berbeza, kerana menurut
susun salur keluarga evolusi, tidak ada Homo sapiens yang hidup
pada 800 juta tahun dahulu. Oleh itu, mereka mencipta satu spesies
khayalan yang digelar "Homo antecessor" dan memasukkan
tengkorak Atapuerca di bawah kelas ini.
SEBATANG JARUM BERUSIA 26 RIBU TAHUN
Sebuah fosil menarik menunjukkan bahawa
Neanderthals mempunyai pengetahuan membuat baju: Sebatang
jarum berusia 26 ribu tahun.(D. Johanson, B. Edgar From
Lucy to Language, p. 99)
|
Sebuah Pondok Berusia 1.7
Juta Tahun dan Kesan Tapak Kaki Manusia Moden Berusia 3.6 Juta Tahun!
| 
Ia kelihatan sepertipondok-pondok yang digunakan oleh
sesetengah orang Afrika hari ini. |
Terdapat banyak penemuan yang menunjukkan bahawa Homo sapiens berusia
lebih awal daripada 800 juta tahun dahulu. Di antaranya ialah, penemuan
Louis Leakey yang dilakukan pada awal tahun 1970an di Olduvai
Gorge. Di sini, di lapisan Bed II, Leakey mendapati bahawa spesies
Australopithecus, Homa habilis dan Homo erectus telah hidup di dalam
waktu yang sama. Apa yang lebih menarik ialah sebuah struktur yang
ditemui di lapisan yang sama (Bed II), beliau telah menemui serpihan-serpihan
sebuah pondok batu. Aspek luar biasa pada
peristiwa ini ialah binaan ini, yang masih digunakan di beberapa
kawasan di Afrika, hanya dapat dibina oleh Homo sapiens! Oleh itu,
berdasarkan penemuan Leakey ini, Australopithecus, Homohabilis,
Homo erectus dan manusia moden telah hidup dalam masa yang sama
1.7 juta tahun dahulu.83
Penemuan ini pasti telah membatalkan teori evolusi yang mendakwa
manusia moden telah berubah daripada spesies-spesies beruk seperti
Australopithecus.
Kesan Tapak Kaki Manusia Moden, Berusia 3.6 Juta
Tahun!
Tambahan pula, beberapa penemuan lain telah membawa asal manusia
moden kembali sehingga 1.7 juta tahun dahulu. Di antara penemuan
yang paling penting ialah kesan-kesan tapak kaki yang ditemui di
Laetoli, Tanzania oleh Mary Leakey pada tahun 1977. kesan-kesan
tapak kaki ini telah ditemui di atas lapisan yang dianggarkan berusia
3.5 juta tahun, dan yang lebih penting, ia tidak berbeza dengan
kesan tapak kaki yang mungkin ditinggalkan oleh seorang manusia
moden kini.
Kesan-kesan tapak kaki ini kemudian telah dikaji oleh sejumlah
pakar paleontologi terkenal seperti, Don Johanson dan Tim
White. Tetapi, hasilnya tetap sama. White menulis:
Jangan buat silap... Ia seperti kesan tapak
kaki moden. Jika seseorang meninggalkan pasir sebuah pantai di
California, dan seorang budak berusia 4 tahun bertanya apakah
itu, dia akan segera menjawab, seseorang telah berjalan di sini.
Tetapi, dia tidak dapat memberitahunya daripada ratusan kesan
tapak kaki yang lain di atas pantai, tidak juga kamu.84
Setelah mengkaji kesan-kesan tapak kaki tersebut, Louis Robbins
daripada Universiti Utara California telah membuat komentar berikut:
Usia itu terus meningkat - seorang individu
yang muda mempunyai usia yang lebih tinggi daripada saya - dan
jari kakinya lebih lebar dan sejajar dengan jari-jari yang lain.
Jari kaki ini juga menekan tanah seperti jari kaki manusia. Kamu
tidak akan melihatnya pada bentuk binatang lain.
85
Kajian-kajian yang dilakukan terhadap bentuk morfologi kesan-kesan
tapak kaki tersebut menunjukkan masa dan sekali lagi ia harus diterima
sebagai kesan tapak kaki seorang manusia, atau lebih tepat manusia
moden (Homo sapiens). Russell Tuttle yang telah mengkaji
kesan-kesan tapak kaki tersebut, menulis:
Sepasang kaki (tanpa lapik) mungkin telah menghasilkannya...
dalam semua sifat yang telah diteliti secara morfologi, kaki yang
menghasilkan kesan tersebut adalah berasal daripada manusia moden".86
| 
Tapak kaki manusia moden, tetapi ia berusia berjuta-juta
tahun.
|
Ujian-ujian yang sama terhadap kesan-kesan tapak kaki ini telah
mendedahkan pemiliknya yang sebenar. Sebenarnya, terdapat 20 kesan
tapak kaki manusia moden berusia 10 tahun dan 27 kesan tapak kaki
seorang manusia yang lebih muda daripadanya. Mereka adalah manusia
moden seperti kita.
Situasi ini meletakkan kesan-kesan tapak kaki Laetoli di dalam
perdebatan selama beberapa tahun. Ahli-ahli paleontologi evolusionis
telah mencuba bermati-matian untuk menjelaskan fenomena ini, kerana
bagi mereka adalah amat sukar untuk menerima kenyataan bahawa manusia
moden telah wujud di muka bumi ini semenjak 3.6 juta tahun dahulu.
Pada tahun 1990an mereka telah menemui "penjelasan" tersebut.
Mereka memutuskan bahawa kesan-kesan tapak kaki tersebut telah ditinggalkan
oleh seekor Australopithecus, kerana menurut teori mereka tidak
mungkin Homo sapiens (manusia moden) boleh wujud 3.6 juta tahun
dahulu. Ressell H. Tuttle telah menulis subjek ini di dalam artikelnya
pada tahun 1990:
Kesimpulannya, kesan tapak kaki berusia 3.5
juta tahun yang ditemui di Laetoli tapak G, menyerupai manusia
moden yang tidak berkasut. Tidak terdapat sebarang sifat padanya
yang menunjukkan ia tidak dapat berjalan dengan dua kaki seperti
kita sekarang. Sekiranya kesan tapak kaki G ini tidak diketahui
berusia sebegitu tua, kita pasti akan menyangka ia telah ditinggalkan
oleh Homo (manusia) pintar seperti kita... Dalam sebarang keadaan,
kita sepatutnya mengetepikan anggapan bahawa kesan-kesan tapak
kaki Laetoli ini telah ditinggalkan oleh makhluk Lucy, Australopithecus
afarensis.87
RAHANG
MANUSIA MODEN BERUSIA 2.3 JUTA TAHUN
Contoh
lain yang menunjukkan kepalsuan susun salur keluarga yang
diada-adakan oleh evolusionis: rahang manusia moden (Homo
sapiens sapiens) berusia 2.3 juta tahun. Rahang ini yang
dikodkan sebagai A.L 666-1, telah ditemui di Hadar, Ethiopia.
Penerbitan evolusionis cuba membuat kajian ringkas dengan
merujuk ia sebagai, "Sebuah penemuan yang mengejutkan"
(D. Johanson, Blake Edgar, From Lucy to Language, p.169)
|
Untuk lebih jelas, tapak-tapak kaki yang dianggarkan berusia 3.6
juta tahun ini tidak mungkin kepunyaan Australopithecus. Satu-satunya
sebab mengapa ia dikatakan kepunyaan Australopithecus adalah kerana
lapisan gunung berapi di mana kesan-kesan tapak kaki tersebut ditemui
di atasnya berusia 3.6 juta tahun. Kesan tersebut diramalkan kepunyaan
Australopithecus hanya berdasarkan kepada andaian bahawa manusia
tidak mungkin hidup pada zaman tersebut.
Tafsiran terhadap kesan-kesan tapak kaki Laetoli ini membuktikan
kepada kita sebuah kenyataan yang penting. Para evolisionis membela
teori mereka tanpa mempedulikan penemuan-penemuan sains, malah membelakangkannya.
Dapat kita perhatikan di sini sebuah teori yang dipertahankan secara
membuta tuli, sehinggakan segala penemuan yang bercanggah dengan
teori ini samada telah ditolak atau diselewengkan untuk mencapai
matlamat mereka.
Kesimpulannya, teori evolusi bukan sebuah teori saintifik, tetapi
ia hanya sebuah dogma yang dibiarkan hidup di sebalik sains.
Bipedalisme Yang Membuntukan Evolusi
Sebahagian daripada rekod fosil yang telah kita kaji setakat ini
telah menjarakkan jurang perbezaan di antara manusia dan beruk,
sekaligus membatalkan dongengan teori evolusi. Di antara jurang-jurang
tersebut adalah berkaitan dengan gaya berjalan.
Manusia berjalan tegak di atas kedua kakinya. Ini adalah satu sifat
istimewa yang tidak dimiliki oleh spesies-spesies lain. Sebahagian
haiwan mempunyai keupayaan yang terhad untuk bergerak apabila mereka
berdiri dengan dua kaki. Haiwan-haiwan seperti beruang dan monyet
hanya dapat bergerak dengan cara ini sekali sekala sahaja, seperti
apabila mereka hendak mencapai sumber makanan, itu pun hanya sebentar
sahaja. Secara semula jadi, tengkorak mereka cenderung ke hadapan,
oleh itu mereka berjalan di atas empat kaki mereka.
Jadi, adakah kebolehan berjalan dengan dua kaki ini (Bipedalism)
telah berubah daripada kebolehan berkaki empat (Quadripedal)
seperti langkah beruk, seperti yang telah didakwa oleh evolusionis?
Semestinya tidak. Kajian telah menunjukkan bahawa evolusi bipedalisme
tidak pernah berlaku, malah tidak terdapat sebarang kemungkinan
untuk membolehkannya berlaku. Pertama, kerana bipedalisme ini bukan
terhasil daripada proses evolusi. Gaya pergerakan monyet adalah
lebih mudah, cepat dan lebih efisien daripada manusia yang berkaki
dua. Manusia mungkin dapat melompat dari satu pokok ke satu pokok
tanpa mencecah tanah seperti seekor cimpanzi, atau berlari pada
kelajuan 125 kms seperti seekor harimau kumbang. Tetapi, memandangkan
manusia berjalan di atas dua kakinya, maka ia bergerak lebih perlahan
di tanah. Dengan sebab itulah, maka manusia merupakan spesies yang
paling tidak terpelihara keselamatannya dari segi pergerakan dan
pertahanan diri. Berdasarkan logik evolusi, monyet tidak sepatutnya
berubah menjadi makhluk berkaki dua, sebaliknya manusia yang berubah
menjadi haiwan yang bergerak dengan menggunakan empat kaki.
Satu lagi kebuntuan evolusi ialah bipedalisme
tidak dapat menerima model "gradual development"
(perkembangan secara beransur ansur) Darwinis. Teori ini yang mengandungi
teori asas evolusi, menuntut adanya satu langkah "campuran"
di antara bipedalisme dan quadripedalisme. Bagaimana pun, kajian
berkomputer yang dijalankan pada tahun1996 oleh seorang ahli paleontologi
Inggeris, Robin Crompton, telah menunjukkan bahawa campuran
yang dimaksudkan ini tidak mungkin wujud. Beliau telah mendapat
rumusan berikut: Suatu hidupan boleh samada berjalan menegak atau
berjalan dengan keempat-empat kakinya.88
Jenis perantaraan adalah mustahil kerana penggunaan tenaga yang
ekstrem. Kerana itu, adalah mustahil untuk makhluk separuh bipedal
untuk wujud.
|

Penyelidikan terkini mendedahkan bahawa adalah mustahil
untuk rangka bengkok beruk yang sesuai untuk berjalan dengan
kaki empat, untuk berubah kepada rangka tegak manusia yang
sesuai untuk berjalan menegak dengan di atas dua kaki
|
Jurang besar di antara manusia dan beruk tidak terbatas kepada
bipedalisme sahaja. terdapat banyak lagi isu-isu yang tidak dapat
dijelaskan seperti kapasiti otak, kebolehan bercakap dan seterusnya.
Elaine Morgan, seorang ahli paleontologi evolusionis, telah
membuat pengakuan berikut berkaitan dengan subjek ini:
Terdapat empat misteri yang tidak dapat difahami tentang manusia:
i. Kenapa mereka berjalan di atas dua kaki? ii. Kenapa mereka
kehilangan bulu mereka? iii. Kenapa mereka dijadikan dengan otak
yang besar? iv. Kenapa mereka belajar bercakap?
Jawapan ortodoks kepada soalan-soalan berikut ialah seperti berikut:
i. "Kita masih belum tahu" ii. "Kita
masih belum tahu" iii. "Kita masih belum tahu"
iv. "Kita masih belum tahu"89
Senarai soalan-soalan ini boleh dipanjangkan lagi tanpa menjejaskan
keadaan jawapan-jawapan tersebut.
EVOLUSI: Sebuah Kepercayaan Tidak Saintifik
Lord Solly Zuckerman adalah seorang saintis yang paling
masyhur dan disegani di United Kingdom. Selama beberapa tahun, beliau
telah mengkaji rekod-rekod fosil dan membandingkannya dengan penyelidikan
yang telah diperincikan. Beliau telah dianugerahkan dengan gelaran
"Lord" kerana sumbangannya di dalam dunia sains. Oleh
itu, komentar beliau terhadap teori evolusi ini tidak boleh dipandang
remeh. Setelah pengkajian bertahun-tahun terhadap fosil-fosil tersebut,
termasuk juga senario-senario evolusi manusia, dan beliau telah
membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat susun salur keluarga yang
sebenar.
Zuckerman juga telah membuat sebuah "spektrum sains"
yang menarik. Beliau membentuk spektrum sains dengan menggariskan
perkara-perkara yang dikira saintifik dan yang tidak saintifik.
Berdasarkan spektrum beliau, perkara yang paling saintifik ialah
perkara yang berlandaskan kepada data-data yang kukuh, seperti bidang-bidang
kimia dan fizik. Diikuti dengan sains biologi dan kemudiannya sains
kemasyarakatan. Pada akhir spektrum tersebut adalah bahagian dilabelkan
sebagai yang paling tidak saintifik iaitu, "extra-sensory perception-ESP",
seperti konsep telepati dan pancaindera keenam (six sense) akhir
sekali "evolusi manusia". Zuckerman menjelaskan pendapatnya
seperti berikut:
Kita ketepikan senarai objektif yang benar
di dalam bidang-bidang sains biologi seperti "extrasensory
perception" atau tafsiran sejarah evolusi manusia, di mana
dengan "keimanan" segalanya adalah mungkin – dan di
mana semangat mereka yang "beriman" kadang kala boleh
mempercayai beberapa perkara yang berlawanan dalam masa yang sama.90
Jadi, apa yang menyebabkan ramai para saintis masih terus mempertahankan
dogmaini? Mengapa mereka bekerja keras untuk mengekalkan teori ini,
sehingga mencetuskan perbagai konflik dan mengetepikan berbagai
bukti-bukti yang mereka temui?
Jawapannya ialah kerana mereka takut terhadap fakta yang terpaksa
mereka hadapi sekiranya mereka menolak teori evolusi ini. Kenyataan
yang akan mereka hadapi sekiranya teori ini ditolak ialah, bahawa
manusia telah diciptakan oleh ALLAH. Bagaimana pun, dengan
mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan falsafah materialis
yang mereka anuti, maka ciptaan adalah satu konsep yang tidak dapat
diterima oleh evolusionis.
Kerana itu, maka mereka mendustai diri mereka sendiri, sebagaimana
mereka membohongi dunia seluruhnya dengan kerjasama daripada media.
Sekiranya mereka tidak menemui fosil yang dikehendaki, mereka akan
menciptanya sendiri, sama ada di dalam bentuk lukisan-lukisan imaginasi
atau model-model khayalan. Kemudian, mereka cuba meyakinkan bahawa
fosil-fosil ini sebenarnya wujud. Sebahagian organisasi media yang
berkongsi pandangan materialistik mereka, juga turut cuba menipu
masyarakat awam dan cuba menanamkan kisah dogeng evolusi ini ke
dalam pemikiran mereka secara diam-diam. Walau segigih mana pun
mereka mencuba, kebenaran telah pun terbukti: Manusia tidak muncul
melalui proses evolusi, tetapi ia telah diciptakan oleh Allah. Oleh
itu, dia mesti bertanggungjawab terhadap-Nya walau pun dia tidak
menghendakinya dia tetap akan menyempurnakan tanggungjawab ini.
  
61 David Pilbeam, "Humans
Lose an Early Ancestor", Science, April 1982, pp. 6-7.
62 Solly Zuckerman, Beyond The Ivory Tower,
New York: Toplinger Publications, 1970, pp. 75-94.
63 Charles E. Oxnard, "The Place of Australopithecines
in Human Evolution: Grounds for Doubt", Nature, Vol 258, p. 389.
64 Fred Spoor, Bernard Wood, Frans Zonneveld,
"Implication of Early Hominid Labryntine Morphology for Evolution
of Human Bipedal Locomotion", Nature, Vol 369, June 23, 1994, pp.
645-648.
65 Holly Smith, American Journal of Physical
Antropology, Vol 94, 1994, pp. 307-325.
66 Fred Spoor, Bernard Wood, Frans Zonneveld,
"Implication of Early Hominid Labryntine Morphology for Evolution
of Human Bipedal Locomotion", Nature, vol 369, June 23, 1994, p.
645-648.
67 Tim Bromage, New Scientist, vol 133, 1992,
p. 38-41.
68 J. E. Cronin, N. T. Boaz, C. B. Stringer,
Y. Rak, "Tempo and Mode in Hominid Evolution", Nature, Vol 292,
1981, p. 113-122.
69 C. L. Brace, H. Nelson, N. Korn, M. L.
Brace, Atlas of Human Evolution, 2.b. New York: Rinehart and Wilson,
1979.
70 Alan Walker, Scientific American, vol
239 (2), 1978, p. 54.
71 Marvin Lubenow, Bones of Contention, Grand
Rapids, Baker, 1992, p. 83.
72 Boyce Rensberger, The Washington Post,
November 19, 1984.
73 Ibid.
74 Richard Leakey, The Making of Mankind,
London: Sphere Books, 1981, p. 62.
75 Marvin Lubenow, Bones of Contention, Grand
Rapids, Baker, 1992. p. 136.
76 Erik Trinkaus, "Hard Times Among the Neanderthals",
Natural History, vol 87, December 1978, p. 10; R. L. Holloway, "The
Neanderthal Brain: What Was Primitive", American Journal of Physical
Anthropology Supplement, Vol 12, 1991, p. 94.
77 Alan Walker, Science, vol 207, 1980, p.
1103.
78 A. J. Kelso, Physical Antropology, 1st
ed., New York: J. B. Lipincott Co., 1970, p. 221; M. D. Leakey,
Olduvai Gorge, Vol 3, Cambridge: Cambridge University Press, 1971,
p. 272.
79 S. J. Gould, Natural History, Vol 85, 1976,
p. 30.
80 Time, November 1996.
81 L. S. B. Leakey, The Origin of Homo Sapiens,
ed. F. Borde, Paris: UNESCO, 1972, p. 25-29; L. S. B. Leakey, By
the Evidence, New York: Harcourt Brace Jovanovich, 1974.
82 "Is This The Face of Our Past", Discover,
December 1997, pp. 97-100.
83 A. J. Kelso, Physical Anthropology,
1.b., 1970, pp. 221; M. D. Leakey, Olduvai Gorge, Vol 3, Cambridge:
Cambridge University Press, 1971, p. 272.
84 Donald C. Johanson & M. A. Edey, Lucy:
The Beginnings of Humankind, New York: Simon & Schuster, 1981,
p. 250.
85 Science News, Vol 115, 1979, pp. 196-197.
86 Ian Anderson, New Scientist, Vol 98, 1983,
p. 373.
87 Russell H. Tuttle, Natural History, March
1990, pp. 61-64.
88 Ruth Henke, "Aufrecht aus den Baumen",
Focus, Vol 39, 1996, p. 178.
89 Elaine Morgan, The Scars of Evolution,
New York: Oxford University Press, 1994, p. 5. 
90 Solly Zuckerman, Beyond The Ivory Tower,
New York: Toplinger Publications, 1970, p. 19.
|