PENIPUAN EVOLUSI
Tidak terdapat sebarang bukti kukuh
untuk menyokong imej "manusia-beruk" yang terus didoktrinkan
oleh pihak media dan golongan akademik evolusionis. Dengan berus
yang masih di tangan, para evolusionis ini menghasilkan makhluk
khayalan mereka, tetapi kenyataan bahawa lukisan-lukisan mereka
ini langsung tidak menepati fosil-fosil yang ditemui, telah memberikan
masalah yang besar kepada mereka. Antara cara yang digunakan untuk
menangani masalah ini ialah dengan "mencipta" fosil-fosil
yang sebenarnya tidak pernah ditemui. Piltdown Man, skandal
terbesar di dalam sejarah sains, merupakan di antara contoh metode
tersebut.
Piltdown Man: Sekeping Rahang Orang Utan dan Sebiji
Tengkorak Manusia
Kisah Sebuah Penipuan
Fosil-fosil tersebut telah digali
oleh Charles Dawson dan telah diberikan kepada Sir Arthur
Smith Woodward. |
|
 |
Serpihan-serpihan telah dipasang
semula untuk membentuk tengkorak terkena. |
Serpihan Tengkorak Manusia
Rahang Orang Utan
|
 |
Berdasarkan kepada pemasangan semula
tengkorak tersebut, beberapa lukisan dan ukiran telah
dihasilkan, sejumlah artikel dan dokumentari telah ditulis.
Tengkorak asal telah dipamerkan di Muzium British. |
|
 |
Setelah 40 tahun selepas penemuannya,
fosil Piltdown Man telah dibuktikan sebagai satu penipuan
oleh sekumpulan penyelidik. |
|
 |
|
Seorang doktor yang amat dikenali yang juga seorang ahli paleontologi
(ilmu kaji manusia), Charles Dawson telah mendakwa menemui
sekeping tulang rahang dan serpihan tengkorak
manusia di dalam sebuah lombong di Piltdown, England dalam tahun
1912. Walau pun, rahang tersebut menyerupai beruk tetapi gigi dan
tengkoraknya lebih mirip kepada manusia. Ia kemudian telah dikenali
sebagai "Piltdown Man". Ia didakwa berusia 500
ribu tahun dan telah dipamerkan di beberapa buah muzium sebagai
bukti evolusi manusia yang jelas. Selama 40 tahun, ramai saintis
telah menulis berbagai artikel berkenaan Piltdown Man ini. Berbagaitafsiran
dan lakaran lukisan telah dihasilkan, dan fosil ini kemudian telah
dikemukakan sebagai sebuah bukti penting terhadap evolusi manusia.
Tidak kurang daripada 500 tesis kedoktoran telah ditulis di bawah
tajuk ini.55Seorang
ahli paleontologi Amerika, Henry Fairfield Osborn, ketika
melawat Muzium British dalam tahun 1935, telah berkata, "...
kita perlu diperingatkan berulang-ulang kali bahawa Alam Semula
jadi ini dipenuhi dengan berbagai paradok dan ini merupakan sebuah
penemuan yang memeranjatkan tentang manusia terawal ..."56
Pada tahun 1949, Kenneth Oakley, daripada Jabatan Paleontologi
Muzium British telah melakukan "ujian florin", satu ujian
yang dijalankan untuk mengenal pasti usia sesebuah fosil lama. Suatu
ujian telah dijalankanke atas fosil Piltdown Man ini. Hasilnya amat
memeranjatkan! Ketika ujian, didapati tulang rahang tersebut tidak
mengandungi sebarang florin. Ini menunjukkan bahawa ia telah ditanam
beberapa tahun sahaja di dalam tanah. Sementara, tengkorak tersebut
pula hanya mengandung sedikit florin, menunjukkan bahawa ia hanya
berusia beberapa ribu tahun sahaja.
Kajian seterusnya yang dijalankan dengan menggunakan
kaedah ujian florin yang sama telah mendapati bahawa tengkorak tersebut
hanya berusia beberapa ribu tahun sahaja. Ia juga telah menunjukkan
bahawa gigi-gigi yang terdapat pada rahang tersebut adalah kepunyaan
seekor orang utan yang telah dipasangkan (pada rahang tersebut)
dan segala peralatan primitif yang ditemui adalah bahan tiruan yang
telah dipalsukan dengan peralatan-peralatan besi.57
Di dalam ujian lebih terperinci yang telah disempurnakan oleh Weiner,
penipuan ini telah didedahkan kepada umum pada tahun 1953. Tengkorak
tersebut adalah kepunyaan manusia berusia 500 ribu tahun dan tulang
rahang tersebut pula adalah kepunyaan seekor orang utan moden yang
telah mati !. Gigi-giginya pula telah diaturkan di dalam satu
susunan dan dimasukkan ke dalam rahang, dan ia juga telah ditokok
tambah untuk menjadikannya lebih mirip kepada manusia. Kemudian
semua serpihan ini telah disalut dengan "potassium dichromate"
* untuk menjadikannya kelihatan usang. Lapisan yang disalut ini
mulai hilang apabila ia direndam ke dalam asid. Le Gros Clark,
antara individu yang terlibat di dalam kumpulan yang membongkar
penipuan ini tidak dapat menyembunyikan rasa terperanjatnyadan berkata,
"Bukti kepalsuan ini amat jelas kelihatan.
Ianya amat ketara sehinggakan mereka tertanya-tanya – bagaimana
mereka tidak dapat mengesannya sebelum ini?".58
Setelah menyedari keadaan ini, Piltdown Man telah dipindahkan
dengan segera daripada Muzium British setelah dipamerkan selama
40 tahun.
* Potassium Dichromate – sejenis bahan kimia tidak
berwarna seperti kristal, digunakan di dalam perusahaan mancis dan
bahan letupan. (KC103)
Nebraska Man: Sebatang Gigi Babi
Di dalam tahun 1922, Henry Fairfield Osborn, pengurus American
Museum of Natural History, mendakwa telah menemui sebatang fosil
gigi geraham di barat Nebraska berhampiran Snake Brook, kepunyaan
Zaman Pliocene. Gigi tersebut mempunyai kriteria-kriteria yang mirip
kepada manusia dan beruk. Perbalahan di antara saintis mula berlaku
apabila sebahagian daripada mereka mendakwa ianya adalah daripada
Pithecanthropus erectus. Sementara yang lain pula mendakwa ianya
adalah lebih mirip kepada manusia. Fosil yang telah menimbulkan
perbalahan ini telah dinamakan sebagai "Nebraska Man".
Ia juga telah dinamakan dengan "istilah saintifik",
Hesperopithecus haroldcooki.
Gambar ini telah dilukis berdasarkan kepada sebatang gigi
dan ia telah diterbitkan di dalam majalah Illustrated London
News pada 24 Julai 1922. Bagaimana pun, para evolusionis merasa
amat kecewa apabila ia telah dikenal pasti bukan kepunyaan
beruk atau manusia, tetapi sebenarnya ia dalah kepunyaan satu
spesies babi yang telah pupus. |
Banyak pihak telah memberikan sokongan mereka kepada Osborn. Dengan
hanya berdasarkan kepada sebatang gigi ini, pembinaan semula kepala
dan badan Nebraska Man telah dilakarkan semula. Malah Nebraska Man
telah digambarkan bersama dengan isteri dan anak-anaknya seperti
sebuah keluarga, dengan berlatarbelakangkan alam semula jadi.
Semua senario ini telah dihasilkan dengan hanya berdasarkan kepada
sebatang gigi. Para evolusionis amat mengiktiraf "manusia hantu"
ini. Sehinggakan apabila seorang penyelidik, William Bryan
membantah keputusan mereka yang tidak adil dengan hanya berpandukan
kepada sebatang gigi, maka beliau telah dikritik dengan hebatnya.
Pada 1927, bahagian-bahagian lain tengkorak telah
ditemui. Berdasarkan kepada serpihan-serpihan baru ini, didapati
gigi tersebut bukan kepunyaan seorang manusia atau seekor beruk.
Sebaliknya, ia adalah kepunyaan sejenis babi liar di Amerika yang
telah pupus, dikenali sebagai prostennops. William Bryan telah menulis
sebuah artikel di dalam majalah Science bertajuk "Hesperopithecus:
Apparently not an ape nor a man".59
Setelah itu, semua lukisan-lukisan Hesperopithecus haroldcooki
telah dibuang daripada bacaan-bacaan evolusi.
OTA BENGA: Orang Asli Afrika Yang Dimasukkan Ke
Dalam Sangkar
Setelah Darwin melanjutkan dakwaan beliau di dalam buku bertajuk
"The Descent of Man", bahawa manusia terbentuk daripada
beruk, dia mula mencari fosil-fosil untuk menyokong dakwaannya.
Bagaimana pun, evolusionis percaya makhluk separuh manusia-beruk
tidak hanya dapat ditemui di dalam bentuk fosil, tetapi ia juga
hidup di kawasan-kawasan tertentu dunia. Pada awal kurun ke-20,
penemuan "rangkaian peralihan hidup" telah menyebabkan
berlakunya sebuah tragedi yang tidak diduga. Tragedi paling kejam
melibatkan seorang kerdil yang digelar Ota Benga.

OTA BENGA: Pigmi di dalam zoo |
Ota Benga telah ditangkap pada tahun 1904 oleh
seorang penyelidikdi Congo. Nama yang diberikan kepadanya bermaksud
"kawan". Dia mempunyai seorang isteri dan dua orang anak.
Setelah dikurung dan dirantai seperti binatang, dia telah dibawa
ke Amerika Syarikat dan evolusionis telah mempamerkannya di khalayak
ramai di Pesta Dunia St. Louis bersama dengan spesies-spesies beruk
yang lain. Ia diperkenalkan sebagai "rangkaian peralihan
paling hampir dengan manusia". Dua tahun kemudian, mereka
membawanya ke Zoo Bronx di New York dan mereka mempamerkannya di
bawah sektor "Peninggalan Nenek Moyang Manusia", bersama
dengan beberapa ekor cimpanzi, seekor gorila bernama Dilah dan seekor
orang utan bernama Dohung. Dr. William T. Hornaday, pengarah
zoo berkenaan telah memberikan ucapan yang panjang lebar betapa
beliau merasa amat bangga kerana menempatkan "formasi peralihan"
ganjil ini di zoonya. Dia telah melayan Ota Benga seolah-olah ia
adalah benar-benar seekor haiwan. Kerana tidak tahan menerima layanan
buruk ini, Ota Benga telah membunuh diri.60
Piltdown Man, Nebraska Man, Ota Benga... semua skandal-skandal
ini menunjukkan bahawa saintis evolusionis tidak akan teragak-agak
untukmenggunakan apa sahaja cara yang tidak saintifik untuk membuktikan
teori mereka. Tanamkan fakta ini di dalam fikiran apabila melihat
bukti-bukti yang didakwa sebagai legenda evolusi manusia, kerana
kita berhadapan dengan situasi yang sama. Terdapat berbagai cerita
khayalan dan sekumpulan sukarelawan yang bersedia untuk melakukan
apa sahaja bagi mengesahkan cerita ini.
  
55 Malcolm Muggeridge,
The End of Christendom, Grand Rapids, Eerdmans, 1980, p. 59.
56 Stephen Jay Gould, "Smith Woodward's Folly",
New Scientist, February 5, 1979, p. 44.
57 Kenneth Oakley, William Le Gros Clark
& J. S, "Piltdown", Meydan Larousse, Vol 10, p. 133.
58 Stephen Jay Gould, "Smith Woodward's Folly",
New Scientist, April 5, 1979, p. 44.
59 W. K. Gregory, "Hesperopithecus Apparently
Not An Ape Nor A Man", Science, Vol 66, December 1927, p. 579.
60 Philips Verner Bradford, Harvey Blume,
Ota Benga: The Pygmy in The Zoo, New York: Delta Books, 1992.
|