TAFSIRAN FOSIL
EVOLUSIONIS YANG MENIPU
Sebelum kita mengkaji dengan lebih
terperinci legenda (dongengan) manusia evolusi ini, perlu diterangkan
metode propaganda yang mempengaruhi sebahagian besar masyarakat
awam terhadap kewujudan makhluk separuh manusia-separuh beruk yang
kononnya hidup di zaman lampau. Propaganda-propaganda ini menggunakan
pembentukan semula yang telah dibuat berdasarkan fosil-fosil yang
telah ditemui. Pembentukan semula yang dimaksudkan ialah dengan
melukis gambar atau mengubahsuai sebuah model hidup dengan hanya
berpandukan kepada sebatang tulang dan kalang kala hanya berdasarkan
sekeping serpihan yang dikeluarkan daripada tanah. Makhluk manusia-beruk
yang sering kita saksikan di kaca televisyen, surat khabar, majalah-majalah
dan filem-filem, adalah hasil pembentukan semulaini.
Memandangkan fosil-fosil ini ditemui
di dalam keadaan bersepah dan tidak sempurna, maka sebarang andaian
yang dibuat berdasarkannya hanya spekulasi (agakan) sahaja. Tambahan
pula, pembentukan semula ini (lukisan atau model) telah dibuat oleh
evolusionis berdasarkan saki baki fosil yang telah disediakan secara
agakan semata-mata untuk mengesahkan tesis-tesis evolusi mereka.
Seorang ahli antropologi daripada Harvard, David R. Pilbeam,
menegaskan kenyataan ini apabila beliau menyatakan; "Sekurang-kurangnya
di dalam paleontologi, data-data masih jarang sekali dipengaruhi
oleh tafsiran-tafsiran teori. Teori-teori di masa lampau telah
menjejaskan ideologi kita melebihi daripada data-data yang tepat".53
Memandangkan masyarakat kini amat terpengaruh dengan maklumat-maklumat
visual, pembentukan semula ini telah membantu matlamat evolusionis,
iaitu untuk meyakinkan masyarakat bahawa makhluk-makhluk yang telah
diubah suai ini sememangnya telah wujud di masa lampau.
|
Lukisan- Lukisan Khayalan |
 

|
|
Di dalam gambar-gambar dan binaan semula mereka, evolusionis
telah dengan sengaja memberikan bentuk kepada sifat-sifat
yang sebenarnya tidak meninggalkan sebarang fosil, seperti
struktur hidung dan bibir, bentuk rambut, dan kening, dan
bahagian-bahagian berambut lain, untuk menyokong evolusi.
Mereka juga telah menyediakan gambar-gambar terperinci yang
menggambarkan makhluk-makhluk khayalan ini berjalan bersama
dengan keluarga mereka, memburu, atau dalam keadaan melakukan
kerja-kerja harian mereka. Bagaimana pun, lukisan-lukisan
ini semuanya adalah khayalan-khayalan imaginasi dan tidak
mempunyai sebarang kaitan dengan rekod fosil. |
Pada peringkat ini kita perlu menggariskan beberapa fakta penting:
pembentukan semula yang dilakukan ini hanya berdasarkan kepada saki
baki tulang hanya dapat menjelaskan beberapa kriteria asas objek
tersebut memandangkan butiran-butiran yang lebih jelas terdiri daripada
tisu-tisu lembut yang mudah reput ditelah zaman. Oleh itu, dengan
tafsiran samar terhadap tisu-tisu ini, maka lukisan atau model yang
diubah suai ini bergantung sepenuhnya kepada imaginasi khayalan
individu yang melakukannya. Earnts A. Hooten, daripada Harvard,
menerangkan situasi ini seperti berikut:
Untuk cuba mengembalikan bahagian-bahagian
yang lembut ini adalah sesuatu yang amat sukar. Bibir, mata, telinga
dan hujung hidung tidak meninggalkan sebarang tanda di atas mana-mana
bahagian tulang. Kamu mungkin, dengan bantuan peralatan-peralatan
yang sempurna, dapat mereka tengkorak Neanderthal seperti seekor
cimpanzi atau seperti seorang ahli falsafah. Pembentukan semula
yang didakwa sebagai sejenis manusia purba ini, mempunyai (jika
ada) nilai saintifik yang amat rendah dan hanya akan mengelirukan
masyarakat umum. Oleh itu jangan sekali-kali kamu mempercayai
pembentukan semula ini.54
TIGA BINAAN SEMULA BERDASARKAN KEPADATENGKORAK YANG SAMA
 |
Tambahan pula, para evolusionis ini telah mereka berbagai cerita
dongeng, sehinggakan mereka menggambarkan wajah yang berbeza dengan
berdasarkan kepada tengkorak yang sama. Sebagai contoh, tiga buah
lukisan binaan semula yang dibuat berdasarkan sebuah fosil yang
digelar "Australopithecus Robustus (Zinjanthroptus)",
merupakan sebuah bukti terkenal terhadap kepalsuan ini.
Tafsiran yang berat sebelah terhadap fosil-fosil ini atau pemalsuan
terhadap berbagai khayalan pembinaan semula ini, menunjukkan betapa
kerapnya para evolusionis ini menggunakannya untuk menipu. Malah
mereka tidak sedikit pun merasa bersalah apabila membayangkan bahawa
penipuan mereka ini telah tinggal kekal di dalam lipatan sejarah
evolusi.
  
53 David R. Pilbeam,
"Rearranging Our Family Tree", Nature, June 1978, p. 40.
54 Earnest A. Hooton, Up From The Ape, New
York: McMillan, 1931, p. 332.
|