ASAL USUL BURUNG
DAN MAMALIA
Menurut teori evolusi, hidupan telah
terbentuk dan berkembang di dalam laut dan kemudian telah dipindahkan
ke darat oleh amfibia. Senario evolusi ini juga menyebut bahawa
amfibia ini telah berubah menjadi reptilia, makhluk yang hanya hidup
di atas darat. Sekali lagi senario ini tidak masuk akal, jika dilihat
kepada perbezaan-perbezaan struktur yang amat besar di antara kedua
kelas haiwan ini. Sebagai contoh, telur amfibia dibentuk untuk berkembang
di dalam air, sementara telur reptilia pula dibentuk untuk berkembang
di atas darat. Evolusi berperingkat seekor amfibia adalah tidak
wajar, kerana tanpa sebiji telur yang sempurna dan lengkap binaannya,
adalah mustahil bagi satu spesies untuk selamat. Tambahan pula,
seperti biasa, tidak terdapat sebarang bukti formasi-formasi perantaraan
yang sepatutnya menyambungkan amfibia dan reptilia. Seorang ahli
paleontologi evolusionis dan juga seorang pakar paleontologi vertebrat,
Robert L. Carroll terpaksa menerima kenyataan bahawa "reptilia
pertama adalah amat berbeza daripada amfibia dan nenek moyangnya
masih belum ditemui".36
Tetapi kebuntuan senario ini masih belum tamat. Mereka masih bermasalah
untuk membolehkan makhluk-makhluk ini terbang! Memandangkan evolusionis
percaya bahawa burung telah berubah, maka mereka telah mendakwa
bahawa ia telah berubah rupa daripada reptilia. Bagaimana pun, tidak
satu pun sifat-sifat burung, yang mempunyai struktur yang sama sekali
berbeza dengan makhluk-makhluk haiwan yang hidup di atas darat,
dapat dijelaskan melalui evolusi beransur ansur. Di antaranya, ialah
sayap, yang merupakan sifat istimewa bagi burung, ia merupakan kebuntuan
yang paling sukar kepada evolusionis. Seorang evolusionis berbangsa
Turki, Engin Korur, mengakui kemustahilan evolusi sayap:
Persamaan sifat yang terdapat pada mata dan
sayap ialah ia hanya akan berfungsi apabila telah terbentuk sepenuhnya.
dengan kata lain, mata yang terbentuk separuh jalan tidak akan
dapat melihat; dan burung dengan sayap yang hanya separuh terbentuk
tidak akan dapat terbang. Bagaimana organ-organ ini terbentuk,
telah menjadi suatu misteri alam semula jadi yang perlu kaji.37
Persoalan bagaimana struktur sayap yang sempurna dapat terbentuk
sebagai hasil mutasi rawak yang berterusan, tidak dapat dijawab.
Tidak ada cara untuk menjelaskan bagaimana tangan depan seekor reptilia
dapat berubah menjadi sayap yang berfungsi dengan sempurna hasil
daripada perubahan di dalam gennya (mutasi)
Tambahan pula, dengan hanya mempunyai sayap masih belum dapat membolehkan
seekor hidupan darat untuk terbang. Makhluk darat tidak mempunyai
banyak mekanisme berstruktur yang digunakan oleh burung untuk terbang.
Sebagai contoh, daging burung adalah lebih ringan daripada daging
hidupan darat. Paru-paru mereka berfungsi dengan cara yang jauh
berbeza. Mereka mempunyai sistem otot dan kerangka yang berbeza,
dan sebuah sistem edaran jantung yang istimewa. Sifat-sifat ini
amat diperlukan untuk terbang seperti mana keperluan sayap. Semua
mekanisme ini perlu wujud bersama pada masa yang sama, ia tidak
dapat terbentuk secara beransur ansur dengan cara "dikumpulkan".
Kerana itulah dakwaan teori ini bahawa organisma darat telah berubah
kepada organisma udara adalah salah sama sekali.
Semua ini menimbulkan persoalan lain di minda kita: sekiranya cerita
pelik ini adalah benar, maka mengapa evolusionis masih belum dapat
menemui sebarang fosil "separuh sayap" atau "satu
sayap" untuk menguatkan teori mereka?
Satu Lagi Formasi Perantaraan : ARCHÆOPTERYX
Evolusionis telah mengumumkan nama seekor makhluk sebagai respons.
Ia adalah fosil seekor burung yang digelar Archæopteryx yang
merupakan formasi perantaraan yang paling terkenal di kalangan beberapa
fosil lain yang masih dipertahankan oleh evolusionis. Archæopteryx,
moyang burung moden kini mengikut evolusionis, telah hidup 150 juta
tahun dahulu. Teori ini berpendapat bahawa beberapa dinosaur bersisik
kecil yang dinamakan sebagai Velociraptor atau Dromeosaur
telah berubah dengan mendapat sayap dan kemudian mulai terbang.
Oleh itu, Archæopteryx telah didakwa sebagai formasi perantaraan
yang telah terpesong daripada nenek moyangnya dan mulai terbang
untuk pertama kali.
Bagaimana pun, kajian terkini terhadap fosil Archæopteryx ini telah
menunjukkan bahawa makhluk ini sebenarnya bukan formasi perantaraan,
tetapi hanya seekor burung yang mempunyai beberapa karakter yang
berbeza dengan burung-burung hari ini.
|
PARU - PARU ISTIMEWA UNTUK
BURUNG
Bentuk badan burung amat
jauh berbeza daripada reptilia, yang sepatutnya menjadi
moyang mereka. Paru-paru burung berfungsi berbeza daripada
paru-paru haiwan-haiwan darat. Haiwan darat bernafas ke
dalam dan keluar melalui saluran udara yang sama. Tetapi
bagi burung, apabila udara masuk ke dalam paru-paru dari
hadapan dan ia akan keluar mengikut arah belakang. ‘Rekaan'
ini hanya dikhususkan kepada burung sahaja, yang memerlukan
oksigen yang lebih ketika terbang. Adalah mustahil bagi
struktur seperti ini untuk berubah daripada paru-paru reptilia.
|
Tesis yang menyatakan bahawa Archæopteryx adalah seekor makhluk
"separuh burung" yang tidak dapat terbang telah menjadi
popular di kalangan para evolusionis untuk beberapa lama. Ketiadaan
sebuah sternum, iaitu tulang dada, di dalam makhluk ini, telah menjadi
bukti paling penting bahawa burung ini tidak boleh terbang dengan
baik. (Tulang dada ini ialah tulang yang terdapat di bawah torak
(thorax) di mana otot-otot amat diperlukan untuk terbang. Pada hari
ini, tulang dada ini terdapat di dalam semua burung yang boleh terbang
atau tidak, malah terdapat juga di dalam kelawar – mamalia terbang
dari sebuah keluarga yang berlainan.)
Bagaimana pun, fosil Archæopteryx ke tujuh yang ditemui pada
tahun 1992 telah menggemparkan semua evolusionis. Ini kerana
melalui penemuan fosil Archæopteryx ini, telah ditemui tulang dada
yang didakwa oleh evolusionis telah hilang, sebenarnya masih ada.
Penemuan fosil ini telah disiarkan di dalam majalah Nature
seperti berikut:
Penemuan spesimen Archæopteryx ke tujuh ini
telah mengubah satu bahagian bersegi empat sternum yang lama telah
diramalkan tetapi tidak didokumenkan. Ini membuktikan ia adalah
otot terbang yang kuat.38
Penemuan ini telah membatalkan pasak utama dakwaan bahawa Archæopteryx
adalah makhluk separuh-burung yang tidak boleh terbang dengan baik.
Di segi lain, struktur bulu burung juga telah
menjadi satu bukti yang amat penting untuk mengesahkan bahawa Archæopteryx
sebenarnya adalah seekor burung yang boleh terbang. Struktur asimetri
bulu Archæopteryx yang tidak berbeza daripada burung-burung moden
menunjukkan bahawa haiwan ini dapat terbang dengan baik. Seperti
yang dinyatakan oleh seorang ahli paleontologi terkenal, Carl
O. Dunbar, "Disebabkan oleh bulu Archæopteryx, ia sepatutnya
dikelaskan sebagai seekor burung".39
Fakta lain yang dapat didedahkan oleh struktur bulu Archæopteryx
ialah metabolisme berdarah-panas burung. Seperti yang diketahui,
reptilia dan dinosaur adalah haiwan berdarah sejuk yang lebih terkesan
dengan suhu persekitaran daripada mengatur suhu tubuhnya sendiri.
Suatu fungsi penting bulu burung ialah untuk mengekalkan suhu badan
haiwan. Fakta bahawa Archæopteryx mempunyai bulu menunjukkan ia
adalah seekor burung yang berdarah panas yang perlu untuk mengekalkan
suhu badannya, berlainan dengan dinosaur.
Spekulasi Evolusionis : Gigi dan Kuku ArchÆopteryx
Dua hujah yang digunakan oleh evolusionis apabila mendakwa Archæopteryx
sebagai sebuah formasi perantaraan ialah kuku pada sayap dan giginya.
Memang benar Archæopteryx mempunyai kuku pada sayapnya dan gigi
di dalam mulutnya, tetapi sifat-sifat ini tidak menunjukkan bahawa
ia mempunyai sebarang hubungan dengan reptilia. Tambahan pula, dua
jenis burung yang terdapat hari ini, Tauraco dan Hoatzin
juga mempunyai kuku untuk mencengkam dahan-dahan. Makhluk ini adalah
burung yang lengkap tanpa sebarang karakter reptilia. Kerana itu,
adalah maka amat tidak masuk akal untuk mendakwa bahawa Archæopteryx
sebagai satu formasi peralihan dengan hanya berdasarkan kepada kuku
pada sayapnya.
Fakta paling penting di sini ialah, struktur
gigi Archæopteryx dan burung-burung lain yang bergigi adalah
sama sekali berbeza dengan dinosaur yang didakwa sebagai moyang
mereka. Ahli-ahli ornitologi terkenal, Martin, Steward, dan
Whetstone menyatakan bahawa Archæopteryx dan burung-burung lain
yang bergigi, mempunyai gigi dengan permukaan atas yang rata dan
akar yang besar. Tetapi gigi dinosaur adalah menonjol seperti gergaji
dan mempunyai akar yang sempit.40
Para penyelidik juga telah membandingkan tulang
pergelangan lengan Archæopteryx dan moyangnya, dinosaur, dan tidak
menemui sebarang persamaan di antara keduanya.41
Kajian ahli-ahli anatomi seperti Tarsitano,
Hecht, dan A.D. Walker mendapati beberapa "persamaan"
yang didakwa wujud di antara makhluk ini dan dinosaur seperti yang
dikemukakan oleh John Ostrom, yang mendakwa bahawa Archæopteryx
telah berubah daripada dinosaur, sebenarnya adalah sebuah tafsiran
yang tersasar.42
Semua penemuan ini menunjukkan bahawa Archæopteryx bukan sebuah
rangkaian perantaraan, tetapi hanya seekor burung yang dimasukkan
di bawah kategori "burung bergigi".
ArchÆopteryx dan Fosil-fosil Burung Purba
Yang Lain
Ketika evolusionis selama beberapa dekad telah mendakwa Archæopteryx
sebagai bukti terunggul terhadap senario yang berkaitan dengan evolusi
burung, beberapa penemuan terkini fosil-fosil ini telah membatalkan
senario tersebut dari sudut lain.
1. Bulu-bulu ini membuktikan bahawa ia adalah haiwan
berdarah panas dan boleh terbang
2. Tulang-tulang yang berongga, seperti di dalam burung
moden.
3. Gigi di dalam rahangnya tidak membuktikan bahawa ia
mempunyai hubungan dengan reptilia. Pada zaman dahulu, terdapat
banyak spesies burung "bergigi" wujud.
4. Beberapa jenis burung kini juga mempunyai kuku pada
sayap mereka
5. Penemuan spesimen ke-7 Archaeopteryx
yang mempunyai tulang dada terlungkap, membuktikan bahawa
burung ini mempunyai otot-otot yang kuat untuk terbang seperti
burung-burung moden.
|
Lianhai Hou, dan Zhonghe Zhou,
dua orang ahli paleontologi di Chinese Institute of Vertebrate Paleontology,
telah menemui sebuah fosil burung baru pada tahun 1995 yang mereka
dinamakan Confuciusornis. Burung ini berusia hampir sama
dengan usia Archæopteryx (sekitar 1400 tahun), tetapi ia tidak mempunyai
gigi di dalam mulutnya. Tambahan pula, paruh dan bulunya mempunyai
sifat yang sama dengan burung-burung yang terdapat hari ini. Ia
mempunyai struktur tengkorak burung moden dan burung ini juga memiliki
kuku pada sayapnya, seperti Archæopteryx. Sebuah struktur khas digelar
"pygostyle" terdapat di dalam spesies burung ini
untuk menyokong bulu ekor. Ringkasnya, burung ini, yang berusia
sama dengan Archæopteryx (yang dianggap sebagai keturunan burung
tertua dan diterima sebagai semi-reptilia), kelihatan amat mirip
seperti seekor burung moden. Fakta ini telah membatalkan semua tesis
evolusionis yang menganggap Archæopteryx sebagai moyang burung yang
paling primitif.43

Apabila bulu burung dikaji dengan lebih teliti, ia didapati
terbentuk daripada beribu-ribu sulur paut halus yang saling
bersambung antara satu sama lain dengan cangkuk. Rekaan yang
unik ini terhasil di dalam hasil kerja aerodinamik yang Maha
Agung. |
Fosil lain yang telah digali di China pada November
1996, telah menyebabkan kekeliruan yang hebat. Kewujudan burung
berusia 130 juta tahun yang digelar Liaoningornis, telah
diumumkan di dalam majalah Science oleh Hou, Martin
dan Alan Feduccia. Liaoningornis mempunyai tulang dada di
mana terdapat otot-otot untuk terbang, tidak ubah seperti burung-burung
moden. Burung ini juga menyerupai burung moden dari segi yang lain.
Yang membezakannya hanyalah gigi di dalam mulutnya. Situasi ini
menunjukkan bahawa burung-burung bergigi tidak mempunyai struktur
primitif seperti yang didakwa oleh evolusionis.44
ia telah disebut di dalam sebuah artikel di
dalam majalah Discovery, "Whence came birds? This fossil
says that not from dinosaurs".45
Fosil lain untuk menyanggah dakwaan evolusionis
menganggap Archæopteryx adalah Eoalulavis. Struktur sayap Eoalulavis,
yang dianggarkan berusia 30 juta tahun lebih tua daripada Archæopteryx,
menyerupai sayap burung moden yang terbang perlahan. Ini membuktikan
bahawa 120 juta tahun dahulu, terdapat burung-burung yang menyerupai
burung-burung moden yang terbang di angkasa.46
Fakta-fakta ini sekali lagi membuktikan bahawa Archæopteryx bukan
burung purba yang menjadi formasi perantaraan. Fosil-fosil tersebut
tidak menunjukkan spesies burung-burung yang berbeza telah berubah
daripada satu sama lain. Sebaliknya, rekod-rekod fosil ini telah
membuktikan bahawa burung-burung moden hari ini dan beberapa burung
purba telah hidup bersama di dalam masa yang sama. Tetapi, sebahagian
daripada spesies burung ini seperti Archæopteryx dan Confuciusornis
telah pupus dan hanya sebahagian spesies pra-wujud ini berjaya sampai
ke masa kini.
Kesimpulannya, beberapa sifat Archæopteryx tidak
menunjukkan hidupan ini ialah sebuah formasi perantaraan! Stephan
Jay Gould dan Niles Eldredge, dua orang ahli paleontologi
daripada Harvard dan dikenali sebagai evolusionis yang terkenal,
menerima Archæopteryx sebagai sebuah "mozek" hidup yang
mempunyai berbagai sifat di dalam bentuknya, tetapi ia tidak boleh
dianggap sebagai sebuah formasi perantaraan.47
Burung Khayalan : Rangkaian Dinosaur

Burung yang dinamakan sebagai Confuciusornis berusia sama
dengan Archæopteryx. |
Dakwaan evolusionis yang cuba memperkenalkan Archæopteryx sebagai
sebuah formasi perantaraan ialah bahawa burung-burung telah berubah
daripada dinosaur. Bagaimana pun, seorang ahli ornitologi terkenal,
Alan Feduccia daripada Universiti Utara Carolina, telah menolak
teori burung mempunyai pertalian dengan dinosaur, walaupun beliau
adalah seorang evolusionis. Beliau menyatakan di dalam bab ini:
Saya telah mengkaji tengkorak burung selama
25 tahun dan saya tidak melihat sebarang persamaan. Saya tidak
dapat melihatnya... Theropod asal burung, pada pandangan saya
adalah sesuatu yang memalukan kepada paleontologi abad ke 20.48
Larry Martin, seorang pakar di dalam bidang burung purba
daripada Universiti Kansas, menolak teori burung datang daripada
keturunan yang sama dengan dinosaur. Apabila membicarakan tentang
percanggahan yang dihadapi oleh evolusionis di dalam subjek ini,
Martin menyatakan:
"Untuk memberitahu kamu yang sebenar,
sekiranya saya menyokong dinosaur sebagai asal burung dengan semua
karakter-karakter ini, saya akan merasa malu sepanjang masa setiap
kali bangun dan bercakap tentangnya."49
Kesimpulannya, senario evolusi burung yang berdasarkan kepada Archæopteryx,
tidak lain hanyalah sebuah hasil pemikiran evolusionis yang prejudis
dan terlampau berharap.
|
APAKAH ASAL USUL LALAT?
Mendakwa
dinosaur berubah menjadi burung, evolusionis menyokong dakwaan
mereka dengan menyatakan bahawa dinosaur yang menyipas kaki
depannya ketika mengejar lalat, telah 'mendapat sayap dan
terbang' seperti yang dapat diperhatikan di dalam gambar.
Tanpa sebarang asas saintifik dan dengan hanya khayalan, teori
ini telah meninggalkan percanggahan yang mudah: contoh yang
digunakan oleh evolusion untuk menggambarkan asal usul terbang,
iaitu lalat telah pun mempunyai kebolehan untuk terbang. Sedangkan
manusia tidak dapat mengelipkan matanya 10 kali dalam masa
sesaat, seekor lalat dapat menipas sayapnya 500 kali sesaat.
Tambahan pula, ia menggerakkan kedua-dua sayapnya serentak.
Sedikit canggung di dalam getaran sayap boleh menyebabkan
lalat tersebut hilang keseimbangan, tetapi ini tidak pernah
berlaku.
Evolusionis sepatutnya terlebih dahulu mengemukakan
penjelasan terhadap bagaimana lalat boleh mendapat kebolehan
untuk terbang. Sebaliknya, mereka mencipta lagi senario khayalan
tentang bagaimana banyak lagi makhluk-makhluk yang pelik seperti
reptilia boleh terbang.
Sedangkan ciptaan sempurna lalat-lalat rumah
dapat membatalkan dakwaan evolusionis ini. Seorang ahli biologi
Robin Wotton telah menulis sebuah artikel bertajuk "The Mechanical
Disign of Fly Wings"
"Semakin banyak kita memahami fungsi sayap serangga,
lebih banyak kehalusan dan keindahan rekaannya muncul. Struktur-struktur
direka untuk mencacatkan seberapa sedikit yang boleh (menjadi
seberapa sempurna yang mungkin), mekanisma-mekanisma telah
direka untuk menggerakkan bahagian-bahagian kompenan di dalam
cara yang boleh diramal. Mereka memiliki beberapa teknologi
yang sejajar".1
Dari segi lain pula, tidak terdapat walau satu
fosil yang boleh menbuktikan evolusi khayalan lalat. Ini yang
dimaksudkan oleh seorang ahli zoologi Perancis, Grasse apabila
beliau menyatakan; "Kita berada di dalam kegelapan dalam mencari
asal usul lalat".2
1 Robin J. Wootton, "The Mechanical
Design of Insect Wings", Scientific American, v. 263, November
1990, p.120
2 Pierre-P Grass, Evolution of Living Organisms, New York,
Academic Press, 1977, p.30. |
Asal Usul Mamalia
Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, teori evolusi menganjurkan
bahawa beberapa makhluk khayalan yang keluar daripada laut telah
berubah kepada reptilia dan burung pula telah berubah daripada reptilia.
Menurut senario yang sama, reptilia tidak hanya menjadi moyang kepada
burung-burung tetapi juga kepada mamalia. Bagaimana pun, terdapat
jurang struktur yang besar di antara reptilia, yang mempunyai sisik
pada badannya, berdarah sejuk, dan membiak dengan cara bertelur,
sedangkan mamalia yang mempunyai kulit pada badannya, berdarah panas,
dan membiak dengan melahirkan anak hidup-hidup.
Satu contoh struktur yang membezakan di antara reptilia dan mamalia
ialah struktur rahang mereka. Rahang bawah mamalia hanya
mengandungi satu tulang rahang dan gigi-gigi ditempatkan di atas
tulang ini. Di dalam reptilia, terdapat tiga batang tulang kecil
di kedua-dua belah rahang. Perbezaan asas lain ialah semua mamalia
mempunyai tiga batang tulang di dalam telinga tengah mereka (tukul,
alas dan rakap). Di dalam telinga tengah reptilia hanya terdapat
sebatang tulang. Evolusionis mendakwa, rahang reptilia dan telinga
tengahnya telah berubah beransur ansur kepada rahang dan telinga
tengah mamalia. Tetapi, persoalan bagaimana perubahan ini boleh
berlalu masih belum dapat dijawab. Terutamanya, persoalan bagaimana
sepasang telinga dengan hanya satu tulang berubah menjadi sepasang
telinga yang mempunyai tiga tulang dan bagaimana proses pendengaran
masih terus berfungsi dalam masa yang sama, masih tidak dapat dijelaskan
lagi. Tidak memeranjatkan apabila tidak satu pun fosil perantaraan
reptilia dan mamalia ditemui. Kerana itulah, seorang ahli paleontologi,
Roger Lewin terpaksa menyatakan bahawa,
"perubahan kepada mamalia yang mungkin hanya berlaku sekali
atau sekurang-kurangnya satu keturunan, masih menjadi satu enigma
(sukar difahami)".50
 Evolusionis
menganjurkan bahawa semua spesies berubah daripada moyang
yang sama. Bagaimana pun, terdapat perbezaan-perbezaan yang
besar di antara spesies-spesies tertentu seperti, beruang,
ikan paus, tikus, dan kelawar. Setiap haiwan ini memiliki
bentuk sistem yang istimewa. Sebagai contoh, kelawar dijadikan
dengan sistem sonar (pengesan gelombang bunyi) yang peka
untuk membantunya mencari jalan di dalam gelap. Sistem-sistem
kompleks ini, yang teknologi moden hanya dapat menirunya,
tidak mungkin terbentuk sebagai hasil perubahan secara kebetulan.
Rekod-rekod fosil juga telah menunjukkan kelawar telah muncul
secara mendadak dan ia tidak pernah melalui sebarang "proses
evolusi".
*Gambar – sebuah fosil kelawar berusia 50
juta tahun, tidak berbeza daripada kelawar moden. (daripada
majalah Science Bil. 154)
|
George Gaylord Simpson, antara evolusionis yang berwibawa
tinggi dan pengasas kepada teori neo-Darwinis mengeluarkan komentar
berikut terhadap fakta yang membingungkan evolusionis ini:
Peristiwa paling sukar di dalam sejarah hidupan
di bumi ialah perubahan daripada Mesozoic, Zaman Reptilia, kepada
Zaman Mamalia. Ia seperti turun ke bawah secara mendadak pada
peringkat di mana semua peranan dimainkan oleh reptilia, terutamanya
dinosaur, di dalam satu jumlah yang besar, dan kekeliruan yang
berbagai, dan kemudian naik semula dengan segera pada latar yang
sama tetapi dengan acuan yang sama sekali baru, acuan di mana
dinosaur sudah tidak wujud sama sekali, reptilia lain pula menjadi
lebih istimewa, dan semua peranan-peranan utama dimainkan oleh
jenis mamalia yang tidak membayangkan perlakuan yang utama.51
Tambahan pula, apabila mamalia mula muncul, ia telah sedia berbeza
di antara satu sama lain. Seperti kelawar, kuda, tikus, dan ikan
paus adalah mamalia dan mereka muncul pada masa geologi yang sama.
Ini membuktikan bahawa hubungan evolusi di antara mereka adalah
mustahil walau dengan sempadan khayalan imaginasi yang paling luas
sekali pun. Seorang ahli zoologi evolusionis, R. Eric Lombard
menyebut perkara ini di dalam sebuah artikel yang disiarkan di dalam
majalah Evolution:
Pencarian terhadap maklumat terperinci yangberguna
di dalam membentuk phylogeny (filum) penyisihan mamalia adalah
sia-sia.52
Ini menunjukkan bahawa semua benda hidup telah muncul di muka bumi
secara mendadak dan di dalam format yang sempurna, tanpa sebarang
proses evolusi. Ia adalah bukti yang kukuh bahawa mereka telah diciptakan.
Bagaimana pun, evolusionis cuba mentafsirkan fakta bahawa spesies
hidupan muncul di dalam cara tertentu sebagai suatu tanda evolusi.
Tetapi rangkaian yang hidupan ini muncul dalamnyaadalah "aturan
penciptaan", memandangkan mustahil untuk membuktikan satu
proses evolusi. Dengan penciptaan yang sempurna dan lengkap, lautan
dan daratan telah dipenuhi dengan hidupan-hidupan dan akhirnya manusia
pun diciptakan. Berlawanan dengankisah "manusia beruk"
ini, yang memperdayakanmasyarakat umum dengan kerjasama propaganda
media, hidupan sebenarnya muncul di atas bumi secara mendadak dan
lengkap terbentuk.
|
Dongengan Evolusi Kuda
Sehingga kini, sebuah rangkaian khayalan yang sepatutnya
menunjukkan evolusi kuda telah dimajukan sebagai prinsip bukti
fosil untuk teori evolusi. Tetapi hari ini, ramai evolusionis
mengakui sendiri bahawa senario teori evolusi sebenarnya telah
bankrap. Seorang evolusionis, Boyce Rensberger, yang membentang
masalah teori evolusi secara beransur ansur di sebuah simposium
empat-hari yang berlangsung pada 1980 di padang Museum of
Natural University di Chicago dengan diperhatikan oleh 150
orang evolusionis, menyebutkan bahawa senario evolusi kuda
tidak mempunyai landasan di dalam rekod-rekod fosil dan bahawa
sebenarnya tidak terdapat sebarang proses evolusi yang berlaku
yang boleh menyebabkan evolusi beransur ansur kuda:
Contoh popular yang sering disebut sebagai evolusi
kuda, menganjurkan sebuah rangkaian perubahan beransur ansur
daripada makhluk berjari empat yang hidup hampir 50 juta tahun
dahulu kepada kuda moden yang mempunyai satu jari kaki yang
lebih panjang, ia telah lama diketahui sebagai tidak benar.
Sebaliknya daripada perubahan beransur ansur ini, fosil setiap spesies
perantaraan muncul sepenuhnya, tanpa perubahan dan kemudian
menjadi pupus. Formasi-formasi peralihan adalah tidak diketahui.1
Pengakuan ikhlas terhadap kebuntuan senario evolusi
kuda, Rensberg telah merujuk kepada "kebuntuan rangkaian
peralihan" yang sebenarnya menjadi masalah besar kepada
teori ini apabila ia dikaitkan dengan rekod-rekod fosil.
Seorang ahli paleontologi terkenal, Colin Patterson,
pengarah Natural History Museum di England, di mana skim "evolusi
kuda" dipamerkan, mengeluarkan kenyataan berikut terhadap
pameran yang masih dipertontonkan kepada umum di tingkat bawah
muzium tersebut:
Terdapat berbagai cerita mengarut, sebahagiannya
lebih banyak khayalan daripada kenyataan, tentang bagaimana
sejarah alam semula jadi sebenarnya. Contoh yang paling terkenal,
yang masih dipamerkan di tingkat bawah, ialah pameran evolusi
kuda yang telah disiapkan kira-kira lima belas tahun dahulu.
Ia talah diperkenalkan sebagai perkara yang benar di dalam
berbagai buku-buku teks. Sekarang saya rasa ia amat mendukacitakan,
lebih-lebih lagi mereka yang telah mereka cerita ini sendiri
telah mulai sedar tentang spekulasi yang terdapat pada benda-benda
ini.2
Apakah asas senario evolusi kuda ini? Senario
ini dibentuk dengan berbagai carta yang penuh dengan penipuan
dengan aturan urutan dari fosil-fosil daripada spesies yang
masih hidup kini di dalam zaman-zaman yang berbeza di India,
Afrika Selatan, Amerika Utara, dan Eropah yang disesuaikan
menyikut imaginasi evolusionis. Terdapat 20 carta evolusi
kuda yang dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik yang berbeza.
Evolusionis tidak menemui sebarang persamaan di dalam isu
susun salur keluarga ini, yang sememangnya berbeza antara
satu sama lain. Satu-satunya persamaan yang disepakati ialah
kepercayaan bahawa makhluk bersaiz anjing yang digelar "Eohippus"
(Hyracotherium) yang hidup Zaman Eocene 55 juta tahun dahulu,
sebagai moyang kepada kuda-kuda moden (Equus). Tetapi untuk
menganggap adanya hubungan evolusi daripada Eohippus kepada
Equus adalah amat tidak konsisten.
Seorang penulis sains evolusionis Gordan R. Taylor,
menjelaskan kebenaran ini di dalam bukunya bertajuk The Great
Evolution Mystery.
Tetapi rasanya kelemahan Darwinisme yang paling
serius ialah kegagalan ahli paleontologi untuk filum-filum
yang meyakinkan atau rangkaian organisma-organisma yang membuktikan
perubahan evolusi yang asas... Kuda sering dianggap sebagai
sebuah contoh yang paling tepat. Tetapi kenyataannya, hubungan
daripada Eohippus dan Equss terlalu eraktik (tidak menentu).
Ia didakwa menunjukkan penambahan berterusan dari segi saiz,
tetapi sebenarnya beberapa varian adalah lebih kecil daripada
Eohippus, bukannya bertambah besar. Spesimen-spesimen daripada
sumber-sumber yang berbeza boleh disatukan di dalam sebuah
rangkaian yang meyakinkan, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan
bahawa ia tersusun mengikut urutan zaman.3
Semua fakta ini merupakan bukti yang kukuh bahawa
carta evolusi kuda ini, yang dianggap sebagai bukti paling
kukuh untuk Darwinisme, tidak lebih daripada cerita-cerita
yang fantastik dan mustahil.
1
Boyce Rensberger, Houston Chronicle, November 5, 1980, p.15
2 Colin Patterson, Harper's, February 1984, p.60
3 Gordon Rattray Taylor, The Great Evolution Mystery, Abacus,
Sphere Books, London, 1984, p. 230 |
  
36 Robert L. Carroll,
Vertebrate Paleontology and Evolution, New York: W. H. Freeman and
Co., 1988, p. 198.
37 Engin Korur, "Gözlerin ve Kanatlarýn Sýrrý"
(The Mystery of the Eyes and the Wings), Bilim ve Teknik, No. 203,
October 1984, p. 25.
38 Nature, Vol 382, August, 1, 1996, p. 401.
39 Carl O. Dunbar, Historical Geology, New
York: John Wiley and Sons, 1961, p. 310.
40 L. D. Martin, J. D. Stewart, K. N. Whetstone,
The Auk, Vol 98, 1980, p. 86.
41 Ibid, p. 86; L. D. Martin "Origins of
Higher Groups of Tetrapods", Ithaca, New York: Comstock Publising
Association, 1991, pp. 485, 540.
42 S. Tarsitano, M. K. Hecht, Zoological
Journal of the Linnaean Society, Vol 69, 1985, p. 178; A. D. Walker,
Geological Magazine, Vol 177, 1980, p. 595.
43 Pat Shipman, "Birds do it... Did Dinosaurs?",
New Scientist, February 1, 1997, p. 31. 
44 "Old Bird", Discover, March 21, 1997.
45 Ibid.
46 Pat Shipman, "Birds Do It... Did Dinosaurs?",
p. 28.
47 S. J. Gould & N. Eldredge, Paleobiology,
Vol 3, 1977, p. 147.
48 Pat Shipman, "Birds Do It... Did Dinosaurs?",
p. 28.
49 Ibid.
50 Roger Lewin, "Bones of Mammals, Ancestors
Fleshed Out", Science, vol 212, June 26, 1981, p. 1492.
51 George Gaylord Simpson, Life Before Man,
New York: Time-Life Books, 1972, p. 42.
52 R. Eric Lombard, "Review of Evolutionary
Principles of the Mammalian Middle Ear, Gerald Fleischer", Evolution,
Vol 33, December 1979, p. 1230.
|