KISAH PERALIHAN
DARIPADA AIR KE DARAT
Evolusionis mendakwa bahawa invertebrat
(haiwan yang tidak bertulang belakang) air yang ditemui di lapisan
batu di kerak bumi Cambrian telah berubah kepada ikan dalam masa
sepuluh juta tahun. Tetapi, seolah-olah invertebrat ini tidak mempunyai
moyang, tidak terdapat sebarang rangkaian peralihan yang membuktikan
bahawa satu proses evolusi telah berlaku di antara haiwan invertebrat
ini dan ikan. Perlu dicatatkan bahawa invertebrat dan ikan mempunyai
perbezaan yang amat besar. Invertebrat mempunyai tisu luaran yang
keras pada kulit luarnya, sedangkan ikan adalah vertebrat (haiwan
bertulang belakang). Seolah-olah telah berlaku satu proses evolusi
besar-besaran yang melalui berbilion-bilion langkah untuk disempurnakan,
oleh itu, sepatutnya terdapat berbilion-bilion formasi perantaraan
untuk membuktikannya.
Evolusionis telah menggali fosil lapisan kerak bumi sejak kira-kira
140 tahun untuk mencari formasi-formasi andaian ini. Mereka telah
menemui berjuta-juta fosil invertebrat dan fosil-fosil ikan, tetapi
tidak seorang pun berjaya menemui walau hanya satu fosil perantaraan
di antara keduanya.
Seorang ahli paleontologi evolusionis, Gelard T. Todd mengakui
kenyataan ini di dalam sebuah artikel bertajuk "Evolution
of the Lung and the Origin of Bony Fishes".
Tiga bahagian-bahagian kecil ikan
bertulang yang pertama muncul di dalam rekod fosil pada masa yang
hampir sama. Mereka telah sedia berbeza dari segi morfologi, dan
mereka berperisai. Bagaimana mereka terbentuk? Apa yang menyebabkan
mereka berbeza sama sekali? Bagaimana mereka dapat berperisai
sebegitu sekali? Dan kenapa tidak terdapat sebarang kesan formasi-formasi
awal dan pertengahan?30
| 
Mengikut senario andaian "daripada
air ke darat", beberapa ekor ikan telah merasa perlu
untuk beralih daripada air ke darat kerana masalah makanan.
Semestinya, ia tidak disokong oleh sebarang bukti. Dakwaan
ini hanya disokong oleh lukisan-lukisan spekulasi yang tidak
berasas, seperti gambar di sebelah.
|
Senario evolusi melangkah setapak ke hadapan dan mendakwa bahawa
ikan telah berubah daripada invertebrat kemudian berubah kepada
amfibia. Tetapi senario ini adalah bukti yang lemah kerana hingga
kini tidak terdapat satu fosil yang menunjukkan makhluk separuh-ikan/separuh-amfibia
pernah wujud. Fakta ini dikuatkan oleh seorang evolusionis terkenal,
Robert L. Carroll, penulis buku "Vertebrate Paleontology
and Evolution" katanya : "Kita tidak mempunyai
fosil pertengahan ikan rhipidistian (moyang kegemarannya daripada
tetrapod) dan amfibia awal".31
Dua orang ahli paleontologi, Colbert dan Morales,
memberikan komentar mereka terhadap tiga kelas amfibia, iaitu katak,
salamander (sejenis binatang seperti biawak), dan caecilian
(sejenis amfibia seperti cacing):
Tidak terdapat sebarang bukti terhadap
sebarang amfibia Paleozoic yang mempunyai gabungan karakter yang
dijangkakan terdapat pada moyang yang sama. Katak salamamder dan
caecilian adalah amat mirip dengan keturunan mereka yang masih
hidup kini.32
Sejak lima belas tahun dahulu, para evolusionis meramalkan makhluk-makhluk
seperti ini wujud. Ikan ini yang dikenali sebagai ikan kolakan (Coelacanth),
yang dijangkakan sebagai berusia 410 tahun dahulu, telah dikemukakan
sebagai sebuah formasi perantaraan dengan paru-paru yang primitif,
otak yang membangun, sistem penghadaman dan sistem peredaran yang
siap dapat berfungsi di darat, dan malah sebuah mekanisme berjalan
yang primitif. Tafsiran-tafsiran anatomi ini telah diterima sebagai
kebenaran yang tidak dapat dipertikaikan di kalangan para saintis
sehingga akhir tahun 1930an. kolakan telah diperkenalkan sebagai
sebuah formasi perantaraan bijak yang membuktikanperantaraan daripada
air ke darat evolusi.
Bagaimana pun, pada 22 Disember 1938, sebuah penemuan menarik telah
dilakukan di Lautan India. Seekor hidupan daripada keluarga kolakan,
yang diperkenalkan sebagai sebuah formasi peralihan yang telah pupus
tujuh belas juta tahun dahulu, telah ditangkap. Tidak dapat dinafikan
penemuan hidupan asal kolakan telah memeranjatkan evolusionis. Seorang
evolusionis, J.L.B. Smith menyatakan da tidak akan menjadi
lebih terperanjat sekiranya dia melalui seekor dinosaur hidup.33
Tahun-tahun seterusnya, 200 ekor kolakan telah banyak kali ditangkap
di serata dunia.
|
Fosil Kolakan berusia
410 tahun. Evolusionis mendakwa bahawa ia adalah formasi perantaraan
yang mewakili formasi perantaraan daripada air ke darat. Contoh
ikan hidup ini telah ditangkap beberapa kali semenjak 1938,
memberikan contoh yang baik sejauh mana spekulasi yang dilakukan
oleh evolusionis. |
Hidupan kolakan telah mendedahkan
sejauh mana evolusionis sanggup mereka-reka senario-senario khayalan
mereka. Sebaliknya, kolakan tidak mempunyai paru-paru yang primitif
dan otak yang besar. Organ-organ yang penyelidik-penyelidik evolusionis
sangka sebagai paru-paru primitif ini adalah kantung asid lemak.34
Tambahan pula, kolakan, yang diperkenalkan
sebagai "reptilia yang bersiap untuk berpindah daripada laut
ke darat", sebenarnya adalah seekor ikan yang hidup di dalam
laut dalam dan tidak pernah muncul di permukaan kurang daripada
180 meter.35
|
Kenapa Peralihan Daripada Air Ke
Darat Adalah Mustahil
Evolusionis mendakwa bahawa suatu hari, satu
spesies yang hidup di dalam air telah melangkah ke darat dan
telah berubah menjadi spesies yang hidup di darat.
Terdapat beberapa fakta yang menjadikan peralihan
seperti ini mustahil:
1. Membawa Berat Badan; makhluk yang
hidup di air tidak mempunyai sebarang masalah untuk membawa
berat badan mereka sendiri. Bagaimana pun, kebanyakan hidupan
darat terpaksa menggunakan 40% tenaga mereka untuk membawa
badan mereka. Makhluk-makhluk yang membuat peralihan daripada
air ke darat perlu membentuk sistem otot-otot dan sistem rangka
yang baru (!) untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan pada
masa yang sama, yang sememangnya mustahil untuk ia terbentuk
melalui proses mutasi.
2. Penahanan Kepanasan; Di darat suhu
dapat bertukar dengan cepat dan ia menggolak kawasan yang
luas. Hidupan darat mempunyai mekanisme badan yang dapat menahan
perubahan suhu yang mendadak. Bagaimana pun, di dalam air,
suhu berubah perlahan-lahan dan perubahan tersebut tidak melibatkan
kawasan yang luas. Organisma hidup yang mempunyai sistem badan
yang teratur mengikut keadaan suhu laut, tidak berhajat kepada
sistem perlindungan yang menjamin kerosakan minimum daripada
perubahan suhu di darat. Adalah tidak masuk akal untuk mendakwa
ikan telah mendapat sistem seperti itu melalui mutasi secara
rawak sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke darat.
3. Keperluan Air; Bekalan metabolisme,
air dan kelembapan perlu digunakan secara terhad disebabkan
oleh kesukaran mendapatkan air di darat. Sebagai contoh, kulit
perlu dibentuk untuk membenarkan pengurangan air pada keluasan
yang tertentu, dalam masa yang sama mengelakkan penyejatan
yang melampau. Oleh itu, hidupan darat mempunyai rasa dahaga,
suatu rasa yang tidak dimiliki oleh makhluk hidupan laut.
Di samping itu, kulit hidupan air juga tidak sesuai untuk
habitat tidak berair.
4. Buah Pinggang; Organisma hidupan laut
dapat menyahkan barang-barang terpakai terutamanya ammonia
di dalam badan mereka dengan menapisnya, memandangkan terdapat
banyak air di dalam habitat mereka. Di darat, air perlu digunakan
dengan lebih jimat. Kerana itulah hidupan ini mempunyai sebuah
sistem buah pinggang. Terima kasih kepada buah pinggang, ammonia
telah dipungut dengan menukarkannya menjadi air kencing dan
penggunaan air dapat diminimumkan semasa pembuangannya. Tambahan
pula, sebuah sistem baru diperlukan untuk menghasilkan fungsi
buah pinggang. Ringkasnya, untuk membolehkan peralihan daripada
air ke darat berlaku, hidupan yang tidak mempunyai buah pinggang
perlu membentuknya serta-merta.
5. Sistem Respirasi; Ikan "bernafas"
dengan mengambil oksigen yang larut di dalam air yang mengalir
melalui insangnya. Mereka tidak dapat hidup di atas darat
melainkan beberapa minit sahaja. Untuk hidup di atas darat,
mereka perlu mendapat sebuah sistem paru-paru yang sempurna
serta-merta.
Adalah mustahil untuk perubahan fizikal secara
mendadak ini dapat berlaku dalam organisma yang sama, pada
masa yang sama dan dengan hanya melalui proses perubahan. |
|
PENYU TETAP SEEKOR PENYU
Fosil penyu 1000 juta tahun: Tidak berbeza dengan
penyu moden. The Dawn of life, Orbis Pub., London 1972 |
Sebagaimana, teori evolusi tidak
dapat menjelaskan asas kumpulan benda hidup seperti ikan dan
reptilia, begitu juga ia gagal menjelaskan asal spesies-spesies
di dalam kumpulan-kumpulan ini. Sebagai contoh, penyu, sejenis
spesies reptilia, telah muncul di dalam rekod fosil secara
mendadak lengkap dengan kulitnya yang unik. Mengikut sumber
evolusi "... pada pertengahan Zaman Triassic (sekitar
175,000,000 tahun dahulu), anggota penyu telah pun banyak
dan berada dalam keadaan asas karakter penyu. Rangkaian di
antara penyu dan cotylosaurs yang merupakan asal penyu, adalah
hampir tidak ada sama sekali" " (Encyclopaedia Brittanica,
1971, v.22, p.418)
Tidak terdapat sebarang perbezaan
di antara fosil penyu purba dan spesies penyu yang hidup hari
ini. Kesimpulannya, penyu tidak pernah "berubah",
ia sentiasa menjadi penyu semenjak ia diciptakan lagi. |
  
30 Gerald T. Todd,
"Evolution of the Lung and the Origin of Bony Fishes: A Casual Relationship",
American Zoologist, Vol 26, No. 4, 1980, p. 757.
31 R. L. Carroll, Vertebrate Paleontology
and Evolution, New York: W. H. Freeman and Co. 1988, p. 4.
32 Edwin H. Colbert, M. Morales, Evolution
of the Vertebrates, New York: John Wiley and Sons, 1991, p. 99.
33 Jean-Jacques Hublin, The Hamlyn Encyclopędia
of Prehistoric Animals, New York: The Hamlyn Publishing Group Ltd.,
1984, p. 120.
34 Jacques Millot, "The Coelacanth", Scientific
American, Vol 193, December 1955, p. 39.
35 Bilim ve Teknik Magazine, November 1998,
No: 372, p. 21.
|