REKOD FOSIL
MENYANGGAH EVOLUSI
Menurut teori evolusi, setiap spesies
hidupan telah melompat dari satu kedudukan. Spesies ini berubah
menjadi suatu yang lain dalam suatu masa dan semua hidupan berubah
dengan cara ini. Mengikut teori ini lagi, perubahan ini terpaksa
melalui berjuta-juta tahun.
Jika demikian, pastinya terdapat berbagai spesies perantaraan yang
wujud dan hidup di dalam jangka masa perubahan ini.
Sebagai contoh, terdapatnya haiwan separuh-ikan/separuh reptilia
yang pernah hidup di masa lampau dan mempunyai sifat-sifat reptilia
sebagai tambahan sifat-sifat ikan yang telah sedia dimilikinya.
Atau, mungkin juga terdapat haiwan separuh-reptilia/separuh-burung
yang mempunyai sifat-sifat burung sebagai tambahan kepada sifat-sifat
reptilia yang telah ada padanya. Para evolusionis merujuk kepada
makhluk khayalan ini yang mereka percaya pernah hidup pada masa
lampau, sebagai "formasi perantaraan" (transitional
forms).
Jika benarlah haiwan-haiwan seperti ini pernah wujud, maka pasti
terdapat berjuta-juta malah berbilion-bilion dari segi jumlah dan
jenis-jenisnya. Yang lebih penting ialah, sisa haiwan-haiwan aneh
ini seharusnya terdapat di dalam rekod-rekod fosil. Jumlah formasi-formasi
perantaraan ini sepatutnya lebih banyak daripada spesies yang ada
sekarang dan saki-bakinya sepatutnya mudah didapati di seluruh pelosok
dunia. Di dalam buku The Origin of Species, Darwin menjelaskan:
Sekiranya teori saya ini benar,
pasti terdapat jenis-jenis perantaraan yang menghubungkan hampir
semua spesies dari kumpulan yang sama… Oleh itu, bukti-bukti kewujudan
haiwan-haiwanini sepatutnya hanya dapat ditemui di kalangan saki
baki fosil.19
Ternyata, Darwin sendiri sedar akan ketiadaan formasi perantaraan
ini. Beliau hanya berharap agar ia akan ditemui pada masa hadapan.
Di samping, harapannya yang sia-sia itu, dia sedar bahawa halangan
terbesar di dalam teorinya ialah kehilangan formasi perantaraan
ini. Oleh itu, di dalam bukunya, The Origin of Species dia mencatatkan
di bawah tajuk "Difficulties of The Theory" – Kesukaran
Teori Ini:
…Mengapa, sekiranya spesies-spesies
mewarisi dari spesies lain secara beransur-ansur, kenapa kita
tidak dapat menemui kesan saki baki formasi perantaraan ini di
mana-mana? Kenapa tidak semua alam semula jadidi dalam kekeliruan,
sebagai ganti spesies hidupan, yang dapat kita lihat mereka tertakrif
dengan sempurna?...Berdasarkan kepada teori ini, berbagai-bagai
formasi perantaraan pasti telah wujud, tetapi, kenapa kita masih
tidak menemuinya tertanam dengan banyaknya di dalam kerak bumi?...
Tetapi di dalam kawasan pertengahan, yang mempunyai keadaan hidupan
pertengahan, kenapa kita tidak menemui kini jenis-jenis perantaraan
yang berhubung rapat? Kesukaran ini telah lama membingungkan saya.20
Penjelasan mudah yang dapat Darwin kemukakan untuk melawan bantahan
ini ialah dengan mendakwa bahawa rekod-rekod fosil yang telah ditemui
setakat ini masih tidak mencukupi. Beliau mendakwa apabila rekod-rekod
fosil telah dikaji dengan teliti, rantai yang hilang ini akan ditemui.
Kerana meyakini ramalan Darwin ini, maka para evolusionis telah
mencari fosil dan menggali untuk mendapatkan rantaian yang hilang
ini semenjak pertengahan kurun ke-19 di seluruh pelosok dunia. Hasil
daripada usaha gigih mereka ini, tiada satu pun formasi perantaraan
yang berjaya ditemui. Semua fosil yang digali dalam misi penggalian
menunjukkan bahawa hidupan telah muncul di bumi secara mendadak
dan di dalam format yang sempurna, ia sama sekali bertentangan dengan
kepercayaan evolusionis, dalam cubaan untuk membuktikan teori mereka,
evolusionis telah sebaliknya menyebabkan kehancuran teori ini.
Seorang ahli paleontologi British terkenal, Derek V. Ager,
mengakui kenyataan ini walau pun beliau adalah seorang evolusionis:
Kenyataannya ialah, sekiranya kita
mengkaji rekod fosil dengan teliti, samada pada peringkat susunan
atau spesies, kita akan terus mendapati bukannya evolusi beransur-ansur,
tetapi ledakan mendadak sebuah kumpulan pada kawasan yang lain.21
Seorang lagi ahli paleontologi evolusionis, Mark Czarnecki
memberikan komentar beliau seperti berikut:
Masalah utama dalam membuktikan teori ini ialah
rekod fosil; tekapan (imprinting) spesies yang telah pupus yang
terawet di dalam formasi geologi bumi. Rekod ini tidak pernah
menjurus kepada hipotesis Darwin tentang varian pertengahan -
sebaliknya ia menunjukkan bahawa spesies ini muncul dan hilang
secara mendadak dan kesilapan ini telah menguatkan dakwaan bahawa
setiap spesies ini telah diciptakan oleh Tuhan.22
Mereka juga terpaksa berhadapan dengan kesia-siaan menanti formasi
perantaraan yang "hilang" untuk ditemui semula di masahadapan,
seperti yang dijelaskan oleh seorang profesor paleontologi daripada
Universiti Glasgow, T. Neville Geoge:
Tidak perlu lagi merasa kesal kerana
kepapaan rekod fosil ini. Dari segi lain, ia telah menjadi teramat
kaya dan menemui adalah integrasi yang tidak terkira banyaknya...
Rekod fosil terus digubah daripada jurang-jurang ini.23
Hidupan Muncul di atas Bumi Secara Mendadakdan
di dalam Bentuk Yang Kompleks
Apabila lapisan daratan bumi dan rekod fosil telah dikaji, di dapati
semua benda hidup telah muncul serentak. Lapisan bumi tertua yang
telah ditemui padanya berbagai fosil hidupan, ialah lapisan Cambrian,
yang dianggarkan berusia 500-550 juta tahun dahulu.
Hidupan yang ditemui di lapisan kepunyaan Zaman Cambrian ini telah
muncul secara mendadak di dalam rekod fosil – tidak terdapat sebarang
moyang pra-wujud. Fosil-fosil yang ditemui di dalam batu Cambrian
adalah kepunyaan siput, trilobit (trilobite), span (sponge),
cacing tanah, obor-obor, landak laut, dan beberapa invertebrat kompleks
lain. Mozek luas organisma hidup yang terhasil daripada sejumlah
makhluk-makhluk yang kompleks ini telah terbentuk dengan begitu
mendadak sehingga peristiwa ajaib ini digelar sebagai "Ledakan
Cambrian" (Cambrian Explosion) di dalam ilmu geologi.
Kebanyakan formasi hidupan yang ditemui
di lapisan ini mempunyai sistem-sistem yang kompleks seperti mata,
insang, sistem perkumuhan, dan struktur fizikal yang maju tidak
berbeza dengan jenisnya yang moden. Sebagai contoh, lensa berkembar
yang menyisir struktur mata trilobit adalah sebuah bentuk yang menakjubkan.
David Raup, seorang profesor geologi di Universiti Harvard,
Rochester dan Chicago, menyatakan: "trilobit- trilobit ini
menggunakan sebuah bentuk optimum yang memerlukan seorang jurutera
beroptikal yang terlatih dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi
untuk membentuknya kini."24
Invertebrat-invertebrat kompleks ini telah muncul secara mendadak
dan sempurna tanpa ada sebarang rantaian atau formasi perantaraan
di antara mereka dan organisma-organisma ekasel (satu sel), yang
merupakan satu-satunya bentuk hidupan di bumi sebelum mereka.
Richard Monartersky, editor majalah Earth Sciences,
yang merupakan sebuah penyiaran evolusi yang popular, mengeluarkan
kenyataan berikut berkaitan dengan "Ledakan Cambrian"
yang menjadi kejutan kepada para evolusionis:
Setengah juta tahun dahulu, bentuk-bentuk haiwan
yang amat kompleks yang dapat kita lihat kini telah muncul secara
mendadak. Pada ketika ini, di awal Zaman Cambrian Bumi, sekitar
550 juta tahun dahulu, menandai ledakan evolusi yang memenuhi
laut-laut dengan makhluk-makhluk pertama dunia yang kompleks.
Filum haiwan besar hari ini telah pun ada pada Zaman Cambrian
dan ia adalah berbeza di antara satu sama lain seperti sekarang.25
Bagaimana bumi boleh dilimpahi dengan sejumlah besar spesies-spesies
haiwan semuanya secara mendadak dan bagaimana jenis-jenis spesies
yang berbeza tanpa moyang yang sama ini dapat muncul, adalah sebuah
persoalan yang masih tidak dapat dijawab oleh evolusionis. Ahli
zoologi Oxford, Richard Dawkins, salah seorang evolusionis
yang terkemuka di seluruh dunia, mengeluarkan komentarnya terhadap
kenyataan ini yang membatalkan dakwaan yang paling asas yang pernah
dipertahankannya dahulu:
Sebagai contoh lapisan batu Cambrian,
jangka masa sekitar 600 juta tahun dahulu, adalah yang tertua
di mana kita dapat menemui sebahagian besar kumpulan invertebrat
yang asas. Dan kita dapati kebanyakannya telah berada pada peringkat
evolusi yang maju sejak mula muncul lagi. Seolah-olah mereka telah
tumbuh di situ, tanpa sebarang sejarah evolusi. Tidak perlu disebutkan
lagi, kemunculan mendadak ini telah menerima ciptaan (telah diciptakan).26
|
MATA TRILOBIT
 Trilobit
yang muncul pada zaman Cambrian secara mendadak, mempunyai
struktur mata yang amat kompleks. Mengandungi berjuta-juta
bahagian yang berbentuk sarang lebah dan sistem lensa berkembar,
mata ini "menggunakan sebuah bentuk optimum yang memerlukan
seorang jurutera beroptikal yang terlatih dan mempunyai daya
imaginasi yang tinggi untuk membentuknya kini" di dalam
ucapan David Raup, seorang profesor geologi.
Mata ini telah terbentuk 530 juta tahun dahulu
di dalam keadaan yang sempurna. Tidak dapat diragui lagi,
kemunculan mendadak sebuah rekaan yang hebat ini tidak mungkin
dapat dijelaskan oleh evolusi dan ia membuktikan kebenaran
ciptaan.
Tambahan pula, struktur mata trilobit yang seperti
sarang lebah ini telah berjaya mengekalkannya hingga kini
tanpa sebarang perubahan. Beberapa jenis serangga seperti
lebah dan pepatung mempunyai struktur mata yang sama seperti
trilobit.* Situasi ini telah membatalkan tesis evolusi yang
menyatakan bahawa benda hidup telah berubah secara progresif
daripada primitif kepada kompleks.
(*) R.L.Gregory,
Eye and Brain: The Physiology of Seeing, Oxford University Press,
1995, p.3 |
Seperti yang telah ditegaskan oleh
Dawkin, Ledakan Cambrian adalah bukti ciptaan paling kukuh, kerana
hanya ciptaan dapat menjelaskan kemunculan bentuk hidupan yang sempurna
di muka bumi. Douglas Futuyma, seorang ahli biologi evolusionis
terkemuka, mengakui kenyataan ini dan menyatakan; "Organisma,
samada ia muncul di muka bumi dalam keadaan bentuk yang sempurna
atau tidak. Sekiranya tidak, pasti mereka telah berubah daripada
spesies-spesies pra-wujud oleh satu proses pengubahsuaian. Sekiranya,
mereka memang muncul dalam peringkat pembentukan yang sempurna,
pasti mereka sebenarnya telah diciptakan oleh suatu kebijaksanaan
yang amat luar biasa." 27
Darwin sendiri menyedari kebarangkalian ini apabila
beliau menulis; "Jika banyak spesies, kepunyaan genus atau
keluarga yang sama, telah benar-benar mula hidup serentak, kenyataan
ini akan menjadi satu fatal kepada teori keturunan denganpengubahsuaian
perlahan-lahan melalui pilihan semula jadi."
28 Ledakan Cambrian tidak lain adalah "pukulan
maut" Darwin. Kerana itulah seorang ahli paleontologi evolusionis
Swiss, Stefan Bengston, mengakui kelemahan rantaian
perantaraan ini ketika beliau menghuraikan Zaman Cambrian dan menyatakan;
"Kekeliruan (dan memalukan) kepada Darwin, kejadian ini masih
mengerikan kami." 29
Seperti yang dapat dilihat, rekod fosil telah membuktikan bahawa
benda hidup tidak berubah daripada bentuk primitif kepada bentuk
yang lebih maju, tetapi sebaliknya telah muncul secara mendadak
dan pada satu peringkat yang sempurna. Kesimpulannya, benda hidup
tidak wujud secara evolusi, mereka telah diciptakan.
  
19 Charles Darwin,
The Origin of Species: A Facsimile of the First Edition, Harvard
University Press, 1964, p. 179.
20 Ibid, pp. 172, 280.
21 Derek V. Ager, "The Nature of the Fossil
Record", Proceedings of the British Geological Association, Vol
87, 1976, p. 133.
22 Mark Czarnecki, "The Revival of the Creationist
Crusade", MacLean's, January 19, 1981, p. 56.
23 T. Neville George, "Fossils in Evolutionary
Perspective", Science Progress, Vol 48, January 1960, pp. 1, 3.
24 David Raup, "Conflicts Between Darwin
and Paleontology", Bulletin, Field Museum of Natural History, Vol
50, January 1979, p. 24.
25 Richard Monastersky, "Mysteries of the
Orient", Discover, April 1993, p. 40.
26 Richard Dawkins, The Blind Watchmaker,
London: W. W. Norton 1986, p. 229.
27 Douglas J. Futuyma, Science on Trial,
New York: Pantheon Books, 1983, p. 197.
28 Charles Darwin, The Origin of Species:
A Facsimile of the First Edition, Harvard University Press, 1964,
p. 302.
29 Stefan Bengston, Nature, Vol. 345, 1990,
p. 765.
|