MEKANISME KHAYALAN
EVOLUSI
Model utama Darwinis, yang menjadi
haluan utama teori evolusi hari ini, menegaskan bahawa kehidupan
ini telah berubah melalui dua mekanisme semula jadi ; (1) Pilihan
Semula jadi (Natural Selection), dan (2) Mutasi
(Mutation). Kenyataan asas teori ini adalah seperti berikut;
Pilihan Semula jadidan Mutasi adalah dua mekanisme yang saling melengkapi.
Asal pengubahan secara berperingkat ini ialah mutasi (perubahan)
rawak yang mengambil tempat di dalam struktur genetik benda-benda
hidup. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh mutasi yang telah dipilih
oleh mekanisme pilihan semula jadidan dengan itu, hidupan ini akan
berubah.
Apabila kami mengkaji teori ini, kami dapati tidak terdapat langsung
sebarang mekanisme evolusi, kerana samada pilihan semula jadiataupun
mutasi tidak membuktikan bahawa spesies yang berbagai ini telah
berubah menjadi spesies yang lain.
Pilihan Semula jadi
Seperti proses semula jadi , pilihan semula jadi juga telah dikenali
oleh ahli-ahli biologi sebelum Darwin, ia dikenali sebagai "suatu
mekanisme yang mengekalkan suatu spesies daripada berubah tanpa
sebarang gangguan". Darwin merupakan orang pertama yang telah
mendakwa bahawa proses ini mempunyai kuasa evolusi dan dia membina
seluruh teorinya berdasarkan kepada dakwaan ini. Nama yang telah
digunakan sebagai judul bukunya telah membuktikan bahawa pilihan
semula jaditelah menjadi asas teorinya; The Origin of Species,
by means of Natural Selection…
Walau bagaimana pun, ketika zaman Darwin, tidak terdapat sebarang
bukti yang menunjukkan bahawa pilihan semula jadiini menyebabkan
hidupan berubah. Colin Patterson, seorang senior di dalam
ilmu paleontologi di Museum Natural History, England, juga seorang
saintis evolusi. Beliau menegaskan bahawa pilihan semula jaditidak
akan dapat menyebabkan hidupan berubah:
Belum pernah seorang pun berjaya melahirkan
satu spesies baru dengan menggunakan mekanisme pilihan semula
jadi . Walaupun hanya untuk hampir melahirkanya dan inilah yang
sering menjadi perdebatan di kalangan neo-Darwinis.11
Pilihan semula jadiberpegang bahawa semua hidupan yang lebih sesuai
dengan keadaan semula jadihabitatnya akan memperolehi baka yang
akan kekal selamat, sementara yang tidak sesuai (dengan habitat
semula jadi) akan pupus. Sebagai contoh, di dalam sekawan rusa yang
berada di dalam kepungan binatang buas, secara semula jadi yang
berlari pantas akan berjaya menyelamatkan dirinya. Benar. Tetapi
walau berapa lama sekalipun proses ini berterusan, ia tidak akan
merubah rusa-rusa ini menjadi binatang lain. Rusa akan tetap menjadi
rusa juga.
Jika kita perhatikan kepada beberapa peristiwa yang digunakan oleh
para evolusinis sebagai contoh pilihan semula jadi , kita akan dapati
bahawa tidak terdapat sebarang bukti yang kukuh melainkan tipu muslihat
sahaja.
"Melanin Industri"
Pada tahun 1986 Douglas Futuyma telah menerbitkan sebuah
buku bertajuk The Biology of Evolution, ia diterima sebagai
suatu sember yang menjelaskan tentang teori evolusi oleh pilihan
semula jadidengan cara yang paling jelas. Antara contoh yang paling
sering digunakan di dalam subjek ini ialah tentang warna sekelompok
rama-rama yang telah menjadi gelap ketika berlakunya Revolusi Perindustrian
di England.
Menurut mereka, pada awal permulaan Revolusi Perindustrian di England,
warna pohon kayu di sekitar Manchester agak terang. Oleh itu, rama-rama
berwarna gelap yang sering hinggap di atas pohon-pohon ini akan
mudah dikesan oleh burung-burung yang memburu mereka dan mereka
mempunyai peluang tipis untuk melepaskan diri. Lima belas tahun
kemudian, disebabkan oleh pencemaran, pohon-pohon kayu ini telah
berubah warnanya menjadi gelap, dan kali ini rama-rama yang berwarna
cerah pula menjadi buruan. Hasilnya, rama-rama berwarna cerah telah
berkurangan, sementara yang berwarna gelap makin bertambah kerana
ia sukar dikesan oleh pemangsa. Para elovusionis menggunakannya
sebagai bukti utama teori mereka. Sementara di pihak yang lain,
para evolusionis menggunakan bukti ini untuk membuktikan bagaimana
rama-rama berwarna cerah ini berubah menjadi gelap.
Bagaimanapun, jelas di sini situasi tersebut tidak boleh digunakan
sebagai bukti teori evolusi ini, kerana pilihan semula jaditidak
akan membentuk format baru kepada sesuatu yang asalnya tidak wujud.
Sedangkan rama-rama berwarna gelap telah pun wujud sebelum Revolusi
Perindustrian. Hanya jumlah di dalam populasinya telah berubah.
Rama-rama ini tidak mendapat sifat atau organ baru yang boleh merubahnya
menjadi spesies lain. Untuk membolehkan rama-rama ini berubah menjadi
spesies lain, seperti burung misalnya, maka hendaklah berlaku perubahan
di dalam susunan gennya. Iaitu, seluruh program genetik mestilah
dimuatkan ke dalam gennya, termasuklah maklumat-maklumat tentang
sifat-sifat fizikal burung.
 
Contoh rama-rama Revolusi Industri telah dikemukakan sebagai
bukti terhebat kepada evolusi oleh pilihan semula jadi . Bagaimana
pun, evolusi tidak berlaku dalam contoh ini, kerana tidak
terdapat sebarang spesies rama-rama baru yang terbentuk. Di
atas sebelah kiri ialah rama-rama pokok dan di kanan rama-rama
era Revolusi Industri dan di tengah ialah pos era Revolusi
Industri
|
Secara ringkasnya, pilihan semula jadi tidak mempunyai kapasiti
untuk menambah organ baru kepada organisma hidup atau membuang,
atau mengubahnya menjadi spesies lain – ia amat bercanggah dengan
apa yang telah didakwa oleh golongan evolusionis. Bukti-bukti lain
yang dikemukakan tidak lebih daripada kejadian rama-rama di England
ini sahaja.
Bolehkah Pilihan Semula jadi Menerangkan Kompleksiti
Kelakuan?
Tidak terdapat sebarang kaitan di antara pilihan semula jadi ,
kerana mekanisme ini tidak akan dapat menambah atau memperbaiki
maklumat genetik sesuatu spesies. Begitu juga, ia tidak akan
dapat mengubah satu spesies kepada spesies yang lain, seperti; mengubah
tapak sulaiman kepada ikan, seekor ikan kepada katak, seekor katak
kepada seekor buaya atau dari seekor buaya kepada seekor burung.
Pendokong utama punctuated equilibrium, Gould merujuk kepada kebuntuan
pilihan semula jadi ini seperti berikut:
Intipati Darwinisme ini berdasarkan kepada
satu fasa: pilihan semula jadiadalah suatu tenaga kreatif yang
berubah secara evolusi. Tidak ada orang yang menafikan bahawa
pilihan semula jadiini memainkan peranan negatif di dalam menghapuskan
yang tidak sesuai (dengan perubahan habitat). Para Darwinis mendakwa
kononnya pilihan semula jadiini membentuk (spesies lain) yang
sesuai.12
Sebuah lagi metode keliru yang digunakan oleh para evolusionis
ini terhadap pilihan semula jadiialah dakwaan mereka bahawa mekanisme
ini adalah proses terancang. Sedangkan, pilihan semula jadi adalah
suatu proses tidak terancang. Ia tidak mempunyai sebarang kemampuan
untuk memilih yang mana yang baik dan yang mana yang tidak baik
untuk suatu hidupan. Kerana itulah, pilihan semula jaditidak dapat
menjelaskan sistem-sistem biologi dan organ-organ yang mempunyai
"Kompleksiti Kekal" (Irreducible Complexity).
Sistem-sistem dan organ-organ ini berfungsi dengan bantuan berbagai-bagai
anggota lain, dan ia tidak akan berfungsi sekiranya satu daripada
anggota-anggota ini hilang atau rosak. Sebagai contoh, mata manusia
tidak akan dapat berfungsi melainkan dengan adanya anggota-anggota
lain. Oleh itu, kemampuan yang mengumpulkan semua anggota-anggota
ini pastinya dapat juga merencana kemajuan masa depan dan menumpukan
ke arah sesuatu yang berfaedah iaitu untuk diterima pada peringkat
yang terakhir. Memandangkan mekanisme semula jaditidak memiliki
keupayaan untuk merencana sesuatu apa pun, maka ia tidak akan dapat
melakukannya. Fakta ini juga menggugat asas teori evolusi dan ini
amat membimbangkan Darwin: "Jika dapat
dipastikan semua organ-organ yang kompleks telah pun wujud, dan
bukannya terbentuk melalui pengubahan yang berbagai, maka teori
saya mungkin akan tertolak sepenuhnya".13
Pilihan semula jadihanya memilih individu yang
rosak, lemah dan tidak sesuai sesuatu spesies. Ia tidak dapat mengeluarkan
spesies baru, maklumat-maklumat genetik baru atau organ-organ baru.
Ia tidak mungkin dapat mengubah suatu apa pun. Darwin mengiktiraf
realiti ini dengan berkata; "Pilihan Semula jaditidak dapat
melakukan apa-apa pun sehingga berlakunya perubahan variasi pilihan".14
Kerana itulah, pengikut Darwin terpaksa meletakkan mutasi selepas
pilihan semula jadisebagai "sebab perubahan yang berguna".
Tetapi seperti mana yang akan kita saksikan, mutasi hanyalah suatu
proses perubahan yang menyakitkan.

Pilihan semula jadi berfungsi sebagai satu mekanisme yang
menyingkirkan individu yang lemah di dalam satu spesies. Ia
adalah satu kuasa konservatif yang memelihara spesies yang
wujud daripada merosot. Selain daripada itu, ia tidak mempunyai
keupayaan untuk mengubah satu spesies kepada yang lain.
|
Mutasi
Mutasi didefinasikan sebagai sekatan atau penggantian yang mengambil
tempat di dalam molekul DNA, yang terdapat di dalam nukleus sel
suatu organisma hidup dan ia mengandungi segala maklumat genetik.
Sekatan atau penggantian ini disebabkan oleh kesan luaran seperti
kesan radiasi atau tindak balas kimia. Setiap proses mutasi adalah
secara kebetulan dan samada ia merosakkan ikatan nukleus yang mengandungi
DNA ataupun ia mengubah kedudukannya. Selalunya, kesan mutasi ini
merosakkan dan mengubahnya dengan teruk sekali, sehinggakan sel
tersebut tidak dapat memperbaikinya lagi.
Mutasi, yang para evolusionis berselindung di sebaliknya, bukanlah
sebatang tongkat sakti yang boleh mengubah organisma-organisma hidup
ke bentuk yang lebih baik dan cemerlang. Kesan utama mutasi ialah
kerosakan. Perubahan yang disebabkan oleh mutasi ini seumpama pengalaman
yang dilalui oleh penduduk-penduduk Hiroshima, Nagasaki dan Chernobyl:
kesannya ialah, kematian, hilang upaya diri dan menjadi ganjil…
Sebabnya adalah mudah: DNA mempunyai struktur binaan yang amat
kompleks dan kesan yang berkecamuk hanya akan menjejaskan struktur
ini. B.G Ranganathan menyatakan:
Mutasi adalah kecil, kecamuk dan memudaratkan.
Ia jarang berlaku dan kadang kala ia tidak berhasil. Empat karakteria
mutasi ini menunjukkan bahawa ia tidak mungkin membantu pembentukan
evolusi. Perubahan secara rawak di dalam organisma ini, samada
ia langsung tidak berhasil atau iaberhasil tetapi amat memudaratkan.
Seperti, perubahan rawak di dalam jam tangan tidak akan dapat
memperbaiki jam tersebut. Ia mungkin akan merosakkannya atau sekurang-kurangnya
tidak bertindak balas. Sebagaimana gempa bumi tidak akan memperelokkan
sebuah bandar, malah ia hanya memusnahkan.15
SEMUA MUTASI MEMUDARATKAN
|
|
Mutasi tidak memajukan organisma,
tetapi sebaliknya menjejaskannya. Di sebelah ialah
kesan mutasike atas mata manusia.
|
Satu kesan mutasi
pada badan manusia. Budak di sebelah adalah salah seorang
mangsa tragedi logi nuklear Chernobyl |
|
Tidak memeranjatkan, apabila sehingga kini belum didapati sebarang
mutasi yang berguna. Semua mutasi telah terbukti sebagai menyakitkan.
Seorang saintis evolusi Warren Weaver memberikan komentarnya
terhadap sebuah laporan yang disediakan oleh The Committee on
Genetic Effects of Atomic Radiation, ia ditubuhkan untuk menyiasat
kesan mutasi yang mungkin disebabkan oleh senjata-senjata nuklear
yang telah digunakan di dalam Perang Dunia Kedua:
Ramai akan tertanya-tanya tentang kenyataan
yang telah diketahui umum, bahawa mutasi gen ini adalah sesuatu
yang memudaratkan. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan suatu
bahagian penting di dalam proses evolusi. Bagaimana mungkin, suatu
kesan yang baik – berubah kepada bentuk hidupan yang lebih baik
– boleh terhasil daripada praktikal mutasi yang nyata memudaratkan?16
Berbagai cubaan telah dilakukan untuk mencari kegunaan mutasi,
tetapi tidak pernah berjaya. Setelah beberapa dekad, para evolusionis
telah melakukan berbagai ekperimen untuk menghasilkan mutasi pada
lalat buah, kerana ia boleh membiak dengan mudah dan kerap, oleh
itu hasil mutasi dapat dilihat dengan lebih cepat. Generasi demi
generasi lalat-lalat ini telah dimutasikan , tetapi sehingga kini
tiada sebarang kegunaan mutasi dapat dikesan. Seorang pakar genetik
evolusionis Gordan Taylor menulis seperti berikut:
Di dalam beratus-ratus ujian pembiakan lalat
yang telah dilakukan di seluruh dunia untuk jangka masa lebih
lima belas tahun, tetapi tidak satu pun spesies baru pernah dicipta…
tidak walau satu enzim yang baru pun.17
Penyelidik yang lain pula, Michael Pitman, memberikan komentarnya
terhadap kegagalan ujian mutasi terhadap lalat-lalat buah tersebut:
Morgan, Goldschmidt, Muller dan beberapa saintis
genetik lain telah mengkaji generasi-generasi lalat buah ini pada
keadaan-keadaan ekstrem seperti panas, sejuk, cerah, gelap dan
mendedahkannya dengan bahan kimia dan radiasi. Semua jenis mutasi,
telah dikeluarkan. Apakah manusia telah berjaya melakukan evolusi?
Mungkin tidak! banyak monster genetik telah terlepas daripadabotol
tempat mereka dibiakkan. Ketika melakukan praktis, mutan ini mati,
menjadi mandul atau berubah menjadi jenis yang liar. 18
Perkara yang sama berlaku kepada manusia. Setiap mutasi yang berlaku
ke atas manusia menghasilkan natijah yang samar. Dalam hal ini,
para evolusinis mengetepikannya dan cuba menunjukkan bahawa hasil
yang samar ini adalah "bukti evolusi". Semua mutasi yang
menimpa manusia menyebabkan kecacatan fizikal, dan menjadi lemah,
seperti Monggolism, Down Syndrome, terencat atau katik. Mutasi-mutasi
ini dikemukakan di dalam buku-buku teks sebagai bukti-bukti "hasil
kerja mekanisme evolusi". Tidak perlu dijelaskan lagi, suatu
proses yang melemahkan manusia tidak mungkin menjadi "mekanisme
evolusi" - kerana evolusi seharusnya menghasilkan bentuk yang
lebih baik agar ia bersesuaian untuk terus selamat (dari ancaman
perubahan habitatnya).
Ringkasnya, terdapat tiga sebab utama mengapa mutasi tidak boleh
digunakan untuk menyokong teori evolusi:
(1) Kesan secara langsungnya amat memudaratkan: memandangkan
ia berlaku secara rawak, maka ia sering merosakkan organisma hidup
ini. Sebab musabab menjelaskan kepada kita bahawa campur tangan
yang tidak terancang di dalam struktur yang kompleks dan sempurna
tidak akan dapat memperbaikinya, malah hanya akan merosakkan. Tambahan
pula, tidak terdapat sebarang kegunaan mutasi yang telah ditemui
setakat ini.
(2) Mutasi juga tidak menambah sebarang maklumat baru ke dalam
DNA organisma: kesan yang berlaku terhadap maklumat genetiknya
ialah samada ianya terjejas, musnah atau berubah tempat. Mutasi
tidak dapat menjadikan satu hidupan menerima satu organ atau sifat
yang baru. Ia hanya akan menjadikannya berubah menjadi sesuatu yang
ganjil, seperti kaki yang tumbuh di tengah belakang atau mata tumbuh
di badan.
(3) Dalam usaha untuk memindahkan sesuatu mutasi ke generasi
berikutnya, ia harus mengambil tempatnya di dalam sel-sel pembiakan
organisma: Tetapi malangnya, perubahan secara rawak yang berlaku
di dalam sel atau organ badan sementara tidak dapat dipindahkan
kepada generasi yang berikutnya. Sebagai contoh, mata manusia yang
berubah disebabkan oleh kesan radiasi atau sebab-sebab lain tidak
akan berpindah ke generasi-generasi berikutnya.
Kesimpulannya, adalah mustahil satu hidupan itu untuk berubah,
kerana tidak terdapat sebarang mekanisme semula jadiyang boleh menyebabkannya
berubah. Ini bertepatan dengan bukti rekod fosil, ia menunjukkan
bahawa senario ini tersasar jauh daripada realitinya.
  
11 Colin Patterson,
"Cladistics", Interview with Brian Leek, Peter Franz, March 4, 1982,
BBC.
12 Stephen Jay Gould, "The Return of Hopeful
Monsters", Natural History, Vol 86, July-August 1977, p. 28.
13 Charles Darwin, The Origin of Species:
A Facsimile of the First Edition, Harvard University Press, 1964,
p. 189.
14 Ibid, p. 177.
15 B. G. Ranganathan, Origins?, Pennsylvania:
The Banner Of Truth Trust, 1988.
16 Warren Weaver, "Genetic Effects of Atomic
Radiation", Science, Vol 123, June 29, 1956, p. 1159.
17 Gordon R. Taylor, The Great Evolution
Mystery, New York: Harper & Row, 1983, p. 48.
18 Michael Pitman, Adam and Evolution, London:
River Publishing, 1984, p. 70.
|