SEJARAH RINGKAS TEORI EVOLUSI
Asal usul kepercayaan evolusi ini
adalah seiring dengan kepercayaan yang menolak kewujudan ciptaan
(Allah). Sebahagian besar daripada ahli-ahli falsafah yang tidak
beragama di Greece purba telah mempertahankan ide evolusi ini. Jika
kita mengkaji sejarah falsafah, kita akan mendapati bahawa ide evolusi
ini telah menjadi tulang belakang kepada banyak falsafah-falsafah
pagan yang tidak beragama.
Bagaimanapun, falsafah-falsafah purba ini tidak
membantu perkembangan sains moden, sebaliknya keimanan kepada Allahlah
yang memainkan peranan yang memberangsangkan dalam melahirkan dan
mempertingkatkan sains moden. Kebanyakan pengasas-pengasas sains
moden mempercayai kewujudan Allah; dan ketika mempelajari sains
mereka berusaha untuk meneroka cakerawala yang Allah ciptakan dan
memahami undang-undang-Nya dan segala maklumat di dalam ciptaan-Nya.
Ahli-ahli falak (astronomer) seperti Leonardoda Vinci, Copernicus,
Keppler, Galileo; Bapa Paleontologi, Cuveir; pengasas
sains botani dan zoologi, Linnaeus; dan Isaac Newton,
yang dirujuk sebagai "seorang saintis terhebat pernah hidup",
mereka semua telah mengkaji sains dan mempercayai tidak hanya kepada
kewujudan Allah tetapi mereka juga percaya bahawa seluruh cakerawala
ini muncul sebagai suatu hasil daripada ciptaanNya.5
Albert Einstein, yang dianggap sebagai orang terpintar pada
zaman kita, merupakan di antara saintis warak yang mempercayai Allah
dan menyatakan seperti berikut;
"Saya tidak mengiktiraf kebijaksanaan seorang saintis
yang tidak mempunyai keimanan yang mendalam. Situasi ini dapat
dijelaskan melalui sebuah gambaran iaitu; Sains tanpa Agama adalah
pincang".6
Salah seorang pengasas sains fizik moden, seorang ahli fizik Jerman
Max Planck menyatakan bahawa sesiapa yang mempelajari sains
secara serius, adalah untuk membaca fasa yang terdapat di atas pintu
sebuah kuil sains, iaitu; "Berimanlah". Iman adalah
sifat utama seorang saintis.7
Teori evolusi adalah hasil daripada falsafah materialis yang dibayangi
oleh falsafah-falsafah materialistik purba dan mula tersebar dengan
meluasnya pada kurun ke-19. Seperti yang telah kami jelaskan sebelum
ini, materialisme mencari penjelasan semulajadi melalui faktor-faktor
material sepenuhnya. Memandangkan ia telah menolak ciptaan (Allah)
sejak awal lagi, maka ia mendakwa bahawa setiap benda, samada yang
hidup atau tidak, telah muncul tanpa suatu gerakan daripada ciptaan
tetapi hanyalah hasil daripada sebuah kebetulan yang kemudiannya
tersusun mengikut keadaan. Minda manusia bagaimanapun, adalah amat
teratur untuk memahami kewujudan suatu kehendak yang tersusun apabila
ia mendapat arahan. Falsafah materialistik, yang bertentangan dengan
kriteria asas pemikiran manusia ini telah menghasilkan "teori
evolusi" pada pertengahan abad ke 19.
Khayalan Darwin Darwin's Imagination
Individu yang mengemukakan teori evolusi ini ialah seorang naturalis
amatur, Charles Robert Darwin.
Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal.
Beliau hanya meminati subjek alam semulajadi dan benda-benda hidup.
Minat beliau terhadap subjek ini telah mendorong beliau menjadi
sukarelawan sebuah ekspedisi di atas sebuah kapal bernama, H.M.S
Beagle yang dirancangkan di England pada tahun 1832 dan mengembara
mengelilingi berbagai kawasan-kawasan yang berbeza di seluruh dunia
selama lima tahun. Darwin yang masih muda pada masa itu, amat tertarik
dengan berbagai spesies hidupan, terutamanya burung-burung ciak
yang dilihatnya di Kepulauan Galapagos. Dia menyangkakan bahawa
variasi pada paruh burung tersebut adalah disebabkan oleh adaptasi
(penyesuaian) mereka terhadap habitat mereka. Dengan meletakkan
ide ini di dalam mindanya, beliau menyangka bahawa asal hidupan
dan spesies adalah berlandaskan kepada konsep "adaptasi kepada
persekitaran". Menurut Darwin, spesies-spesies hidupan yang
berbeza ini bukannya diciptakan oleh Allah, tetapi sebaliknya datang
daripada satu moyang dan kemudiannya menjadi berbeza di antara satu
sama lain disebabkan oleh keadaan-keadaan semulajadi.
Hipotesis Darwin ini tidak berdasarkan kepada mana-mana penemuan
atau eksperimen sains; bagaimanapun beliau kemudiannya telah menukarkan
teori ini menjadi sebuah teori yang berpengaruh hasil sokongan dan
galakan yang diterimanya daripada ahli-ahli biologi materialis yang
terkenal pada masa itu. Ide tersebut ialah individu-individu yang
telah menyesuaikan diri dengan habitat sebagai suatu cara terbaik
memindahkan kualiti mereka kepada generasi-generasi mendatang; kualiti
berguna (advantageous qualities) ini telah berkumpul di dalam
satu masa dan merubah individu tersebut kepada suatu spesies yang
berlainan sama sekali dengan moyangnya. (Asal kepada "kualiti-kualiti
berguna" ini belum diketahui pada zaman tersebut). Menurut
Darwin, manusia merupakan hasil termaju mekanisme ini.
Darwin menggelar proses ini sebagai "evolusi oleh pilihan
semulajadi". Beliau menyangkakan bahawa dia telah menemui asal
usul hidupan, iaitu: asal suatu spesies ialah spesies yang lain.
Beliau mengeluarkan pandangan ini di dalam bukunya bertajuk "The
Origin of Species, By Means of Natural Selection" pada
tahun 1859.
Charles Darwin |
Darwin menyedari teorinya ini akan menghadapi banyak masalah. Beliau
menyakuinya sendiri di dalam buku tersebut di dalam bab "Difficulties
of the Theory" (Kesukaran-kesukaran Teori Ini). Kesukaran-kesukaran
ini secara dasarnya berkaitan dengan rekod-rekod fosil dan organ-organ
hidupan yang kompleks yang tidak dapat dijelaskan sebagai suatu
kebetulan (seperti mata), dan naluri benda-benda hidup ini. Darwin
berharap supaya kesukaran-kesukaran ini akan dapat diselesaikan
oleh penemuan-penemuan terbaru; tetapi ini semua tidak menyekatnya
untuk mengeluarkan sejumlah penjelasan yang berbagai. Seorang ahli
fizik Amerika, Lipson membuat komentar berikut tentang kesukaran-kesukaran
Darwin ini:
Ketika membaca The Origin of Species, saya mendapati
Darwin sendiri tidak yakin dengan apa yang dikatakannya seperti
yang sering ditonjolkannya; sebuah bab bertajuk "Difficulities
of the Theory" sebagai contoh, menunjukkan keraguan yang
nyata. Sebagai seorang ahli fizik, saya amat hairan dengan komentar
beliau tentang bagaimana mata diterbitkan.
8
Ketika memajukan teori beliau, Darwin merasa kagum
dengan ramai ahli biologi evolusionis yang menyokong beliau, terutamanya
oleh seorang ahli biologi Perancis, Lamarck.
9 menurut Lamarck, makhluk-makhluk hidup memindahkan sifat-sifat
yang mereka terima sepanjang hidup mereka dari satu generasi kepada
generasi berikutnya dan dengan demikian ia berubah. Sebagai contoh,
zirafah telah berubah daripada rusa dengan memanjangkan lehernya
sedikit demi sedikit dari satu generasi ke satu enerasi ketika mereka
cuba mencapai dahan-dahan yang lebih tinggi untuk mendapatkan makanan.
Darwin telah menggunakan tesis "memindahkan sifat-sifat yang
diperolehi" yang dikeluarkan oleh Lamarck sebagai suatu faktor
yang menyebabkan benda hidup berubah.
Tetapi, kedua-dua mereka, Darwin dan Lamarck telah melakukan kesilapan
kerana pada masa tersebut, hidupan hanya dapat dikaji dengan teknologi
yang amat primitif dan pada peringkat yang amat tidak mencukupi.
Lapangan sains seperti genetik dan biokimia belum wujud walau hanya
pada nama. Teori-teori mereka ini hanya bergantung penuh kepada
keupayaan imaginasi mereka semata-mata.
Ketika gegak buku Darwin ini telah bergema, seorang ahli botani
Austria, Gregor Mendel telah menemui undang-undang pewarisan
pada tahun 1865. Tidak banyak yang dapat diketahui sehinggalah pada
penghujung abad tersebut, penemuan Mendel telah mendapat kepentingan
yang besar pada awal 1900an. Ia merupakan kelahiran kepada ilmu
sains genetik. Tidak berapa lama kemudian, struktur gen dan kromosom
telah ditemui. Penemuan molekul DNA pada tahun 1950an yang mengandungi
maklumat-maklumat genetik, telah meletakkan teori evolusi di dalam
krisis hebat. Ianya disebabkan oleh kekompleksitian hidupan yang
mengagumkan di samping ketiadaan mekanisme-mekanisme evolusi yang
dikemukakan oleh Darwin.
Kemajuan-kemajuan ini sepatutnya telah menyebabkan teori Darwin
dibakulsampahkan daripada sejarah. Bagaimanapun, ia tidak berlaku,
kerana terdapat beberapa golongan tertentu yang cuba menyemak semula,
memperbaharui dan mengangkat teori ini ke platform sains. Keadaan
ini hanya dapat difahami sekiranya kita menyedari bahawa di sebalik
teori ini terdapat kepentingan ideologi yang lebih daripada sains.
| Rasisme
Darwin
Satu di antara aspek Darwin yang paling penting
ialah fahaman rasnya (rasisme); Darwin menganggap bangsa kulit
putih Eropah adalah ‘lebih maju' daripada bangsa-bangsa manusia
lain. Apabila Darwin menganggarkan manusia telah berubah daripada
makhluk beruk, dia menduga bahawa sesetengah bangsa telah
berkembang lebih maju daripada yang lain dan sesetengah bangsa
lain pula masih memiliki sifat-sifat monyet. Di dalam bukunya,
The Descent of Man, yang telah diterbitkan selepas buku The
Origin of the Species, beliau telah memberikan komentar berkenaan
"perbezaan yang ketara di antara manusia dari bangsa
yang berbagai"1 Di dalam bukunya, Darwin beranggapan
bangsa kulit hitam dan Australian Aborigines sebagai kesinambungan
kepada gorila dan kemudian disimpulkan bahawa ini semua boleh
berlaku dengan "civilised races" (mentamadunkan
bangsa-bangsa) mengikut masa. Beliau berkata:
"Di
suatu jangka masa akan datang, tidak terlalu jauh seperti
diukur dengan abad-abad, pertamadunan bangsa-bangsa manusia
ini akan menghapuskan dan menggantikan tempat bangsa-bangsa
liar di seluruh dunia. Pada masa yang sama, beruk-beruk yang
menyerupai manusia (anthropomorphous apes)... pasti akan terhapus.
Perbezaan di antara manusia pada peringkat yang lebih bertamadun
ini, seperti yang kita harapkan, sehinggakan Caucasian* dan
beberapa beruk rendah seperti babun, seumpama perbezaan di
antara bangsa Negro atau Australian dan gorila".2
Idea gila Darwin ini tidak hanya sebuah teori,
tetapi juga telah berada pada satu kedudukan yang menghasilkan
"landasan saintifik" yang paling penting untuk rasisme.
Dengan beranggapan bahawa hidupan ini berubah dalam usaha
untuk hidup, Darwinisme telah mengadaptasikannya ke dalam
sains sosial, dan ia menjadi sebuah konsep yang dikenali sebagai
"Darwinisme Sosial" (Social Darwinism).
Darwinisme sosial mendakwa bahawa kemunculan
ras manusia dapat dikesan pada pusingan "tangga-tangga
evolusi"
1
Benjamin Farrington, What Darwin Really Said. London: Sphere
Books, 1971, pp. 54-56
2 Charles Darwin, The Descent of Man, 2nd ed., New York: A.L.
Burt Co., 1874, p. 178
* Caucasian – Sekumpulan manusia orang asli (native) yang
tinggal di kawasan Caucacus. |
Usaha Nekad Neo-Darwinisme
Teori Darwin telah menghadapi krisis yang hebat disebabkan oleh
undang-undang genetik yang telah ditemui pada awal suku kurun ke
20. Namun begitu, sekumpulan saintis yang setia dengan Darwin telah
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari penyelesaiannya. Mereka
telah berkumpul di dalam sebuah perjumpaan yang dikendalikan oleh
Persatuan Geologi Amerika pada tahun 1941. para ahli geologi seperti
G. Ledyard Stebbins dan Theodosius Dobzhansky, ahli
zoologi seperti Ernst Mayr dan Julian Huxley, ahli
paleontologi seperti George Gaylord dan Glenn L. Jepsen,
dan ahli matematik genetik seperti Ronald Fisher dan Sewall
Right, selepas perbincangan yang panjang lebar, akhirnya mereka
telah bersetuju untuk "memperbaiki" Darwinisme.
Kumpulan ini menumpukan kepada persoalan asal usul variasi maju
yang sepatutnya menyebabkan organisma-organisma hidup berubah
- ia merupakan sebuah isu yang Darwin sendiri tidak dapat menjelaskannya
tetapi hanya dapat berdalih dengan bergantung kepada Lamarck. Ide
terbaru kini ialah "mutasi rawak" (random mutations).
Mereka menamakan teori baru ini sebagai "The Modern Synthetic
Evolution Theory", yang dirumuskan dengan mencampurkan
konsep mutasi kepada tesis pilihan semulajadi Darwin. Dalam masa
yang singkat sahaja, teori ini telah dikenali sebagai "neo-Darwinisme"
dan mereka yang menghasilkan teori ini digelar sebagai "neo-Darwinis".
Dekad berikutnya telah menjadi era percubaan-percubaan untuk membuktikan
neo-Darwinisme ini. Telah diketahui bahawa mutasi - atau
"kemalangan" yang berlaku di dalam gen organisma-organisma
hidup sering menyebabkan kerosakan. Neo-Darwinis cuba mengemukakan
satu keadaan "mutasi maju" dengan menjalankan beratus-ratus
ekperimen mutasi. Tetapi, semua percubaan mereka berakhir dengan
kegagalan.
Mereka juga telah cuba membuktikan bahawa organisma hidup yang
pertama telah terbentuk secara tidak sengaja di bawah keadaan bumi
primitif seperti yang dijelaskan oleh teori ini. Tetapi malangnya
kegagalan yang sama telah menimpa eksperimen-eksperimen ini. Setiap
eksperimen yang dilakukan untuk membuktikan bahawa hidupan telah
terbentuk secara kebetulan telah mengalami kegagalan. Perkiraan
kebarangkalian telah membuktikan bahawa tidak sebuah protein pun,
yang menjadi blok binaan hidupan, dapat wujud secara kebetulan.
Dan sebuah sel, yang sepatutnya terbentuk secara kebetulan di bawah
keadaan muka bumi yang primitif dan tidak terkawal seperti yang
didakwa oleh evolusi, tidak akan dapat disintesiskan walau oleh
makmal-makmal abad ke-20 yang paling canggih sekali pun.
Teori Neo-Darwinis juga telah disanggah oleh rekod fosil.
Ketiadaan "formasi peralihan" (transitional form),
yang sepatutnya membuktikan evolusi beransur-ansur organisma hidup
daripada primitif kepada spesies yang maju seperti yang didakwa
oleh Neo-Darwinis, sehingga kini ia masih belum pernah ditemui di
mana-mana tempat di dunia. Pada masa yang sama, perbandingan anatomi
telah mendedahkan bahawa spesies yang dikatakan berkembang daripada
spesies yang lain di dapati mempunyai sifat-sifat anatomi yang amat
berbeza dan ia menjadikannya mustahil untuk ia menjadi moyang atau
keturunan kepada yang lain.
Tetapi memandangkan Neo-Darwinis sendiri bukan sebuah teori yang
saintifik, tetapi hanya sebuah dogma ideologi, kalau tidak dikatakan
sebagai sejenis "agama". Kerana itulah, pelopor teori
ini masih terus mempertahankannya dengan menolak semua bukti yang
bersalahan dengan teori ini. Satu perkara yang mereka tidak sepakat
padanya ialah model-model berbeza manakah yang sepatutnya merealisasikan
evolusi adalah yang paling "tepat". Di antara model yang
paling penting ialah sebuah senario yang menarik yang dikenali sebagai
"punctuated equilibrium".
|
TAHAP SAINS DAN TEKNOLOGI
YANG
PRIMITIF PADA ZAMAN DARWIN
Apabila
Darwin mengemukakan dakwaan-dakwaannya, disiplin genetik,
mikrobiologi dan biokimia masih belum wujud. Sekiranya ini
semua telah ditemui sebelum Darwin mengemukakan teori ini,
pasti Darwin dengan mudah menyedari bahawa teorinya sama
sekali tidak saintifik dan dia tidak akan berhasrat untuk
memajukan pandangan yang tidak berguna ini. Maklumat ini
telah membuktikan suatu spesies telah pun wujud di dalam
gen dan adalah mustahil untuk pilihan semulajadi menghasilkan
spesies yang baru melalui perubahan di dalam gen.
Tambahan
pula, dunia sains pada waktu tersebut mempunyai pengetahuan
yang amat cetek dan kasar (asas) tentang struktur dan fungsi-fungsi
sel. Sekiranya Darwin mendapat peluang untuk melihat sel
tersebut dengan menggunakan sebuah mikroskop elektronik,
dia akan dapat menyaksikan kekompeksitian yang hebat dan
struktur yang luar biasa di dalam organelle (sebuah struktur
di dalam sel) sebuah sel. Dia akan dapat memerhatikan dengan
matanya sendiri bahawa adalah mustahil untuk sebuah sistem
yang rumit dan kompleks terhasil melalui variasi (perbezaan)
yang kecil. Sekiranya beliau mengetahui tentang bio-matematik,
dia akan mengedari bahawa tidak sebuah molekul protein pun
dapat dihasilkan melalui proses perubahan.
|
Kajian
secara terperinci terhadap sel hanya dapat dilakukan
selepas penemuan mikroskop elektronik. Ketika zaman
Darwin, dengan menggunakan mikroskop yang primitif,
hanya permukaan luar sel sahaja yang dapat melihat |
|
Percubaan dan Kesilapan: Punctuated Equilibrium
Kebanyakan santis yang mempercayai teori evolusi menerima teori
neo-Darwinis tentang evolusi perlahan dan beransur-ansur. Bagaimana
pun, di dalam beberapa dekad terakhir ini, sebuah model yang berbeza
telah diutarakan. Ia digelar "Punctuated Equilibrium".
Model ini menolak ide neo-Darwinis tentang sebuah kumulatif, evolusi
beransur-ansur, dan berpegang bahawa evolusi telah berlaku di dalam
satu "lompatan' yang besar dan tidak berterusan.
Laungan pertama yang kedengaran untuk mempertahankan fahaman ini
telah muncul pada awal 1970-an. Dua orang paleontologi Amerika,
Niles Eldredge dan Stephen Jay Gould, telah menyedari
bahawa teori neo-Darwinis ini sebenarnya telah disanggah oleh rekod-rekod
fosil. Fosil-fosil telah membuktikan bahawa organisma-organisma
hidup tidak terbentuk melalui evolusi beransur-ansur, tetapi sebaliknya
muncul secara mendadak (bukan beransur-ansur) dan di dalam bentuk
yang sempurna. Neo-Darwinis terus hidup dengan harapan formasi perantaraan
yang hilang akan dapat ditemui suatu hari nanti. Walau pun, mengetahui
bahawa harapan ini tidak mungkin tercapai, Eldredge dan Gould tidak
dapat meninggalkan dogma teori mereka, oleh itu mereka telah mengemukakan
sebuah teori; Punctuated Equilibrium. Ia mendakwa bahawa evolusi
tidak berlaku melalui perbezaan-perbezaan kecil tetapi melalui perubahan
yang mengejut dan besar.
Model ini tidak lebih daripada sebuah
model fantasi. Sebagai contoh, seorang ahli paleontologi Eropah,
O.H Shindewolf, yang membimbing Eldredge dan Gould, mendakwa
bahawa burung pertama telah terhasil daripada sebiji telur reptilia,
sebagai hasil sebuah "mutasi kasar" (gross mutation),
iaitu hasil daripada "kemalangan" yang berlaku di dalam
struktur genetik. 10 Menurut teori
yang sama ini, beberapa makhluk darat telah berubah menjadi ikan
paus raksasa setelah mengalami transformasi yang mengejut dan menyeluruh.
Dakwaan-dakwaan yang bersalahan sama sekali dengan undang-undang
genetik, biofizik dan biokimia ini, tidak ubah seperti dongengan
tentang katak yang berubah menjadi seorang putera! Walau pun, tertekan
dengan krisis yang telah dihadapi oleh dakwaan neo-Darwinis ini,
beberapa orang saintis paleontologi telah menerima teori ini, yang
lebih pelik daripada neo-Darwinisme sendiri.
Stephen Jay Gould |
Tujuan model ini ialah untuk mendapatkan penjelasan terhadap jurang-jurang
di dalam rekod fosil yang tidak dapat dijelaskan oleh model neo-Darwinis.
Bagaimana pun, adalah sukar untuk cuba menjelaskanjurang rekod fosil
pada evolusi burung dengan dakwaan bahawa "seekor burung
keluar secara tiba-tiba daripada sebiji telur reptilia",
kerana menurut pengakuan evolusionis sendiri, evolusi satu spesies
kepada spesies yang lain memerlukan kepada perubahan besar yang
maju di dalam maklumat genetik. Bagaimana pun, tidak terdapat satu
mutasi yang dapat memajukan maklumat genetik ini atau menambah maklumat-maklumat
baru kepadanya. Mutasi hanya akan menjadikan maklumat-maklumat gen
kucar kacir. Oleh itu, "mutasi kasar" yang digambarkan
oleh model "punctuated equilibrium" hanya akan
menyebabkan kekotoran, kekurangan dan kelemahan pada maklumat genetik.
Tambahan pula, model "punctuated equilibrium"
ini telah pun musnah pada peringkat awal lagi apabila ia gagal untuk
menjelaskan persoalan asal usul hidupan, ia juga merupakan persoalan
yang menyanggah model neo-darwinis sejak permulaannya lagi. Memandangkan
tidak terdapat walau satu protein yang terbentuk secara kebetulan,
maka perbahasan tentang samada organisma-organisma ini terhasil
daripada bertrilion-trilion protein yang telah menempuhi evolusi
yang "tepat" atau "beransur-ansur", adalah tidak
munasabah.
Tanpa mempedulikan ini semua, model yang difikirkan apabila memperkatakan
tentang isu "evolusi" hari ini ialah model neo-Darwinisme.
Pada bab-bab berikutnya, kita akan mengkaji dua mekanisme khayalan
model neo-Darwinis dan kemudian kita akan mengkaji pula dua rekod
fosil untuk menguji model ini. Kemudian, kita akan memperkatakan
tentang persoalan asal usul hidupan, yang akan membatalkan kedua-dua
model neo-Darwinis ini dan semua model-model evolusionis yang lain
seperti model "evolution by leaps" (evolusi dengan
lompatan).
Sebelum melakukannya, perlu diingatkan kepada para pembaca bahawa
kenyataan yang akan kita hadapi pada setiap peringkat adalah bahawa
senario evolusi adalah sebuah cerita dongeng, sebuah penipuan yang
sama sekali jauh daripada dunia nyata. Ia adalah sebuah senario
yang telah digunakan untuk menipu dunia selama 140 tahun. Terima
kasih kepada penemuan-penemuan sains terkini, pertahanan berterusannya
telah akhirnya menjadi mustahil.
  
5 Dan Graves, Science
of Faith: Forty-Eight Biographies of Historic Scientists and Their
Christian Faith, Grand Rapids, MI, Kregel Resources.
6 Science, Philosophy, And Religion: A Symposium,
1941, CH.13.
7 J. De Vries, Essential of Physical Science,
Wm. B. Eerdmans Pub. Co., Grand Rapids, SD 1958, p. 15.
8 H. S. Lipson, "A Physicist's View of Darwin's
Theory", Evolution Trends in Plants, Vol 2, No. 1, 1988, p. 6.
9 Although Darwin came up with the claim that
his theory was totally independent from that of Lamarck's, he gradually
started to rely on Lamarck's assertions. Especially the 6th and
the last edition of The Origin of Species is full of examples of
Lamarck's "inheritance of acquired traits". See Benjamin Farrington,
What Darwin Really Said, New York: Schocken Books, 1966, p. 64.
10 Steven M. Stanley, Macroevolution: Pattern
and Process, San Francisco: W. H. Freeman and Co. 1979, pp. 35,
159.  |