UNTUK MEMBEBASKAN
DIRI DARIPADA PREJUDIS
Sebahagian besar masyarakat menerima
segala yang mereka dengar daripada saintis sebagai sesuatu yang
benar belaka. Tidak terlintas di fikiran mereka bahawa para saintis
juga mungkin prejudis terhadap sesuatu fahaman atau falsafah. Fakta
kebendaan yang dikemukakan oleh evolusionis kepada masyarakat umum
melalui saluran sains, merupakan contoh yang jelas terhadap ketaksuban
mereka terhadap suatu fahaman. Sebagai contoh, walau pun mereka
menyedari bahawa kejadian yang berkecamuk tidak akan menghasilkan
apa-apa melainkan kejanggalan dan kekeliruan, mereka masih mendakwa
bahawa aturan, perancangan dan rekaan mengagumkan yang dapat dilihat
pada alam dan hidupan telah terbentuk secara kebetulan.
Tambahan pula, seorang ahli biologi akan mendapati terdapatnya
keseimbangan yang sukar difahami di dalam molekul protein yang menjadi
blok pembinaan hidupan, maka amat mustahil untuk kita katakan bahawa
ianya terjadi secara kebetulan sahaja. Lebih-lebih lagi, dia mendakwa
protein ini berasal daripada kerak bumi yang primitif dan kemudian
terkesan secara kebetulan berbilion-bilion tahun dahulu. Tidak cukup
dengan itu; dia juga mendakwa tanpa ragu-ragu bahawa tidak hanya
satu, tetapi berjuta-juta protein terbentuk secara kebetulan dan
bercantum untuk membentuk suatu sel hidupan yang pertama. Lebih
daripada itu, dia juga berterusan mempertahankan pendapatnya dengan
kedegilan yang tuli. Individu ini adalah seorang saintis "evolusi".
Sekiranya saintis yang sama ini berjumpa dengan tiga bongkah bata
bertindan di antara satu sama lain, ketika berjalan-jalan di suatu
lorong, pasti dia tidak akan beranggapan batu bata ini telah bercantum
secara kebetulan dan merangkak naik antara satu sama lain, juga
secara kebetulan. Bukan itu sahaja, malah sesiapa yang membuat andaian
seperti itu akan dianggap tidak siuman.
Bagaimana mungkin manusia yang dapat berfikiran rasional dalam
kes-kes biasa seperti ini, tetapi berubah menjadi tidak waras apabila
memperkatakan tentang kewujudan mereka sendiri?
Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa sifat ini diterima (secara
tidak jujur) di atas nama sains; sains menuntut pengambilan kedua-dua
alternatif untuk dipertimbangkan apabila terdapat dua kemungkinan
yang berbeza di dalam suatu kes yang sama. Dan sekiranya suatu kemungkinan
itu lebih rendah, seperti hanya satu peratus, maka secara rasional
dan saintifiknya diambil alternatif yang lain, yang kebarangkaliannya
adalah 99 peratus, sebagai alternatif yang sah.
Mari kita teruskan, dengan berpegang kepada asas saintifik ini.
Terdapat dua pandangan yang boleh menjelaskan bagaimana kehidupan
boleh wujud di muka bumi ini; (I) yang pertama ialah semua benda
hidup ini telah diciptakan oleh Allah s.w.t di dalam bentuk struktur
yang sempurna, (2) yang kedua ialah kehidupan ini terbentuk secara
tidak sengaja atau secara kebetulan. Yang kedua ini adalah pendapat
teori evolusi.
Jika kita lihat pada data-data saintifik, iaitu biologi molekul
sebagai contoh, kita akan dapati bahawa tidak mungkin sebuah sel
- walau hanya satu daripada berjuta-juta protein yang terdapat di
dalam sel - dapat wujud secara kebetulan, sebagaimana yang didakwa
oleh evolusionis. Seperti yang akan kami terangkan di dalam bab-bab
yang seterusnya, perkiraan kebarangkalian juga telah membuktikannya
beberapa kali. Oleh itu, pandangan evolusionis terhadap pembentukan
hidupan mempunyai kebarangkalian sifar untuk menjadi betul.
Ini bererti pandangan pertama adalah seratus peratus betul. Iaitu
kehidupan ini terjadi secara berencana (bukannya kebetulan). Atau
dengan kata lain, ia telah diciptakan (oleh Allah). Semua benda
hidup wujud dengan ciptaan seorang Pencipta Yang Maha Berkuasa,
Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Tinggi IlmuNya. Kenyataan ini
bukannya suatu andaian, tetapi ia adalah suatu konklusi yang normal
dan dapat diterima oleh akal fikiran, logik dan sains.
Dalam keadaan ini, para saintis evolusi sepatutnya menarik balik
dakwaan mereka dan menyokong fakta yang telah dibuktikan ini. Jika
tidak, maka ia menunjukkan bahawa dia adalah seorang individu yang
mengorbankan sains untuk kepentingan falsafah, ideologi dan dogmanya
, lebih daripada menjadi seorang saintis yang sejati.
Kemarahan, kedegilan dan prejudis saintis ini makin meningkat dan
terus meningkat setiap kali dia berhadapan dengan kebenaran. Perangainya
dapat dijelaskan dengan sepatah perkataan "kepercayaan"
(atau keimanan). Tetapi ia hanyalah suatu kepercayaan yang membuta
tuli, memandangkan tidak terdapat sebarang keterangan yang boleh
diterima untuk membuktikan fakta-fakta yang hanya direka-reka di
dalam imaginasinya sendiri.
Materialisme Tuli
Kepercayaan yang sedang kita perkatakan ini ialah suatu falsafah
materialistik, yang mendakwa bahawa kebendaan wujud setiap masa
dan tiada yang lain selain daripadanya. Teori Evolusi dianggap "asas
sains" untuk falsafah materialistik ini, dan teori ini dipertahankan
secara membuta tuli dalam usaha untuk menyokongnya. Tetapi kini,
apabila sains sendiri telah menyanggah kebenaran teori ini, maka
mereka terus menyokongnya hanya untuk mengekalkan kesinambungan
materialisme ini.
Beberapa kenyataan yang ditulis oleh seorang saintis evolusi Turkey
yang terkenal, dapat menunjukkan kepada kita bagaimana mereka membuat
ketetapan yang keliru dan sesuka hati disebabkan oleh kesetiaan
mereka (terhadap teori ini). Saintis ini membincangkan kebarangkalian
berlakunya pembentukan Cytochrome-C sebagai suatu kebetulan.
Cytochrome-C ialah enzim terpenting di dalam pembentukan suatu hidupan.
Beliau menerangkan seperti berikut:
Kebarangkalian pembentukan sebuah rangkaian
Cytochrome-C adalah mustahil. Iaitu, sekiranya suatu hidupan berkehendak
kepada suatu rangkaian yang tertentu, dapat dianggarkan ia mempunyai
kemungkinan yang sukar untuk terungkai sekali ke seluruh cakerawala.
Melainkan, suatu kuasa metafizik yang di luar definisi kita telah
mengaktifkan formasinya. Untuk menerima kenyataan ini adalah tidak
secocok dengan matlamat sains. Oleh itu, kita terpaksa melihat
kembali kepada andaian yang pertama.2
Saintis ini mendapati ianya lebih saintifik untuk menerima kebarangkaliannya
sebagai "mustahil" daripada mengakui bahawa ianya adalah
suatu ciptaan. Tetapi berdasarkan undang-undang sains, sekiranya
terdapat dua penjelasan alternatif berkaitan suatu peristiwa dan
satu daripadanya adalah "mustahil" untuk direalisasikan,
maka alternatif yang kedua diterima sebagai pandangan yang sahih.
Namun begitu, ketaksuban saintis ini dengan dogma materialistiknya,
telah menolak peranan seorang Pencipta Yang Maha Agung. Ini
menyebabkan mereka menerima sesuatu yang berlawanan dengan sebab
musabab.
Mereka yang mempercayai dan meyakini para saintis ini turut terpukau
dan dibutakan oleh sumpahan materialistik yang sama dan terpengaruh
dengan sumpahan yang sama ketika membaca buku-buku dan artikel-artikel
mereka.
Michael Behe: "kebisuan yang memalukan mengelilingi
kekompleksitian sebuah sel" |
Pandangan dogma materialistik inilah yang menyebabkan sebahagian
besar saintis ternama di dalam bidang ini adalah ateis (tidak beragama).
Mereka yang bebas daripada sumpahan ini dan berfikiran terbuka,
pastinya tidak akan teragak-agak untuk menerima kewujudan seorang
Pencipta. Seorang pakar biokimia Amerika, Dr. Michael J. Behe,
merupakan seorang saintis terkemuka yang menyokong "penciptaan
bijaksana" (intelligent design) yang sejak kebelakangan
ini mula diterima. Beliau menggambarkan para saintis yang menolak
kepercayaan terhadap suatu "rekaan" atau "ciptaan"
organisma hidup ini seperti berikut;
Lebih empat dekad, biokimia moden masih belum
dapat mengesan rahsia sel. Ia menuntut berpuluh ribu orang untuk
mengorbankan sebahagian hidup mereka untuk bekerja di dalam makmal-makmal
yang membosankan. Hasil kumulatif ini adalah untuk mengkaji sel
tersebut - mengkaji kehidupan pada peringkat molekul - ia amat
jelas, ia adalah suatu "ciptaan". Natijah ini amat jelas
dan penting yang mesti dicatatkan sebagai bahan penting di dalam
sejarah sains… Selain daripada pelik, kebisuan yang memalukan
mengelilingi kekompleksitian sebuah sel. Kenapa komuniti sains
tidak segera menerima penemuan nekad ini? Mengapakah pemerhatian
rekaan dikendalikan dengan sarung tangan intelektual? Dilemanya
ialah bahawa apabila sebelah gajah dilabelkan oleh rekaan bijaksana,
sebelah yang satu lagi pula pasti telah dilabelkan olehTuhan.3
Richard Dawkins, sibuk mempropagandakan evolusi. |
Ini adalah bahaya yang dibawa oleh para saintis evolusi yang berfahaman
ateis yang sering kamu lihat di dalam majalah-majalah dan televisyen
dan kamu mungkin telah membacanya di dalam berbagai-bagai jenis
buku. Semua kajian saintifik telah membuktikan kewujudan seorang
Pencipta. Tetapi sehingga kini, mereka masih dibutakan oleh dogma
materialistik yang menyebabkan mereka terus menafikan kebenaran
ini.
Mereka yang menolak keterangan dan bukti-bukti jelas daripada Pencipta
ini menjadi sepenuhnya tidak peka. Terperangkap oleh ketidakyakinan
kepada diri sendiri yang terkesan daripada sifat ketidakpekaan ini,
akhirnya mereka mungkin akan menyokong suatu perkara yang mustahil
sebagai sesuatu yang mulia. Satu contoh yang terbaik ialah seorang
evolusionis yang terkemuka, Richard Dawkins yang menyeru
kepada orang-orang Kristian supaya tidak beranggapan bahawa mereka
telah melihat sebuah mukjizat sekali pun mereka telah melihat tugu
Mariam Si Dara (Virgin Mary) melambai kepada mereka.
Menurut Dawkins, "Mungkin atom-atom tangan tugu tersebut telah
bergerak pada arah dan masa yang sama - sebuah kejadian yang sukar
untuk berlaku, tetapi tidak mustahil".4
Pemikiran orang-orang yang tidak beriman ini telah wujud di dalam
sejarah. Di dalam al-Quran ia diungkapkan seperti berikut;
Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang
yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka, dan
kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk
menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka
tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi
kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar). (Surah
Al-An'aam:111)
Ayat di atas telah membuktikan dengan jelas bahawa pemikiran evolusionis
ini bukan sebuah jalan pemikiran yang asal, walaupun ia pelik pada
mereka. Kenyataannya, apa yang dipegang oleh para evolusionis ini
bukan sebuah pemikiran sains moden tetapi hanyalah sebuah pengingkaran
yang telah dianuti oleh komuniti-komuniti orang-orang pagan* yang
tidak bertamadun.
Pemikiran yang sama telah diterangkan di dalam ayat lain di dalam
al-Quran:
Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit,
kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari
yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada).Tentulah
mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata:
"Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami
adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)". (Surah
Al-Hijr:14-15)
Pendoktrinan Massa Evolusionis
Seperti yang telah digariskan di dalam ayat-ayat di atas, salah
satu sebab mengapa manusia tidak dapat melihat hakikat kewujudan
mereka adalah disebabkan oleh sejenis "sumpahan" yang
menyekat kewarasan mereka. Ia adalah "sumpahan" yang sama
yang telah mendasari penerimaan masyarakat dunia terhadap teori
evolusi. Apa yang kami maksudkan dengan sumpahan ialah keadaan yang
terhasil daripada pendoktrinan (indoctrination). Masyarakat telah
didedahkan kepada berbagai pendoktrinan tentang betapa tepatnya
teori evolusi ini sehinggakan mereka tidak menyedari penipuan yang
wujud.
Pendoktrinan ini menghasilkan kesan negatif kepada otak dan menggagalkan
fungsi pertimbangan akal. Akhirnya, otak yang diasak dengan doktrin
ini mulai menerima kenyataan tersebut bukan kerana keadaannya tetapi
sebagaimana yang telah didoktrinkan. Fenomena ini dapat dibuktikan
dengan contoh-contoh lain. Umpamanya, jika seseorang telah dipukau
(hipotesis) dan didoktrinkan bahawa katil yang dia tidur itu adalah
sebuah kereta, maka dia akan menerima katil itu sebagai sebuah kereta
selepas sesi hipotesis tersebut. Dia merasakan ianya adalah sangat
logik dan rasional kerana dia melihat sebegitu dan tidak merasa
ragu bahawa dia adalah betul. Contoh di atas ini, yang menunjukkan
keberkesanan dan kuasa mekanisme pendoktrinan, adalah realiti sains
yang telah dibuktikan oleh banyak eksperimen yang telah dicatatkan
di dalam kebudayaan sains dan adalah santapan harian psikologi dan
buku-buku teks psikiatri.
Teori evolusi dan pandangan dunia materialistik yang berlandaskan
kepadanya telah melakukan asakan ke atas massa dengan metode-metode
seperti ini. Masyarakat yang terus menerus berhadapan dengan pendoktrinan
evolusi di dalam media, sumber-sumber akademik, dan platform-platform
"sains", tidak menyedari bahawa penerimaan teori ini sebenarnya
bertentangan dengan kebanyakan prinsip-prinsip asas sebab musabab.
Pendoktrinan yang sama telah memerangkap ramai para saintis. Mereka
yang baru memulakan langkah dalam karier sains telah mengambil pandangan
dunia materialis ini sedikit demi sedikit. Terpesona dengan sumpahan
ini, ramai saintis evolusionis meneruskan pencarian kepada pengesahan/pengukuhan
saintifik kepada dakwaan evolusionis kurun ke-19 yang tidak rasional
dan kuno ini, yang telah lama disanggah oleh bukti-bukti sains.
Terdapat juga mekanisme-mekanisme tambahan yang mendorong saintis
untuk menjadi evolusionis dan materialis. Di negara-negara Barat,
seorang saintis perlu menerima beberapa standard untuk diketengahkan,
untuk menerima pengiktirafan akademik, atau untuk membolehkan artikelnya
diterbitkan di dalam jurnal-jurnal sains. Penerimaan terhadap teori
evolusi merupakan di antara kriteria-kriterianya. Sistem ini telah
mengakibatkan saintis-saintis ini mengorbankan seluruh hidup mereka
dan karier sains mereka semata-mata hanya untuk sebuah kepercayaan
palsu ini.
Ini adalah kenyataan yang terus berada di belakang dakwaan "evolusi
masih diterima oleh dunia sains". Evolusi masih hidup hingga
kini bukan kerana ia mempunyai nilai saintifik, tetapi kerana ia
adalah sebuah obligasi (tanggungjawab) ideologi. Tidak ramai saintis
yang menyedari kenyataan ini dapat bangun menegaskan bahawa... Raja
sebenarnya tidak memakai sebarang pakaian.
Di dalam bab-bab berikutnya, kami akan mengemukakan penemuan-penemuan
sains moden yang telah membuktikan kehancuran kepercayaan evolusi
ini dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas terhadap kewujudan Allah.
Para pembaca akan mendapati bahawa teori evolusi sebenarnya adalah
sebuah penipuan – penipuan yang telah dipercayai oleh sains di setiap
peringkat tetapi menyokong penutupan kebenaran penciptaan. Apa yang
diharapkan daripada pembaca ialah supaya kita dapat sedar daripada
sumpahan yang membutakan minda-minda manusia dan menyekat kebolehan
mereka untuk menghukum dan ia akan membalas dengan serius terhadap
apa yang berkaitan dengan buku ini.
Sekiranya dia melepaskan dirinya daripada sumpahan ini dan berfikir
dengan jelas, bebas, dan tanpa sebarang prejudis, dia akan segera
menemui kebenaran dengan sejelas-jelasnya. Kebenaran yang tidak
dapat diselindung ini, yang telah dibuktikan oleh sains moden di
dalam semua aspek-aspeknya, ialah bahawa organisma hidup tidak wujud
secara kebetulan tetapi hasil daripada ciptaan. Manusia akan dapat
melihat kebenaran ciptaan ini dengan mudah apabila dia dapat memikirkan
bagaimana dirinya terbentuk, bagaimana dia telah terbentuk daripada
setitis air, atau pun daripada kesempurnaan hidupan yang lain.
  
2 Ali Demirsoy, KalItIm ve
Evrim (Inheritance and Evolution), Ankara: Meteksan Publishing Co.,
1984, p. 61.
3 Michael J. Behe, Darwin's Black Box, New
York: Free Press, 1996, pp. 232-233.
4 Richard Dawkins, The Blind Watchmaker,
London: W. W. Norton,1986, p. 159.
|