PENGENELEN: MENGAPA TEORI EVOLUSI?
Sebahagian masyarakat yang pernah
mendengar tentang "Teori Evolusi" atau "Darwinisme",
mungkin menyangka ia hanyalah sebuah konsep biologi sahaja dan tidak
mempunyai apa-apa kepentingan di dalam kehidupan mereka. Suatu kesilapan
yang besar, kerana ia tidak hanya berkisar dengan kepentingan biologi
sahaja, malah teori evolusi adalah suatu penyelewengan falsafah
yang telah mempengaruhi ramai orang.
Falsafah ini adalah "materialisme", yang mengandungi
kepalsuan tentang bagaimana kita datang (asal kejadian). Matlamat
utama materialisme tiada yang lain melainkan kebendaan dan kebendaan
itu adalah intipati segalanya. Bermula dari persoalan pokok inilah
ia telah menolak kewujudan seorang Al-Khaled (Pencipta), iaitu
Allah. Meletakkan segalanya pada status benda, anggapan ini
menjadikan manusia satu makhluk yang hanya mengambil berat tentang
kebendaan dan mengetepikan segala jenis nilai-nilai moral. Ini adalah
permulaan sebuah tragedi yang akan menimpa kehidupan manusia.
Bahaya materialisme tidak hanya terhad kepada individu sahaja,
tetapi ia juga akan menghancurkan nilai-nilai asas yang dipegang
oleh sesebuah negara dan masyarakat, seterusnya membentuk sebuah
masyarakat yang tidak berjiwa dan hilang sentivitinya, sehingga
yang menjadi perhatian utama mereka ialah kebendaan. Memandangkan
anggota sesebuah masyarakat itu boleh menerima fahaman-fahaman yang
idea seperti semangat pejuangan, kecintaan kepada seseorang, keadilan,
kemuliaan, kejujuran, pengorbanan, amanah, atau moral- moral yang
baik, susunan masyarakat yang diasaskan oleh individu-individu ini
telah ditakdirkan untuk dimusnahkan dalam masa yang singkat. Dengan
sebab itu, materialisme merupakan satu daripada beberapa bahaya
terhadap nilai-nilai asas politik dan masyarakat sebuah bangsa.
Satu lagi keburukan materialisme ialah anjurannya terhadap keganasan
dan perbalahan yang menyerang sesebuah negara dan masyarakatnya.
Komunisme, pegangan asas ideologi ini, adalah hasil daripada
falsafah materialis. Ia berusaha untuk membasmi fahaman-fahaman
suci agama sesuatu negara dan keluarga, ia mengandungi dasar ideologi
bahawa setiap bentuk perbuatan-perbuatan yang terpisah secara langsung
menentang struktur negeriyang bersatu.
Teori evolusi mengandungi asas saintifik materialisme yang menjadi
sandaran fahaman komunis. Dengan merujuk kepada teori evolusi ini,
komunis mencari kebenaran dirinya sendiri dan mendakwa bahawa ideologinya
adalah yang paling tepat dan selamat. Sebab itulah, pengasas komunisme,
Karl Marx, menulis untuk buku Darwin, bertajuk "The
Origin of Species" yang membahaskan dasar teori evolusi, sebagai
"… ini adalah buku yang mengandungi asas sejarah semulajadi
untuk panduan kita".
1
Dengan sebab itu, setiap fahaman materialis, yang menjadikan idea-idea
Marx sebagai rujukan, sesungguhnya telah musnah kerana teori evolusi
telah dipatahkan hujahnya melalui kajian sains moden. Sains telah
membuktikan kesilapan teori ini dan akan berterusan membuktikan
kesilapan andaian materialis yang beranggapan bahawa kewujudan itu
tidak lain melainkan suatu benda (jisim), dan membayangkan bahawa
setiap kejadian itu terhasil daripada satu kejadian yang lebih awal
daripadanya (berperingkat-peringkat).
 |
Karl Marx sendiri menjelaskan
bahawa teori evolusi menghasilkan dasar penuh materialisme
dan juga komunisme. Beliau juga menunjukkan rasa simpatinya
terhadap Darwin dengan menyebut di dalam bukunya yang dikira
sebagai yang terbaik, Das Kapital. Di dalam edisi Jerman,
beliau menulis; "Daripada peminat setia Charles Darwin". |
Tujuan utama buku ini ialah untuk mendedahkan fakta-fakta saintifik
yang menyanggah teori evolusi di dalam segenap lapangan dan memaklumkan
kepada masyarakat tentang kepalsuan, penipuan dan tujuan sebenar
"sains" (evolusi) ini, yang sememangnya telah jelas sebagai
suatu fakta yang sesat.
Perlu ditegaskan di sini, bahawa para ahli evolusi tidak mempunyai
jawapan terhadap buku yang sedang kamu baca ini. Dan mereka sendiri
tidak akan sama sekali cuba untuk menjawabnya kerana ia hanya akan
memudahkan masyarakat mengenal pasti kepalsuan teori mereka ini.

1 Cliff, Conner, "Evolution
vs. Creationism: In Defense of Scientific Thinking," International
Socialist Review (Monthly Magazine Supplement to the Militant)",
November 1980 
|